Showdown 2012 merupakan musim ketiga dalam siri pertandingan tarian urban berkumpulan, Showdown yang diterbitkan oleh Primeworks Studio untuk disiarkan di 8TV mulai 4 April hingga 4 Julai 2012. Seperti musim lalu yang diadakan pada 2011, Hafiz Hatim menjadi pengacara dan Joe Flizzow dan Maple Loo menjadi barisan juri utama.

Showdown 2012
PengacaraHafiz Hatim
JuriJoe Flizzow
Maple Loo
Negara asal Malaysia
Syarikat penerbitan
Primeworks Studio
Penyiaran
Saluran asal8TV
Siaran asal4 April 2012 – 4 Julai 2012
MengikutiShowdown 2011
Pautan luar
Laman sesawang

Juara keseluruhan Showdown 2012 ialah Dem Lepak Boyz.

Ujibakat sunting

Ujibakat Showdown 2012 kali ini memperkenalkan sesuatu yang baru iaitu ujibakat online, yang mana kru-kru yang ingin mengambil bahagian boleh menghantar video rakaman aksi mereka kepada tapak sesawang mereka untuk dinilai oleh para juri mulai 1 hingga 21 November 2011.[1] Walau bagaimanapun, ujibakat biasa tetap diadakan di Kota Kinabalu (26 November 2011), Kuching (27 November)[2] dan Kuala Lumpur (18 Disember).[1] Seperti biasa, mereka yang layak dari keempat-empat sesi ujibakat ini (termasuk yang online) layak ke peringkat Battle.

Battle sunting

Sesi Battle diadakan di tempat yang sama dengan ujibakat Kuala Lumpur, iaitu KL Live Centre pada 19 Disember 2011, sehari selepas uji bakat berakhir.

Meltdown sunting

Pusingan Meltdown terdiri daripada dua bahagian selama dua hari. Semua kru yang layak dari Battle dibawa ke suatu tempat untuk menerima latihan intensif dari Judimar Hernandez, Suhaili Micheline dan Yannus dari rancangan So You Think You Can Dance, sebelum berentap dalam penyingkiran akhir pada hari kedua sebelum pertandingan sebenar.

12 kru yang layak ke pusingan pertandingan sebenar ialah:[3]


  • Syko Breakerz Crew (SBC)
  • D'Vol Blacky Wacky (DBW)
  • Kitta Move (KM)
  • Soul Gang (SG)
  • E.G.S Monster (EGS)
  • Inversion (IVS)
  • Soul Krazy (SK)
  • Dem Lepak Boyz (DLB)
  • The Hype (HYP)
  • Project Elementz (PEZ)
  • Walawei (WLW)
  • We Taking Over (WTO)

Syko Breakerz Crew, D'Vol Blacky Wacky, E.G.S. Monster dan Soul Krazy pernah menyertai Showdown musim-musim terdahulu.

Dance Off sunting

Setelah dilangsungkan di i-City Shah Alam pada musim lepas, Showdown 2012 kembali ke KL Live di KL Life Centre, mulai 2 Mei 2012. Setiap malam pertandingan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama yang mana setiap kumpulan membuat persembahan tarian masing-masing mengikut giliran; bahagian kedua (Battle) yang mana empat kumpulan yang meraih undian terendah dipasangkan satu lawan satu dan berentap selama 180 saat untuk kekal dalam pertandingan, di mana dua kumpulan yang kalah dalam Battle masing-masing hanya meletakkan nasib mereka dalam tangan juri.

Talian mengundi untuk para penonton dibuka 24 jam sepanjang tempoh pertandingan kecuali ketika segmen 'Battle' pada malam pertandingan setiap Rabu. Kru yang tersingkir mesti memangkah kod SMS mereka di papan latar pentas dengan menyembur cat. Para peserta menari mengikut tema mulai minggu kedua hingga minggu kedua terakhir pertandingan, berdasarkan pilihan rawak oleh sistem yang dipaparkan di latar pentas di hujung setiap malam bertanding.

2 Mei sunting

12 kru membuat persembahan pengenalan mereka di peringkat pertandingan mengikut gaya masing-masing.

Battle:

  • Soul Gang mng EGS Monster
  • Dem Lepak Boyz mng Syko Breakerz Crew

Joe Flizzow membuat pengumuman mengejut bahawa kedua-dua kru yang kalah dalam battle masing-masing tidak tersingkir.

9 Mei: 90's sunting

Para kru membuat persembahan berasaskan muzik dan budaya pop 1990-an.

Battle:

  • Soul Gang mng D'Vol Blacky Wacky
  • We Taking Over mng Syko Breakerz Crew

Tersingkir: Syko Breakerz Crew

16 Mei: Goldfish & Blink sunting

Para peserta menari mengikut rentak lagu-lagu popular yang diadun oleh duo DJ terkenal, Goldfish & Blink. Artis tersebut turut mengambil alih tempat DJ Fuzz di belakang turntable sempena Battle.

Juri undangan: Mizz Nina

Battle:

  • D'Vol Blacky Wacky mng The Hype
  • Dem Lepak Boyz mng We Taking Over

Tersingkir: The Hype

23 Mei: My Dance Idol sunting

Para peserta dikehendaki mempersembahkan suatu tarian yang dipopularkan oleh idola tarian mereka.

