Shuib Sepahtu
Shahmira Muhammad (lahir 12 September 1984) atau lebih dikenali sebagai Shuib merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai radio Malaysia.[1] Beliau ialah bekas ahli kumpulan Sepah yang telah menjadi juara rancangan realiti Raja Lawak musim 3 pada tahun 2009 dan dan juga Maharaja Lawak pada tahun 2011. Selepas Sepah berpecah, Shuib menganggotai Kumpulan Sepahtu bersama Jep.[2]
Shuib | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Shahmira bin Muhammad 12 September 1984 |
Nama lain | Shuib |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, penyampai radio |
Tahun aktif | 2009–kini |
Pasangan | Siti Sarah Raissuddin (k. 2011; m. 2021) Watie Hanafiah (k. 2023) |
Anak-anak | 4 |
Ibu | Salamiah Jalani |
Bapa | Muhammad Arshad |
Kerjaya lawak | |
Media | Televisyen, filem, radio |
Genre | Lawak, satira, sketsa |
Subjek | Budaya masyhur, peristiwa semasa |
Ahli | Sepahtu (2011–kini) |
Kehidupan awalSunting
Shuib dilahirkan pada 12 September 1984 di Johor Bahru, Johor dan dibesarkan di Kuala Kurau, Perak. Beliau ialah anak tunggal kepada pasangan Muhamad Ayoh Abdul Karim dan Salamiah Jalani.[3] Selepas tamat Tingkatan 5 dan memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Shuib bekerja di syarikat perkilangan yang menghasilkan produk elektronik, tisu dan kayu dan menjana pendapatan sebanyak RM1,200 setiap bulan.[4]
KerjayaSunting
Shuib memulakan kerjaya lawak sebagai salah seorang peserta Raja Lawak musim ketiga bersama bekas kumpulannya, Sepah yang turut dianggotai oleh Jep dan Mamat yang mana mereka dinobatkan sebagai juara. Sepah bagaimanapun dibubarkan, Shuib dan Jep menarik diri daripada Sepah. Shuib dan Jep kemudian menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Sepahtu.
Kerjaya radio Shuib bermula pada 2015 apabila beliau bersama Jep dan Rahim R2 menjadi penyampai radio Sinar menerusi segmen Sepahtu Sinar. Beliau bagaimanapun, mengundurkan diri dari Sinar hanya selepas 2 tahun berkhidmat.[5][6]
Di luar kerjaya hiburan, Shuib berkecimpung dalam bidang perniagaan apabila beliau bersama isterinya, Siti Sarah dan rakan kongsi mereka menubuhkan rangkaian teh susu berasaskan madu lebah, Bubblebee yang mula beroperasi pada 2019 yang mana beliau dan isterinya berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah.[7]
Beliau juga berbakat dalam bidang muzik, berduet bersama isterinya, menerusi lagu "Semakin Benci Semakin Cinta" hasil nukilan Ajai, ia dikeluarkan pada Jun 2021.[8]
Kehidupan peribadiSunting
Beliau berkahwin dengan penyanyi Siti Sarah Raissuddin pada 26 Februari 2011.[9] Pasangan ini dikurniakan empat anak. Pada 26 Februari 2017, Shuib dan Siti Sarah bersanding sempena ulang tahun ke-6 perkahwinan mereka.[10] Siti Sarah, bagaimanapun, meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19 di HUKM.
Shuib ialah seorang yang buta warna.[11]
DiskografiSunting
SingleSunting
Tahun | Tajuk lagu | Catatan |
---|---|---|
2012 | "Cinta Itu Nyawa"
|
Duet bersama Siti Sarah |
2017 | "Senorita"
|
Duet bersama Syamsul Yusof & Dato' AC Mizal (OST filem Abang Long Fadil 2) |
2019 | "Honey Juana"
|
|
2020 | "Teh Terakhirku"
|
Duet bersama Mark Adam & Zynakal |
2021 | "Semakin Benci Semakin Cinta"
|
Duet bersama Siti Sarah |
"Sampai Tua"
|
||
2023 | "Lenalah"
|
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Man Sewel Datang KL | Man | Filem pertama |
Oh Mak Kau! | Mun | ||
Mael Lambong | Ejen | ||
Sepah The Movie | Shuib | ||
2014 | Amir dan Loqman Pergi ke Laut | Amir | |
2016 | Usin UFO | Usin | |
Rock Bro! | Cik Not | ||
2017 | Abang Long Fadil 2 | Inspektor Shuib | |
2020 | Tyickoouns | Dagu | Penampilan khas |
2022 | Abang Long Fadil 3 | Inspektor Shuib |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Bujang Sepah Silalitampom | Shuib | Astro Prima |
Lemang Si Bujang Sepah | |||
2010 | Ibu Mee Segera | Astro Ria | |
Burger Layan Diri | Abdol | Astro Prima | |
2012 | Bila Shuib Speaking London | Shuib | Astro Warna |
Siapa Dapat Lisa | Astro Prima | ||
2013 | Bini Aku Hantu Langsuir | TV9 | |
2014 | Muaddib Super | Amin | Astro Ria |
Sepahtu Kepok Bonda | Astro Warna | ||
2015 | Ayah Den Lopeh | Mustaqim | Astro Ria |
