Shriya Saran (Hindi: श्रिया / श्रेया सरन;dilahirkan pada 11 September 1982)[1] juga dikenali sebagai Shriya, merupakan seorang pelakon di India. Selepas debut beliau dalam filem Ishtam, beliau mula mendapat perhatian dalam dunia perfileman pada tahun 2002 selepas pelancaran filem yang berjudul Santosham dalam peranan bernama Bhanu yang merupakan filem hit yang pertama dilakonnya.[2] Berikutnya, beliau telah berlakon dalam beberapa filem Telugu bersama pelakon-pelakon menonjol, sementara menampilkan diri dalam filem-filem Bollywood serta Kollywood. Pada tahun 2007, beliau telah mendapat kemasyhuran pada tahap global selepas berlakon dalam filem Sivaji: The Boss bersama Rajinikanth.[3] (yang memecahkan beberapa rekod kutipan pawagam pada masa tersebut), berikutnya beliau telah berlakon dalam sebuah filem Hollywood serta beberapa filem hindi dan filem tamil.

Shriya Saran
Shriya Saran sedang melihat ke arah kamera
Shriya Saran, 2019
Kelahiran
Shriya Saran

(1982-09-11) 11 September 1982 (umur 41)
Nama lainShriya, Shreya
PekerjaanPelakon, peragawati, dermawan
Tahun aktif2001–kini
Laman web rasmishriyasaran.com

Saran terutama dalam peranan utama dalam quality anggaran dan filem studio besar, dari komedi romantis dan drama untuk fiksyen sains dan thriller aksi. Berikut daripada sukses komersial filem Santhosham (2002),[4] Tagore (2003),[5] Sivaji: The Boss (2007),[6][7], Chatrapathi (2005)[8][9] dimana beliau telah dicalonkan untuk Filmfare Pelakon Aktress Terbaik untuk telugu dan Kanthaswamy (2009)[10][11][12] ia menetapkan dirinya sebagai salah satu pelakon terkemuka dalam industri filem India Selatan.[13] Selain daripada filem-filem tersebut, filem box office besar yang didirikan kerjayanya adalah Nuvve Nuvve (2002),[14][15] Nenunnanu (2003),[16][17][18] dan Don Seenu (2010) dalam Telugu, Thiruvilayadal Arambam (2006),[19][20] Azhagiya Tamil Magan (2007)[21][22] and Kutty (2010)[23][24] dalam Tamil, Awaarapan (2007)[25] dimana beliau telah dicalonkan untuk Filmfare Pelakon Baru dan Mission Istaanbul (2008)[26] dalam Hindi dan Pokkiri Raja (2010) yang merupakan filem pertamanya[27][28][29] dalam Malayalam.

Latar belakang sunting

Beliau telah dilahirkan di Dehdarun, Uttarakhand di India pada 11 September 1982 sebagai anak kedua dalam dua adik-beradik kelahiran kepada pasangan Pushpendra Saran dan Neeraja Saran. Bapanya bekerja di Bharat Heavy Electricals Limited yang merupakan daya yang kedua belas pengeluar peralatan yang terbesar di dunia.[30] Ibunya pula merupakan guru matapelajaran Kimia di Sekolah Awam Delhi di Haridwar dimana Saran menamatkan pelajaran awalnya.[31] Beliau juga mempunyai seorang abang bernama Abhiroop Saran yang mula mendirikan rumahtangganya pada tahun 2006 serta mempunyai anak bernama Dhruv Saran. Saran menyambung pelajarannya di Kolej Lady Shri Ram Untuk Perempuan di Delhi dan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam sastera.[32] Beliau terlatih dalam tarian Kathak[32] seterusnya beliau juga terlatih dalam tarian klasikal India seperti Bharata Natyam dan Kuchipudi.[33] Beliau mempelajari tarian kathak melalui gurunya, Padma Shri Shovana Narayan.[34]

