Nur Syahirah "Shera" Aiyob (Jawi: سهير ايوب; lahir 21 Disember 1986) merupakan seorang pelakon, pengacara televisyen dan pembantu penerbit Malaysia. Shera mula aktif dalam bidang lakonan bermula pada tahun 2007 dan semenjak itu beliau telah berlakon dalam beberapa drama, telefilem dan filem. Selain itu beliau juga aktif menjadi pengacara TV dan pembantu penerbit dibelakang tabir.

Shera Aiyob
Kelahiran
Nur Syahirah binti Aiyob

(1986-12-21) 21 Disember 1986 (umur 37)
PendidikanDiploma Pengajian Media
Pusat pendidikanInstitut Media Integratif Malaysia (MIIM)
PekerjaanPelakon, pengacara, pembantu penerbit
Tahun aktif2007–kini
PasanganZahiril Adzim (k. 2011)
Anak-anak1

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pengacara dan wartawan di TV3.

Selain berlakon, Shera juga melibatkan diri dalam bidang pengacaraan televisyen apabila beliau dan suami, Zahiril Adzim telah diberi tanggungawab dalam mengacara sebuah program bual bicara Masam-Masam Manis terbitan TV AlHijrah musim yang ke-3.[1]

Pada September 2017, Shera membintangi sebuah drama adaptasi novel yang menggunakan tajuk yang sama iaitu Perempuan Paling Bahagia, hasil karya Syamnuriezmil. Drama terbitan Pena Creative Pictures, menggandingkan Shera dan suami beliau, Zahiril sebagai peneraju utama serta drama arahan Jamal Khan ini mula bersiaran pada September 2017 di Astro Oasis dan Astro Maya HD.[2]

Kehidupan peribadi sunting

Pada 20 Disember 2011, Shera telah selamat menjadi isteri dengan sekali lafaz kepada pelakon, Zahiril Adzim. Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak dan akad nikah dijalankan sendiri oleh bapa Shera, Aiyob Shaharuddin.[3][4][5]

Pada 19 Jun 2013, Shera selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Nadi Anaqi.[6]

Selain itu, pada tahun 2014, Shera telah mengambil keputusan memakai hijab sepenuhnya.[7][8]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Karak Zura Filem pertama
2012 Sesuatu Yang Tertinggal Zakiah
2013 Juvana Sara
PSIKO: Pencuri Hati Siti
2015 Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan Sara
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Terowong: Sesat TV3
2012 Jangan Ambil Padang Kami Mai Astro Ria
Duri Sufi Astro Prima
2014 Jauh Dari Cinta Sara Lilyana
2015 Dalam IradatMu Adra Liyana TV AlHijrah
Masihkah Ada Kasih[9] [10] Manisah TV1
2017 Perempuan Paling Bahagia Arissa Astro Oasis
2018 Tok Adi Ayu
KL Gangster: Underworld Suraya Iflix
2022 Lockdown 2 Fitrah Astro Ria

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Haruskah Ada Rindu Suzanna TV2
Kampung Semarah Padi Meriam TV1
2013 Bayangan Rindu Ivy Astro Box Office
2014 Qadr Amira Astro First Eksklusif
Nostalgila Ais
Kalau Itu Takdirnya Izreen TV1
2015 Dr. Rushdi Idora TV2
Mahar TV AlHijrah
2016 Maafkan Saya Cikgu Cikgu Mariam TV3
2017 Sakit Elina
Tanya Sama Pokok Sheila TV1
2018 Iman Ke Syurga Ina TV3

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2011–2016 Wanita Hari Ini Pengacara TV3
2016 Masam-Masam Manis TV AlHijrah mengacara bersama suami beliau; Zahiril Adzim
2017 Darlie:Mamaku Terer Artis Jemputan TV3
  • 23 Mac
    • bersama keluarganya dan artis Kilafairy dan ibu beliau.
Mahligai Cinta Pasangan Pilihan
  • 7 April
    • bersama suami beliau.
Jom Berbuka Artis Jemputan TV9
  • 10 Jun
    • bersama keluarga beliau

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Gandingan Serasi Filem (bersama Zahiril Adzim) Juvana 3: Perhitungan Terakhir Tercalon

Rujukan sunting

Pautan luar sunting