Sidang Kemuncak Asia Timur Kesebelas

Sidang Kemuncak Asia Timur Kesebelas (Inggeris: Eleventh East Asia Summit) ialah sebuah forum antara pemimpin negara dan ketua negara di Asia Timur dan sekitarnya, yang telah diadakan pada 6-8 September 2016 di Vientiane, Laos. Mesyuarat ini lebih sering disebut dengan Sidang Kemuncak Asia Timur (disingkat SKAT).[1]

Sidang Kemuncak Asia Timur Kesebelas
Tuan rumahLaos
Tarikh6-8 September 2016
Bandar rayaVientiane
PesertaAhli EAS
Persidangan sebelum iniSidang Kemuncak Asia Timur Kesepuluh
Persidangan seterusnyaSidang Kemuncak Asia Timur Keduabelas

Isu Pembahasan

sunting

Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith, selaku ketua dan juga tuan rumah, menyampaikan kata sambutan dalam forum tersebut, komitmen terhadap deklarasi Kuala Lumpur 2005 tentang pembentukan Sidang Kemuncak Asia Timur. SK Asia Timur 2010 menyepakati Prinsip Hubungan yang Saling Menguntungkan, dan HUT EAS Kesepuluh (2015) menekankan bahawa forum ini menjadi sebuah perbincangan yang luas terkait isu politik, keamanan, ekonomi dan perhatian bersama untuk menjaga keselamatan, kestabilan dan perkembangan ekonomi di kawasan Asia Timur.[2]

Meskipun keputusan UNCLOS (United Nations Convention on the Law of the Sea) atau undang-undang lautan antarabangsa telah dikeluarkan, berlakunya pertikaian wilayah perairan antara Filipina dan China, namun Thongloun Sisoulith, sebagai pengerusi forum dan tuan rumah, tidak membahas isu ini secara mendalam. Sementara dalam keputusan tersebut menyatakan bahwa tuntutan sejarah peta sembilan garis putus-putus (nine-dash line) oleh China dinyatakan tidak sah dan hal itu bertentangan dengan undang-undang lautan antarabangsa yang dikuatkuasa. China juga dianggap telah melanggar undang-undang UNCLOS kerana tidak menghalang nelayan China dalam melakukan aktiviti di wilayah Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Filipina.[1]

Mesyuarat kesebelas ini juga masih memberi keutamaan peningkatan kerjasama dalam bidang tenaga antara ASEAN dan China, bidang pendidikan khususnya di kawasan ASEAN, dan pentingnya kestabilan kewangan dalam mendorong pertumbuhan ekonomi serantau. Dalam bidang kesihatan, EAS berkomitmen bahawa Asia-Pasifik bebas wabak malaria menjelang 2030. Sementara di bidang keselamatan, komitmen menjadikan Asia Tenggara sebagai Zon Bebas Senjata dan Bebas Senjata Nuklear. Isu lain yang dibahas ialah masalah pelarian, konflik Laut China Selatan, Semenanjung Korea, pengganas, penangkapan ikan secara haram, dan penyeudupan hidupan liar dan pembalakan haram.[2]

Komitmen anggota EAS

sunting

Dalam ucapannya, Li Keqiang menyatakan bahawa China akan meningkatkan kerjasama dengan Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam usaha menangani darurat gempa bumi. China juga mengingatkan anggota EAS untuk memberikan perhatian lebih banyak terhadap keselamatan serantau.[3]

Berkaitan dengan isu keganasan, Jepun menyatakan akan menyalurkan dana sebanyak ¥ 45 bilion dan memberikan sokongan untuk pembangunan Sumber Manusia untuk 2.000 tenaga kerja selama tiga tahun, dalam usaha peningkatan kemampuan kontraterorisme atau menentang keganasan dan kumpulan pelampau di negara-negara anggota SKAT. Jepun juga ingin menyumbang lebih aktif dalam pencegahan ekstremismw dengan pendekatan yang lebih komprehensif melalui aktiviti pendidikan, pembangunan sosial dan ekonomi guna memimpin masyarakat yang lebih baik.[4]

Kehadiran Delegasi

sunting

Para pemimpin negara dan ketua kerajaan yang hadir di Sidang Kemuncak Asia Timur Kesebelas di Vientiane, Laos;

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "KTT Asia Timur dan Dimensi Strategis Arbitrase". www.internasional.kompas.com. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  2. ^ a b "Chairmans Statement of the 11th East Asia Summit" (pdf). www.asean.org (dalam bahasa Inggeris). m/s. 1. Dicapai pada 31 Oktober 2016.
  3. ^ "Remarks by Li Keqiang at the 11th East Asia Summit". www.gov.cn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  4. ^ "The East Asia Summit". www.mofa.go.jp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Oktober 2020.