Mohd Sidek Abdullah Kamar

Pemain badminton Malaysia
(Dilencongkan dari Sidek Abdullah Kamar)

Dato' Haji Mohd Sidek bin Haji Abdullah Kamar, DSSA, AMN, AMP, PJK (19 Januari 1936 – 17 Oktober 2005) merupakan jurulatih dan bekas pemain badminton negara dan bapa kepada keluarga badminton yang paling terkenal Malaysia, Sidek bersaudara yang mewakili Malaysia dalam sukan badminton.[1]


Mohd Sidek bin Abdullah Kamar

Kelahiran(1936-01-19)19 Januari 1936
Meninggal dunia17 Oktober 2005(2005-10-17) (umur 69)
Sebab kematianKegagalan buah pinggang, kencing manis, radang paru-paru, tekanan darah tinggi
Pusat pendidikanSMKA Al-Mashoor (L), Pulau Pinang
PekerjaanBekas pemain badminton profesional, jurulatih badminton
Terkenal keranaBapa kepada Sidek bersaudara
PasanganRukinah Sulaiman (1956-2003)
Juriah Abdul Wahab (2003)
Bangaton Rasman (2003-2005)
Anak-anakRusitah Sidek
Misbun Sidek
Razif Sidek
Jalani Sidek
Rahman Sidek
Rashid Sidek
Zamaliah Sidek
Shahrezan Sidek
Sports career
Maklumat peribadi
Tahun aktif1957 - 2005
Negara Malaysia
SukanBadminton
AcaraBeregu

Anak-anak beliau memainkan peranan yang paling besar untuk membawa Malaysia daripada belenggu di badminton dunia, memuncak dalam kejayaan merangkul Piala Thomas selepas tempoh 25 tahun pada tahun 1992.[2] Servis Sidek yang diperkenalkannya pernah diharamkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF).[3]

Sidek meletakkan asas bagi kebangkitan anak-anaknya kepada kemasyhuran dalam sukan badminton Malaysia. Semua anak-anaknya kecuali Mohd Shahrezan dan Rusitah telah membentuk warna-warna negara. Diketuai oleh anaknya Misbun Sidek, Sidek bersaudara mula mendominasi sukan dari awal 1980-an hingga 2000.[4]

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Sidek dilahirkan pada 19 Januari 1936 di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor dan merupakan anak bongsu kepada Haji Abdullah Kamar Salimin, seorang petani dan peladang. Beliau bersekolah di SMKA Al-Mashoor (L) di Pulau Pinang.[5]

Kerjaya sunting

  • 1957: Bermula bermain kompetitif pada usia 21 tahun.
  • 1958-1964: Juara Kuala Langat (perseorangan dan beregu dengan Sukarman Abdul Rahim).
  • 1960: juara remaja Melayu.
  • 1964: Juara Piala Novis.
  • 1965-2005: Melatih anak-anaknya di dewan gelanggang badminton yang dibina di rumahnya di Banting; membimbing anak-anak muda di Dewan Badminton Banting (sebuah dewan badminton dua gelanggang).

Penganugerahan sunting

  • 1990: Anugerah Emas Benson & Hedges untuk Personaliti Sukan.
  • 2003: Anugerah personaliti sukan sepanjang masa Malaysia dari Kementerian Belia dan Sukan.
  • 2003: Dikurniakan dengan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sorotan pencapaian anak-anaknya sunting

 
Sidek (tengah) bersama isteri dan anak-anaknya ketika Malaysia memenangi Piala Thomas pada 1992.
  • Misbun: Johan kebangsaan (1980-1984 dan 1986-1987); Anugerah Olahragawan Kebangsaan (1981,1983); Naib juara Piala Dunia(1982); Naib juara All-England(1986).
  • Razif-Jalani: All-England (1982); World Grand Prix Akhir juara (1986, 1988,1989, 1991); Sukan Komanwel (1990); Juara Piala Dunia (1990, 1991); juara Piala Thomas (1992); Barcelona Olimpik pingat gangsa (1992).
  • Rashid: Sukan Komanwel (1990, 1994); juara Piala Thomas (1992); Atlanta Olimpik pingat gangsa (1996); All-England naib juara (1996); Anugerah Olahragawan Kebangsaan (1990, 1991, 1992, 1996).
  • Rahman: Ahli Piala Thomas Pasukan yang menang (1992).
  • Zamaliah: Ahli Sukan Komanwel pasukan memenangi pingat perak (1994).[6]

Kehidupan peribadi sunting

Sidek berkahwin dengan sepupunya sendiri, Allahyarhamah Datin Rukinah Sulaiman (1938 – 2003)[Nota 1] pada tahun 1956 dan mereka dikurniakan 8 anak (6 anak lelaki, 2 anak perempuan), Rusitah (lahir 1958),[7] Misbun (lahir 1960), Razif (lahir 1962), Jalani (lahir 1963), Rahman (lahir 1965), Rashid (lahir 1968), Shahrezan (lahir 1970) dan Zamaliah (lahir 1972). Selepas isterinya, Rukinah yang mesra dengan panggilan Kinah meninggal dunia pada 30 Januari 2003 di usia 65 tahun akibat angin ahmar, beliau berkahwin kali kedua dengan Juriah Abdul Wahab, namun bercerai.[8] Sidek kemudian berkahwin kali ketiga dengan Datin Bangaton Rasman. Cucu-cucu beliau, Misbun Ramdan Misbun,[9] Muhamad Fazriq Razif[10] dan Megat Deli Jalani, turut bergiat aktif dalam sukan badminton.

