Legenda dalam BijuuSunting

 
Gambaran Shukaku dalam manga dan anime Naruto

Shukaku (尾 | 守鶴) ialah nama salah satu Bijuu. Shukaku berbentuk seekor rakun atau Tanuki dalam Bahasa Jepun. Dahulu, Shukaku ialah seorang sami dari Nara yang berubah menjadi raksasa lantaran kekuatan Yamata no Orochi lalu berubah menjadi rakun raksasa. Keperibadiannya sangatlah sewel dan selalu bermain-main, sama seperti rakun. Dia hidup daripada jiwa orang-orang yang mati dilantarankan oleh pasir dan angin. Tato ungu (biru di Naruto) kepunyaannya menandakan julukannya sebagai dewa angin.

Tanuki dalam dongeng JepunSunting

Gambaran Tanuki yang sewel telah dikembangkan sejak era Kamakura. Mereka digambarkan seperti anjing rakun besar dengan kerandut yang berukuran raksasa yang menggambarkan Tanuki dalam pandangan artistik yang deskriptif. Tanuki biasa digambarkan dengan buah pelir mereka yang tergantung di punggung atau dijadikan gendang. Tanuki biasa digambarkan juga dengan perut yang terlebih gendut. Perut mereka juga biasa digambarkan sebagai gendang yang ada dalam gambar atau kartun kesukaan kanak-kanak Jepun. Laporan lain menyatakan bahawa Tanuki ialah anggota masyarakat yang tidak berbahaya dan produktif. Beberapa kuil mempunyai cerita tentang Tanuki yang boleh menyamar. Salah satu kisah yang terkenal ialah Bunbuku Chagama iaitu seorang sami yang ditipu seekor Tanuki yang mengubah dirinya menjadi cerek teh. Ada pula yang mengatakan Tanuki sering menipu pemburu dengan menjadi ranting pohon dengan merentangkan tangannya dan menunggu pemburu menjauh dan menjatuhkan diri dari pokok. Kadang-kala, Tanuki juga menipu para pedagang dengan menukarkan barangan dengan daun yang mereka sihir sehingga menyerupai wang. Ada juga yang mengatakan daun ialah sebahagian ritual sihir mereka.

Patung Tanuki sering ditemui di halaman warung dan kafe di Jepun. Biasanya mereka memakai penutup mangkuk dan memegang botol sake. Shukaku sendiri bererti "peminum" yang sesuai dengan gambaran Tanuki itu sendiri. Kebanyakan patung menggambarkan Tanuki dengan perut besar, dan ada pula yang menggambarkan buah pelir besar sebagai tradisi. Gabaran itu juga boleh bermaksud kesuburan dan kecukupan.

Peperangan 9 DewaSunting

Shukaku bertarung sebanyak lima kali, dengan satu kemenangan atas Sokou, 3 kali kekalahan melawan Isonade, Nekomata dan Raijuu. Shukaku melarikan diri melawan Yamata no Orochi. Shukaku lalu berjaya dikurung oleh sami Nara bernama Oraga Nakashimu yang menggunakan sihir. Lalu, dia menggunakan alat kekuatan "Cerek Tanduk Rusa" dan mengurungnya di Kuil Angin. Shukaku juga melambangkan dewa angin, tingkat kekuatan Bijuunya ialah ke-8 dan tingkat chakra kepunyannya ialah yang terlemah.



 
Bijuu

Shukaku | Nekomata | Isonade | Sokou | Hokou | Raijuu | Kaku | Yamata no Orochi | Kyuubi