Shimonoseki

bandar di Prefektur Yamaguchi, Jepun

Shimonoseki (Jepun: 下関市, Hepburn: Shimonoseki-shi) merupakan sebuah bandar yang terletak di Prefektur Yamaguchi, Jepun.Dengan popuasi seramai 265,684 orang, ia merupakan bandar terbesar dalam Prefektur Yamaguchi dan yang kelima terbesar dalam wilayah Chugoku. Ia terletak di hujung barat daya Honshu yang menghadap Selat Tsushima di pintu masuk Selat Kanmon (juga dikenali sebagai Selat Shimonoseki) di seberang bandar Kitakyushu dan pulau Kyushu.

Sejarah sunting

Heike dan Genji pernah bertempur di Dan-no-ura berhampiran Jambatan Kanmon sekarang. Pada Februari 1691, penjelajah Jerman bernama Engelbert Kaempfer telah melawat bandar itu sebagai sebahagian daripada tempoh dua tahun beliau tinggal di Jeput dan menggambarkannya sebagai mempunyai sekitar 400 hingga 500 buah rumah, dan sebagai pelabuhan utama di rantau ini untuk membekalkan peruntukan kapal. [1] Pengeboman Shimonoseki telah berlaku pada tahun 1864, dan Perjanjian Shimonoseki telah ditandatangani di sini pada tahun 1895 yang menyaksikan China yang kalah dengan menyerahkan Taiwan, Penghu, dan Port Arthur kepada Jepun yang menang.

Dekri Imperial pada Julai 1899 menetapkan Shimonoseki sebagai pelabuhan terbuka untuk berdagang dengan Amerika Syarikat dan United Kingdom . [2]

Pada 13 Februari 2005, Shimonoseki menyerap bandar Hōhoku, Kikugawa, Toyota dan Toyoura (semuanya dari Daerah Toyoura ) untuk mewujudkan bandar Shimonseki yang baharu dan berkembang. Sejak 1 Oktober 2005, bandar ini telah ditetapkan sebagai bandar teras oleh Kerajaan Jepun.[perlu rujukan]

Rujukan sunting

  1. ^ Kaempfer, Engelbert (1729). Histoire naturelle, civile et ecclésiastique de l'Empire du Japon. Tome 2 (translated by François Naudé) (dalam bahasa Perancis). The Hague. m/s. 176.
  2. ^ US Department of State. (1906). A digest of international law as embodied in diplomatic discussions, treaties and other international agreements (John Bassett Moore, ed.), Vol. 5, p. 759.

Templat:Most populous cities in Japan