Kerjaya sunting

Kerjaya awal (2001-2003) sunting

 
Shriya Saran pada pertunjukan minggu pengantin, 2010

Semasa belajar tahun kedua di LSR College di Delhi, beliau mendapat peluang muncul di hadapan kamera untuk video muzik yang berjudul Tirakthi Kyon Hawa yang diarah oleh Renu Nathan. Selepas pengeluaran video tersebut, beliau diminta berlakon dalam filem Telugu yang bernama Ishtam yang diarah oleh Raj Kumar dan Vikram Kumar serta dilakonkan oleh Charan, keempat-empat mereka termasuklah Saran merupakan pendatang baru bagi dunia perfileman.[35] Beliau berlakon dalam peranan Neha serta mendapat pujian daripada pelbagai pihak untuk berlakon secara lincah seperti artis yang berpengalaman.[36][37] Walaupun filem itu berjaya secara kritis namun filem tersebut gagal di box office.[32]

Pada tahun 2002, beliau telah berlakon dalam filem Santhosham yang diarahkan oleh Dasaradh. Beliau berlakon bersama Nagarjuna, Prabhu Deva dan Gracy Singh dalam peranan Bhanu. Filem tersebut telah menjadikan Saran salah satu aktress yang paling terkemuka dalam dunia perfileman Telugu[38] seterusnya membawa pelbagai pujian kepada beliau atas usahanya berlakon dengan cemerlang dalam filem tersebut.[39] Filem ini ternyata sukses komersial tinggi serta merayakan tayangan 100 hari di pawagam.[40] Pada tahun yang sama beliau telah berlakon dalam filem Chennakeshava Reddy bersama-sama dengan Balakrishna, Tabu dan Devayani dimana Saran berlakon dalam peranan Preethi. Para pengritik berasa peranan Saran kurang penting walaupun beliau telah melakonkan watak tersebut dengan baik,[41] malah filem itu sendiri tidak dapat membuat kutipan pawagam pada tahap cemerlang seterusnya menjadi filem sederhana di box office.[15] Berikutnya beliau berlakon dalam filem Nuvve Nuvve yang menjadi hit di box office[15] seterusnya memberikan pelbagai pujian untuk beliau."[42][43] Saran berlakon dalam peranan Anjali yang merupakan anak kepada Vishvanath yang dilakonkan oleh Prakashraj serta mempunyai kekasih yang bernama Rishi yang dilakonkan oleh Tarun.

Pada tahun 2003, Saran telah membuat debutnya dalam dunia perfileman Bollywood melalui filem Tujhe Meri Kasam bersama Ritesh Deshmukh dan Genelia D'Souza,[44] yang merupakan filem remake Telugu yang berjudul Nuvve Kavali.[45] Buat pertama kalinya beliau melakonkan watak sampingan dimana penanannya tidak berpeluang untuk berkahwin watak utama yang bernama Rishi. Filem tersebut gagal memberikan impak di box office[46] seterusnya para pengritik juga berpendapat bahawa peranannya tidak penting bagi filem ini.[47]

Selepas filem pertama di bollywoodnya gagal, Saran sekali lagi mula memberikan lebih perhatian kepada kerjayanya di India Selatan. Beliau diberikan peluang untuk berlakon bersama Uday Kiran dalm filem Telugu yang berjudul Neeku Nenu Naaku Nuvvu dimana Saran berlakon dalam peranan Mahalakshmi. Filem tersebut juga gagal dalam box office tetapi peranannya membawa penghargaan daripada pelbagai pihak.[48][49] Seterusnya beliau buat pertama kalinya berlakon bersama Chiranjeevi yang merupakan pelakon yang paling ternama dalam dunia perfileman Telugu dalam filem Tagore yang merupakan remake daripada filem Tamil yang berjudul Ramana. Filem tersebut dapat memberikan impak besar di box office[50] serta memecahkan beberapa rekod kutipan pawagam sebaik sahaja mula tayangannya sehingga menjadi antara filem yang meraih kutipan kasar tertinggi sepanjang zaman dalam Telugu[51] walaupun peranannya tidak begitu penting dalam filem tersebut. Selain itu, beliau juga berlakon dalam filem Telugu yang berjudul Ela Cheppanu bersama Tarun sekali lagi selepas filem Nuvve Nuvve dimana beiau mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak untuk melakonkan peranannya dengan cemerlang,[52] tetapi filem tersebut telah gagai dalam box office.

