Shuriken Sentai Ninninger

Shuriken Sentai Ninninger (Jepun: 手裏剣戦隊ニンニンジャー, Hepburn: Shuriken Sentai Ninninjā)(Bahasa Malaysia : Pasukan Shuriken Ninninger) adalah siri tokusatsu dari Jepun. Ninninger adalah siri Super Sentai ke-39 dari siri Super Sentai, dan juga siri Super Sentai ketiga yang bertemakan Ninja, menandakan 13 tahun sejak Ninpuu Sentai Hurricaneger pada tahun 2002 dan 21 tahun sejak Ninja Sentai Kakuranger pada tahun 1994 menggunakan motif ninja. Ninninger merayakan ulang tahun ke-40 siri Super Sentai sejak tayangan perdana Himitsu Sentai Goranger.

Shuriken Senta Ninninger
GenreTokusatsu
Fiksyen superhero
Aksi
Komedi
Pencipta
Dibangunkan oleh
Kento Shimoyama
PengarahShōjirō Nakazawa
Dibintangi oleh
Pencerita suara latar
Tsutomu Tareki
Lagu pembukaan"Saa Ike! Ninninger!"
Dinyanyikan oleh Yohei Onishi
Lagu penutup"Nan ja Mon ja! Ninja Matsuri!"
Dinyanyikan oleh Daiki Ise
PenggubahKousuke Yamashita
Negara asalJepun
BahasaJepun
Bilangan episod47
Penerbitan
Penerbit
  • Motoi Sasaki (TV Asahi)
  • Chihiro Inoue (TV Asahi)
  • Naomi Takebe (Toei)
  • Gō Wakabayashi (Toei)
  • Hiroaki Shibata (Toei)
  • Kōichi Yada (Toei Agency)
  • Akihiro Fukada (Toei Agency)
Tempoh siaran24–25 minit
Penyiaran
Saluran asalTV Asahi
Siaran asal22 Februari 2015 (2015-02-22) – 7 Februari 2016 (2016-02-07)
Kronologi
MengikutiRessha Sentai ToQger
Diikuti olehDoubutsu Sentai Zyuohger
Pautan luar
Official website (TV Asahi)
Tapak sesawang penerbitan

Siri ini dihasilkan oleh TV Asahi dan Toei. Episod pertama bermula pada 22 Februari 2015 dan tamat pada episod 47 pada 7 Februari 2016, selepas episod terakhir Ressha Sentai ToQger ditayangkan. Siaran di Super Hero Time dengan edisi francais siri Kamen Rider di era Heisei Kamen Rider Drive, sehingga tayangan perdana Kamen Rider Ghost. Ahli Ninninger juga muncul dalam filem Ressha Sentai ToQger vs. Kyoryuger: The Movie sebagai kameo. Selain daripada siri TV, Shuriken Sentai Ninninger juga telah diangkat tiga kali menjadi filem: Super Hero Taisen GP: Kamen Rider 3 (dikeluarkan pada 21 Mac 2015), Shuriken Sentai Ninninger the Movie: The Dinosaur Lord's Splendid Ninja Scroll! (dikeluarkan pada 8 Ogos 2015 perdana) dan Ninninger vs. ToQger: Ninja in Dream Land (dikeluarkan pada 23 Januari 2016).

