Shuhanty Hanafiah

Pelakon wanita Malaysia

Hani Shuhanty Hanafiah (lahir 1987) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau merupakan antara 6 finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL).[2]

Shuhanty Hanafiah
Kelahiran
Hani Shuhanty binti Hanafiah

1987 (umur 33–34)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2016–kini
Ibu bapaZaiton Hashim (ibu)

KerjayaSunting

Meskipun berkelulusan dalam bidang Biologi Molekul di Universiti New South Wales, Australia, Shuhanty memutuskan untuk menceburi bidang seni kerana merasakan ia menjadi jalan terbaik buatnya.

Kerjaya hiburannya bermula dengan menjadi model iklan komersial sebaik sahaja tamat pengajian. Ibunya, Zaiton Hashim pernah menyertai pertandingan Ratu Cantik Pahang dan Ratu Cantik Malaysia 1979. Shuhanty menyertai uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2016 dan terpilih sebagai peserta Top 6 bersama Syazuwan Hassan, Amirul Faqeem dan Jaja Iliyes.

FilemografiSunting

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Meh Sandar Pada Aku TV3
Nahu Rindu
2018 Budak Boys
2019 Kamar Kamariah Sarah
2020 Degup Cinta Amira Astro Ria

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Surat Panjang Untuk Mak
2018 Tulus Cinta Tasya TV3

PencapaianSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) N/A Finalis

RujukanSunting

  1. ^ "Drama Festival Kuala Lumpur 2017 kembali dengan tema #CeritaKita". Utusan Borneo (Sarawak). 23 Januari 2017. Dicapai pada 29 Ogos 2018 – melalui PressReader. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  2. ^ Nor Akmar Samudin (19 Oktober 2016 ). Air mata Shuhanty mahal Harian Metro. Diperoleh pada 22 April 2018.

Pautan luarSunting