Pada tahun yang sama beliau telah berlakon dalam filem Tamil buat pertama kalinya[53] yang berjudul Ennakku 20 Unnakku 18 bersama Tarun dan Trisha[54] dimana beliau telah berlakon dalam peranan Reshma yang merupakan kawan kepada watak utama Sridhar yang dilakonkan oleh Tarun, yang mencintai Preeti yang dilakon oleh Trisha. Walaupun muzik A. R. Rahman berjaya secara sederhana tetapi filem tersebut juga gagal di box office seterusnya gagal mendapatkan peluang untuk meneruskan kerjayanya dalam dunia perfileman Tamil.

Bollywood dan Kollywood (2004-2007) sunting

Selepas mencapai kejayaan dalam kerjayanya di India Selatan, beliau sekali lagi memberi tumpuan kepada filem Bollywood dimana beliau berlakon dalam watak penting untuk pertama kalinya dalam filem Bollywoodnya yang bertajuk Thoda Tum Badlo Thoda Hum yang merupakan remake daripada filem Telugu yang berjudul Anandam bersama Arya Babbar yang di terbit oleh Ramoji Rao. Beliau berlakon dalam peranan Rani dimana Taran Adarsh seorang pengritik profesional daripada Bollywood Hungama berpendapat bahawa "Shriya Saran merupakan pelakon yang profesional serta meninggalkan kesan yang mendalam".[55] Selain itu, beliau juga berlakon dalam filem Bollywood yang berjudul Shukriya: Till Death Do Us Apart bersama Aftab Shivdasani, Anupam Kher dan Rati Agnihotri,[56] dimana Saran berlakon dalam peranan Sanam K. Jindal serta mendapat pujian daripada pelbagai pihak.[57] Walaubagaimanapun, kedua-dua filem tersebut gagal di box office serta memusnahkan impian Saran untuk meneruskan kerjayanya dalam filem Bollywood.[58]

Seterusnya, beliau masih meneruskan perlakonannya dalam filem Telugu. Berikutan dalam tahun tersebut beliau berlakon dalam dua filem Telugu bersama Nagarjuna dan Mahesh Babu yang merupakan antara pelakon yang terhandal dalam dunia perfileman Telugu. Beliau berlakon dengan Nagarjuna dalam filem Nenunna dimana beliau melakonkan watak utama yang bernama Anu. Selain daripada Saran, Arthi Agarwal yang merupakan pelakon wanita yang terkaya dalam dunia perfileman Telugu juga berlakon dalam filem tersebut dalam watak sampingan.[59] Beliau mendapatkan pujian daripada kritik kerana dapat berlakon dalam watak yang berasal daripada keluarga sederhana serta memberikan kesan yang mendalam kepada para penonton.[60][61] Filem tersebut menjadi blockbuster di box office[18] serta ditempatkan dalam Anugerah Yuva Kala Vahini Top 10 Film 2004.[62] Seterusnya, beliau berlakon dalam filem Arjun bersama Mahesh Babu, Keerthi Reddy dan Raja yang diarah oleh Gunashekar. Filem tersebut terkenal dengan set Kuil Sri Meenakshi yang dibina dalam jumlah kos 40 Juta yang direka oleh Padmashri Thotta Tharani.[63] Saran memainkan peranan Roopa dimana para pengritik berpendapat bahawa peranannya kurang penting berbanding Keerthi Reddy yang berlakon dalam watak sampingan yang berperanan kakak kepada protagonis filem tersebut walaupun beliau berlakon dengan cemerlang.[64] Walaupun filem tersebut dapat kutipan pawagam yang tinggi namun jumlah kutipan tersebut tidak capai jumlah bajet filem tersebut, seterusnya menjadi filem sederhana.[18]

Anugerah sunting

Menang

  • 2007 - Anugerah South Scope Pelakon Wanita Paling Bergaya dalam Tamil untuk Sivaji: The Boss[65][66]
  • 2008 - Anugerah Stardust Wajah Baru Menyenangkan untuk Mission Istanbul[67]
  • 2009 - Anugerah Amrita Mathrubhumi Pelakon Wanita Terbaik dalam Tamil untuk Kanthaswamy[68][69]

