Shinto

(Dilencongkan dari Shintō)

Shinto (Jepun: 神道, rumi: Shintō) ialah agama asal Jepun. Ia membabitkan penyembahan dewa-dewi khusus (kami, 神 かみ), penunggu alam atau kehadiran semangat. Sesetengah kami terbatas di suatu tempat dan boleh dianggap sebagai penunggu atau asal sesuatu tempat, tetapi sesetengah yang lain melambangkan objek semula jadi penting atau kejadian, sebagai contoh, Amaterasu, Dewi Matahari. Perkataan Syinto dicipta daripada gabungan dua huruf bahasa Cina (神道, dibaca shen dao menurut bacaan Cina moden) masing-masing bermaksud "dewa" dan "jalan" atau "arah" - perkataan sama yang digunakan bagi perkataan "Taoisme - lalu boleh ditafsirkan bererti "laluan ke arah kedewaan".

Tapak Takachiho-gawara (高千穂河原) di tokong Furumiya-ato Kirishima, Prefektur Kagoshima, Jepun. Tempat ini dianggap paling suci anutan Shinto kerana dipercayai tempat turunnya dewi Amaterasu dari kayangannya ke Bumi.

Selepas Perang Dunia Kedua, Syinto kehilangan statusnya sebagai agama kebangsaan; kebanyakan amalan dan ajaran Syinto, yang dititikberatkan sebelum perang, tidak lagi diajari atau diamalkan masa kini walaupun sesetengahnya kekal sebagai aktiviti harian seperti omikuji.

Sejarah sunting

Asal usul Syinto lenyap dalam lipatan sejarah, tetapi kemungkinannya ia bertapak pada akhir tempoh Jomon. Terdapat beberapa teori mengenai leluhur penduduk Jepun masa kini. Tambahan kepada teori yang diterima umum mengenai perpindahan dari Asia Tengah atau Indonesia, teori yang kurang dikenali mencadangkan hubungan antara amalan Syinto moden dan tradisi Yahudi silam.[1]

Kemungkinannya, selepas ketibaan leluhur Jepun kini, setiap puak dan kawasan mempunyai Dewa-dewa dan upacara mereka sendiri tanpa sebarang kaitan rasmi antara sesebuah kawasan. Dengan kebangkitan kuasa leluhur keluarga Imperial mengatasi kumpulan lain, berhala leluhur mereka mengatasi dewa kumpulan yang lain, walaupun sistem berlainan masih wujud.

Pengenalan penulisan pada abad ke-5 dan Buddha pada abad ke-6 memberikan kesan besar terhadap perkembangan sistem kepercayaan Syinto tunggal. Dalam tempoh yang singkat, Kojiki (RekodPm, 712) dan Nihonshoki (Sejarah Jepun, 720) ditulis dengan mengumpul mitos dan legenda yang ada menjadi penceritaan bergabung (unified account) (lihat: mitos Jepun). Gambaran ini ditulis dengan dua matlamat. Pertama, penceritaan sofistikated dan pengenalan tema Taois, Konfusian, dan Buddha dalam penceritaan bertujuan bagi mengkagumkan negara Cina dengan kemajuan (sophistication) Jepun. Orang-orang Jepun berasa terancam dengan kebudayaan Cina yang jelas maju dan berharap untuk menghasilkan hasil kerja yang setanding. Kedua, penceritaan tersebut bertujuan bagi mengukuhkan sokongan bagi pengesahan Maharaja, berasaskan leluhur keturunan daripada Dewi Matahari (Sun Goddess) Amaterasu. Kebanyakan kawasan Jepun moden hanya di bawah kawalan keluarga Maharaja dan kumpulan etnik saingan (kemungkinannya termasuk, leluhur Ainu) terus menentang pencerobohan Jepun. Analogi mitos (mythological anthologies), bersama dengan anologi puisi lain seperti Manyoshu dan yang lain, kesemuanya bertujuan menekankan kepada yang lain mengenai kewibaan keluarga Maharaja dan amanah para dewa untuk memerintah Jepun.

Pandangan selaras (syncretic) Kukai diterima ramai sehingga akhir tempoh Edo. Pada masa itu, terdapat kebangkitan kembali minat mengenai "pengajian Jepun," kemungkinannya disebabkan polisi negara tertutup. Pada abad ke-18, ramai golongan terpelajar Jepun, terutamanya Motoori Norinaga (17301801), cuba untuk mengenali Syinto "sebenar" daripada pengaruh asing. Cubaan itu tidak berjaya, kerana seawal Nihonshoki, sebahagian daripada mitos jelas diserap daripada doktrin Cina. (Sebagai contoh, pasangan dewa pencipta Izanami dan Izanagi jelas setanding dengan yin dan yang.) Bagaimanapun, cubaan tersebut menjadi pelantar bagi kebangkitan Syinto negara, selepas pemulihan Meiji.

