Shǐjì (Cina Tradisional: 史記, Cina Ringkas: 史记 - "Catatan Sejarah", juga "Catatan Sejarah Agung" atau "Catatan Sejarawan Agung") ialah suatu karya agung yang menampilkan susur masa sejarah kerajaan-kerajaan dalam tamadun Cina. Ia dimulakan Sima Tan, Ahli Nujum dan Sejarawan Agung dinasti Han dan dihabiskan anaknya, Sima Qian pada sekitar tahun 94 SM. Ia merangkumi segala maklumat mengenai ketamadunan Tionghua selama 2500 tahun dari mula pemerintahan Maharaja Kuning sampailah ke zaman Maharaja Wu dari Han yang semasa.[1]

Shǐjì
史記
Cetakan awal
Umum
PengarangSima Qian
Tajuk asal
太史公書 (Tàishǐgōng shū)
Negaradinasti Han
Bahasabahasa Cina Lama
SubjekSejarah Tionghua lama

Sejarah penulisan sunting

Pada awalnya dokumen ini diberi nama Buku Sejarah oleh Guru Agung (太师公书, tàishīgōngshū) namun kemudiannya berubah karena kebiasaan orang ramai.[2] Sima Qian menghabiskan catatan sejarah ini pada sekitar 91 SM. Teks ini kesemuanya ada 130 jilid kesemuanya serta dibahagikan menjadi lima kategori:[3]

  • Catatan Kata (Cina Tradisional: 本紀; pinyin: běnjì) - mencatat dua belas pemerintahan terpenting dari zaman Maharaja Kuning sampai masa pemerintahan zaman Sima Qian hidup. Perubahan kehidupan sosial juga dimasukkan di sini dalam urutan kronologi.
  • Jadual (Cina Tradisional: ; pinyin: biǎo) menampilkan pergantian dinasti, hubungan antara negara berbeda dan penunjukkan pejabat penting. Peristiwa sejarah yang tidak ada dapat dikelompokkan ke dalam tahun yang tepat juga dimasukkan di sini.
  • Buku (Cina Tradisional: ; pinyin: shū) - mencatat perkembangan upacara, muzik, perundangan, perkiraan takwim, ilmu pengetahuan, astronomi, pengorbanan, penyimpanan air serta sukatan dan timbang ukur.
  • Kerabat Temurun (Cina Tradisional: 世家; pinyin: shìjiā) - mencatat kerabat dan putera terhormat dari Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh ke Zaman Negeri-Negeri Berperang hingga ke Dinasti Qin dan awal Dinasti Han.
  • Riwayat Hidup (Cina Tradisional: 列傳; pinyin: lièzhuàn) - menampilkan riwayat hidup beberapa orang penting selama berabad-abad, serta kisah negara asing dan penduduk gelintiran di China dan hubungan mereka dengan orang-orang Han.

Catatan bersejarah ini biasanya diakhiri dengan komentar dan catatan tambahan dari Sima Qian hasil penyelidikan peribadinya sebagai keterangan lanjut atau untuk mengelakkan salah faham terhadap kandungan oleh pembaca.

Qian menulis setiap bahagian ini secara berasingan dengan pengulangan kandungan agar senang dirujuk pembaca. Setiap bahagian ini ditulis dalam kepingan buluh nipis yang mengandungi sebanyak 24 hingga 36 buah aksara. Kesemua tulisan ini mengandungi sebanyak 526,000 aksara - lebih banyak daripada bilangan aksara terkandung dalam Historíai nukilan Thoukydides mahupun kitab Perjanjian Lama.[4][5]

Pendekatan penulisan sunting

Sima Qian sering menjelajah mencari bahan-bahan sejarah, mencatat arsip dasarnya berdasarkan pemilihan materi yang cermat dan kemudian membuktikan faktanya dengan membandingkan dengan versi sedia ada.[2] Dalam tulisannya, beliau tidak mengabaikan peranan tempatnya sebagai pahlawan terkalahkan dalam sejarah dan beliau tidak menganggap wanita kalah penting dari pria.[3] Selain itu, beliau juga orang yang jujur dengan sikap benar dan salah yang kuat.[3]

Sima Qian menulis dengan terus terang dan jujur mengenai perbuatan dan tingkahlaku buruk para penguasa sambil mengecam dan mengutuk tindakan sebegini dengan jelas.[3] Pendekatan sebegini banyak menyinggung kaum penguasa, malah ada beberapa rakannya yang mengatakan karyanya seumpama suatu "buku fitnah".[3]

Kandungan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Nienhauser (2011), m/s. 463-464.
  2. ^ a b Tang Qi [唐麒] (2004). 中国历史故事中集 卷1 [Kisah Sejarah Bersiri China Jilid 1] (dalam bahasa Cina). Changchun: Shi Dai Wen Yi Chu Ban She [时代文艺出版社].
  3. ^ a b c d e Persatuan Sejarah Negara China [中国历学会] (2005). 中国通史 第二册 [History of China Vol. 2]. Haiyan: Haiyan Chu Ban She [海燕出版社].
  4. ^ Hardy, Grant (1994). "Can an Ancient Chinese Historian Contribute to Modern Western Theory? The Multiple Narratives of Ssu-Ma Ch'ien". History and Theory. 33 (1): 20–38. JSTOR 2505650.
  5. ^ Wilkinson (2012), m/s. 708.

Pautan luar sunting

Teks penuh
Teks lain