Sidang Kemuncak ASEAN ke-14

Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 merupakan mesyuarat pemimpin tertinggi 10 negara Asia Tenggara (ASEAN) . Sepatutnya diadakan di Chiang Mai, utara Thailand pada 13-18 Disember 2008. Apabila penyokong PAD berbaju kuning menfadakan tunjuk perasaan, Perdana Menteri Thailand , Somchai terpaksa meletak jawatan. Perdana Menteri yang baru ,Abhisit Vejjajiva mengubah tarik sidang puncak ini pada 11 April 2009 di Pattaya . Malangnya penyokong Thaksin yang berbaju merah pula mengadakan tunjuk perasaan . Mereka menggelar diri mereka sebagai Barisan Demokrasi Menentang Diktator (UDD) .Sidang puncak ini terpaksa dibatalkan lagi.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-14
Tuan rumah Thailand
Tarikh27 Februari – 1 Mac 2009 (27-02-2009 – 01-03-2009), 10–11 April 2009 (10-04-2009 – 11-04-2009)
MotoActing Together to Cope with Global Challenges, ASEAN Charter for ASEAN Peoples
Bandar rayaPattaya, Cha-am & Hua Hin
PengerusiPerdana Menteri Abhisit Vejjajiva
Persidangan sebelum iniSidang Kemuncak ASEAN ke-13
Persidangan seterusnyaSidang Kemuncak ASEAN ke-15

Setiausaha Agung Asean ialah Surin Pitsuwan dari Thailand.

Sidang kemuncak di Chieng Mai sunting

Segala persiapan telah diatur di Chieng Mai bagi menjayakan Sidang Kemuncak Asean ke-14. Chieng Mai terlalu jauh dari puak berbaju kuning yang mengepung Bangkok selama 3 bulan.

Protes PAD memuncak di ibu kota Bangkok. PAD adalah golongan yang menentang kumpulan bekas Perdana Menteri Thailand , Thaksin Sinnawatra . Mereka memakai baju kuning dan menguasai beberapa tempat di Bangkok dan beberapa tempat lain mendesak Somchai meletakkan jawatan serta-merta. Ribuan penyokong anti kerajaan Perikatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) merampas Rumah Kerajaan yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri Thailand sejak 26 Ogos 2008. Lebih 40,000 penyokong PAD berjalan sejauh 1 km ke Parlimen Thailand mendesak kerajaan Perdana Menteri Somchai Wongsawat ditumbangkan. Somchai merupakan adik ipar Thaksin Sinnawatra , bekas Perdana Menteri Thailand. Thaksin sangat popular di utara Thailand tetapi dibenci di Bangkok kerana rasuah dan keganasan di selatan Thailand. Thaksin digulingkan melalui rampasan kuasa tentera.[1]

Pada 27 November 2008, Menteri Luar Thailand Sompong Amornwiwat menyatakan mesyuarat ditangguhkan / dibatalkan . Ini kerana beberapa beberapa perkara tidak dapat diluluskan oleh Parlimen Thailand setelah protes PAD terhadap kerajaan . Penyokong PAD menguasai kawasan parlimen, Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan Lapangan Terbang Don Muang . Pemimpin negara-negara ASEAN juga bimbang aspek keselamatan .[2] Akhirnya sidang kemuncak ini dibatalkan .[3]

Sidang kemuncak di Pattaya sunting

Perdana Menteri Thailand yang baru , mengatur semula Sidang Kemundak Asean ke-14 yang tertangguh ke Pattaya pada 11 April 2009. Lokasinya ialah Royal Cliff Beach Hotel di tepi pantai Pattaya yang bersih dan indah. Malangnya penyokong Thaksin yang berbaju merah pula buat hal dengan mengadakan tunjuk perasaan. Puak baju merah dari Barisan Demokrasi Menentang Diktator (UDD) menyerahkan petisyen kepada Sekretariat Asean untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva, yang mereka dakwa dipilih secara tidak sah

Pihak polis dan tentera Thailand tidak dapat mengadakan sekatan jalan raya , menahan penyokong yang datang dengan bas, lori dan kereta, membaling polis dengan batu dan kayu. Thaksin berucap melalui video menggesa para penyokongnya untuk menyerbu venue sidang kemuncak . Polis Thailand terlaku berlembut dan tidak menduga ribuan si baju merah ini boleh datang dari Tugu Kemenangan di Bangkok , 2 jam dari Pattaya. Penunjuk perasan dibenarkan menggunakan pembesar suara dan menhasut penyokong dan pemandu teksi. Rusuhan memuncak apabila pihak berbaju biru melontar batu dan kayu kepada puak berbaju merah.

Pada 11 April 2009, penunjuk perasaan mengepung Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya (PEACH) . Semua ketua negara , perdana menteri dan menteri-menteri yang hadir terpaksa diselamatkan dengan helikopter tentera dan helikopter awam dan bot-bot . Hampir keseluruhan pemimpin dari Asean, China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India hadir.

Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed menginap di Royal Cliff Grand Hotel and Spa . Hotel ini bertentangan dengan Royal Cliff Beach Hotel. Rombongan Malaysia selamat mendarat di Lapangan Terbang Sungai Besi pada 8.00 malam 11 April 209.[4]

Sejarah sunting

Sidang Kemuncak Asean pernah dibatalkan pada Disember 2006 di Filipina apabila berlaku Taufan Utor sehingga mengancam keselamatan para delegasi.

Rujukan sunting