Shōnen Jump Mingguan

(Dilencongkan daripada Shonen Jump)

Shōnen Jump Mingguan (週刊少年ジャンプ, Shūkan Shōnen Janpu), lebih terkenal dengan nama Shōnen Jump sahaja, merupakan salah satu majalah kompilasi manga yang telah berterusan dalam jangka masa yang lama di Jepun. Majalah "kembarnya" ialah Monthly Shonen Jump.

Shōnen Jump Mingguan
週刊少年ジャンプ
KekerapanMingguan
Isu pertama1 Ogos 1968
SyarikatShueisha
Negara Jepun
BahasaBahasa Jepun
Laman webhttp://www.shonenjump.com/e/

Judul-judul terpilih yang dikumpulkan ataupun tankōbon Weekly Jump di Jepun dikeluarkan di bawah cetakan Jump Comics.

Sejarah

sunting
 
Weekly Shonen Jump, Isu tahun 1995- #13 (versi Jepun) mempamerkan Piririn, iaitu watak cantuman Piccolo dan Kuririn dari siri Dragon Ball.

Weekly Jump diterbitkan khas untuk remaja lelaki ("Shōnen" adalah perkataan yang berasal daripada kanji yang bermaksud "sedikit" dan "tahun", dan merupakan perkataan bahasa Jepun untuk "remaja lelaki"). Manganya dipenuhi aksi dan pengembaraan, seringkali mempamerkan protagonis iaitu seorang lelaki muda dengan ciri-ciri istimewa dan/atau kebolehan yang menakjubkan.

Weekly Jump dilancarkan Shueisha pada tahun 1968 untuk bersaing dengan majalah Shonen Magazine yang terkenal pada waktu itu. Dalam era 1990-an, Weekly Jump mempunyai cetakan melebihi enam juta. Dalam tahun-tahun yang lepas, jumlahnya adalah lebih kurang 3 juta. Judul-judul manga Weekly Jump juga telah diterjemahkan dan dikeluarkan di negara-negara di mana majalah ini tidak diterbitkan, contohnya seperti Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Thailand.

Terdapat juga beberapa permainan video berdasarkan majalah dan siri-siri yang diterbitkannya. Terdapat dua permainan Famicom Jump (Famicom Jump: Hero Retsuden dan Famicom Jump II: The Strongest Seven) bagi ulang tahunnya, di platfom Famicom, dan baru-baru ini juga di Jump Superstars dan Jump Ultimate Stars di Nintendo DS

Juga diterbitkan di Jepun adalah Akamaru Jump, sejenis isu istimewa yang mempamerkan satu keluaran manga semasa musim cuti di Jepun. Beberapa mangaka semasa dan sebelum telah memulakan kerjaya mereka dalam isu-isu ini, paling menonjol adalah seperti Hideaki Sorachi (Gintama), Akira Amano (Reborn!) dan Masashi Kishimoto (Naruto).

Tajuk majalah berkaitan

sunting

Jump Next!

sunting

Jump Next! (ジャンプNEXT!, Janpu NEXT!) pada asalnya merupakan cabang bermusim majalah Shōnen Jump Mingguan yang diterbitkan pada hari cuti di Jepun. Ia menjadi antologi sendiri yang diterbitkan setiap bulan pada 14 Mac 2014.[1] Pada mulanya, majalah itu diterbitkan dengan nama Akamaru Jump (赤マルジャンプ, Akamaru Janpu) sebelum 30 April 2010.[2] Jump Next! menampilkan banyak artis manga amatur yang mendapat one-shot yang diterbitkan dalam majalah itu. Ia juga meletakkan one-shot tambahan oleh artis manga profesional, yang mempromosikan siri yang akan datang untuk diterbitkan dalam majalah utama. Akhir-akhir ini ia juga memaparkan bab-bab terakhir siri yang dibatalkan daripada Shōnen Jump Mingguan, seperti Enigma dan Magico. Ia juga menampilkan siri popular yonkoma seperti Death Note dan Naruto, dan juga bab pilot Bleach. Jump Next! telah mempunyai beberapa versi istimewa yang lalu:

  • Aomaru Jump (青マルジャンプ, Aomaru Janpu) adalah isu tunggal Akamaru Jump.[3] One-shot yang dipaparkan dalam Aomaru Jump adalah Dead/Undead, Shōgai Oyaji Michi!, The Dream, Mieruhito, Yūtō ☆ Hōshi, dan Fuku wa Jutsu.[4]
  • Jump the Revolution! (ジャンプ the REVOLUTION!) adalah edisi khas Akamaru Jump yang diterbitkan dalam dua isu pada bulan November 2005 dan 2006. Jump the Revolution! mengandungi one-shot dari siri Shōnen Jump Mingguan yang akan datang menjadi siri Jump SQ.

