Sihir dalam Harry Potter

pelbagai sihir, sumpahan, azimat, buatan, jampi, dll. yang terdapat dalam dunia sihir J.K. Rowling


Dalam dunia sihir Harry Potter iaitu siri novel rekaan J.K. Rowling, banyak perkara yang berkaitan dengan sihir terutamanya penggunaan sihir oleh watak-watak di dalamnya.

Rencana ini khusus untuk mantera-mantera yang pernah disebut atau dilakukan di dalam novel terbabit atau sebarang hasil tulisan beliau berbanding dengan mantera rekaan seperti yang pernah muncul di dalam filem mahupun di dalam permainan videonya.

Di bawah merupakan senarai mantera mengikut turutan huruf Bahasa Inggeris mengenai mantera yang pernah muncul di dalam novel Harry Potter. Sesetengah sihir ini hanya terdapat dalam filem sahaja.

Not/Nada Di Dalam Mantera Tanpa Sebutan (Non-verbal Spell) sunting

Kebanyakan mantera yang disenaraikan adalah mengikut cara sebutan asalnya dengan sebutan mengikut vernakularnya dengan namanya di dalam kurungan sekiranya diketahui. Bermula daripada Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan sihir dengan cara tanpa sebutan mula diperkenalkan : mungkin kerana sihir-sihir tersebut sebenarnya tidak memerlukan ucapan mantera yang diperlukan jika si penyihir adalah seorang ahli sihir yang mahir ataupun pernah menggunakan sihir itu berulang kali.

Bahasa Mantera Di Dalam Dunia Harry Potter sunting

Daftar kemasukan di bawah termasuk spekulasi etimologi yang mungkin benar mengenai cara sesuatu sihir itu dilakukan. Namun para pembaca perlu sedar bahawa kebanyakan mantera di dalam ini menggunakan bahasa Latin sebagai kata dasar nya untuk mencapai maksud yang sesuai dan ini sedikit sebanyak mungkin akan menyukarkan proses memahami maksudnya.

Isi kandungan
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

A sunting

 
Harry menyeru Piala Api yang telah ditukar menjadi sebuah Portkey.

Accio (Sihir Memanggil/Menyeru) sunting

Sebutan: Beberapa cadangan telah dibuat:
['ɑksio] - (di dalam buku audio/permainan komputer)
['ɑkkio] - Latin klasik (filem)
['æsio] - Bahasa Inggeris
Gambaran: Sihir ni digunakan untuk menyeru sesuatu objek kepada penyeru, dengan jarak yang tertentu. Ia boleh digunakan dalam dua cara iaitu: dengan melafazkan mantera ini diikuti dengan nama objek tersebut seperti ("Accio Firebolt"), atau dengan menalakan tongkat sakti kepada objek yang dikehendaki atau dengan segera melafazkan mantera sebelum "menarik" objek tersebut ke arah si penyeru.Di dalam kedua-dua hal, si penyeru mestilah fokus ke arah objek jika mereka mahu sihir itu berjaya.
Dilihat/Disebut: Di kebanyakan tempat. Pernah dilhat ketika Puan Molly Weasley menyeru kesemua gula-gula sihir dari si kembar Weasley. Juga pernah dilihat di dalam Harry Potter dalam Piala Api, ketika Harry Potter menggunakan sihir ini untuk menyeru penyapu terbangya ketika Tugasan Pertama di dalam Kejohanan Ahli Sihir Trio dan pada penghujung buku ketika dia menyeru Piala Api untuk melarikan diri daripada Voldemort. Bellatrix Lestrange cuba menggunakan sihir ini untuk menyeru Tilikan daripada Harry namun gagal apabila Nevile secara tidak sengaja telah memecahkannya. Pernah dilakukan (tidak berjaya) di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan oleh Harry ketika ingin menyeru sebuah horcrux. Ia juga digunakan oleh Fred dan George untuk menyeru penyapu terbang mereka dalam cubaan untuk melarikan diri dari Hogwarts seperti di dalam "Harry Potter dalam Kumpulam Phoenix."
Etimologi: Maksud accio daripada bahasa Latin ialah "Saya panggil" atau "Saya seru".
 
