Siapa Tutup Lampu?

Siapa Tutup Lampu? ialah sebuah filem seram Malaysia 2021 arahan Aliff Ihsan Rahman dengan skrip oleh Azhar Jalil. Ia dibintangi oleh Azizul Ammar, Uyaina Arshad, Naim Daniel, Ismi Melinda dan Azhar Jalil. Filem ini ditayangkan pada 25 November 2021 di Astro First.[1]

Siapa Tutup Lampu?
PengarahAliff Ihsan Rahman
PenulisAzhar Jalil
Dihasilkan oleh
  • Mohd Shahir Sulaiman
  • Ahmad Firdaus Mohamad Tahir
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
  • Horizon Film Entertainment
  • Articulate Fusions Productions
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
25 November 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Premis sunting

Kisah 5 sekawan yang penuh dengan rahsia dan pengkhianatan. 5 sekawan iaitu Akmal, Arif, Aryana, Azie dan Amir terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan pulang dari bercuti di Genting Highlands. Amir maut dalam kemalangan itu dan kumpulan lain mendapati diri mereka dihantui apabila mereka pergi untuk mengenal pasti mayat di bilik mayat.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Siapa Tutup Lampu? ialah idea dan nukilan penulis skrip Azhar Jalil serta diarahkan oleh Aliff Ihsan Rahman. Ia merupakan adaptasi dari sebuah pementasan teater yang telah memenangi banyak anugerah dalam satu pertandingan teater.[2]

Filem ini merupakan filem sulung lakonan personaliti TV dan pelakon, Uyaina Arshad yang melakonkan watak Azie. Beliau mengakui wataknya dalam filem itu ialah sesuatu di luar jangkaan dan berjaya mencuri tumpuannya untuk menerima tawaran tersebut. Uyaina turut menceritakan pengalamannya berjalan di bilik mayat.[3]

Keluaran dan sambutan sunting

Siapa Tutup Lampu? dikeluarkan pada 25 November 2021 di Astro First.[4]

Dalam ulasan retrospektif mengenai filem ini, portal filem, Rollo de Pelicula mengulas: "Menonton filem Siapa Tutup Lampu ini ibarat seperti anda sedang melihat sebuah permainan teka teki yang sedang berkecamuk dan anda memerlukan masa yang berkualiti untuk menyusun kembali serpihan teka teki yang bertaburan tersebut untuk mendapat jawapan yang anda inginkan".[5]

Sekuel sunting

Tajuk Didedahkan sebagai Siapa Tutup Lampu? 2.

Rujukan sunting

  1. ^ "Siapa Tutup Lampu? di Astro First". Buzzing Malaysia. 25 November 2021. Dicapai pada 4 Disember 2021.
  2. ^ Aqmar Mustaza (30 November 2021). "Adaptasi teater ke filem, Siapa Tutup Lampu tampil jalan cerita berbeza". Sinar Harian. Dicapai pada 4 Disember 2021.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (29 November 2021). "'Berpeluh' dalam bilik mayat". Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  4. ^ Khai Azfar (29 November 2021). "[REVIEW] Siapa Tutup Lampu : Pelakon Dah 'Best' Tapi…". Murai.my. Dicapai pada 4 Disember 2021.
  5. ^ Hans Hanis (23 November 2021). "Review Filem Siapa Tutup Lampu". Rollo de Pelicula. Dicapai pada 5 Disember 2021.

Pautan luar sunting