Shima Anuar
Noor Hashimah Anuar (Jawi: شيم انوار; lahir 8 April 1991) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Rawang, Selangor.[1]
Shima Anuar | |
---|---|
Kelahiran | Noor Hashimah binti Anuar 8 April 1991 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2010–kini |
Pasangan | Mohd Solih Toha (k. 2017) |
Anak-anak | 2 |
Kehidupan peribadi Sunting
Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Rawang, Selangor. Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Mohd Solih Toha pada 8 April 2017.[2] Beliau mempunyai 2 anak.[3]
Kerjaya Sunting
Shima Anuar memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 sebagai pelakon tambahan untuk beberapa drama dan filem tempatan. Beliau merupakan salah seorang bakat baru yang diperkenalkan oleh Metrowealth bersama-sama Wawa Zainal, Adiba Yunus, Mikail Andre dan Niezam Zaidi. Drama pertama lakonannya ialah Klik (2010). Beliau membintangi filem sulung lakonannya, 7 Petala Cinta (2011) gandingan bersama Aeril Zafrel. Pada tahun 2013, Shima bekerja di bawah arahan pelakon bertukar pengarah Pierre Andre menerusi filem Cerita Kita dan Highland Tower.
Filemografi Sunting
Filem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2011 | Flat 3A | Filem pertama | |
Bini-Biniku Gangster | Shima | Penampilan khas | |
2012 | Sumpahan Kum Kum | Mila | |
7 Petala Cinta | Saidatul Nafisa | ||
X | |||
Hanya Aku Cinta Kau Seorang | Zizi | ||
2013 | Cerita Kita | Ida | |
Dua Kalimah | Maria | ||
99 Kali Rindu | Saidatul Nafisa | ||
Adnan Sempit 3 | Zita | ||
Highland Tower | Shima | ||
2014 | Jangan Pandang Belakang Boleh | Seri | |
Awak Nak Kahwin Dengan Saya? | Sara | ||
Nasi Tangas | Fatin | ||
Kelibat | |||
Glorfiying Love | |||
2015 | Keranda Tok Wan Terbang | Shakila | |
2017 | Hospital | Erin | |
2022 | Kan Cheong | Nurul |
Drama Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | KLIK | Astro Ceria | ||
2011 | Impian Raya Emelyn | Farah | TV9 | |
2013 | Ruby | Diana | TV3 | |
2016 | Sha & Shah | Atilia | Astro Ria | |
2017 | Gaduh-Gaduh Sayang | Qistina | TV1 | |
2018 | Kenyalang I'm In Love | Mona | TV3 | |
Isteri Dalam Sangkar | Puteri Waiduri | Hypp Sensasi | ||
2022 | Suamiku Lelaki Pendosa | Anggun Dania | TV3 | |
Bila Hati Memilih Dia | Sofea |
Telefilem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Opah Raya Stail | Rabiatul | Astro Ria |
2014 | Jangan Ambil Nyawa Aku | Suzi | HyppTV |
Rujukan Sunting
- ^ Farhana Ab Rahman (23 September 2016). Shima Anuar kikis sikap penakut Berita Harian. Dicapai pada 3 Mei 2018.
- ^ Farhana Ab Rahman (8 April 2017). Shima Anuar sah bergelar suami Berita Harian. Dicapai pada 3 Mei 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (13 Disember 2017). Sambut tahun baharu dengan anak sulung Berita Harian. Dicapai pada 14 Disember 2017.