Garisan Usia yang telah dilakar di sekeliling tempat Piala Api berada.

Age Line Spell (Sihir Garisan Usia) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menghasilkan satu garisan yang tidak dapat dilalui oleh mereka yang berada di bawah umur atau pada peringkat umur tertentu.
Dilihat/Disebut: Dalam Harry Potter dalam Piala Api. Ia telah dihasilkan oleh Profesor Albus Dumbledore bagi menghalang pelajar-pelajar yang bawah umur meletakkan nama mereka ke dalam Piala Api.
Nota: Fred dan George Weasley dan beberapa pelajar lain pernah cuba untuk memperdaya sihir ini dengan meminum Posyen Usia. Walau bagaimanapun, usaha mereka gagal, dan muka mereka pula ditumbuhi janggut dan rambut mereka menjadi beruban.

Aguamenti (Sihir Air) sunting

Sebutan: ah-gwa-MEN-tee (IPA: /a.gwə.'mɛn.ti/)
Gambaran: Menghasilkan satu pancutan air daripada tongkat sihir.
Disebut/Dilihat: Digunakan oleh Fleur Delacour di dalam Harry Potter dalam Piala Api untuk memadamkan api dari kainnya (akibat terkena api semasa Tugasan Pertama iaitu untuk menentang seekor naga). Harry juga pernah menggunakannya dua kali di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, iaitu ketika dalam satu cubaan untuk memberikan Dumbledore minuman untuk mengurangkan kesan akibat posyen Voldemort dan juga ketika untuk memadamkan api yang telah membakar pondok Hagrid setelah dibakar oleh Death Eater.
Etimologi: Berkemungkinan pemanjangan perkataan daripada bahasa Portugis/Sepanyol iaitu agua ("air") dan mente ("minda") atau mentio iaitu perkataan Latin ("cakap,sebut atau dakwa").
Nota: Sumpahan ini pernah dilihat di dalam permainan video Harry Potter dalam Piala Api, digunakan untuk menghapuskan salamander dan memadamkan api kecil, di bawah nama Aqua Eructo.
 
Hermione menggunakan Sihir Alohomora untuk membuka pintu yang terkunci.

Alohomora sunting

Sebutan:Uh-LOW-huh-MORE-uh [ˌælohɒ'mɒɹa]
Gambaran: Digunakan untuk membuka pintu dan juga pintu yang berkunci.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Hermione Granger dalam Harry Potter dengan Batu Hikmat di pintu koridor tingkat tiga di Hogwarts (pintu tersebut digunakan untuk menyorokkan Fluffy (anjing gergasi berkepala tiga milik Hagrid) dan juga di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban iaitu untuk membuka tingkap kelas di mana Sirius telah ditahan.
Etimologi: Berkemungkinan singkatan ayat Latin iaitu "alo hoc mora" bermaksud "Saya mengalih halangan ini", ataupun daripada bahasa Hawaii iaitu aloha, bermaksud "hello/hai" atau, di dalam hal ini iaitu "selamat tinggal", yang digabungkan bersama perkataan Latin iaitu mora, bermaksud "halangan".
Nota: Sihir ini boleh digunakan untuk membuka pintu yang telah dikunci dengan Sihir Colloportus.

Anapneo sunting

Sebutan: ahn-AHP-nee-oh (IPA: /ə.'næp.ni.əʊ/
Gambaran: Membuang halangan di anak tekak, jika terhalang.
Dlihat/Disebut: Profesor Slughorn telah menggunakan sihir ini ke atas Marcus Belby yang telah tercekik dalam cubaan untuk menelan makanan terlalu laju ketika ingin menjawab soalan yang diajukan kepadanya di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Greek iatu anapneo (αναπνεω), "Saya bernafas".
Nota: Anapneo dan Episkey, kedua-duanya mula digunakan dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, dan hanya dua sihir yang jelas berasal daripada perkataan Greek.

