Si Capik
Si Capik merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2009 arahan Yusof Haslam terbitan Skop Productions yang disiarkan di TV2 dari 12 Mei 2009 hingga 26 Februari 2012, dibintangi oleh Zachery Francis yang memegang watak sebagai Reza, seorang pemuda yang mengalami separa kecacatan di bahagian kaki kiri digelar sebagai Si Capik.[1][2][3] Siaran televisyen ini juga disiarkan melalui Mediacorp Suria di Singapura. Ia turut ditayangkan semula sejak tahun 2021 yang disiarkan pada pukul 12:30 pagi di TV2.
Si Capik | |
---|---|
Genre | Drama, konflik, kekeluargaan |
Pengarah | Datuk Yusof Haslam |
Dibintangi oleh | |
Penggubah lagu tema | James Baum |
Lagu pembukaan | "Si Capik" oleh James Baum dan Ieda Majid |
Lagu penutup | "Hanya Kau Yang Mampu" oleh Aizat Amdan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 4 |
Bilangan episod | 104 |
Penerbitan | |
Penerbit | Datuk Yusof Haslam |
Tempoh siaran | 44 minit |
Syarikat penerbitan | Skop Productions |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV2 |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 12 Mei 2009 – 26 Februari 2012 |
SinopsisSunting
Musim 1 (2009)Sunting
Reza, seorang pemuda digelar sebagai Si Capik, kerana ketidaksempurnaan sifatnya yang mengalami kecacatan sebelah kakinya. Namun kecacatan sebelah kaki tidak menghalang Reza untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar kolej yang cemerlang dalam akademik.
Sayu melihat kecekalan ayahnya, Malik yang kurang sihat mencari rezeki menguatkan semangat Reza untuk berjaya dalam pelajaran bagi mengubah nasibnya sekeluarga. Dalam pada itu Reza bernasib baik kerana memiliki dua orang teman rapat, Farish dan Mira yang banyak membantunya malah cukup memahami keadaan dirinya.
Semangat cekal Reza menghadapi penghinaan masyarakat terutama pelajar-pelajar di kolejnya mendapat sokongan penuh Farish dan Mira yang tidak jemu-jemu untuk membelanya. Mira amat bersimpati dan cukup prihatin dalam permasalahan yang dihadapi Reza.
Hari demi hari kesihatan Malik semakin terganggu apatahlagi dirinya disahkan doktor menghidap penyakit jantung. Tuan Hazim majikannya menyarankan supaya Malik menjalani pemeriksaan doktor pakar dan kosnya ditanggung oleh pihak syarikat.
Zahid pula menghabiskan masanya setiap hari dengan berfoya-foya tanpa menghiraukan nasihat kedua ibu bapanya. Zahid tidak mengendahkan teguran bapanya, Tuan Hazim yang melarangnya berpoya-poya di kelab malam dan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Sementara itu, Reza gembira apabila menerima panggilan telefon dari datuk dan neneknya di kampung yang amat merinduinya.
Sherin teman sekuliah mereka mengajak Mira, Farish dan Reza untuk mengadakan ‘study group’ di rumahnya. Namun Reza keberatan untuk menyertainya kerana merasakan dirinya tidak layak untuk belajar bersama anak majikan bapanya.
Musim 2 (2010)Sunting
Reza dan Sherin telah melangsungkan perkahwinan mereka. Mira merajuk dan membawa dirinya ke kampung setelah mendapat tahu Reza telah berkahwin dengan Sherin.
Zahid menjalin hubungan dengan teman wanitanya, Liza hingga menyebabkan Liza mengandung. Setelah putus cinta dengan Liza, Zahid berpacaran dengan Nurul.
Tindakan Zahid mengupah dua lelaki untuk membunuh bekas teman wanitanya membawa padah apabila beliau mendapat mimpi buruk setiap malam dan takut dengan jelmaan Liza. Iskandar, abang kepada Liza menuntut keadilan atas ‘kehilangan’ misteri adiknya dan membuat laporan polis.
Rumahtangga Reza dan Sherin mula retak apabila bekas teman lelakinya, Razali datang mengganggunya, malah turut mengatakan Reza tidak layak menjadi suami Sherin.
Musim 3 (2011)Sunting
Kehidupan Reza mula berubah setelah dia memegang tampuk kepimpinan dalam menerajui syarikat Jaya Holdings setelah bapa mertuanya bersara. Reza telah mengalami satu transformasi, dia mulai bersikap ego dan tidak mudah mengaku kalah. Kesabarannya terhadap Zahid telah bertukar menjadi dendam yang tiada penghalangnya.
Tindakan Zahid melanggar Nurul telah menyebabkan dia menanggung akibat di atas perbuatan kejamnya, dia dijatuhi hukuman penjara selama 3 tahun.
