Shinzo Abe

Perdana Menteri Jepun ke-90th・ke-96〜ke-98
(Dilencongkan dari Shinzō Abe)

Shinzō Abe (Jepun: 安倍 晋三, Hepburn: Abe Shinzou, 21 September 1954 – 8 Julai 2022) merupakan bekas Perdana Menteri Jepun. Beliau terpilih sebagai Perdana Menteri Jepun oleh satu sesi khas Diet Kebangsaan pada 26 September 2006. Beliau ialah perdana menteri Jepun pertama yang lahir selepas Perang Dunia Kedua.[1] Abe dilahirkan dalam keluarga yang begitu bergiat dalam politik, dan beliau sendiri belajar dalam jurusan sains politik di Jepun dan di Amerika Syarikat. Beliau bekerja di sektor swasta sehingga tahun 1982 di mana beliau menyertai sektor awam.

Abe Shinzō
安倍 晋三
Potret rasmi, 2020
Perdana Menteri Jepun
Dalam jawatan
26 Disember 2012 – 16 September 2020
RajaAkihito
Naruhito
TimbalanTarō Asō
Didahului olehYoshihiko Noda
Digantikan olehYoshihide Suga
Dalam jawatan
26 September 2006 – 26 September 2007
RajaAkihito
Didahului olehJunichirō Koizumi
Digantikan olehYasuo Fukuda
Presiden Parti Demokratik Liberal
Dalam jawatan
26 September 2012 – 14 September 2020
TimbalanMasahiko Kōmura
Didahului olehSadakazu Tanigaki
Digantikan olehYoshihide Suga
Dalam jawatan
20 September 2006 – 26 September 2007
Didahului olehJunichiro Koizumi
Digantikan olehYasuo Fukuda
Ketua Pembangkang
Dalam jawatan
26 September 2012 – 26 Disember 2012
Perdana MenteriYoshihiko Noda
Didahului olehSadakazu Tanigaki
Digantikan olehBanri Kaieda
Ketua Setiausaha Kabinet
Dalam jawatan
31 Oktober 2005 – 26 September 2006
Perdana MenteriJunichiro Koizumi
Didahului olehHiroyuki Hosoda
Digantikan olehYasuhisa Shiozaki
Ahli Dewan Perwakilan
Dalam jawatan
19 Julai 1993 – 8 Julai 2022
Butiran peribadi
Lahir安倍晋三 (Jepun: Abe Shinzō)
(1954-09-21)21 September 1954
Tokyo, Jepun
Meninggal dunia8 Julai 2022(2022-07-08) (umur 67)
Kashihara, Nara, Jepun
Sebab kematianPembunuhan oleh tembakan
Parti politikParti Demokratik Liberal
PasanganAkie Matsuzaki (k. 1987)
KediamanKediaman Rasmi Perdana Menteri (Kantei) di Tokyo
Alma materUniversiti Seikei

Pada 1993 beliau memenangi pilihan raya di Wilayah Yamaguchi seterusnya dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri, Junichiro Koizumi pada September 2005. Pada September 2006, beliau menggantikan Koizumi sebagai Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) dan seterusnya dipilih oleh Diet Kebangsaan untuk dilantik menjawat jawatan Perdana Menteri Jepun yang bahru. Ketika itu, beliau berusia 52 tahun merupakan antara Perdana Menteri Jepun yang termuda yang lahir selepas Perang Dunia Kedua. Abe mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun setahun kemudian akibat penyakit kolitis ulseratifnya. Tempatnya dipangku sementara oleh Yosuo Fukuda. Selepas disahkan telah sembuh dari penyakit, Abe kembali semula ke arena politik. Beliau berjaya menewaskan Menteri Pertahanan Jepun ketika itu, Shigeru Ishiba untuk merebut jawatan Presiden LDP. Akhirnya, Abe berjaya dipilih sebagai Presiden parti buat kali kedua pada September 2012. Kemenangan LDP pada pilihan raya umum 2012, menjadikan beliau dilantik semula sebagai Perdana Menteri Jepun buat kali kedua. LDP juga memenangi pilihan raya umum pada tahun 2014 dan 2017 dan beliau masih kekal sebagai Presiden LDP dan juga Perdana Menteri Jepun.