Anti-Cheating Spell (Sihir Anti-Tipu) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Dikenakan ke atas pena bulu pelepah untuk menghalang pelajar daripada menipu semasa menjawab soalan peperiksaan.
Dilihat/Disebut: Semasa hampir masa peperiksaan di Hogwarts.(dilihat di dalam Harry Potter dengan Batu Hikmat dan Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix).

Anti-Dissaparition Jinx (Sumpahan Malang Bagi Sihir Ghaib/Muncul Tiba-tiba) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Digunakan untuk menghalang Apparate ataupun Sihir Ghaib/Muncul Tiba-Tiba di dalam suatu kawasan pada satu-satu masa. Berkemungkinan untuk menghalang musuh daripada memasuki kawasan larangan atau pertahanan. Ia juga di gunakan sebagai satu perangkap untuk "mengumpan" musuh untuk masuk.
Disebut/Dilihat: Digunakan oleh Albus Dumbledore di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix semasa serangan Death Eater ke atas Jabatan Misteri. Juga pernah digunakan dahulu iaitu ke atas kawasan Hogwarts berkemungkinan oleh pengetua pada masa tersebut.

Antonin Dolohov's Curse (Sumpahan Antonin Dolohov) sunting

Sebutan: Tidak diketahui
Gambaran: Sumpahan itu akan menyebabkan kecederaan dalaman yang serius walaupun tidak menunjukkan gejala luaran. Ia dilafazkan dengan gerakan tangan seperti mencantas dan menlancarkan api berwarna ungu berbentuk zigzag ke arah musuh.
Disebut/Dilihat: Digunakan oleh Antonin Dolohov sebanyak dua kali semasa pertarungan antara Death Eater dan ahli kumpulan Tentera Dumbledore di Kementerian Sihir iaitu di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix.
Nota: Selepas kesan sementara Sihir Penyeyap Hermione ke atas Dolohov luput, dia telah melafazkan shir ini dengan hanya menggunakan mulut tanpa mengeluarkan suara. Sihir ini telah terkena di dada Hermione dengan teruk tetapi tidak cukup kuat untuk membunuhnya. Ia mungkn disebabkan kesan sumpahan ini telah dilemahkan kerana ketidakbolehan Dolohov untuk menyebutnya dengan terang. Walau bagaimanapun, setelah Dolohov mendapat semula kebolehannya untuk bersuara, dia telah menggunakan sumpahan ini tanpa menyebutnya. Berkemungkinan ia merupakan salah satu Mantera Tanpa Sebutan.

Aparecium (Sihir Memperlihat) sunting

Sebutan: a-pa-REE-see-um (IPA: /æ.pə'ɹi.si.ʌm/)
Gambaran: Sihir ini menjadikan dakwat yang halimunan mahupun objek yang halimunan untuk diperlihatkan kepada individu yang menggunakannya.
Dilihat/Disebut: Pertama kali digunakan dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia , semasa cubaan Hermione Granger untuk memperlihatkan sebarang tulisan yang halimunan atau tersembunyi ke atas diari Tom Marvolo.
Etimologi: Perkataan Latin apparére bermaksud "untuk muncul". Namun, tidak dapat dipastikan dari mana imbuhan (-ecium) datang. Perkataan "paramecium" ialah perkataan Latin untuk Bahasa Latin Baru untuk satu genus protozoa; bahagian -mecium d sini mungkin diambil daripada perkataan Greek mekes (μεκης), "panjang". Tambahan pula, -ium dan -cium adalah bukan satu kebiasaan bagi imbuhan akhir Bahasa Latin. Ia berkemungkinan cubaan Rowling untuk sengaja menambah imbuhan akhir ala Latin yang tidak membawa sebarang maksud.
Notes: Lihat juga Specialis Revelio.


 
Dumbledore dan Harry "Muncul Tiba-Tiba" di Hogwarts.

