Siapa Diriku

"Siapa Diriku" ialah single sulung oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat.[1] Ia dikeluarkan pada 29 Julai 2015 melalui Paranormal Talents dengan lagu lirik oleh Omar K, Ezra Kong dan Ayda sendiri. Lagu ini menceritakan mengenai realiti kehidupan anak seni yang sering menjadi mangsa kecaman pahlawan papan kekunci di media sosial. Ia juga dimuatkan sebagai lagu tema drama MAID lakonan beliau.[2]

"Siapa Diriku"
Single oleh Ayda Jebat
Dikeluarkan pada29 Julai 2015
FormatMuat turun digital
Dirakam pada2015
GenreR&B, pop
SyarikatParanormal Talents
PenulisOmar K, Ezra Kong, Ayda Jebat
Kronologi single Ayda Jebat
"Siapa Diriku"
(2015)
"Pencuri Hati"
(2016)

PenerbitanSunting

Rakaman lagu ini dijalankan pada Mei 2015.[3]

Muzik videoSunting

Muzik video untuk "Siapa Diriku" dimuat naik di saluran YouTube rasmi beliau pada 14 September 2015 berjaya mencecah tontonan lebih satu juta hanya dalam masa tiga minggu.[4]

Ia turut mendapat kerjasama daripada jenama telefon pintar Oppo yang mana Ayda merupakan jurucakapnya.[5]

CartaSunting

Carta (2015) Kedudukan
carta
Era FM 12
Hot FM 1
Muzik Muzik 1

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Lagu MeleTOP Menang

RujukanSunting

  1. ^ Zaidi Mohamad (13 Disember 2015). Siapa Diriku papar diri Ayda Jebat Berita Harian. Dicapai pada 14 Disember 2015.
  2. ^ Zaidi Mohamad (27 Julai 2015). "Ayda Jebat pertaruh single Siapa Diriku". Berita Harian. Dicapai pada Julai 28, 2015.
  3. ^ Amirah Amaly Syafaat (13 Disember 2015). Antara populariti, pencapaian dan kritikan Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 September 2016.
  4. ^ Feride Hikmet Atak (9 Oktober 2015). "'Siapa Diriku' Raih Lebih Sejuta Tontonan Dalam Masa 3 Minggu". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-28. Dicapai pada 28 Oktober 2015.
  5. ^ "OPPO Bekerjasama Dengan Ayda Jebat Di Dalam Muzik Video Siapa Diriku". Ruby. 30 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-28. Dicapai pada 28 Oktober 2015.