Shiqin Kamal

Pelakon wanita Malaysia

Nur Ashiqin Mohd Kamal (lahir 25 November 1991) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, yang bergiat aktif di dalam televisyen dan filem.[1][2][3][4][5] Beliau terkenal dengan watak sebagai Emilia dan Ayu dalam filem Lagenda Budak Setan (2010) yang mana persembahan beliau menerima pujian, sekaligus meraih perhatian umum.

Shiqin Kamal
Kelahiran
Nur Ashiqin binti Mohd Kamal

(1991-11-25) 25 November 1991 (umur 32)
WarganegaraMalaysia
PendidikanSarjana Muda Sains Aktuari
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Mara, Convent Bukit Nenas
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010–kini

Kehidupan peribadi sunting

Shiqin Kamal dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak bongsu daripada 7 beradik dan pemegang ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[6] Ketika namanya meniti populariti, beliau berundur seketika untuk menyambung pelajaran di UiTM sekali gus memenuhi impian arwah ibunya.[7]

Beliau juga aktif dalam sukan tinju dan tarian balet[8] dan Muay Thai.[9] Ibu beliau, Khadijah Bee meninggal dunia pada 18 Julai 2014 akibat penyakit usus.[10]

Kerjaya lakonan sunting

Pada tahun 2010, Shiqin memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan menerusi filem sulung lakonannya, Lagenda Budak Setan, adaptasi dari novel 1985 bertajuk sama karya Ahadiat Akashah di mana beliau berlakon bersama Farid Kamil dan Lisa Surihani. Shiqin memegang dua watak, iaitu Emilia dan Ayu. Persembahan beliau dalam filem ini melayakkan beliau menerima pencalonan Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-23. Pada tahun berikutnya, beliau muncul pula dalam filem Dilarang Masuk dengan memegang watak sebagai Fatia.

Selepas tamat belajar di UiTM, pada tahun 2014, Shiqin membintangi filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof, Abang Long Fadil di mana beliau memegang watak sebagai Hawa, adik kepada Fadil lakonan Zizan Razak. Beliau seterusnya muncul dalam drama waktu perdana TV3, Melarik Awan lakonan bersama Dayana Roza. Pada tahun 2015, Shiqin menjayakan peranan berganda sebagai Shirah dan Nadia dalam Cinta Si Wedding Planner lakonan Adi Putra dan Mira Filzah.

Dari 2015 hingga 2017, beliau memegang watak Illana dalam drama Seharum Rindu yang disiarkan di TV1. Shiqin membintangi bersama Awie dan Erra Fazira dalam filem Warna Cinta Impian dengan memegang watak sebagai Diana. Filem ini ditayangkan pada 31 Mac 2016. Beliau muncul sebagai Angel dalam drama Amira Rose yang menjadi satu-satunya drama lakonan beliau pada 2018.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Lagenda Budak Setan Emilia / Ayu Filem pertama
2011 Dilarang Masuk Fatia
2012 Uncle Usin Julia
Mantera The Movie Deena
Leftwings Yana
2013 Tanda Putera Zailah Ismail
2014 Abang Long Fadil Hawa
2016 Warna Cinta Impian Diana
2020 Superbike The Movie Ilya
2021 Ada Hantu Bariah
2022 Ada Hantu 2 Bariah
2023 Malbatt: Misi Bakara Isteri Leftenan Dahari Pelakon sampingan
TBA Rebel Pra-produksi
Reversi Pra-produksi

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Ada Hantu Malam Raya Zara TV3
2017 Hanya Namamu Syira
2019 Love You Ustaz TV2
2022 Cinta Lesen L Ain
2023 Heist- Dil Fitri Anis Astro Ria
Heist- Dil Adha
Deria Ke 7 Kyra TV2
Komedia Fatin

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Melarik Awan Areya TV3 Drama pertama
2015–2016 Cinta Si Wedding Planner Shirah / Nadia
2016–2017 Sein Dan Luna Siti Maziah
2015 Padamu Aku Bersujud Ika
Seharum Rindu Illana TV1
2017 Seharum Rindu 2
Mr. Hijab Bienda TV3
2018 Amira Rose Angel
2019 Jodoh-Jodoh Annisa Rita Astro Prima
Ajari Playboy Itu Jaja TV3
Kereta Sewa
2020 Degup Cinta Zahlia Astro Ria
Dendam Cinta Arissa Zarina
Mummy Oja Aneesa Awesome TV
2021 Ahli Bapak Bapak Club Hana Astro Ria
Cik Ayu Mee Sanggul Mastura
2022 Risik Pada Hati Suhara TV3
2023 Misi Seramedi Medina TV Okey
Haloba Misha TV3

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2010 Festival Filem Malaysia ke-23 Pelakon Wanita Harapan Lagenda Budak Setan Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Kemalia Othman (25 Mac 2016). "Shiqin Kamal kurang menyerlah kerana fokus belajar". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2018. Dicapai pada 19 Jun 2017.
  2. ^ Marina Shabudin (3 Februari 2016). "Shiqin Kamal raih peluang". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2018. Dicapai pada 19 Jun 2016.
  3. ^ Aqmar Mustaza (27 Mac 2016). "Lambat dikenali, Shiqin Kamal tak gusar". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2018. Dicapai pada 19 Jun 2016.
  4. ^ "Percaturan Shiqin Kamal". Sinar Harian. 3 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2018. Dicapai pada 19 Jun 2015.
  5. ^ Syed Musaddad Syed Mahdi (22 Februari 2015). "Buang rasa iri hati". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2019. Dicapai pada 19 Jun 2015.
  6. ^ Sudirman Mohd Tahir (29 Mac 2016). "Shiqin utama pelajaran". Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2018.
  7. ^ Ramlah Zainal (26 Oktober 2018). "Shiqin penuhi impian ibu". Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2019.
  8. ^ Syanty Octavia Amry (19 Jun 2019). "Akur jadi jahat - Shiqin Kamal". Harian Metro. Dicapai pada 28 Jun 2019.
  9. ^ Ridzuan Abdul Rahman (18 Mei 2020). "Teringin watak aksi". Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2020.
  10. ^ Feride Hikmet Atak (25 Julai 2014). "Ada Hikmah Di Sebalik Pemergian Ibu - Shiqin Kamal". mStar Online. Dicapai pada 21 Jun 2015.

Pautan luar sunting