Berikutan dengan pemulihan Meiji, Syinto dijadikan agama rasmi Jepun, dan gabungannya dengan Buddha diharamkan. Semasa tempoh ini, dirasakan bahawa Syinto diperlukan bagi menyatukan negara di bawah Maharaja sebagai proses memodenkan dengan seberapa cepat yang mungkin. Ketibaan kapal perang Barat dan keruntuhan kesyogunan menyakinkan orang ramai bahawa negara perlu bersatu sekiranya tidak ingin dijajah oleh kuasa asing. Dengan itu, Syinto digunakan sebagai alat bagi menggalakkan penyembahan Maharaja (dan Empayar), dan Syinto dieksport ke jajahan yang ditawan seperti Hokkaido dan Korea.

Era Syinto sebagai agama kebangsaan berakhir secara tiba-tiba dengan tamatnya Perang Dunia II. Jelas bahawa kami telah gagal untuk mendatangkan Angin Tuhan (Divine Wind) (kamikaze) untuk mematahkan penjajah asing. Sejurus selepas perang, Maharaja turut mengeluarkan kenyataan yang membatalkan tuntutannya sebagai status "dewa hidup". Selepas perang, kebanyakan orang Jepun telah mempercayai bahawa "hubris" Empayar mendorong kepada kejatuhan mereka. Keghairahan menjajah negara asing telah membutakan pemimpin mereka mengenai kepentingan tanah air sendiri. Ketika tempoh selepas perang, pelbagai "agama baru" muncul, kebanyakan mereka kononnya berasaskan Syinto, tetapi secara keseluruhan ketaatan penduduk Jepun kepada agama merosot.

Selepas peperangan, Syinto kebanyakkannya kekal tanpa menumpu kepada mitos atau kebenaran oleh dewa (divine mandate) kepada keluarga Maharaja. Sebaliknya, kuil lebih cenderung membantu orang miskin biasa mendapatkan nasib yang lebih baik dengan cara mengekalkan hubungan baik dengan nenek moyang mereka dan kami yang lain. Cara pemikiran Syinto kekal menjadi cara pemikiran penduduk Jepun yang penting, walaupun jumlah penduduk yang mengaku diri mereka taat beragama merosot dengan teruknya.

Definisi Syinto sunting

Syinto merupakan agama yang sukar dikelaskan. Pada satu pihak, ia boleh dianggap sebagai satu bentuk animism yang lebih sofistikated dan boleh dianggap sebagai agama awal.

Dari segi yang lain pula, kepercayaan dan cara pemikiran Syinto terbenam jauh ke dalam minda luar sedar masyarakat Jepun moden. Hidup selepas mati bukannya matlamat utama dalam kepercayaan Syinto, dan lebih banyak tekanan diberikan kepada kehidupan duniawi, dan bukannya persediaan untuk dunia selepasnya. Syinto tidak mempunyai set dogma tertentu, tiada tempat suci untuk disembah, tiada orang atau kami dianggap lebih suci, dan tiada cara menyembah yang khusus. Sebaliknya, Syinto merupakan himpunan kaedah dan upacara bertujuan untuk menyelaraskan hubungan manusia hidup dengan kami. Perlakuan ini bermula secara organik di Jepun melangkau beberapa abad dan dipengaruhi oleh hubungan Jepun dengan agama negara lain, terutamanya China. Sebagai contoh, perkataan Syinto itu sendiri berasal daripada bahasa Cina dan kebanyakan pengukuhan pengkodifikasian mitos Syinto dilakukan dengan matlamat khas bagi menjawab pengaruh kebudayaan Cina. Contohnya, Syinto secara berterusan memberi kesan pada pelaksanaan agama lain di Jepun. Terutamanya, seseorang dapat membina kes untuk berbincang mengenainya di bawah tajuk Buddha Jepun, kerana kedua-dua agama telah mempunyai kesan yang mendalam sesama sendiri sepanjang sejarah Jepun. Tambahan lagi, kepercayaan Jepun moden yang muncul semenjak akhir Perang Dunia II telah menunjukkan pengaruh Syinto yang jelas.

Pautan luar sunting