Apparate (Sihir Mucul Tiba-Tiba) sunting

Sebutan: Tiada.
Gambaran: Sihir ini hanya dilafazkan setelah Ghaib (Disapparate) yang akan membenarkan si pelafaz untuk muncul di kawasan yang dituju secara tepat atau kasar sebelum mereka melafazkannya. Ketepatan bergantung kepada kebolehan, dan sihir ini terhad di kawasan yang tiada Sumpahan Malang Bagi Sihir Muncul Tiba-Tiba digunakan seperti di Hogwarts.
Dilihat/Disebut: Dilihat secara kerap terutamanya selepas buku Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix.

Atmospheric Charm (Sihir Cuaca) sunting

Sebutan: Meteolojinx Recanto.
Gambaran: Mengubah atau memberi kesan kepada cuaca.
Dilihat/Disebut: Hanya pernah disebut di dalam Harry Potter dengan Azimat Maut dan berkemungkinan sebab berlakunya hujan di dalam pejabat salah seorang ahli sihir jahat, Yaxley di Kementerian Sihir.
 
Voldemort menggunakan Sihir Avada Kedavra dalam cubaan untuk membunuh Harry Potter

Avada Kedavra (Sumpahan Pembunuh) sunting

Sebutan: a-VAH-da ke-DAH-vra (IPA: /ə.'væ.də kə.'dæ.vɹə/) or A-va-da keh-DAV-ra (IPA: /'æ.və.də kə.'dæ.vɹə/)
Gamabaran: Merupakan salah satu "Sumpahan Tidak Terampun". Ia menyebabkan kematian yang serta-merta tanpa meninggalkan sebarang kesan atau punca kematian. Ia tidak boleh dihalang dengan sebarang jenis sihir walaupun boleh dapat dihalang dengan perlindungan fizikal (yang juga akan rosak teruk semasa proses), dan si penyumpah masih diperlukan untuk menalakan tongkatnya ke arah sasaran. Sumpahan ini menghasilkan satu jaluran cahaya kehijauan; sebelum mengenai sasaran, satu bunyi yang deras (mirip bunyi yang terhasil dari objek yang bergerak laju) akan didengari. Namun, ia tidak dapat dipastikan sama ada sihir ini amat menyakitkan atau sebaliknya.
Dilihat/Disebut: Di banyak tempat; ia merupakan sumpahan yang digunakan oleh Voldemort untuk membunuh ibu bapa Harry. Juga dilihat semasa di dalam Harry Potter dalam Piala Api ketika Barty Crouch Jr. (menyamar sebagai Alastor "Mad-Eye" Moody) yang menggunakannya ke atas labah-labah sebagai satu "demonstrasi di dalam kelas"; digunakan oleh Severus Snape untuk membunuh Dumbledore di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Juga dilihat ketika Peter Pettigrew membunuh Cedric Diggory di dalam Harry Potter dalam Piala Api;digunakan oleh Voldemort ketika pertarungannya bersama Harry di kawasan tanah perkuburan semasa hampir penamat novel Harry Potter dalam Piala Api.
Etimologi: Merupakan perkataan bahasa Aramia di mana avada bermaksud "Saya musnahkan/bunuh" dan kedavra bermaksud "seperti yang saya katakan". Oleh itu Avada Kedavra: "Saya bunuh seperti yang saya katakan".(Perkataan Aramia "abara kedavra" bermaksud "Saya cipta seperti yang saya katakan".

Avis sunting

Sebutan: AH-vis /a'vɪs/
Gambaran: Mantera yang menghasilkan sekumpulan burung yang akan keluar dari tongkat si penyeru.
Dilihat/Disebut: Digunakan di dalam Harry Potter dalam Piala Api oleh Ollivander untuk menguji tongkat sihir milik Viktor Krum. Juga pernah digunakan oleh Hermione di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan
Etimologi:Maksud avis daripada perkataan Latin ialah "burung".
Nota: Mantera yang sama pernah dilihat di dalam permainan video filem Harry Potter dan Bilik Rahsia di bawah nama Avifors.