Shonen Jump Antarabangsa

sunting

Majalah-majalah berikut diterbitkan secara bulanan, berlainan dengan edisi Jepun yang diterbitkan secara mingguan.

Shonen Jump Amerika Syarikat

sunting
 
Shonen Jump, Jilid 1, isu 1 (Edisi Inggeris)

Dalam tahun 2002, Shueisha mengumumkan perkongsian mereka dengan Viz Communications (sekarang dikenali sebagai Viz Media, syarikat pembekal anime dan manga di Amerika Syarikat, untuk mengedarkan majalah Shonen Jump secara bulanan di Kanada. Isu Shonen Jump, seperti edisi Jepun, dibaca dari kanan ke kiri. Ini adalah kerana jika dicetak dari arah yang bertentangan, gambar-gambar dan perkataan akan kelihatan terbalik. Dalam isu pertamanya (Januari 2003), salinan berjumlah hampir 300,000 berjaya dijual, menjadikannya buku Manga yang paling laris di A.S. pada waktu itu. Shonen Jump juga mengeluarkan novel-novel grafik, termasuk juga judul-judul yang pernah dikeluarkan di edisi Amerika, bersertakan judul-judul dalam versi Shonen Jump Jepun yang tidak dikeluarkan di Amerika.

Dalam teks majalah itu, Shonen Jump A.S. menggunakan sirkumfleks daripada makron untuk menandakan vokal panjang. Manga dalam majalahnya tidak selalunya mengikut kenyataan ini (sebagai contoh, pratonton untuk Whistle! menggunakan Makron). Dalam tahun 2005, Shonen Jump menerima sebuah dasar polisi untuk menyunting dialog dan seni judul-judul manga bersiri supaya lebih sesuai untuk kanak-kanak dan masih mempunyai daya penarik bagi orang dewasa. Polisi ini telah menerima kritikan daripada pembaca-pembaca veteran. Manga yang diterjemahkan Shonen Jump yang tidak dikeluarkan dalam majalah itu mempunyai suntingan yang kecil dan dikeluarkan lebih awal.

Senarai judul di bawah yang dikeluarkan dalam Shonen Jump edisi Amerika telah dicondongkan. Namun begitu, terdapat beberapa manga yang tidak diteruskan secara asal dalam majalah WSJ di Jepun dikumpulkan dalam baris yang sama:

BANZAI!

sunting

Shonen Jump diterbitkan di Jerman sebagai satu majalah kompilasi BANZAI! oleh Carlsen Comics dari November 2001 sehingga Disember 2005. BANZAI! mempamerkan judul-judul seperti Hikaru no Go, Hakuchi One, Naruto, I"s, Hunter x Hunter, dan Shaman King. Judul-judul lain seperti Yu-Gi-Oh!, Halloweens, Dr. Slump, One Piece, Neko Majin, Sand Land, Neko Majin Z, DNA² dan sebuah manga yang berasal daripada Jerman berjudul Crewman3 juga diisukan bersama-sama. BANZAI! juga menerbitkan dua siri manga Jerman yang asli, salah satu daripadanya bertujuan untuk mengajar para pembaca bahasa Jepun, berserta sebuah bahagian istimewa untuk berita-berita tentang Anime dan Manga. Majalah ini berhenti dalam bulan Disember tahun 2005 selepas 50 isu disebabkan lesen mereka tidak diperbaharui Shueisha. Banyak juga siri-siri manganya dicetak sebagai buku-buku tersendiri dalam siri-siri seperti Best of BANZAI! dan BANZAI! präsentiert (BANZAI! mempersembahkan) oleh Carlsen Comics.

http://www.banzai-online.de/ - Tapak Rasmi

Shonen Jump Edisi Sweden

sunting

Shonen Jump edisi Sweden mempamerkan beberapa siri seperti Yu-Gi-Oh!, Naruto, Shaman King, and Rurouni Kenshin, dan dalam tahun 2007 siri manga Bleach juga disertakan. Majalah mereka juga mengajar para pembaca kaedah-kaedah melukis manga.