Awaklah Imam Saya | |||
2016 | Bujang Sepahtu Kepok Bonda | Shuib | Astro Mustika HD |
Sepahtu Kisah Tauladan | Astro Ria | ||
Sepahtu Mercun Raya | |||
Sepahtu Cinta Plastik | |||
2018 | Matilahnak | Hantu Raya | Astro Citra |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2010 | Bujang Sepah Lalalitampom | Shuib | Astro Prima |
Tok Ketua | Astro Warna | ||
Biar Betul Bendul | |||
2012 | Sepahtu: Angan Tak Sudah | Shuib | |
2013 | Jep & Judin | Judin | |
2015 | Mail & Sudin Sambut Ramadan | Sudin | Astro Oasis |
2019 | Sepahtu Reunion Raya Gear 5 | Dato' Shuib | Astro Ria |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Gelak Khas | Pelbagai watak | Astro Warna | |
2012–2014 | Betul ke Bohong? | Kapten pasukan | bersama Jep Sepahtu | |
2016–2021 | Sepahtu Reunion Live | Pelbagai watak | ||
2017 | Meja Bulat Sepahtu | Pengacara | Astro Prima | |
Konti Karat | ||||
2018 | Jenaka Kampung Kalut (Musim 4) | Ismail | TV3 | Episod: "Kau Tetap Dalam Anganku" |
2021 | Warung Sepahtu | Pengacara | Astro Warna | |
2022 | Mencari Sepahtu Yang Hilang | Juri jemputan | ||
Diari Daddy | Dirinya sendiri | TV3 | ||
Semakin Cinta, Shuib | Astro Ria | |||
Opocot Next Level | Pengacara | Astro Warna | bersama Atu Zero | |
2022–2023 | The Masked Singer Malaysia (musim 3) | Juri | ||
2023 | Ubi Superstar Live | Pelbagai watak |
PesertaSunting
Tahun | Tajuk |
---|---|
2009 | Raja Lawak Astro (Musim 3) |
2011 | Maharaja Lawak |
2013 | Redah Kasi Pecah Ekstravaganza |
Super Spontan 2013 | |
Maharaja Lawak Mega 2013 | |
2014 | Fear Factor Malaysia (Musim 2) |
Super Spontan 2014 | |
Maharaja Lawak Mega 2014 | |
2015 | Juara Parodi |
2017 | Temasya Sukan Ke Laut |
Super Spontan Superstar 2017 |
RadiografiSunting
RadioSunting
Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
30 November 2015 – 29 November 2017 | Rancangan Sepahtu Sinar | Sinar |
18 Februari 2019 – 22 Januari 2021 | Rancangan Geng Pagi Hot | Hot FM |
29 Ogos 2022 – kini | Rancangan Morning Morning Suria | Suria |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2009 | Raja Lawak Musim 3 | Juara | Sepah
|
Menang |
2011 | Maharaja Lawak | Juara | Menang | |
2013 | Maharaja Lawak Mega 2013 | Juara | Sepahtu
|
Menang |
2014 | Super Spontan 2014 | Tempat Ketiga | Shuib | Menang |
Maharaja Lawak Mega 2014 | Naib Juara | Sepahtu
|
Menang | |
2015 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 | Artis Komedi Lelaki Popular | Shuib Sepahtu | Tercalon |
Juara Parodi 2015 | Tempat Keempat | Selamber Blur
|
Menang | |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Versatil Popular | N/A | Tercalon |
Artis Komedi Popular | N/A | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ Sudirman Mohd Tahir (16 Jun 2020). "Shuib kumpul saham akhirat". Harian Metro. Dicapai pada 16 Jun 2020.
- ^ "Sepah juara Maharaja Lawak". Utusan Malaysia. 24 Jun 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2018. Dicapai pada 19 Januari 2012.
- ^ Budiey (27 Februari 2011). "Siti Sarah & Shuib mahu berbulan madu di Ireland". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Januari 2015.
- ^ S. Tamarai Chelvi (5 April 2020). "Success came after failure" [Kejayaan tiba selepas kegagalan] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 5 April 2020.
- ^ "Shuib undur diri dari Sepahtu Sinar". Astro Awani. 29 November 2017. Dicapai pada 10 Ogos 2018.
- ^ "Shuib Sepahtu tinggalkan Sinar FM, mahu fokus kepada perniagaan aktiviti seni". Utusan Borneo. 30 November 2017. Dicapai pada 10 Ogos 2018.
- ^ Khadijah Ibrahim (8 Julai 2020). "Bubble Bee kian popular! Pengorbanan Shuib Sepahtu berbaloi!". Kita Reporters. Dicapai pada 15 April 2021.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (23 Jun 2021). "Sarah, Shuib kembali berduet". Berita Harian. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
- ^ Feride Hikmet Atak (27 Februari 2011). "Siti Sarah sah bergelar isteri Shuib". mStar Online. Dicapai pada 19 Januari 2015.
- ^ "Shuib, Siti Sarah bersanding selepas 6 tahun kahwin". Berita Harian. 26 Februari 2017. Dicapai pada 19 Januari 2018.
- ^ Feride Hikmet Atak (2 Januari 2018). "Shuib buta warna - Sarah". Berita Harian. Dicapai pada 9 Ogos 2021.