B sunting

Banishing Charm (Sihir Pelucut) sunting

Sebutan:Depulso.
Gambaran: Merupakan mantera berlawanan bagi Mantera Pemanggil. Ia akan menyebabkan objek yang ditala dengan tongkat sakti untuk dibuang jauh dari si penyihir, tetapi ia memerlukan sasaran yang tepat.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh para pelajar dalam matapelajaran Mantera di dalam Harry Potter dalam Piala Api. Berkemungkinan digunakan oleh Profesor Snape untuk membuang tongkat sakti Harry dari tangan Harry di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan.
Nota: Para pelajar semasa mata pelajaran Mantera telah menggunakannya seperti mereka sedang berinteraksi antara satu sama lain. Berkemungkinan ia merupakan salah satu Mantera Tanpa Sebutan.
Nota (2): Lihat Waddiwasi.
Nota (3): Sepatutnya merupakan Mantera Tanpa Sebutan. Semasa di dalam kelas Mantera mereka hanya menghayunkan tongkat mereka ke atas bantal untuk melambungkannya.

Bat-Bogey Hex (Sihir Pembawa Sial Momok/Sihir Kelawar Momok) sunting

Sebutan:.
Gambaran: Menyebabkan "bogies" (slanga British untuk hingus, juga dikenali sebagai "boogers" di Amerika Syarikat) menjadi kelawar dan menyerang mangsa.
Dilihat/Disebut: Terutamanya ketika Ginny Weasley, yang menggunakannya ke atas Draco Malfoy di dalan Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix dan juga ke atas Zacharias Smith di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Ginny dianggap sebagai seorang yang amat dihormati dengan sihir ini.
Nota: Ia juga mungkin sihir yang pernah dikatakan oleh Ron tentang "Sumpahan Bogies" seperti yang telah disebut di dalam Harry Potter dengan Batu Hikmat sebagai satu hukuman yang setimpal ke atas Hermione Granger atau Neville Longbottom yang menyebabkan dirinya dan Harry mendapat kesusahan. Walau bagaimanapun, "bogy" juga bermaksud raksasa atau hantu.
 
Fleur menggunakan Sihir Gelembung Kepala semasa Tugasan Kedua

Bedazzling Hex (Sihir Terpegun) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Hampir sama dengan Sihir Keilusian, dan digunakan untuk menyembunyikan sesorang atau sesuatu.
Dilihat/Disebut: Hanya pernah disebut di dalam Harry Potter dengan Azimat Maut oleh Xenophilius Lovegood dan tidak pernah ditunjukkan caranya di dalam novel tersebut.
Nota: Digunakan untuk membuat Jubah Halimunan.

Bubble-Head Charm (Sihir Gelembung Kepala) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menghasilkan gelembung udara yang besar untuk diletakkan kepada si pengguna. Ia amat berguna sebagai alat bantuan pernafasan seperti semasa di bawah air atau mengelakkan daripada terbau bau yang kurang menyenangkan.
Dilihat/Disebut: Cedric Diggory dan Fleur Delacour telah menggunakannya di bawah air semasa Tugasan Kedua di dalam Pertandingan Ahli Sihir Trio di dalam Harry Potter dalam Piala Api. Ia juga digunakan oleh kebanyakan pelajar Hogwarts ketika melalui kaki lima sekolah mereka di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, disebabkan bau yang amat busuk yang dihasilkan untuk Dolores Umbridge.

C sunting

Caterwauling Charm (Mantera Mengiau) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Barang sesiapa yang memasuki perimeter atau kawasan yang telah dikenakan dengan sihir ini, sihir ini akan mengeluarkan bunyi jeritan mencicit yang kuat.
Dilihat/Disebut: Disebut di dalam Harry Potter dengan Azimat Maut, dan telah dihasilkan oleh para Death Eater ke atas kawasan Hogsmeade untuk melindunginya daripada penceroboh.
Nota: Caterwauling berasal kata kerja daripada bahasa Inggeris yang bermaksud menjerit atau mengiau seperti kucing.