Pencalonan

  • 2002 - Anugerah CineMAA untuk Pelakon Terbaik Wanita untuk Santosham[70]
  • 2005 - Anugerah Filmfare Pelakon Wanita Terbaik Telugu untuk Chatrapathi
  • 2007 - Anugerah Filmfare Pelakon Wanita Baharu Terbaik untuk Awaarapan
  • 2007 - Anugerah Stardust untuk Prestasi Terobosan Wanita Terbaik untuk Awaarapan[71][72]
  • 2007 - Anugerah Vijay untuk Pelakon Wanita Kegemaran untuk Sivaji: The Boss
  • 2009 - Anugerah Vijay untuk Pelakon Wanita Kegemaran untuk Kanthaswamy[73]
Kehormatan dan penghargaan pada tahap kebangsaan
  • 2010 - Anugerah TSR Lalitha Kala Parishath[74] atas sumbangan terhadap dunia perfileman Telugu[75]

Filemografi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Sizzling Shreya celebrates her B'day". IndiaGlitz. 11-01-2008. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Sreedhar Pillai (2004-04-08). "The Hindu : Return of romance!". The Hindu. Dicapai pada 2010-09-17.
  3. ^ "Shriya regaining her position". IndiaGlitz. 2008-02-29.
  4. ^ "Telugu cinema roundup in 2002- list of straight movies release". Idlebrain. 2010-05-14. Dicapai pada 2010-09-19.
  5. ^ Allu Sirish (2010-05-14). "Telugu cinema wouldn't have silver jubilee films again". Andhrakaburlu. Dicapai pada 2010-08-21.
  6. ^ Ibnlive.com (2007-09-21). "On 100th day of Sivaji, the Boss still rules". Ibnlive. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-07. Dicapai pada 2010-08-21.
  7. ^ "Unstoppable Sivaji". Rediff.com. Dicapai pada 2010-08-24.
  8. ^ "Events - 'Chatrapathi' 100 Days Celebration". IndiaGlitz. 2006-02-15. Dicapai pada 2010-08-24.
  9. ^ "Chatrapati 100 days celebrations - Telugu cinema - Prabhas, Shriya". Idlebrain.com. 2006-02-14. Dicapai pada 2010-08-24.
  10. ^ "Kanthaswamy's box-office report! - Tamil Movie News". IndiaGlitz. Dicapai pada 2010-08-24.
  11. ^ "Big celebration for Kanthaswamy". Sify.com. 2009-12-24. Dicapai pada 2010-08-24.
  12. ^ Entertainment. "MSN On-Spot: 'Kanthaswamy' success meet". Entertainment.in.msn.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-07. Dicapai pada 2010-08-24.
  13. ^ "Pretty damsel Shriya celebrates her birthday - Bollywood Movie News". IndiaGlitz. Dicapai pada 2010-08-24.
  14. ^ Anuj Kumar (2004-09-20). "The HIndu : Metro Plus Dehli / Entertainment : Thanks to miracle?". The Hindu. Dicapai pada 2010-09-17.
  15. ^ a b c "Telugucinema roundup 2002- Telugu cinema hits of 2002". Idlebrain. Dicapai pada 2010-09-17.
  16. ^ "VN Aditya- Telugu Cinema interview - Telugu film director". Idlebrain.com. 2006-09-16. Dicapai pada 2010-08-24.
  17. ^ "Happy Birthday to Nagarjuna Akkineni". Tollywoodinfo.com. 1959-08-29. Dicapai pada 2010-08-24.
  18. ^ a b c "List of Telugu films released in year 2004". Idlebrain.com. 2004-12-30. Dicapai pada 2010-08-24.
  19. ^ "Thiruvilayadal review: Dhanush regains lost glory". Behindwoods.com. Dicapai pada 2010-08-24.
  20. ^ "Thiruvilayadal Arambam Movie Review". IndiaGlitz. 2006-12-18. Dicapai pada 2010-08-24.
  21. ^ "ATM, Vel -Worldwide Box-Office report". Behindwoods.com. 2007-11-13. Dicapai pada 2010-08-24.
