Sibu FM

stesen radio tempatan dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia
Sibu FM
BandarSibu
Kawasan penyiaranSibu, Kapit,Mukah,Sarikei,Kanowit & Selangau
Frekuensi87.6 MHz
Tarikh siaran pertama1975; 49 tahun yang lalu (1975)
BahasaMelayu
Cina
Iban
Pemilik
Tapak websibufm.rtm.gov.my

Mengenai Sibu FM sunting

Sibu FM ialah sebuah stesen radio tempatan dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia disiarkan dari Jalan Tun Abang Haji Openg dari jam 08:00 hingga 19:00. Rancangan Bahasa Melayu disiarkan pada jam 09:00 hingga 11:00 dan 17:00 hingga 19:00. Siaran Bahasa Cina ke udara dari jam 14:00 hingga 17:00 dan siaran Bahasa Iban dari jam 11:00 hingga 14:00. Ia boleh didengari melalui frekuensi 87.6 MHz.

Sejarah sunting

RTM Sibu diwujudkan dalam tahun 1975 sebagai sebahagian daripada usaha perang saraf menentang para pengganas komunis yang cergas bergerak di lembah Rejang sejak berlaku darurat, berikutan tertubuhnya Malaysia.

Ia dijadikan sebuah institusi rasmi dan berasingan dari unit siaran radio Pemerintahan Keselamatan Rejang atau RASKOM.

Sebahagian besar kakitangan dari unit itu kemudiannya diserapkan ke dalam perkhidmatan di RTM Sarawak, dan sebilangannya masih berkhidmat sehingga kini di pelbagai bahagian dan unit di RTM seluruh negeri.

Sibu FM telah rasmi menggantikan ERA Sarawak yang ditamatkan pada 1 Januari 2024 susulan penutupan ibu pejabat Astro Radio di Kuching berkuat kuasa pada 30 September 2023 disebabkan keputusan menghentikan operasi pejabat Astro Radio Sarawak itu dicapai pada Ogos lalu.[1]

Ibu pejabat sunting

Kompleks Bangunan Penyiaran RTM terletak di persimpangan Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Tapang dan Jalan Sungai Merah, berhadapan dengan pasar Tapang. Di hadapan kompleks itu terletak Bulatan RTM, iaitu nama rasmi sebuah bulatan yang menjadi tempat pertemuan tiga jalan raya utama tadi. Itulah satu-satunya sebuah bulatan di Malaysia yang diberi nama Bulatan RTM.

Bangunan ini dirasmikan pada 7 Disember 1974 oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Osman, Yang di-Pertua Negeri Sarawak kedua, yang berasal dari Sibu.

Di bangunan ini ditempatkan kebanyakan kakitangan yang terdiri daripada Bahagian Pentadbiran, Bahagian Kejuruteraan dan Bahagian Rancangan.

Jabatan Penyiaran Sibu mempunyai tiga bilik hubungan atau konti yang dulunya digunakan untuk siaran tiga bahasa (Melayu, Iban dan Cina) secara berasingan. Namun sekarang sejak pelancaran Radio 7 (Sibu RM87.6 MHz), maka semua siaran dibuat di bilik Hubungan FM87.6MHz. Dua bilik lain digunakan untuk rakaman rancangan. Bilik Hubungan FM87.6MHz, dilengkapi sistem digital Netia, yang digunakan oleh kebanyakan stesen kawasan di seluruh negara.

Kawasan liputan sunting

Dari segi operasi stesen RTM Sibu bertanggungjawab membuat liputan mengutip dan mengumpul serta memproses bahan-bahan siaran daripada seluruh lembah Rejang yang menjangkaui empat bahagian iaitu Bahagian Sibu di tengah-tengah, Bahagian Sarikei dan Bahagian Mukah di pesisiran dan Bahagian Kapit di pedalaman.

Dari segi demografi inilah kawasan yang jumlah suku kaumnya terbanyak dengan suku kaum utama Melayu, Iban, Melanau, Cina dan suku-suku dan subsuku kumpulan Orang Ulu di sepanjang Sungai Rejang, sungai terpanjang di Malaysia.

Dalam operasinya RTM Sibu dibantu oleh dua buah stesen rakaman di RTM Sarikei di hilir dan RTM Kapit di hulu. Kedua-dua stesen ini memiliki studio rakaman yang boleh menyalurkan bahan langsung sama ada ke Sibu atau ke Kuching. Malah studionya boleh digunakan untuk siaran langsung melalui pemancaran di Sibu.

Untuk beberapa ketika pernah wujud sebuah studio rakaman dan stesen siaran di Belaga untuk Bahagian Kayan-Kenyah. Bagaimanapun setelah kemudahan teknikal dipertingkatan dan pemancaran siaran boleh dibuat langsung dari ibu pejabat RTM Sarawak di Kuching maka stesen ini ditutup dalam bulan Mac tahun 2000.

Dari segi sempadan politik negeri, kawasan liputan RTM Sibu meliputi 22 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 10 kawasan Parlimen. Daripada jumlah itu hadir cukup ramai pemimpin peringkat negeri dan persekutuan berpangkat Menteri Persekutuan, Timbalan Menteri Persekutuan, Menteri Negeri, Menteri Muda Negeri dan Setiausaha Parlimen.

Kini kawasan Dewan Undangan Negeri yang diduduki oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Haji Abdul Taib bin Mahmud letaknya di Balingian, iaitu di dalam kawasan liputan RTM Sibu. Juga kini Setiausaha Kerajaan Negeri berasal dari kawasan liputan stesen ini.

Mercu kejayaan sunting

Stesen RTM Sibu adalah satu-satunya stesen RTM di Sarawak yang berjaya meraih Anugerah Kualiti Kementerian untuk empat tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1991 kategori keindahan dan kebersihan, Anugerah Q RTM 1992. Pada tahun 1993, menang kategori Iltizam dan Anugerah Q RTM 1994. Oleh kerana berjaya memenangi anugerah tersebut empat tahun berturut-turut maka RTM SIBU telah mendapat Anugerah Khas Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia pada tahun 1994.

Stesen ini juga telah melahirkan dua orang juara Bintang Kecil Kebangsaan yang pertama, di samping beberapa orang juara negeri, termasuk dua juara negeri bukan Melayu.

Stesen ini juga pernah melahirkan tokoh-tokoh Bintang P Ramlee dan juru Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri.

Laman web sunting