Plot sunting

Tiga generasi telah berlalu sejak Yoshitaka Igasaki, seorang lelaki yang dikenali sebagai Ninja Terakhir, memeteraikan tuan feudal Yokai Gengetsu Kibaoni. Walau bagaimanapun, kematian Yoshitaka membenarkan Gengetsu Kibaoni dan pengikutnya bebas lagi. Kerana hanya orang-orang dari garis keturunan Igasaki dapat menghentikannya. Tsumuji Igasaki, cucu Yoshitaka Igasaki, melantik kedua anaknya Takaharu dan Fuka, dan anak saudaranya; Yakumo Kato, Nagi Matsuo dan Kasumi Momochi. Supaya lima cucunya dapat dilatih untuk menggunakan Seni Ninja Shuriken (Jepun: 手裏剣忍法, Hepburn: Shuriken Ninpō) dan dan melawan Kibaoni Army Corps sebagai Ninninger. Pasukan ini kemudian disertai oleh Kinji Takigawa, seorang Pemburu Yokai dari Amerika Syarikat yang menjadi anak murid Yoshitaka setelah mendapat kepercayaannya. Menurut datuk mereka juga, salah seorang dari mereka akan dipilih untuk mewarisi gelaran Ninja Terakhir, dan menjadi penjaga harta karun keluarga Igasaki, "End Shuriken", yang juga didambakan oleh Kor Kibaoni dalam rancangan mereka untuk menghidupkan tuan mereka dan mengambil alih dunia dengan ketakutan.

Watak sunting

Ninninger / Klan Igasaki sunting

Pelakon Peranan Nama Panggilan Robot Pembantu
Shunsuke Nishikawa Takaharu Igasaki Akaninger Shinobimaru
Gaku Matsumoto Yakumo "Cloud" Kato Aoninger Dragomaru
Kaito Nakamura Nagi Matsuo Kininger Dumpmaru
Yuka Yano Fuka Igasaki Shironinger Wanmaru
Kasumi Yamaya Kasumi Momochi Momoninger Byunmaru
Hideya Tawada Kinji Takigawa Starninger Bison King dan Rodeomaru

Klan Igasaki (Jepun: 伊賀崎氏, Hepburn: Igasaki-shi) adalah keturunan ninja yang terlibat dalam Zaman Sengoku Jepun di mana mereka dihantar untuk melawan Kibaoni. Lima ahli Ninninger adalah cucu Yoshitaka Igasaki, yang telah dipersiapkan untuk menghadapi kedatangan Kibaoni. Oleh kerana pengguna gaya pertempuran Seni Ninja Shuriken (Jepun: 手裏剣忍法, Hepburn: Shuriken Ninpō) klan mereka, persenjataan Ninninger berkisar pada penggunaan Nin Shuriken (Jepun: 忍シュリケン, Hepburn: Nin Shuriken) mereka. Mereka masing-masing dapat bertukar apabila memasukkan Transformasi Nin Shuriken (Jepun: 変化忍シュリケン, Hepburn: Henge Nin Shuriken) ke Ninja Ichibantou (Jepun: 忍者一番刀, Hepburn: Ninja Ichibantō, "Pedang Terbaik Ninja") mereka, yang juga dapat digunakan untuk melakukan serangan khas termasuk Pemotongan Kemarahan Ninja (Jepun: 忍烈斬, Hepburn: Ninretsuzan), serangan unsur dengan Nin Shuriken Goton (Jepun: 五トン忍シュリケン, Hepburn: Goton Nin Shuriken), dan memanggil Otomonin mereka. Senjata api yang sesuai dengan Ninninger Nin Shuriken juga termasuk senjata api Gamagama-Ju (Jepun: ガマガマ銃, Hepburn: Gamagama Jū) mengesan tembakan Yōkai dari Beron Barrel (Jepun: ベロンバレル, Hepburn: Beron Bareru), dan Karakuri Hengen (Jepun: カラクリヘンゲン) seperti shuriken Fūma yang memiliki mod pisau, panah, dan cakar.

  • Takaharu Igasaki (Jepun: 伊賀崎 天晴, Hepburn: Igasaki Takaharu) / Akaninger (Jepun: アカニンジャー, Hepburn: Akaninjā): Abang kepada Fuuka Igasaki. Merupakan cucu kepada Yoshitaka Igasaki dan anak kepada TSumuji Igasaki. Seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi "The Last Ninja" seperti atuknya. Sikapnya yang terburu-buru membuatkan adiknya berasa susah jika tidak bersama dengannya.[1]
  • Yakumo "Cloud" Kato (Jepun: 加藤 クラウド 八雲, Hepburn: Katō Kuraudo Yakumo) / Aoninger (Jepun: アオニンジャー, Hepburn: Aoninjā): Sepupu kepada Takaharu Dan Fuuka . Yakumo awalnya berada di England untuk belajar ilmu sihir sehingga dia dipanggil semula ke Jepun. Sikapnya pula seorang yang serius dan tegas dalam menewaskan Kibooni Gengetsu. Dia sering mencampurkan kata-kata Inggeris ketika dia bercakap.

