Anugerah Shout! 2009

(Dilencongkan dari Shout! Awards 2009)

Anugerah Shout! 2009 ialah sebuah majlis penganugerahan Shout! Awards yang julung kali dilangsungkan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada dan disiarkan secara langsung secara tiga jam di saluran 8TV, pada malam 17 Julai 2009. Penganugerahan ini dilancarkan oleh pihak 8TV dengan tujuan memberi penghargaan kepada mereka yang berbakat kreatif, progresif dan inovatif yang sentiasa menyumbangkan idea-idea kreatif dan memberi impak yang besar demi menyemarakkan industri seni dan hiburan tanahair.

Anugerah Shout! 2009
PenghargaanMajlis anugerah buat penggiat seni dalam bidang Muzik, TV & Radio
Tarikh17 Julai 2009
LokasiStadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Negara Malaysia
PengacaraMarion Caunter
Soo Kui Jien
Sarah Molko
Anugerah terbanyakBunkface (3)
Pencalonan terbanyakDato' Siti Nurhaliza (2)
Marion Caunter (2)
Nazrudin Rahman (2)
Laman web rasmi[1]
Liputan televisyen/radio
Rangkaian8TV
Tempoh tayangan3 jam

Anugerah Shout! Awards yang julung kali ini menawarkan 16 anugerah yang dibahagi kepada empat kategori industeri hiburan (muzik, TV dan filem, radio, "the works"), 15 darinya ditentukan melalui undian peminat dan satu lagi, iaitu "Ultimate Shout! Award" untuk juara keseluruhan, ditentukan dari kalangan pemenang-pemenang oleh sekumpulan panel juri yang diundang khas oleh pihak penganjur iaitu "Shout! Council". Majlis yang diacarakan oleh Marion Caunter, Soo Kui Jien dan pendatang baru Sarah Molko[1] ini, menyaksikan penguasaan kumpulan indie Bunkface yang merangkul hadiah Ultimate Shout! Award yang pertama.

Pada tahun 2010, siaran langsung Anugerah Shout! 2009 meraih anugerah khas juri dalam kategori Program Hiburan Khas (Tahunan) [2] di Anugerah Televisyen Asia yang dianjurkan di Singapura pada bulan Disember.

Pengenalan sunting

Shout! Awards diperkenalkan di satu sidang akhbar anjuran 8TV yang turut dihadiri oleh pihak Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) di Sunway Pyramid pada 15 April 2009. Pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan untuk merebut anugerah-anugerah ini sehingga 30 April. Semua penyertaan yang dihantar telah dinilai oleh juri-juri profesional yang dilantik oleh PAIMM iaitu Shout! Council[3] yang dipengerusi oleh Jennifer Thompson, ketua pengurus PAIMM.[4]

Pada 3 Jun, senarai muktamad calon-calon Shout! Awards 2009 diumumkan di Grand Millenium Hotel[5] (lihat senarai calon di bawah). Di samping itu, pihak penganjur mengadakan jelajah promosi Shout! Awards yang diserikan oleh para artis tempatan di lima buah pusat beli-belah iaitu Plaza Sungei Wang (Kuala Lumpur), Mahkota Parade (Melaka), Batu Pahat Mall (Batu Pahat, Johor), kelab Laundry di The Curve (Mutiara Damansara, Selangor) dan 1 Utama (Petaling Jaya, Selangor).

Maroin Caunter, Soo Kui Jien dan Sarah Molko menyandang tugas pengacara utama dengan bantuan para pengacara The 8TV Quickie dan juruhebah Fly FM di karpet merah, serta Juliana Evans, Deborah Henry, Paul Moss, Nur Fazura, Alif Satar, Yasmin Ahmad, Smek, Pamela Chong, Vanessa Chong, Diana Rusdi, Jojo Struys, Saiful Apek, Ahmad Nabil Ahmad, Syafinaz Selamat, Afdlin Shauki, One Nation Emcees, Love Me Butch, Dato’ Sri Tony Fernandes dan Sarah Lian sebagai penyampai anugerah.[6] Barisan artis-artis yang diumumkan bakal membuat persembahan di acara Shout! Awards ialah Pop Shuvit, One Buck Short, Joe Flizzow, Jin Hackman, Caprice, Rahim Maarof, Shila, Nikki, Estranged, Bunkface, Mia Palencia, Pesawat, Paolo Delfino, persembahan istimewa Jaclyn Victor, Reefa dan Aubrey Suwito sempena memperingati Michael Jackson, dan tetamu istimewa Sean Kingston dari Amerika Syarikat.