  22. ^ "Malaysia Box Office, November 8–11, 2007". Boxofficemojo.com. Dicapai pada 2010-08-24. C1 control character in |title= at position 32 (bantuan)
  23. ^ "Dhanush's Kutty is a hit!". Poochandi.com. 2010-01-18. Dicapai pada 2010-08-24.
  24. ^ "Dhanush\`s Kutty is a hit!". Sify.com. 2010-01-18. Dicapai pada 2010-08-24.
  25. ^ "Shreya reaching for the sky after Shivaji". Entertainment.oneindia.in. 2007-08-02. Dicapai pada 2010-08-24.
  26. ^ "Box Office: Kismet Konnection shows a good week; Mission Istanbul opens". Naachgaana.com. 2008-07-26. Dicapai pada 2010-08-24.
  27. ^ "Shriya gearing up for debut". andhracafe.com. 2007-02-17. Dicapai pada 2010-08-24.
  28. ^ "T 20 is still the King in Kerala?". Sify.com. 2010-05-22. Dicapai pada 2010-08-24.
  29. ^ Sunanda Poduwal (2010-05-21). "Malayalam Cinema weigh down by internal crisis". The Economic Times. Dicapai pada 2010-08-24.
  30. ^ "Bharat Heavy Electricals Limited". Karvy Research Desk. Diarkibkan daripada Karvy consultants yang asal Check |url= value (bantuan) pada 2009-06-17. Dicapai pada 29-11-2010. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  31. ^ SREEDHAR PILLAI (2010-05-12). "Simply Shriya". The Hindu. Dicapai pada 2010-11-29.
  32. ^ a b c Jeevi (2002-9-11). "Interview with Shriya by Jeevi". Idlebrain. Dicapai pada 2010-07-18. Check date values in: |date= (bantuan)
  33. ^ "Shriya Saran - I Learnt A Lot Through Dance". Cinegoer.com. 2010-10-10. Dicapai pada 2010-07-18.
  34. ^ "Shriya: Dancing has shaped my life". Kollytalk.com. 2010-10-18. Dicapai pada 2010-07-18.
  35. ^ "Nithin to play in Vikram's direction". Indiaglitz.com. 2010-10-19. Dicapai pada 2010-11-07.
  36. ^ Jeevi. "Movie review - Istam". Idlebrain. Dicapai pada 2010-09-09.
  37. ^ Gudipoodi Srihari. "Movie review - Istam - by Gudipoodi Srihari". The Hindu. Dicapai pada 2010-09-09.
  38. ^ Jeevi. "Jeevi notes for the year 2002 - 16. Sensual sirens". Idlebrain. Dicapai pada 2010-06-10.
  39. ^ Jeevi. "Santhosham Movie Review". Idlebrain. Dicapai pada 2010-06-10.
  40. ^ Giri (2002-12-10). "Santhosham 100 days Function". Idlebrain. Dicapai pada 2010-06-10.
  41. ^ Gudipoodi Srihari. "Movie review - Chenna Kesava Reddy by Gudipoodi Srihari". The Hindu. Dicapai pada 2010-09-09.
  42. ^ Gudipoodi Srihari. "Movie review - Nuvve.. Nuvve... by Gudipoodi Srihari". Idlebrain. Dicapai pada 2010-07-18.
  43. ^ Nachaki (2002-10-10). "nuvvE.. nuvvE..." Telugu Cinema. Dicapai pada 2010-09-09.
  44. ^ "The sweet factor". Rediff Movies. Rediff. 2003-01-04. Dicapai pada 2010-01-01.
  45. ^ "AllIndianSite.com - Tujhe Meri Kasam - It's All About movie". Bollywood.allindiansite.com. Dicapai pada 2010-08-24.
  46. ^ Jassi, Pallavi (2009-02-05). "Rising Star". Expressindia. The Indian Express Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-05. Dicapai pada 2010-01-01. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  47. ^ "Tujhe Meri Kasam : Movie Review by Taran Adarsh". Bollywoodhungama.com. 2003-01-03. Dicapai pada 2010-08-24.
  48. ^ "Telugu cinema review - Neeku Nenu Naaku Nuvvu - Uday Kiran, Shriya, Krishnam Raju - D Suresh Babu - Raja Sekhar". The Hindu. 2003-08-15. Dicapai pada 2010-09-15.