Cave Inimicum sunting

Sebutan: KAH-vay ih-nih-MEE-sum (IPA: /ˈkæ.ve ɪ.ˈnɪ.mɪ.kʌm/)
Gambaran: Sihir ini igunakan untuk memperkuat pertahanan kawasan persembunyian daripada musuh.
Dilihat/Disebut: Hanya pernah dilihat di dalam Harry Potter dengan Azimat Maut oleh Hermione dan Harry Potter untuk memperkuat pertahanan kawasan khemah mereka.
Etimologi: Berasal dari perkataan Latin caveo yang bermaksud "Saya memberi amaran, Saya berjaga-jaga" dan perkataan inimicus yang bermaksud "sesuatu yang berbahaya".

Cheering Charm (Sihir Gembira) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menyebabkan seseorang yang dikenakan dengan sihir ini menjadi amat gembira dan berpuas hati, sungguhpun jika tidak berjaga-jaga boleh menyebabkan seseorang itu akan hilang kawalan untuk terus gelak tanpa henti.
Dilihat/Disebut: Di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban.
Nota: Telah dicipta oleh Felix Summerbee.

Colloportus (Sihir Pengunci) sunting

Sebutan: coll-oh-PORT-us /ka, lopoɹ'təs/
Gambaran: Mengunci pintu dan menghalangnya daripada boleh dibuka semula.
Disebut/Dilihat: Di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix oleh Hermione semasa di dalam Kementerian Sihir/Jabatan Misteri untuk menghalang beberapa orang Death Eater.
Etimologi:Berkemungkinan satu gabungan kata lakur Latin iaitu colligere ("satukan" atau "kumpul") dan porta ("pagar"). Kata dasar Bahasa Greek kolla juga bermaksud "perekat", dan menjadi collo- di dalam kebanyakan perkataan Bahasa Inggeris . Colle juga bermaksud "perekat" di dalam Bahasa Perancis. Secara ketara, sihir ini akan menyebabkan pintu untuk tertutup dengan sendiri dengan "bunyi lecak-lecuk yang pelik".
Nota: Para Death Eater membuka pintu tersebut dengan Alohomora.

Colour-Change Charm (Sihir Pengubah Warna) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Mengubah warna sesuatu objek.
Nota: Digunakan di dalam ujian P.S.B di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix.

Concealment Charm (Sihir Penyembunyi) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Digunakan untuk menyembunyikan sesuatu.

Confringo (Sihir Meletup) sunting

Sebutan: con-FRIN-goh (hard "g") or con-FRIN-joh (IPA: /kʌn.ˈfɹɪŋ.gəʊ/ or /kʌn.ˈfɹɪn.dʒəʊ/)
Gambaran: Menyebabkan sebarang objek yang terkena dengan sihir ini meletup.
Dilihat/Disebut: Di dalam Harry Potter dengan Azimat Maut. Di dalam bab-bab permulaan, ia telah digunakan oleh Harry untuk meletupkan kenderaan kecil yang terdapat di sebelah motosikal terbang. Kemudian, ia telah digunakan oleh Hermione dalam cubaan beliau untuk membunuh Nagini dan juga untuk melarikan diri dari rumah Bathilda Bagshot di Godric's Hollow.
Etimologi: Berasal dari perkataan Latin yang sama confringo yang bermaksud "dipecahkan hingga hancur".

Confundo (Sihir Konfundus/Pengeliru) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Sihir ini berkebolehan untuk mengelirukan orang lain.
Dilihat/Disebut: Pertama kali disebut di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, ketika Profesor Snape mengatakan bahawa Harry dan Hermione telah dikenakan sihir ini kerana telah percaya bahawa Sirius Black tidak bersalah. Di dalam Harry Potter dalam Piala Api, sihir ini dikatakan telah menyebabkan Piala Api telah memilih peserta yang keempat di dalam Pertandingan Ahli Sihir Trio. Namun ia perama kali diaplikasikan ialah oleh Hermione Granger yang menggunakkannya ke atas Cormac McLaggen ketika latihan Quidditch di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Sihir ini menyebabkan McLaggen untuk menghentikan jaringan kelima dan juga yang terakhir menyebabkan Ron Weasley, yang telah berjaya menghalang kelima-lima jaringan gol,untuk mendapat tempat dalam posisi Keeper di dalam kumpulan Quidditch Gryffindor.
Etimologi: Perkataan ini berasal daripada perkataan Latin iaitu confundo yang bermaksud "untuk mengelirukan".