Upacara pertama Anugerah Shout! bertemakan pengganasan si robot gergasi jahat yang turut dijadikan bentuk trofi yang diberi kepada pemenang. Di sidang media Anugerah Shout! yang ketiga pada bulan Jun, Ahmad Izham Omar selaku Ketua Pegawai Eksekutif 8TV berkata tema robot ini melambangkan keinginan industri hiburan Malaysia, khususnya hiburan berteraskan urban, menguasai dan meninggalkan impak yang besar di dalam mahupun luar negara.[7] Ahmad Izham berkata lagi, "Bila Shout! Awards 2009 diumumkan penganjurannya, ada yang kata ia mirip MTV Awards seolah-olah kami cuba meniru konsepnya. Padahal, ia mempunyai misi dan hala tuju tersendiri, yang sama sekali berbeza dengan MTV Awards. Ia sebenarnya dianjurkan untuk mengiktiraf kerja-kerja seni tempatan... segala kejayaan yang ditempa anak-anak seni kita, selain membantu mereka, terutama yang sedang mencari arah mendapat tempat di arus perdana."[8]

Persembahan sunting

Berikut ialah senarai artis yang membuat persembahan sepanjang majlis (mengikut turutan):

Penyampai sunting

Berikut ialah senarai artis yang muncul sebagai penyampai anugerah sepanjang majlis (mengikut turutan):

Senarai calon dan pemenang sunting

Nama pemenang ditebalkan.

Ultimate Shout! Award sunting

Muzik sunting

TV dan Filem sunting

Anugerah Best On Screen Chemistry (Pasangan)
Anugerah Fresh TV Series (Siri TV baru termasuk Drama dan Sitkom)

Anugerah Breakthrough Film
Anugerah Favourite TV Program (Bukan Drama)

Anugerah Favourite TV Host

Radio sunting

Anugerah Coolest Radio Announcer
Anugerah Favourite Radio Show
  • Fly FM Must Have Music (Hunny Madu, Fly FM)
  • Fly FM Night Flight (Basil Chandrakanth dan Hafiz Hatim, Fly FM)
  • Fly FM Pagi Show (Loh Ben Jern, Aini Nadia Mohd Nazir dan Phat Fabes, Fly FM)
  • Hot FM AM Krew (Fara Fauzana dan Faizal Ismail)
  • Indie X (Smek dan Mat, X FM)

The Works sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Radin Sri Ghazali (8 Julai 2009). "Entertainment: Fresh talents to shout about". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-16. Dicapai pada 18 Julai 2009.
  2. ^ Jangan Lupa Lirik & Shout Awards 2009 Menang Di Singapura, gua.com.my, 10 Disember 2010. Dicapai pada 10 Disember 2010.
  3. ^ "8TV lancarkan Shout! Awards". mStar Online. 16 April 2009. Dicapai pada 9 Jun 2009.
  4. ^ Chua, Dennis (9 Jun 2009). "Where's your Shout?". Unknown parameter |acceessdate= ignored (bantuan); Unknown parameter |publihser= ignored (|publisher= suggested) (bantuan)
  5. ^ Li Ee Kee (3 Jun 2009). "Siapa Finalis Shout! Awards?". gua.com.my. Dicapai pada 10 Jun 2009.
  6. ^ "Sekitar Sidang Media Shout! Awards Perkenalkan Penyampai dan Persembahan". Sensasi selebriti. 2 Julai 2009. Dicapai pada 18 Julai 2009.
  7. ^ "Randommania: Shout! Awards PC 3". Dicapai pada 15 Julai 2009.
  8. ^ Hardi Effendi Yaacob (21 Jun 2009). "Anugerah Shout! bukan tiru MTV Awards". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-27. Dicapai pada 15 Julai 2009.

Pautan luar sunting