Siburan

pekan di Sarawak, Malaysia

Siburan ialah sebuah pekan di Sarawak, Malaysia. Ia terletak kira-kira 30 kilometer (19 batu) dari selatan ibu negeri Kuching. Siburan merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Siburan dalam Bahagian Serian.

Siburan
Sebuah masjid di Pekan Siburan
Sebuah masjid di Pekan Siburan
Siburan yang terletak di Malaysia Timur
Siburan
Siburan
Lokasi di Malaysia Timur
Siburan yang terletak di Malaysia
Siburan
Siburan
Lokasi di Malaysia
Koordinat: 1°21′42″N 110°24′17″E / 1.361644°N 110.404600°E / 1.361644; 110.404600Koordinat: 1°21′42″N 110°24′17″E / 1.361644°N 110.404600°E / 1.361644; 110.404600
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSerian
DaerahSiburan
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Siburan
Poskod
94200

Sejarah sunting

Sebelum daerah kecil ini dibawah pentadbiran Bahagian Serian, ia terletak di bawah seliaan Bahagian Kuching. Pada 1 Oktober 2015, daerah kecil Siburan dipisahkan sepenuhnya dari Bahagian Kuching dan ia akan berada dibawah Bahagian Serian yang juga merupakan peristiwa sejarah bagi daerah kecil ini.[4] Sebanyak 25 kampung di bawah daerah kecil ini akan berada di bawah pentadbiran Bahagian Serian iaitu Kampung Sentah, Masaan, Sungai Duuh, Tijirak, Siga, Sinjok, Mundai, Maang, Sungai Riset, Skuduk, Plaman Payang, Chupak, Duras, Beradau, Prutan, Sebanyis, Tabuan Rabak, Pulau Kandis, Menjau, Patung, Kerumboi, Kuang- Toop, Batu Gong Baru, Batu Gong Lama dan Jawa Gunda.[4] Manakala 32 kampung lagi akan kekal dalam Bahagian Kuching namun berada di bawah pentadbiran Daerah Kecil Padawan.[4]

Geografi sunting

Siburan adalah hampir pinggir bandar kawasan metropolitan yang lebih besar di Kuching, di Bahagian Kuching.

Pusat beli-belah sunting

Eastern Mall

Rujukan sunting

-->

Siburan merupakan bekas daerah kecil dibawah seliaan Daerah Serian.[4] Terdapat juga cadangan untuk Siburan dinaik taraf dari daerah kecil ke daerah penuh.[5] Ia disebabkan oleh penduduknya mencecah 100,000 orang. Siburan juga memerlukan Pusat Transformasi Luar Bandar yang akan memberi kemudahan kepada komuniti setempat di sini untuk memperoleh perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan kerajaan.[6] Pada November 2021, Daerah Kecil Siburan telah diangkat menjadi daerah penuh yang telah diiktiraf oleh kerajaan di mana ia diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Keputusan itu dibuat oleh kabinet negeri dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang baik di dua kawasan yang terletak di pentadbiran Bahagian Serian.[7]