Conjunctivitus Curse (Sihir Konjuntivitis) sunting

Sebuatan: Tidak diketahui.
Gambaran: Sihir yang menganggu penglihatan mangsa.
Dilihat/Disebut: Dicadangkan oleh Sirius Black di dalam suratnya kepada Harry dan juga telah digunakan oleh Viktor Krum dalam Tugasan Pertama di dalam Pertandingan Ahli Sihir Trio di dalam Harry Potter dalam Piala Api. Juga telah digunakan oleh Madame Maxime di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix ke atas gergasi.
Nota: Berkemungkinan diambil daripada perkataan Konjuntivitis iaitu nama sejenis penyakit, yang disebabkan oleh pembengkakan yang berkudis.
 
Harry yang sedang dikenakan Sihir Cruciatus oleh Voldemort.

Crucio (Sumpahan Cruciatus) sunting

Sebutan: ['kɹusio] (atau 'c' di tengah-tengahnya disebut seperti di dalam Latin klasik ['kɹukio])
Gambaran: Menyebabkan kesakitan yang amat sangat kepada si penerima sihir ini dan ia merupakan salah satu Sihir Yang Tidak Terampun.
Dilihat/Disebut: Pertama kali dilihat di dalam Harry Potter dalam Piala Api ketika Barty Crouch Jr., yang menyamar sebagai bekas Auror, Alastor "Mad-Eye" Moody, ke atas makhluk seperti labah-labah sebagai satu "demonstrasi kelas" di dalam subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Kemudian didapati watak-watak seperti Barty Crouch Jr, Bellatrix Lestrange, Rodolphus Lestrange, dan Rabastan Lestrange wtelah dihantar ke Penjara Azkaaban kerana telah menggunakan sihir ini untuk menyeksa Frank dan Alice Longbottom, ibu bapa kepada Neville Longbottom, hingga menjadi gila.
Etimologi: Perkataan Latin crucio, bermaksud "Saya seksa".

Cushioning Charm (Sihir Pelapik) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Membentuk satu kawasan berlapik yang halimunan dan digunakan terutamanya di dalam industri pembuatan penyapu terbang.

D sunting

Daydream Charm (Sihir Berkhayal yang Dipatenkan) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Memberikan si penyihir kesan realistik seperti tidur. Dicipta dan direka oleh Fred dan George Weasley. Kesan sampingan ialah sedikit limpahan air liur. Pertama kali dilihat di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix semasa Harry berada di kedai barang-barangan sihir Weasley.

Defodio (Sihir Menggali) sunting

Sebutan: deh-FOH-dee-oh (IPA: dɛ.ˈfəʊ.di.əʊ/)
Gambaran: Sihir ini digunakan untuk menghasilkan lubang yang besar setelah mengenai sihir ini.
Dilihat/Disebut: Telah digunakan oleh tiga watak utama dalam Harry Potter dengan Azimat Maut untuk menggali lubang hingga ke terowong Gringotts.
Etimologi Berasal daripada perkataan bahasa Latin de yang bermaksud "pergi dari" dan fodio "untuk menggali".

Deletrius sunting

Sebutan: de-LEET-ree-us (IPA: /də.'li.tɹi.əs/)
Gambaran: Sihir memadam. Ia memadam imej dan kesan selepas shir.
Dilihat/Disebut: Pertama kali dilihat di dalam Harry Potter dalam Piala Api ketika pegawai kecil Kementerian Sihir, Amos Diggory menghilangkan kesan gema Tanda Kuasa Jahat daripada tongkat sakti Harry.
Etimologi: Perkataan Latin delére bermaksud "untuk menghapuskan".