Shonen Jump Edisi Norway

sunting

Shonen Jump edisi Norway diterbitkan oleh Schibsted Forlagene. Isu pertamanya muncul pada bulan Mac 2005 dengan siri-siri yang sama dengan Shone Jump edisi Sweden dan diterjemahkan daripada bahasa Swedish. Mereka mula-mula mengeluarkan SandLand, kemudian digantikan dengan Rurouni Kenshin, Naruto, Yu-Gi-Oh dan Shaman King. Shonen Jump yang terakhir diterbitkan adalah pada 26 Februari 2007. Ini disebabkan kekurangan mata pendapatan. Mereka akan mengeluarkan Naruto dan Shaman King dalam bentuk tankoban.

Siri-siri manga yang masih diterbitkan di Weekly Jump

sunting
Tajuk siri Pengarang Tahun bermula
Black Clover (ブラッククローバー) Yuki Tabata Februari 2015
My Hero Academia (僕のヒーローアカデミア, Boku no Hīrō Akademia) Kohei Horikoshi Julai 2014
Hunter × Hunter (ハンター×ハンター, Hantā × Hantā) Yoshihiro Togashi Mac 1998
One Piece (ワンピース, Wan Pīsu) Eiichiro Oda Ogos 1997

Siri-siri manga yang sedang disirikan di Shonen Jump Amerika Syarikat

sunting

Tahun di dalam kurungan () menunjukkan tahun siri itu mula diterbitkan.

Siri-siri manga yang akan disirikan di dalam Shonen Jump

sunting

Siri-siri manga yang pernah disirikan di dalam Shonen Jump

sunting
  • Sand Land (Jan-Dis 2003) (berakhir dan digantikan oleh Hikaru no Go)
  • Dragon Ball Z (2003-April 2005) (dihentikan)
  • Yu-Gi-Oh! (2003-November 2004) (Tujuh jilid pertama disirikan) (berakhir dan digantikan oleh babak kisah "Millennium World")
  • Gin Tama (Jan-Mei 2007) (Jilid pertama disirikan) (dihentikan dan digantikan dengan Bobobo-bo Bo-bobo dua bulan kemudian)
  • Shaman King (2003-Ogos 2007) (dihentikan)

Siri alihan Monthly Shonen Jump

sunting

Bermula dengan isu Julai, 2007 majalah Monthly Shonen Jump iaitu isu yang terakhir, terdapat empat buah siri daripada majalah tersebut yang akan disirikan dalam Weekly Shonen Jump sehingga bermulanya Jump², sebuah majalah shonen bulanan yang baharu. Siri-siri berikut akan digilirkan sepanjang bulan untuk membenarkan terbitan-terbitan yang serupa dengan penerbitan di dalam majalah bulanannya.

Siri-siri Jump lain yang terkenal

sunting

Majalah di Jepun telah menghasilkan beberapa judul manga yang paling popular. Mahupun shonen ialah sebuah genre yang, secara umumnya, ditakrifkan untuk pembaca lelaki muda-mudi, siri-siri yang diterbitkan direka khas untuk mencapai demografi mereka. Namun begitu, siri-siri yang muncul dalam majalah ini telah menjadi bahan bacaan setiap lapisan masyarakat, daripada kanak-kanak sehinggalah pembaca-pembaca dewasa dan telah menyentuh setiap genre yang boleh disebut. Bermula daripada aksi penuh debaran dan dunia romantis hinggalah ke genre kesukanan penuh drama, genre-genre ngeri, drama psikologi, komedi, juga siri-siri cinta. Akan tetapi, dikalangan beratus-ratus siri yang diterbitkan Shonen Jump, beberapa telah dicabar peredaran masa di kedua-dua era mereka dan era hari ini. Siri-siri yang paling popular selalunya menjadi siri animasi televisyen yang menggambarkan idea-idea shonen yang serupa di Jepun dan di seluruh dunia.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Jump Next! Magazine to Run Every Other Month". Anime News Network. February 17, 2014. Dicapai pada February 18, 2014.
  2. ^ "Shonen Jump, Jump Square to Launch New Spinoff Mags". Anime News Network. April 13, 2010. Dicapai pada November 30, 2013.
  3. ^ "週刊少年ジャンプ増刊 青マルジャンプ". Shueisha. Dicapai pada November 22, 2008.
  4. ^ "週刊少年ジャンプ増刊 青マルジャンプ 目次". Shueisha. Dicapai pada November 22, 2008.

Pautan luar

sunting