Pada 28 Ogos 2020, Abe mengumumkan pengundurannya yang belum selesai sebagai Perdana Menteri, dengan alasan serangan semula sejarah penyakit silamnya iaitu kolitis ulseratif. Beliau tetap memangku jawatan ini sehingga LDP memilih penggantinya.[2][3] Beliau digantikan oleh Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga selepas pemilihan kepimpinan LDP pada 14 September 2020 dan meletak jawatan secara formal pada 16 September 2020.

Abe telah dibunuh pada 8 Julai 2022 sekitar 11:30 pagi JST semasa menyampaikan ucapan kempen di Nara dua hari sebelum pilihan raya Dewan Kaunselor. Beliau dilaporkan jantungnya terhenti dan tidak menunjukkan sebarang tanda penting betul-betul selepas penembakan.[4] Pihak polis menahan penembak yang didakwa, Tetsuya Yamagami berumur 41 tahun, atas cubaan membunuh.[5] Abe mati akibat lukanya pada tengah hari kemudian pada hari yang sama di Universiti Perubatan Nara. Abe ialah bekas perdana menteri Jepun keenam yang dibunuh.[6][7]

Shinzo Abe bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump

Kehidupan awal sunting

 
Keluarga Abe pada tahun 1956: ibunya, Yōko Abe, Shinzo Abe berusia 2 tahun (kiri), bapajya, Shintarō Abe dan abangnya, Hironobu

Shinzo Abe dilahirkan di Tokyo. Kedua-dua datuknya, Kan Abe dan bapanya, Shintaro Abe merupakan ahli politik dalam Diet Jepun. Ibunya, Yoko Kishi merupakan anak kepada Nobusuke Kishi, Perdana Menteri Jepun dari tahun 1957 hingga 1960. Abe memulakan pengajian di Seikei Elementary School, Seikei Junior High School dan Seikei Senior High School. Beliau menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pentadbiran Awam di Universiti Seikei pada tahun 1977.

Beliau menyambung pengajian Ijazah Sarjana di dalam bidang Dasar Awam selama tiga semester di Universiti California, Amerika Syarikat. Pada tahun 1979, beliau memulakan pekerjaannya di Kobe Steel sehingga tahun 1982. Kemudian, beliau dilantik sebagai pembantu eksekutif Menteri Luar Jepun, setiausaha peribadi Pengerusi Lembaga LDP dan setiausaha peribadi Setiausaha Agung LDP.[8][9]

Sebagai Perdana Menteri Jepun sunting

Pelantikan dan penggal pertama (2006-2007) sunting

Pada 31 Oktober 2005, beliau telah dilantik menjadi ketua setiausaha kabinet dalam kabinet Kouzumi menggantikan Hiroyuki Hosoda. Pada 20 September 2006, Abe Shinzo dilantik sebagai presiden Parti Demokrat Liberal (LDP). Calon lain ialah Sadakazu Tanigaki dan Taro Aso. Mulanya Yasuo Fukuda turut ingin bertanding tetapi akhirnya menarik diri. Mantan Perdana Menteri Jepun Yoshiro Mori dan Fukuda sendiri memberi sokongan penuh untuk memilih Abe Shinzo sebagai Perdana Menteri Jepun. Pada 26 September 2006, Abe Shinzo akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun dengan 339 475 undi dalam Dewan Rendah dan majoriti kukuh di Dewan Parlimen.

Pada 12 September 2007, hanya tiga hari selepas sesi parlimen dimulakan, Abe mengumumkan hasratnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dalam satu sidang akhbar tidak dirancang.[10][11] dengan memberi alasan tindakannya menghalang sebuah undang-undang anti-pengganasan - antaranya melibatkan operasi tentera Jepun di Afghanistan - daripada diluluskan, seterusnya menjadikan tidak disenangi rakan sejawat yang lain. Pegawai-pegawai dari parti yang diwakilinya turut memberi alasan bahawa beliau mengalami masalah kesihatan yang teruk.[12] Pada 26 September 2007, Abe menamatkan penggalnya sebagai Perdana Menteri Jepun dan jawatannya diambil alih oleh Yasuo Fukuda.

