Shuí Yuànyì Chéngwéi Bai Wan Da Ying Jia?

誰願意成為百万大赢家? merupakan rancangan permainan televisyen daripada Singapura dengan berasaskan format UK daripada Who Wants to Be a Millionaire? Rancangan ini disiarkan dalam bahasa Cina di Mediacorp TV Channel 8 dengan pengacara Chao Chi-Tai. Sebulan sebelum ini, pada tahun berkenaan, versi bahasa Inggeris untuk rancangan ini disiarkan di Mediacorp TV Channel 5. Rancangan ini menawarkan hadiah wang tunai yang amat lumayan apabila menjawap seberapa banyak soalan pelbagai pilihan dengan betul.

誰願意成為百万大赢家?
FormatRancangan permainan
PengacaraChao Chi-Tai
PenggubahKeith Strachan
Matthew Strachan
Negara asal Singapura
BahasaCina
Penerbitan
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Celador
Syarikat pengedaran
Celador
Penyiaran
Saluran asalMediacorp TV Channel 8
Siaran asal2000 – 2004
Pautan luar
Laman sesawang

Rancangan ini pernah dicalonkan dalam anugerah Star Awards pada tahun 2001-2002.

PeraturanSunting

Pertama sekali, para peserta perlu menjalani pusingan paling pantas dan tangkas (Fastest Finger First), yang mana mereka semua diberi satu soalan dan empat jawapan oleh pengacara, lalu diminta untuk menyusunkan keempat-empat jawapan tersebut dalam susunan tertentu. Peserta yang dapat menjawabnya dengan betul dan dalam tepoh masa yang terpantas layak ke pusingan seterusnya dan duduk di atas "gelanggang jutawan" dan bermain untuk meraih hadiah wang tunai tertinggi.

Ketika duduk di atas gelanggang jutawan, peserta disyorkan soalan-soalan pengetahuan am oleh pengacara; peringkat kesukaran akan semakin meningkat bagi setiap soalan. Semua soalan adalah berbentuk pelbagai pilihan: empat jawapan berkemungkinan diberi dan peserta perlu memilih jawapan yang betul. Setelah menjawab soalan pertama dengan tepat, peserta meraih 100 unit matawang.

Soalan-soalan berikutnya diajukan untuk menawarkan jumlah wang yang makin besar (lebih kurang berganda di setiap pusingan). Ketika soalan-soalan paling awal, pilihan "D" kerap dijadikan jawapan lawak.

Susunan hadiah lengkap (dalam dolar Singapura) ialah seperti berikut :

Talian hayatSunting

Jika di mana-mana tahap dalam permainan, si peserta berasa tidak yakin bagaimana untuk menjawab soalan, dia boleh memakai satu atau lebih "talian hayat". Setelah menggunakan talian hayat, si peserta boleh menjawab soalan, memakai satu lagi talian hayat, atau berhenti permainan sahaja.

  • 1:1 (Dwipilihan)—Si peserta meminta pengacara untuk mengarahkan komputer memadamkan dua pilihan jawapan salah secara rawak, maka tinggalnya satu jawapan betul dan satu jawapan salah untuk dipilih.
  • Tanya penonton—Si peserta menanyakan penonton dalam studio pilihan yang mana diyakini mereka sebagai jawapan tepat. Para penonton menyatakan pilihan mereka dengan menggunakan sistem respons penonton. Keputusan undian penonton dengan serta-mertanya dipaparkan dalam skrin si peserta dan pengacara.
  • Rakan Telefon—Si peserta boleh menghubungi salah seorang daripada lima orang kenalan yang disediakan sebelum permainan. Si peserta perlu terdahulu memberi nama dan nombor telefon kenalan tersebut kepada pihak penganjur. Kenalan-kenalan tersebut dimaklumkan apabila peserta yang dikenali mereka layak ke pusingan utama, lalu dimaklumkan untuk memastikan telefon mereka dilapangkan dari panggilan luar selain pihak penganjur dan menunggu tiga kali deringan sebelum mengangkat gagang. Si peserta diberi 30 saat untuk mengajukan soalan dan empat pilihan jawapan kepada kenalannya yang perlu memilih satu jawapan sebelum tempoh masa yang diberikan itu habis.

RujukanSunting

Pautan luarSunting

Laman rasmi