Dalam kesibukan Reza mengendalikan syarikat, dia terpaksa menghadapi tekanan besar. Akibat perbuatan tidak bertanggungjawab Zahid dia telah diburu oleh ‘Along’ yang menuntut hutang berjumlah RM500,000.00 yang ditinggalkan Zahid sebelum dia dipenjarakan.
Kekecohan berlaku apabila ‘Along’ sering mengganggu Reza di pejabat dan di rumah. Namun begitu dia enggan bersetuju dengan perjanjian yang telah ditandatangani Zahid dengan ‘Along’ untuk melangsaikan hutang.
Perasaan benci dan dendam Reza terhadap Zahid kian membara ekoran bebanan hutang yang terpaksa ditanggungnya. Sudah hilang sifat ‘lembut hati’ dalam diri Reza yang sebelum ini sering mengalah dengan Zahid.
Dalam serba kekalutan, Mira yang telah diceraikan oleh Farish menjalani kehidupan dengan penuh kesedihan setelah perkahwinannya berakhir di pertengahan jalan.
Akan tetapi yang lebih parah lagi apabila Farish mula menyesali tindakan terburu-burunya menceraikan Mira. Dia mengalami kekecewaan dan menyedari kesilapannya. Kerinduannya terhadap Mira merupakan satu penyeksaan dalam dirinya. Sebagai sahabat sejati, Reza amat bersimpati dengan penderitaan yang ditanggung Farish, dia sanggup menghulurkan bantuan membiayai kos rawatan perubatan kaki Farish hingga pulih.
Sementara itu, sepanjang ketiadaan Zahid yang merengkok dalam penjara, Liza dan anaknya, Syamil telah berpindah ke banglo dan tinggal bersama dengan ibu bapa mertuanya.
Musim 4 (2011–2012)Sunting
Zahid telah tamat hukuman penjara 3 tahun dan memulakan hidup baru bersama keluarganya. Pada masa yang sama, hubungan Zahid dan adik iparnya, Reza kembali pulih dan bertekad untuk memajukan bersama Jaya Holdings.
Reza terkilan kerana tidak dapat menatap wajah datuknya buat kali terakhir, lalu membantu mengusung jenazah datuknya dan memberi penghormatan terakhir.
PelakonSunting
Pelakon utamaSunting
- Zachery Francis sebagai Reza/Si Capik
- Erry Putra sebagai Farish
- Hetty Sarlene sebagai Mira
- Sheera Iskandar sebagai Sherin
Pelakon pembantuSunting
- Aziz Singah sebagai Datuk Hazim, bapa kepada Zahid dan Sherin
- Raja Noor Baizura sebagai Datin Faridah, ibu kepada Zahid dan Sherin
- Riz Amin sebagai Zahid
- Rizal Ashreff sebagai Razali
- Z. Zamri sebagai Zarul
- Fathil Dani sebagai Malik, bapa Reza
- Aznah Hamid sebagai Nora, ibu Reza
- A. Galak sebagai datuk Reza
- Aripah Damanhuri sebagai nenek Reza
- Hanny Harmi sebagai Liza
- Huda Ali sebagai Nurul
- Salina Saibi sebagai Rita
- Azad Jasmin sebagai Danial
Penampilan khasSunting
- Shah Iskandar sebagai Iskandar, abang Liza
- C. Kumaresan sebagai Inspektor Mohan
- Din Sabari sebagai Nordin, abang Nurul
- ASP Saiful Anwar Razali sebagai pegawai trafik (cameo)
- Farid Amirul sebagai Peter, Ketua sindiket pinjaman wang
Muzik dan runut bunyiSunting
No. | Tajuk | Penulis | Penyanyi | Masa |
---|---|---|---|---|
1. | "Si Capik" | James Baum | James Baum, Ieda Majid | |
2. | "Hanya Kau Yang Mampu" | Taufik | Aizat Amdan | 4:20 |
3. | "Tak Ada Logika" | Yudis Dwikorana, Yoyo | Agnes Monica | 3:35 |
AnugerahSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2010 | Anugerah Skrin 2010 | Drama Berantai | Si Capik | Tercalon |
Maklumat amSunting
Ini merupakan projek drama pertama lakonan bersama Zack X-Factor dan Riz Amin sebelum kembali bekerjasama menerusi Metro Skuad musim kedua.
RujukanSunting
- ^ Budiey (12 Mei 2009). "Drama Si Capik Lakonan Ery Putra, Zack X Factor". budiey.com. Sensasi Selebriti. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-15. Dicapai pada 2 Jun 2017.
- ^ "Drama Si Capik Musim Ke-Tiga". budiey.com. Sensasi Selebriti. 28 Februari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-03. Dicapai pada 2 Jun 2011.
- ^ "Kisah Si Capik Kembali Di RTM2". mStar Online. 18 Februari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-13. Dicapai pada 2 Jun 2017.