Syarizad "Sherry" Ibrahim (lahir 3 April 1983) ialah seorang pelakon, model dan pengacara Malaysia.[1][2]

Sherry Ibrahim
شيري إبراهيم
Kelahiran
Syarizad Binti Ibrahim

(1983-04-03) 3 April 1983 (umur 41)
Pusat pendidikanSekolah Menengah Kebangsaan St. Mary, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, penyanyi, model, pengacara, pramugari
Tahun aktif2006–kini
EjenLaugh Out Loud Entertainment (2014-kini)
Ketinggian1.62 m (5 ka ​3 1316 in)
Ibu bapa
  • Ibrahim Yaacob (bapa)
  • Norliza Maamun (ibu)
Saudara
  • Natasya Ibrahim (adik)
  • Syafinaz Ibrahim (adik)

Kehidupan awal sunting

Sherry dilahirkan pada hari Ahad, 3 April 1983 Masihi bersamaan 19 Jamadil Akhir 1403 Hijrah dan dibesarkan di Petaling Jaya kepada ibubapanya Ibrahim Yaacob dan Norliza Maamun. Beliau ialah anak sulung daripada tiga beradik yang kesemuanya perempuan, dua adik perempuannya ialah Natasya Ibrahim dan Syafinaz Ibrahim. Sebagai seorang pelajar, Sherry menghadiri Sekolah St. Mary Girl, Kuala Lumpur. Pada tahun 2001 beliau bekerja sebagai Pramugari penerbangan di syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS). Beliau meninggalkan MAS apabila kontraknya berakhir pada tahun 2006.[3]

Beliau memulakan kerjaya lakonannya dalam siri TV di TV3, Dunia Baru, di bawah pengarah M. Hitler Zami, sekali gus membuka permulaan kepada kerjaya lakonannya. Beliau menjadi peopular melalui kerjaya beliau dalam bidang lakonan, pengacaraan dan iklan. Peluang untuk menyertai syarikat penerbangan antarabangsa, Qatar Airways yang berpangkalan di Doha, Qatar datang pada tahun 2010.[4] Beliau sekali lagi kembali ke dunia penerbangan sebagai pramugari membuat dia meninggalkan kerjaya mekar beliau dalam bidang seni.[5]

Kerjaya sunting

Selepas sekian lama menghilangkan diri dari dunia huburan untuk beberapa tahun, Sherry membuat kemunculan semula pada tahun 2012 apabila kontrak beliau dengan Qatar Airways tamat. Beliau telah ditawarkan peranan kecil dalam siri drama Setia Hujung Nyawa dari episod 16 dan seterusnya di TV3. Apabila drama mencapai rating yang sangat tinggi, ia membuktikan bahawa Sherry tidak pernah dilupakan dan bakat beliau adalah lebih ketara. Sherry kemudian ditawarkan salah satu peranan utama bersama Ady Putra, Nabila Huda dan Shah Iskandar dalam satu lagi drama hit, Teduhan Kasih. Sherry kini diuruskan oleh Afeeq dari Laugh Out Loud Entertainment Sdn. Bhd.

Artis di bawah pengurusan Laugh Out Loud Entertainment Sdn. Bhd. termasuk selebriti terkenal seperti Rozita Che Wan dan Dafi. Pada bulan Jun 2013, Sherry telah dilantik sebagai duta Hairkunst, Malaysia oleh pengarahnya Bambang Soteto yang telah diisytiharkan sebagai Duta/TrendTrainer untuk Schwarzkopf Malaysia 2010/2011.

Pada Januari 2014, Sherry telah dilantik sebagai Duta Fairy Beauty, Malaysia.

Gempak Superstar sunting

Persembahan sunting

Sherry merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016 dan merangkul gelaran naib juara. Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Kalis Rindu" (nyanyian asal Elyana)
  2. Minggu 2: "Percayalah" (nyanyian asal Indah Ruhaila)
  3. Minggu 3: "Meniti Hari" (nyanyian asal Amy Mastura)
  4. Minggu 4: "Lagu Cinta" (nyanyian asal Dayang Nurfaizah)
  5. Minggu 5: "Salahkah" (nyanyian asal Hafiz Suip dan Rossa; duet bersama Randy Pangalila)
  6. Minggu 6: "Janji Manismu" (nyanyian asal Aishah) dan "Tak Ada Logika" (nyanyian asal Agnez Mo)

Carta penyingkiran sunting

Minggu: 1 (10/Apr) 2 (17/Apr) 3 (24/Apr) 4 (1/Mei) Separuh Akhir (8/Mei) Akhir(15/Mei)
Kedudukan Peserta Keputusan
2 Sherry Kekal ke-3 Pertama Pertama ke-2 Naib Juara

Kehidupan peribadi sunting

Sherry pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon Ashraf Muslim,[6] tetapi hubungan berakhir pada awal tahun 2009 apabila ia terbukti terlalu sukar untuk mengimbangi hubungan mereka. Beliau kemudiannya menjali hubungan dengan pelakon Fattah Amin, namun putus cinta pada 2016 akibat perbezaan kreatif.[7][8]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Maut[9] Gadis Black Metal Filem pertama
2010 Kapoww!![10] Nola

