Sihir (Jawi: سيحير) dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.

Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah menjelaskan sihir seperti berikut:

Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana berbahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah berpaling daripada Allah, maka kitab-kitab tentangnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang wujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani.

Kisah sihir dalam QuranSunting

  • Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang turun untuk menentang tukang-tukang sihir yang jahat pada zaman tersebut. Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan kekufuran. Sihir memisahkan suami dan isteri telah diajarkan di negeri Babil sebagaimana terdapat dalam beberapa mentera lama yang tertulis dalam bahasa Sumari, iaitu bahasa kuno yang wujud beberapa abad sebelum masihi.[1]
  • Setiap Nabi dikurniakan mukjizat yang merupakan lumrah di kalangan umatnya pada masa itu. Nabi Musa AS dikurniakan mukjizat untuk menentang tukang-tukang sihir yang bekerja untuk Firaun semasa zaman baginda, yang pada masa itu adalah pemimpin dan ketua-ketua kaum, sebagaimana dikisahkan dalam Surah Taha, ayat 63-69.
  • Kisah mengenai takhta Ratu Balqis semasa zaman Nabi Sulaiman yang dapat dipindahkan menggunakan sihir dengan sekelip mata oleh sejenis jin seperti yang diceritakan dalam Surah An-Naml, ayat 38-42.
  • Rujukan mengenai sihir juga amat jelas dalam Surah Al-Falaq yang diturunkan setelah Nabi disihir oleh seorang Yahudi Arab.

Kedudukan sihir dalam IslamSunting

Penganut agama Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana dianggap mengingkari hukum Allah dan pengamalnya dihukumi sebagai kafir. Ia seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah. Orang yang terkena sihir lazimnya dikatakan sebelum itu tiba-tiba meningkat nafsu syahwatnya seperti dia kerap/ketagihan melakukan seks di mana akhirnya mengakibatkan jiwa dan batinnnya menjadi lemah dan mudah kerasukan. [perlu rujukan] Ini juga lantaran dirinya terdedah kepada badan yang tidak suci(tidak mandi wajib/hadas) dan syaitan amat menyukai orang yang demikian. Terdapat juga tanda kusam dan lesu pada wajahnya terutamanya pada bibir dan mata putih[perlu rujukan]. Walau bagaimanapun sihir boleh dielak dengan mengamalkan beberapa ayat suci al-Quran seperti ayatul kursi dan sunnah-sunnah Nabi seperti memakan tujuh biji buah kurma Ajwa di waktu pagi. Kedua-dua mazhab Sunni dan Shiah melarang penggunaan sihir.

Sihir di Alam MelayuSunting

Ilmu hitam yang dapat diamalkan masyarakat Melayu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  1. Melindung diri
    1. Kebal
    2. Perubatan
  2. Mendapatkan kelebihan
    1. kesaktian
    2. Pengasih - Sejenis ilmu hitam yang dapat membangkitkan rasa kasih seseorang terhadap seseorang.
    3. Perapun
    4. Gagah
    5. Perangsang
    6. Penderas
    7. Pukau
  3. Mengawal/Memusnahkan musuh
    1. Penunduk: Digunakan untuk menundukkan orang lain seperti nasi tangas untuk menundukkan suami.
    2. Tuju - Jampi-jampi yang membuat orang sakit. Juga menggunakan alatan lain seperti telur layang (telur yang telah dijampi) untuk menyakiti orang dan boleh membawa maut.
    3. Pelalau — sihir untuk mencerai-beraikan suami isteri
    4. Pelalai
    5. Cuca - Jampi yang boleh menundukkan musuh atau yang dapat mengubati luka.
  4. Meramal masa hadapan
  5. Alimun


Sihir yang diamalkan boleh dikelaskan menurut beberapa kelompok seperti berikut:-

  1. Saka - Menggunakan jin/shaitan - kadam, toyol, datuk, suruhan, roh orang mati, hantu dll.
  2. Azimat
  3. Menggunakan mentera,jampi, serapah - ayat-ayat tertentu.

Mereka yang merawat sihir biasanya melalui beberapa kaedah atau cara:-

  1. Menggunakan ayat-ayat suci
  2. Orang yang disihir memperbanyakkan amalan-amalan soleh
  3. Menjauhi perkara maksiat yang dapat melemahkan iman

Pengamal perubatan Melayu yang merawat mangsa sihir boleh digolongkan kepada beberapa bahagian seperti:-

  1. Pawang -
  2. Dukun -
  3. Bomoh -
  4. Orang alim - melalui penggunaan ayat-ayat Al Quran.

Sihir dalam rujukan budaya popSunting

Di dalam media barat terutamanya yang ditujukan kepada kanak-kanak, ahli sihir sering digambarkan sebagai wanita tua yang jahat dengan kulit yang berkedut dan topi berbucu tajam, berbaju hitam atau ungu, dengan hidung yang berketuat and kadang-kadang kuku yang panjang.

Ahli sihir selalunya menaiki penyapu terbang seperti dalam cerita Harry Potter dan filem Hocus Pocus. Mereka selalunya didampingi dengan kucing hitam dan terdapat ahli sihir yang baik seperti dalam cerita Bewitched, Charmed dan The Craft.

Pautan luarSunting

Nota kakiSunting

  1. ^ Abdul Razak Naufal, ms. 78-81