Beliau kemudiannya mendedahkan beliau menghidap penyakit kolitis ulseratif yang menyebabkannya menamatkan penggal pertamanya; beliau sembuh setelah sejenis ubat bernama Mesalazine yang merawat penyakit tersebut dapat diperolehi di Jepun.[13]

Penggal kedua, 2012—2014 sunting

Pada 26 Disember 2012, Abe dilantik secara rasminya sebagai Perdana Menteri kembali oleh Diet, dengan sokongan 328 daripada 480 orang ahli Dewan Perwakilan. Kabinet kedua yang dipimpinnya ini - dengan mantan Perdana Menteri Taro Aso sebagai timbalan beliau - mengangkat sumpah pada hari yang sama.[14][15]

Penggal ketiga, 2014—2017 sunting

Penggal keempat, 2017—kini sunting

 
Shinzo Abe bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Yokosuka, 28 Mei 2019

Dalam satu sidang media bertarikh 28 Ogos 2020 , Shinzo Abe sekali lagi mengumumkan perletakan jawatannya selaku Perdana Menteri Jepun.18 Beliau akui masalah kesihatan yang dialaminya memaksa dirinya melepaskan jawatan tersebut. Menurut sumber, beliau disahkan menghidap penyakit usus yang teruk. Beliau juga telah membuat peemohonan maaf kepada seluruh rakyat Jepun khasnya kerana gagal menyempurnakan tugasnya selaku Perdana Menteri Jepun dengan sempurna.

Kehidupan peribadi sunting

 
Abe dan isterinya Akie Abe bersama Donald dan Melania Trump.

Abang Abe, Hironobu Abe, menjadi presiden dan CEO Mitsubishi Shōji Packaging Corporation, sementara adiknya, Nobuo Kishi, menjadi Naib Menteri Kanan untuk Hal Ehwal Luar Negeri dan Menteri Pertahan.

Abe mengahwini Akie Matsuzaki, seorang sosialit dan bekas joki cakera radio pada 1987. Beliau ialah anak perempuan kepada Presiden Morinaga & Company, pengilang coklat. Beliau terkenal sebagai "parti pembangkang dalam rumah" kerana pandangannya yang lantang, yang sering bertentangan dengan pendapat suaminya. Setelah suaminya menjadi Perdana Menteri buat pertama kali, beliau membuka izakaya organik di daerah Kanda di Tokyo, tetapi tidak aktif dalam pengurusan kerana desakan oleh ibu mertuanya.[16] Pasangan ini tidak mempunyai anak, menjalani rawatan kesuburan yang tidak berjaya pada awal perkahwinan mereka.[17]

Sebagai tambahan kepada bahasa ibundanya Jepun, Abe boleh berbahasa Inggeris.[18][19][20]

Pembunuhan sunting

Pada 8 Julai 2022 kira-kira jam 11.30 pagi, Abe telah ditembak ketika memberikan ucapan di bandar Nara, Jepun. Beliau telah dikejarkan ke sebuah hospital berkenaan manakala seorang lelaki yang disyaki melepaskan tembakan tersebut telah diberkas.[21] Beliau kemudiannya disahkan meninggal dunia.[22]