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2006–2007 Dunia Baru Emma Zalina TV3
2007 Cinta Tak Bertepi[11] TV1
2008–2009 Renjis[12] Mila Astro Ria
2008 Lara Rindu Mahsuri Mustika TV3
2009 Cinta Untuk Ain Zarita
Biru Cinta De Laguna TV9
Fotokopi Ain TV2
Cik Ah Cik Nin[13] Nina Astro Prima
2010 Chapalrela Puteri Astro Warna
2012 Setia Hujung Nyawa[14] Eriza TV3
2013 Teduhan Kasih[15] Iffa
Dia Tetap Ayah Sakinah Astro Prima
Cinta Kapcai Awin TV2
Pengancam Perkahwinan Cameo Astro Ria
Projek Memikat Suami Adira Sulaiman
Aku Bukan Superstar TV1
Abadi
2014 Mata & Hati Pendusta Azura Astro Oasis
Hingga Akhir Nanti Dr. Maira TV1
Janji Qasidah Qasidah/Anis
2014-2015 Cinta Ibadah Dr. Irma Astro Prima
2014 Shampoo Girl Intan 'Guest Artist' TV3
2015 Keluarga Karaoke Azura Astro Bella
Eksperimen Cinta Seri TV3
2016 Gerak Khas TV2
2018 Bahagia Bukan Bidaan Kartini TV3
2021 Ayahanda Aishah
Jangan Ganggu Jodohku Kak Saleha Astro Ria
2022 Villa Kristal Nur Sakinah WeTV
Jiwa Remaja TV9
Adakah Engkau Menungguku Maksu Aini TV3
Wanita Milik Tuan Putra Tengku Tania
Luka Di Hati Diya Sahara TV1
2023 Haloba Aliya TV3
Hikayat Pak Belalang Mak Belalang Astro Ceria

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Pengancam Perkahwinan
2015 Mimi Tapau Rina
Janji Qasidah
2015 Manisnya Bulan Madu Ameesha TV3

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
Layar Lensa RTM
Dari Suara Hati
2009 CHOPP! TV9
2014 1001 Destinasi Malaysiaku! Pengacara Bernama TV
2022 The Masked Singer Malaysia (musim 2) Peserta sebagai Si Merak Astro Warna
2023 Mic ON! Selebriti Peserta Awesome TV

Muzik Video sunting

Tahun Tajuk Artis/Berkumpulan
2005 "Itu Kamu" Estranged
2016 "Seikhlas Cinta" Bob Husaini

Iklan sunting

Tahun Jenama Produk Catatan
2002 McDonald's Bubur Ayam McD
Celcom Axiata Celcom
Malaysia Tourism
HSBC 0% Interest
Prefer Shampoo
Telekom Malaysia TM Net
Astro Akademi Fantasia
Speed Zone
Kumpulan Sunway Sunway Hotel
2013 Johnson & Johnson My Clean & Clear bersama Fiffy Natasya & Hanis Zalikha

Diskografi sunting

Tahun Tajuk Komposer
2015 Hero Untukmu (Duet bersama Fattah Amin & RJ)
2016 Seikhlas Cinta Lagu oleh Hadi Hassan Lirik oleh J. Looi

Rujukan sunting

  1. ^ "SHOWBIZ: Still the girl-next-door". 20 May 2013.
  2. ^ Faten Saphilla Mohd Isa (9 September 2018). "Sherry Ibrahim masih berlakon". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-13. Dicapai pada 25 Mac 2019.
  3. ^ "Sherry selepas kecewa". 23 August 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-06. Dicapai pada 2016-05-17.
  4. ^ "Dengarnya... Sherry kembali terbang di awan biru". 24 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-09. Dicapai pada 2016-05-22.
  5. ^ "Bawa hati ke Doha". 6 May 2010.
  6. ^ "Sherry Ibrahim Minta Tidak Dikaitkan Dengan Ashraf Muslim". 9 May 2013.
  7. ^ "Putus cinta dengan Fattah, Sherry luah perasaan di IG". My News Hub. 10 Ogos 2016. Dicapai pada 20 Mei 2018.
  8. ^ "Selepas putus dengan Fattah Amin, Sherry Ibrahim akui ambil masa bercinta". Perak Today. 6 Jun 2017. Dicapai pada 20 Mei 2018.
  9. ^ "Maut pungut lebih RM1.6 juta". 9 February 2009.
  10. ^ "Kapoww!!". 17 June 2010.
  11. ^ "Cinta Tak Bertepi KL Jakarta". 15 April 2007.
  12. ^ "Sherry Ibrahim, Ashraf Muslim Pelakon Drama Renjis". 27 September 2008.
  13. ^ "'Cik Ah Cik Nin' kisah 2 gadis lurus bendul dan kuat berangan". 5 October 2009.
  14. ^ "Setia Hujung Nyawa". 22 December 2012.
  15. ^ "Teduhan Kasih". 15 May 2013.

Pautan luar sunting