Shukor Salleh

Pemain bola sepak Malaysia

Shukor Salleh (lahir 1948) adalah seorang pemain tengah utama pasukan kebangsaan Malaysia dalam tahun 1970-an.[2] Beliau sering dipanggil "Mr.Cool" dan "Malaysia Ardiles" dalam pasukan kebangsaan Malaysia kerana cara beliau mengemudi bahagian tengah Malaysia dengan tenang.[2] Beliau memenangi anugerah Olahragawan Kebangsaan Malaysia 1977 atas sumbangan beliau kepada pasukan kebangsaan.[3][4]

Shukor Salleh
Maklumat peribadi
Nama penuh Shukor Salleh
Tarikh lahir 1948, Tanjung Bungah
Tempat lahir Pulau Pinang,Malaysia
Posisi permainan Pemain pertahanan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1966-1985 Penang FA ?? (?)
Pasukan kebangsaan
1971-1980 Malaysia 172[1] (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kehidupan awal sunting

Shukor Salleh dilahirkan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang pada tahun 1948.[5] Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanjung Bungah, sebelum pergi ke Sekolah Inggeris Tanjung Tokong.[6] Beliau kemudian mendapat pendidikan peringkat menengah di Institusi St. Xavier.[6]

Gambaran kerjaya sunting

Shukor Salleh membuat penampilan sulung sebagai pemain dengan pasukan negeri Pulau Pinang pada usia 18 pada tahun 1966.[7] Beliau juga bermain untuk mereka sehingga dia berumur 37 pada tahun 1985.[7]

Shukor Salleh yang pertama bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia pada usia 22 pada tahun 1970.[8] Beliau terus bermain sebanyak 172 perlawanan untuk Malaysia.[9] Beliau adalah pemain Malaysia kedua yang memiliki kaps tertinggi, di belakang Soh Chin Aun.[10]

Dia bermain untuk Malaysia di banyak kejohanan antarabangsa termasuk kejohanan Sukan SEA, Pestabola Merdeka, Sukan Asia dan Piala Asia AFC.[11]

Pada 11 Mei 1975, Shukor juga merupakan sebahagian daripada Pilihan Malaysia yang menentang Arsenal FC dalam perlawanan persahabatan yang dimana pasukannya menang 2-0 di Stadium Merdeka.[12][13]

Beliau adalah seorang pemain utama untuk pasukan Malaysia yang layak ke Sukan Olimpik 1980 Moscow yang diboikot Malaysia.[14] Malaysia memenangi perlawanan penentuan menentang Korea Selatan dengan keputusan 2-1 di Stadium Merdeka.[15]

Kepujian sunting

Malaysia sunting

Penang FA sunting

Individu sunting

  • Anugerah Olahragawan Kebangsaan Malaysia 1977
  • Anugerah Atlet Lelaki Pulau Pinang pada 1978/1979[17]
  • Tokoh Maal Hijrah - Tokoh Sukan, Persatuan Melayu Pulau Pinang 2002[18]
  • AFC Century Club 1999[19][20]
  • FIFA Century Club 2021[21][22]
  • Goal.com The best Malaysia XI of all time: 2020[23]
  • IFFHS Men’s All Time Malaysia Dream Team: 2022[24]

Lain-Lain sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Abdul Shukor Salleh – Century of International Appearances - Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. (RSSSF)
  2. ^ a b "Ex-Penang ziarah, sampaikan sumbangan kepada Shukor Salleh" (dalam bahasa Malay). Malaysia Gazette. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 August 2022. Dicapai pada 28 March 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Award to Shukor". The Straits Times. 5 June 1978. m/s. 32. Dicapai pada 2019-12-24.
  4. ^ "Ketua Menteri puji pembukuan kisah lagenda bola sepak negara Dato' Shukor Salleh" (dalam bahasa Malay). Buletin Mutiara. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2022. Dicapai pada 28 March 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Shukor Salleh - National Football Teams
  6. ^ a b "Penang Malays-Shukor Salleh". Penang Malays. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2017. Dicapai pada 4 December 2013.
  7. ^ a b "Penang legend Shukor pines for golden years". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 January 2022. Dicapai pada 28 March 2022.
  8. ^ King's Cup 1970 (Bangkok, Thailand) - RSSSF
  9. ^ "Abdul Shukor SALLEH – International Caps". IFFHS. 10 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2022. Dicapai pada 20 June 2021.
  10. ^ Malaysia - Record International Players - RSSSF.
  11. ^ "Biography of legendary footballer Shukor Salleh launched today". The Vibes. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 February 2022. Dicapai pada 25 July 2022.
  12. ^ "Retro Bola: Malaysia v Arsenal – Friendly 1975" (dalam bahasa malay). Bazookapenaka. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2022. Dicapai pada 4 December 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ Arsenal FC tour of South East Asia 1975 - RSSSF
  14. ^ "Road To Moscow 1980: The True Story Of Malaysia's Football Team That Inspired 'Ola Bola'". Says. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 February 2016. Dicapai pada 25 July 2022.
  15. ^ Football Qualifying Tournament (Moscow, Soviet Union, 1980) - Zone Asia - rsssf.com
  16. ^ Piala Kemerdekaan Vietnam Selatan 1971
  17. ^ "SuperMokh, Shukor Salleh, legenda bola sepak disegani" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 July 2021. Dicapai pada 4 June 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "Senarai Tokoh Pemenang 2000-2010" (dalam bahasa Malay). Pemenang.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 January 2021. Dicapai pada 3 August 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ 14 EX-INTERNATIONALS INDUCTED INTO AFC CENTURY CLUB - BERNAMA, 11 February 1999.
  20. ^ "Anugerah Kelab Satu Abad AFC 1999, 11hb Februari 1999" (dalam bahasa Malay). Chedinsphere. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 June 2019. Dicapai pada 15 February 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ FIFA Century Club - FIFA, 04 Mei 2021.
  22. ^ "SEVEN LEGENDS ARE NOW MEMBERS OF THE ELITE FIFA CENTURY CLUB". FAM. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 August 2021. Dicapai pada 3 August 2021.
  23. ^ "From Raja Bola to King James, 'Spiderman' to Safiq - The best Malaysia XI of all time". Goal. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2020. Dicapai pada 30 May 2022.
  24. ^ "IFFHS MEN'S ALL TIME MALAYSIA DREAM TEAM - 123". IFFHS. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2022. Dicapai pada 29 May 2022.

Pautan luar sunting