Perkataan yang selalu disebutnya ialah "easy" apabila melihat sesuatu yang mudah untuk dia lakukan.[2]

  • Nagi Matsuo (Jepun: 松尾 凪, Hepburn: Matsuo Nagi) / Kininger (Jepun: キニンジャー, Hepburn: Kininjā): Nagi Matsuo adalah ahli termuda Ninninger, seorang yang kelakar dan nakal apabila mengusik sepupu-sepupunya dan mempunyai keinginan untuk menguasai pelbagai perkara, walaupun mengalami kegagalan berkali-kali. Dia adalah jenis yang cepat belajar dan sering mempunyai idea yang sangat baik. Dia juga boleh dipercayai apabila diberi tugasan.[3]
  • Fuka Igasaki (Jepun: 伊賀崎 風花, Hepburn: Igasaki Fūka) / Shironinger (Jepun: シロニンジャー, Hepburn: Shironinjā):

Adik kepada Takaharu Igasaki. Sikapnya yang sentiasa bertenang dan bijak mengawal emosi membuatkan semua kawan -kawanya senang bersamanya. Pada awalnya dia menyangka sejarah klannya dengan Kibaoni hanyalah kisah dongeng. Namun, kadangkala-kala sikapnya yang tergopoh hampir sama dengan sikap abangnya. Bercita -cita untuk menjadi seorang Idol.[4]

  • Kasumi Momochi (Jepun: 百地 霞, Hepburn: Momochi Kasumi) / Momoninger (Jepun: モモニンジャー, Hepburn: Momoninjā):

Seorang yang bijak dalm bidang Sains Dan Kejuteraan . Seorang yang manis dan ceria, mempunyai mulut yang tajam, serta dalam memberi nasihat kepada sepupunya. Beberapa kali dia membuat bantuan menggunakan kemahiran saintifiknya untuk membantu Ninninger. Kasumi juga menaruh hati kepada Yakumo namun dia malu untuk memberitahunya.[5]

  • Kinji Takigawa (Jepun: キンジ・タキガワ) / Starninger (Jepun: スターニンジャー, Hepburn: Sutāninjā): Kinji Takigawa adalah seorangPemburu Yokai (Jepun: 妖怪ハンター, Hepburn: Yōkai Hantā) daripada Amerika yang ingin menjadi anak murid Yoshitaka. Dia kelihatan seperti cowboy dan dia juga seorang yang bersungguh-sungguh dalam membantu Pasukan Ninninger.[6]

Pelakon sunting

Tetamu bintang sunting

Pengisi suara sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Takaharu Igasaki di Situs TV Asahi". Dicapai pada 2015-03-07.
  2. ^ "Yakumo "Cloud" Kato di Situs TV Asahi". Dicapai pada 2015-03-07.
  3. ^ "Nagi Matsuo di Situs TV Asahi". Dicapai pada 2015-03-07.
  4. ^ "Fuka Igasaki di Situs TV Asahi". Dicapai pada 2015-03-07.
  5. ^ "Kasumi Momochi di Situs TV Asahi". Dicapai pada 2015-03-07.
  6. ^ "Kinji Takigawa di Situs TV Asahi". Dicapai pada 2015-05-02.
  7. ^ a b c Mynavi Corporation (24 Januari 2015). "『手裏剣戦隊ニンニンジャー』参上! 合体ロボ&変身などトンデモ要素が満載". マイナビニュース. Dicapai pada 5 Februari 2015.

Pautan luar sunting

Didahului oleh
ToQqer
Super Sentai
2016 – 2016
Diikuti oleh:
Zyuohger