  49. ^ "Telugu cinema review - Neeku Nenu Naaku Nuvvu - Uday Kiran, Shriya, Krishnam Raju - D Suresh Babu - Raja Sekhar". Idlebrain.com. 2003-08-15. Dicapai pada 2010-08-24.
  50. ^ "Whatz up with Stalin! by Ramesh Babu". Idlebrain.com. 2006-09-07. Dicapai pada 2010-09-15.
  51. ^ "Tagore Alltime Records". Idlebrain.com. 2003-10-15. Dicapai pada 2010-09-15.
  52. ^ "Telugu cinema review - Ela Cheppanu - Tarun, Shriya, Abhi, Siva Balaji - Sravanthi Ravi Kishore - Ramana". Idlebrain.com. 2003-10-02. Dicapai pada 2010-08-24.
  53. ^ Namita Nivas (2003-12-26). "Review I Ennaku 20 Unnaku 18". Screenindia.com. Dicapai pada 2010-10-22.
  54. ^ TNN, Jun 27, 2003, 05.21am IST (2003-06-27). "A M Ratnam's magnum opus - Hyderabad Times - City - The Times of India". Timesofindia.indiatimes.com. Dicapai pada 2010-08-24.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  55. ^ "Thoda Tum Badlo Thoda Hum". Bollywood Hungama. 2004-07-02. Dicapai pada 2010-09-16.
  56. ^ "Shriya moves to Bollywood!". Sify.com. 2004-07-12. Dicapai pada 2010-08-24.
  57. ^ "Shukriya: Movie Review by Taran Adarsh". Bollywood Hungama. 2004-08-08. Dicapai pada 2010-09-16.
  58. ^ "Gurinder Chadha goes 'balle balle'". Sifymovies. 2004-09-06. Dicapai pada 2010-09-17.
  59. ^ "Arti Agarwal - highest paid actress". Idlebrain.com. 2003-04-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-28. Dicapai pada 2010-12-05.
  60. ^ "Movie review - Nenunnanu". Idlebrain.com. 2004-04-07. Dicapai pada 2010-08-24.
  61. ^ "Nenunnanu Movie Review". IndiaGlitz. 2004-04-22. Dicapai pada 2010-08-24.
  62. ^ "Yuva Kala Vahini Top 10 Film Awards 2004". Idlebrain.com. 2005-03-25. Dicapai pada 2010-12-05.
  63. ^ "Arjun's Madhura Meenakhi Temple set". Idlebrain.com. Dicapai pada 2010-09-16.
  64. ^ "Movie review - Arjun". idlebrain.com. Dicapai pada 2010-09-16.
  65. ^ "South Scope Style Awards2009 presentation". IndiaGlitz. 26-10-2009. Dicapai pada 29-8-2010. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  66. ^ "South Scope Style Award Winners". Idlebrain. 26-10-2009. Dicapai pada 29-8-2010. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  67. ^ "Winners of Max Stardust Awards 2009". Sify.com. 2009-02-17. Dicapai pada 2010-08-24.
  68. ^ "Suriya & Shriya to win Mathrubhumi awards". Indiaglitz. 5 January 2010. Dicapai pada 2010-01-06.
  69. ^ "Suriya and Shriya win Mathrubhumi awards". Kerala Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-20. Dicapai pada 2010-08-24.
  70. ^ "Viewer's Choice - Telugu Cine 'Maa' Awards". Idlebrain. 2003-09-18. Dicapai pada 2010-09-12.
  71. ^ "Nominations for Max Stardust Awards 2008". Bollywood Hungama News Network. 2007-12-25. Dicapai pada 2010-09-08.
  72. ^ "Nominations for Max Stardust Awards 2008". Sifymovies. 2007-12-26. Dicapai pada 2010-09-08.
  73. ^ "COUNTDOWN FOR THE VIJAY AWARDS". Behindwoods.com. 2010-05-14. Dicapai pada 2010-08-24.
  74. ^ "TSR Lalitha Kala Parishat launched". The Hindu. 2010-11-29. Dicapai pada 2010-11-30.
  75. ^ "Tollywood celebrities at TSR Parishat meet". Sify. 2010-11-29. Dicapai pada 2010-11-30.

Pautan luar sunting