Shiha Zikir

Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia

Nurshiha binti Mohd Zikir (lahir 2 November 1987) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1] Shiha mula bergiat aktif dalam bidang muzik setelah berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2005. Ada yang menyatakan bahawa wajah beliau mirip dengan wajah penyanyi terkenal Indonesia, Rossa.[2]

Shiha Zikir
Kelahiran
Nurshiha binti Mohd Zikir

(1987-11-02) 2 November 1987 (umur 33)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2005–kini
Kerjaya muzik
GenrePop, dangdut
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Todak Music

Biarpun perjalan seni Shiha berjalan agak perlahan, namun bintangnya menyerlah, terutamanya di Indonesia.[3] Beliau merupakan salah seorang peserta rancangan realiti Akademi Fantasia dan Mentor yang bukan sahaja masih mampu bertahan tetapi berjaya melebarkan sayap ke pasaran luar.[4]

KerjayaSunting

Shiha mula menyanyi secara serius setelah berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2005.[5] "Saya mahu menimba ilmu dan pengalaman dari Mentor saya, Datuk Sharifah Aini agar boleh melangkah ke tahap yang lebih tinggi."

Pada tahun 2011, beliau terpilih sebagai protege Mentor musim ke-5. Kemunculan ini merupakan kali kedua Shiha muncul dalam program realiti hiburan Malaysia. Kali pertama beliau ialah pada 2005 apabila beliau terpilih antara 20 peserta akhir Akademi Fantasia musim ke-3 terbitan Astro.

Namun di peringkat pendahuluan, Shiha yang menyanyikan lagu Shania Twain, "I'm Gonna Getcha Good" merupakan antara 8 peserta tersingkir termasuk Mawi dan Marsha Milan Londoh. Hanya 12 orang peserta dipilih sebagai finalis.

Dalam konsert pertama, terdapat kejutan apabila pengetua yang ketika itu berusia 18 tahun, terpilih antara 20 peserta akhir. M. Nasir mengumumkan bahawa ada AF masuk, lalu Shiha antara 8 peserta malam itu yang menyanyi untuk kali kedua.[6]

Shiha merupakan salah seorang peserta yang mewakili Malaysia dalam Dangdut Academy Asia 2015 yang diikuti oleh tiga negara lainnya iaitu Indonesia, Singapura dan Brunei.[7] Nama Shiha semakin bersinar di Indonesia. Bakatnya semakin terserlah dan sering diundang mengadakan persembahan di Indonesia.

Pada Julai 2019, Shiha ialah salah seorang peserta dalam rancangan Muzikal Lawak Superstar di Astro Warna.[8] Beliau merakamkan semula lagu "Pilihlah Aku" nyanyian asal penyanyi Indonesia, Krisdayanti.[9][10][11]

Beliau ialah salah seorang peserta rancangan TV realiti muzikal Astro Ria, Dansa Dan Sing yang turut disertai oleh Sophia Liana dan Arja Lee.[12][13]

Kehidupan peribadiSunting

Shiha dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Beliau mempunyai hobi termasuk bermain boling atau pergi karaoke di waktu luang.

DiskografiSunting

SingleSunting

  • "Jagakan Dia" (2017)
  • "Makrifat Cinta" (2018)
  • "Seperti Novel Cinta" (2018)
  • "Pipiyama" (2019)
  • "Pilihlah Aku" (2020)
  • "AEWO" (2020)

FilemografiSunting

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Gerak Khas (Musim 11) Rita TV2 Episod: "Kaki Buli"
Jas Episod: "Geng Ragut"
2010 Gerak Khas (Musim 12) Lily Episod: "Mangsa"
2011 Bujang Sepah Lalalitamplom Astro Prima
Kilauan
2012 Metro Skuad (Musim 1) Zita TV2 Episod: "Asid"
2013 Terukir Di Bintang Jee TV3
2015 Gerak Khas (Musim 15) Zara TV2 Episod: "Murtad"
Abang Sado Kau Ado Sofea TV3
2016 Tak Beli Tak Cinta
2020 Madam E-Wallet

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2006 Sutun Astro Ria
2011 Dari Jauh
2020 Validasi Nina TV3

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2012 Jalan-Jalan Cari Makan Pengacara TV3
2011 Mentor Musim 5 Artis jemputan
2014 Mentor Legend Pengacara
2015 Kaki Bola Pengacara TV9
D'Academy Asia Indonesia (Musim 1) Peserta
2019 Big Stage (musim 2) Artis jemputan Astro Ria

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Penyanyi Wanita Popular N/A Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ Nor Fatihah Ismail (18 November 2018). "Shiha mahu karya berkualiti". Kosmo!. Diarkib daripada yang asal pada 2 Oktober 2019. Dicapai pada 18 November 2018.
  2. ^ Mohd Haikal Isa (13 Ogos 2018). "Shiha Zikir percaya rezeki". Kosmo!. Diarkib daripada yang asal pada 2 Oktober 2018. Dicapai pada 14 Ogos 2018.
  3. ^ Sudirman Mohd Tahir (26 Disember 2018). "Shiha fokus pada pasaran Indonesia". Harian Metro. Dicapai pada 26 Disember 2018.
  4. ^ Zulqarnain Abu Hassan (4 Mei 2018). "Sekarang tak boleh harap satu kerja sahaja: Shiha Zikir". Sinar Harian. Diarkib daripada yang asal pada 10 Mei 2018. Dicapai pada 14 Ogos 2018.
  5. ^ Zaidi Mohamad (9 Jun 2015). "Shiha Zikir pegang ilmu Kak Pah". Berita Harian. Dicapai pada 9 Jun 2015.
  6. ^ Mohd Haikal Isa (27 Oktober 2017). "Aura positif Shiha Zikir". Kosmo!. Diarkib daripada yang asal pada 8 November 2018. Dicapai pada 8 November 2018.
  7. ^ Zaidi Mohamad (27 Disember 2015). "Shiha Zikir mara ke peringkat akhir dAcademy Asia". Berita Harian. Dicapai pada 28 Mac 2016.
  8. ^ Zuqarnain Abu Hassan (2 Julai 2019). Cuba apa sahaja bidang: Shiha Zikir Sinar Harian. Dicapai pada 22 Januari 2020.
  9. ^ Shiha Zikir rakam semula lagu Krisdayanti Sinar Harian (23 Disember 2019). Dicapai pada 22 Januari 2020.
  10. ^ Georgie Joseph (3 September 2019). Shiha Zikir teruja nyanyi semula lagu Pilihlah Aku Harian Metro. Dicapai pada 22 Januari 2020.
  11. ^ Zaidi Mohamad (23 Disember 2019). 'KD beri izin' Berita Harian. Dicapai pada 28 Mac 2012.
  12. ^ Norhayati Nordin (10 Januari 2020). Tidak yakin tampil solo Harian Metro. Dicapai pada 3 Februari 2020.
  13. ^ Syafil Syazwan Jefri (18 Disember 2019). "Shiha Zikir artis pertandingan?". Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2019.

Pautan luarSunting