Anugerah dan penghargaan sunting

Penghargaan sunting

Anugerah sunting

Ijazah Doktor Kehormat sunting

Legasi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Abe shows staying power as Japan's third-longest-serving leader". Nikkei Asian Review. 27 Mei 2017.
  2. ^ "Japan PM Abe announces his resignation at press conference". Kyodo News. 28 Ogos 2020. Dicapai pada 28 August 2020.
  3. ^ "Shinzo Abe: Japan's PM resigns for health reasons". BBC. Dicapai pada 28 Ogos 2020.
  4. ^ "Former Japanese PM Shinzo Abe 'showing no vital signs' after attack". South China Morning Post.
  5. ^ "Former Japanese PM Abe Shinzo shot in Nara, man in his 40s arrested". NHK World News -- Japan. NHK Broadcasting. Dicapai pada 8 July 2022.
  6. ^ "安倍晋三元首相死亡 奈良県で演説中に銃で撃たれる". NHK (dalam bahasa Japanese). Tokyo, Japan. 8 July 2022. Dicapai pada 8 July 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Takahara, Kanako; Otake, Tomoko; Martin, Alex K. T. (8 July 2022). "Former Prime Minister Shinzo Abe dies after being shot in Nara". The Japan Times. Dicapai pada 8 July 2022.
  8. ^ The Dragons of Troy, USC Trojan Family Magazine, musim sejuk 2006, Dicapai pada 22 Disember 2012.
  9. ^ Shinzo Abe the Chief Cabinet Secretary Shinzo Abe's official website Diarkibkan 17 Januari 2010 di WebCite
  10. ^ "Embattled Japanese PM stepping down" CBC News. Dicapai pada 12 September 2007. Diarkibkan 17 Januari 2010 di WebCite
  11. ^ "Japanese prime minister resigns" BCB News. Dicapai pada 12 September 2007. Diarkibkan 17 Januari 2010 di WebCite
  12. ^ "Why Did Prime Minister Abe Shinzo Resign? Crippling Diarrhea", JapanProbe.com, 12 Januari 2008.
  13. ^ "Japan's New Leader Says Recovered From Illness". The Wall Street Journal. 16 Disember 2012. Dicapai pada 26 Disember 2015.
  14. ^ Shinoda, Tomohito (2013). Contemporary Japanese Politics. New York: Colombia University Press. m/s. 230.
  15. ^ Martin Fackler (26 Disember 2012). "Ex-Premier Is Chosen to Govern Japan Again". New York Times. Dicapai pada 6 April 2017.
  16. ^ "Akie Abe not afraid to speak her mind". Japan Today (dalam bahasa Inggeris). 4 Januari 2014. Dicapai pada 15 Januari 2014.
  17. ^ "BBC NEWS – Asia-Pacific – Japan PM's wife in rare interview" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Disember 2014.
  18. ^ "Shinzo Abe Addresses Australian Parliament (July 8, 2014)". YouTube (dalam bahasa Inggeris). Malcolm Farnsworth. Dicapai pada 15 Disember 2018.
  19. ^ "Prime Minister Shinzo Abe of Japan's Address to a Joint Meeting of Congress". YouTube (dalam bahasa Inggeris). John Boehner. Dicapai pada 15 Disember 2018.
  20. ^ "Davos 2014 – The Reshaping of the World Vision from Japan". YouTube (dalam bahasa Inggeris). FOrum Ekonomi Dunia. Dicapai pada 15 Disember 2018.
  21. ^ "Bekas PM Jepun Shinzo Abe ditembak". Astro Awani. 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  22. ^ "Bekas PM Jepun Shinzo Abe meninggal dunia". Utusan Malaysia. 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  23. ^ "石油備蓄で基地提供提案 安倍首相、サウジ国王に". 47news. 29 April 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2013. Dicapai pada 18 Julai 2013.
  24. ^ Decoraties Staatsbezoeken Japan en Republiek Korea Diarkibkan 4 November 2014 di Wayback Machine – laman sesawang Wangsa Diraja Belanda
  25. ^ [1] - laman sesawang Inquirer.net
  26. ^ [2] - website of Inquirer.net, Spanish Official Journal (In Spanish)
  27. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2019. Dicapai pada 15 Oktober 2018.CS1 maint: archived copy as title (link)
  28. ^ "Премьер-министру Японии Синдзо Абэ присвоено звание Почетного профессора Туркменского государственного университета имени Махтумкули | Политика". Туркменистан, интернет портал о культурной, деловой и развлекательной жизни в Туркменистане.
  29. ^ "Japan's former PM Shinzo Abe on special visit to Malaysia". New Straits Times. 11 Mac 2022.

18.https://www.mstar.com.my/global/dunia/2020/08/28/sah-pm-jepun-shinzo-abe-letak-jawatan-kerana-masalah-kesihatan-minta-maaf-pada-rakyat

Pautan luar sunting


Didahului oleh
Junichiro Koizumi
Perdana Menteri Jepun
2006-2007
Diikuti oleh:
Yasuo Fukuda
Didahului oleh
Hiroyuki Hosoda
Ketua anggota kabinet Jepun
2005–2006
Diikuti oleh:
Yasuhisa Shiozaki