Juri undangan: Judimar Hernandez

Battle
  • D'vol Blacky Wacky mng Inversion
  • Soul Gang mng Soul Krazy

Tersingkir: Inversion

30 Mei: K-Pop sunting

Para kru dikehendaki menari ikut rentak lagu K-pop.

Battle
  • Walawei mng D'Vol Blacky Wacky
  • Dem Lepak Boyz mng Project Elementz

Tersingkir: D'Vol Blacky Wacky

6 Jun: Dubstep sunting

Para kru dikehendaki menari ikut rentak lagu dubstep.

Juri undangan: Arabyrd

Battle
  • Kitta Move mng EGS Monster
  • Soul Krazy mng We Taking Over

Tersingkir: EGS Monster

13 Jun: Street Flava sunting

Para kru dikehendaki menari dalam gaya-gaya yang tidak biasa dipersembahkan atau di luar kepakaran masing-masing, seperti yang diaturkan oleh pihak penganjur.

Juri undangan: Shay Normann

Battle
  • Dem Lepak Boyz mng Soul Krazy
  • Soul Gang mng Kitta Move

Tersingkir: Kitta Move

20 Jun: Circus sunting

Para kru mesti menerapkan pertunjukan sarkas dalam tarian mereka.

Juri undangan: Suhaili

Telah diputuskan bahawa kumpulan yang dinilai oleh para juri sebagai persembahan terbaik akan layak ke peringkat akhir secara automatik. Sementara menunggu keputusan juri, keenam-enam kru naik pentas semula secara tiga demi tiga (Dem Lepak Boyz+Soul Krazy+Soul Gang, We Taking Over+Walawei+Project Elementz).

Para juri telah memutuskan bahawa Dem Lepak Boyz mendapat imuniti untuk mara ke Final Showdown, sementara Project Elementz menerima undian tertinggian turut mara ke pusingan seterusnya. Setiap battle dilanjutkan kepada 4 minit.


Battle
  • Soul Krazy mng Soul Gang
  • Walawei mng We Takin Over

Tersingkir: We Takin Over

27 Jun: Show Me Whatcha Got sunting

Dalam minggu terakhir sebelum Final, setelah Dem Lepak Boyz meraih imuniti kerana mendapat pujian Persembahan Terbaik daripada juri minggu lalu, empat kru yang tinggal masing-masing dikehendaki membuat dua persembahan iaitu secara tunggal dan Battle.

Juri undangan: Pat Ibrahim

Untuk Battle, pada asalnya hanya dua kru terbawah iaitu Soul Gang dan Soul Krazy dikehendaki berentap. Soul Gang diberi kemenangan dalam Battle ini, tetapi para juri tiba-tiba membuat keputusan untuk memanggil dua kru yang lain berentap. Dalam Battle tambahan ini, Project Elementz menang ke atas Walawei. Di akhir rancangan yang singkat ini (hanya 65 minit berbanding 90 minit yang selalunya), Soul Krazy dan Walawei yang kalah dalam Battle masing-masing disingkirkan kedua-duanya sekali. Oleh itu, Dem Lepak Boyz, Soul Gang dan Project Elementz mara ke Final Showdown pada minggu seterusnya.

4 Julai: Final Showdown sunting

Tiga kru - Project Elementz, Soul Gang dan Dem Lepak Boyz (yang meraih imuniti dua minggu sebelumnya) - mara ke malam kemuncak Showdown 2012 yang diadakan di KL Live. Acara yang melebihi dua jam panjangnya ini dimulakan dengan persembahan tarian oleh sembilan kru yang tersingkir sepanjang pertandingan, diikuti dengan nyanyian oleh Carleed, tarian duet Pat Ibrahim dan Maple Loo, dan persembahan rap Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne.

Ketiga-tiga finalis dikehendaki membuat persembahan solo secara bergilir-gilir dalam dua pusingan berturut-turut untuk meraih undian penonton sebelum talian undian ditutup. Sementara menunggu hasil undian, malam acara bersambung dengan persembahan khas oleh Zeppo Youngsters Crew, salah sebuah kru kanak-kanak yang pernah datang ke uji bakat.

Selepas talian undian ditutup, hanya dua kru yang meraih undian terbanyak, iaitu Project Elementz dan Dem Lepak Boyz, mara ke pusingan Final Battle, yang mana mereka berentap sesama sendiri selama enam minit. Selepas diumumkannya keputusan yang mana Soul Gang tersingkir, talian undian dibuka sela kerana hanya undian penontonlah yang menjadi penentu juara Showdown 2012.

Sementara menungggu keputusan akhir, malam acara diserikan dengan persembahan istimewa oleh juara Showdown musim lalu, Elecoldxhot, dan F.I.X, juara UOX Blast 2012 yang pernah dianjurkan oleh penaja, Celcom, dan kumplan penyanyi terkenal dari Korea Selatan, B.A.P.

Sekitar pukul 11.20 malam, keputusan muktamad diumumkan, maka gelaran juara Showdown jatuh kepada Dem Lepak Boyz.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ujibakat Showdown 2012 kembali lagi, gua.com.my, 14 Disember 2011. Dicapai pada 4 April 2012.
  2. ^ [1]
  3. ^ SHOWDOWN TOP 12 VOTING PROMO (video), YouTube. Dicapai pada 2 Mei 2012.

Pautan luar sunting