Kematian sunting

Sidek meninggal dunia pada jam 2:30 pagi Isnin 17 Oktober 2005 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pada usia 69 kerana kegagalan buah pinggang, kencing manis, radang paru-paru dan tekanan darah tinggi. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banting.[8]

Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Bangaton Rasman serta anak-anaknya Misbun, Razif, Jalani, Rashid, Rahman, Shahrezan, Rusitah dan Zamaliah. Isterinya, Datin Rukinah Sulaiman, meninggal dunia pada 30 Januari 2003 pada usia 65 tahun akibat angin ahmar.[11]

Dalam budaya masyhur sunting

Anak-Anak Sidek sunting

Kisah kehidupan Haji Sidek dan anak-anaknya telah diterbitkan dalam sebuah buku komik autobiografi bertajuk Anak-Anak Sidek, yang diterbitkan oleh Raja Azmi melalui syarikat Pengedaran JAS Sdn Bhd.[12] Semua anak-anaknya, kecuali Razif, menjadi lembaga pengarah dan penerbit eksekutif untuk kedua-dua komik dan siri animasi. Komik ini kemudian diadaptasikan ke siri animasi dengan tajuk yang sama yang disiarkan di RTM dari 1999 hingga 2009.

Dalam karya tersebut, watak Haji Sidek digambarkan sebagai seorang yang panas baran dan tidak membenarkan anak-anaknya terlibat dalam sukan lain kecuali badminton. Beliau menyayangi anak-anaknya, namun tidak pernah menunjukkan kasih sayang. Beliau sebenarnya mewarisi tabiat panas barannya daripada bapanya, Haji Abdullah Kamar.

Catatan sunting

  1. ^ Dalam komik Anak-anak Sidek edisi pertama, ia menyatakan bahawa Sidek dan isterinya, Rukinah yang juga sepupu beliau sendiri tidak pernah berjumpa sehingga pertunangan dan perkahwinan mereka. 2 tahun kemudian, selepas perkahwinan mereka, pasangan ini mendapat cahaya mata. Bapa Sidek, Haji Abdullah Kamar meninggal dunia pada pertengahan 1958, tetapi sempat menyaksikan kelahiran cucu perempuan sulungnya, Rusitah.

Rujukan sunting

  1. ^ "Newspaper Article - 'S' spells success". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 26 June 2016.
  2. ^ "New Straits Times - Google News Archive Search". news.google.com.my. Dicapai pada 26 June 2016.
  3. ^ Azar Ishak. ""SERVIS SIDEK" AJARAN HJ SIDEK INI PERNAH DIHARAMKAN PIHAK ANTARABANGSA". Soscili.my. Dicapai pada 22 Jun 2017.
  4. ^ Elliott Almond (28 September 1991). "Name of This Game Is Sidek: Badminton: Malaysian family continues its talented tradition. Three will play in U.S. Open". Los Angeles Times. Dicapai pada 22 Jun 2017.
  5. ^ "Biodata Dato' Mohd Sidek Abdullah Kamar". nusa-mahsuri.com. Dicapai pada 26 Jun 2016.
  6. ^ Abdul Hafiz Ahmad dan Norzie Mohd. Khasbi (19 Oktober 2005). "Sentuhan Sidek lahir 5 jaguh dunia". Utusan Online.[pautan mati kekal]
  7. ^ Muhd Afham Ramli (4 September 2017). "Kenapa anak sulung Sidek tidak ikut jejak bapa?". Sinar Harian. Dicapai pada 2 Oktober 2017.
  8. ^ a b Rajes Paul, Lim Tek Huat (October 18, 2005). "Badminton patriarch Datuk Sidek passes away". The Star. Dicapai pada July 8, 2013.
  9. ^ Ramdan follows Misbun’s footsteps by winning national title – The Star, 31 December 2012.
  10. ^ N. Faizal Ghazali (20 Disember 2015). Anak Razif harapan baru keluarga Sidek Malaysiakini. Dicapai pada 20 Disember 2015.
  11. ^ Ibu Misbun meninggal dunia Diarkibkan 2018-12-09 di Wayback Machine Utusan Malaysia (30 Januari 2003). Diperoleh pada 9 Disember 2009.
  12. ^ "Anak-Anak Sidek Kenangan Terindah Buat Negara". The Sukan. Dicapai pada 4 November 2017.

Pautan luar sunting