Densaugeo sunting

Sebutan: denz-OW-gay-oh /dɛnzau'geo/ or den-SAW-jee-oh
Gambaran: Sihir ini menyebabkan gigi mangsa untuk tumbuh dengan cepat.
Dilihat/Disebut: Diperkenalakan di dalam Harry Potter dalam Piala Api ketika sihir Draco Malfoy's melantun ke arah Hermione ketika berada di luar kelas posyen.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Latin dens, "gigi", dan augeo, "Saya tingkatkan" atau "Saya besarkan".

Deprimo sunting

Sebutan: DEH-prih-moh.
Gambaran: Sihir ini akan menyebabkan sesuatu objek itu untuk menerima tekanan menurun yang amat kuat hingga boleh menyebabkan keretakan yang teruk.
Dilihat/Disebut: Diperkenalkan di dalam Harry Potter dengan Azimat Maut ketika Hermione meletupkan lantai ruang tamu untuk membentuk satu lubang yang amat besar.
Etimologi: Berasal dari perkataan Latin deprimo yang bermaksud "untuk menggali dalam".

Descendo sunting

Sebutan: deh-SEN-doh (IPA: /dɛ.ˈsɛn.dəʊ/)
Gambaran: Sihir ini akan menyebabkan sebarang objek untuk turun ke bawah.
Dilihat/Disebut: Pernah dilihat dua kali di dalam Harry Potter dengan Azimat Maut. Ia telah dihasilkan oleh Ron untuk menyebabkan tangga di dalam biliknya mengelongsor turun dan kemudian digunakan oleh Crabbe di Bilik Barang-Barang Tersembunyi untuk menurunkan dinding di mana Ron sedang bersembunyi.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Latin descendo yang bermaksud "untuk turun,untuk membawa turun".

Diffindo (Sihir Pengoyak) sunting

Sebutan: dif-FIN-doh (IPA: /dɪ.'fɪn.dəʊ/)
Gambaran: Mengoyakkan objek yang dituju, atau kawasan spesifiknya mengikut kehendak si penyihir.
Dilihat/Disebut: Di dalam Harry Potter dalam Piala Api ketika Harry ingin bercakap dengan Cedric Diggory dengan segera. Dia telah menggunakan sihir ini untuk mengoyakkan beg Cedric, menyebabkan Cedric untuk lambat ke kelas. Harry juga menggunakannya semasa ingin menyelamatkan Ron dariada Otak-Otak yang menyerangnya semasa di dalam Kementerian Sihir di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix Semasa di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan Harry telah menggunakannya untuk memisahkan kulit buku posyen Putera Berdarah Kacukan dengan kulit buku baru yang sama untuk memastikan isi buku tersebut masih berada dengannya. Ron juga telah menggunakan sihr ini untuk membuangkan renda baju jubahnya di dalam Harry Potter dalam Piala Api.
Etmologi: Perkataan Latin diffindere atay diffindo, "untuk membahagi" atau or "untuk memisahkan".

Disillusionment Charm (Sihir Pengenyah Ilusi/Keilusian) sunting

Sebutan: Tdak diketahui.
Gambaran: Menyebabkan objek yang dituju berupaya untuk berubah warna dan mengikut warna latar belakang, yang amat efektif dalam usaha menyorokkannya tanpa menyebabkan ia untuk menjadi halimunan.
Dilihat/Disebut: Alastor Moody telah menggunakan sihir ini ke atas Harry Potter di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix. Disebut juga di dalam risalah Kementerian Sihir Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan untuk membekalkan masyarakat sihir sebagai langkah-langkah berjaga-jaga ke atas serangan daripada pihak Voldemort.
Nota: Apabila di-nyah ilusi,seseorang itu akan berasa seperti suatu objek yang sejuk dan lembab untuk turun melalui belakang mereka, dan apabila sihir ini ditarik semula, dia akan berasa sesuatu yang panas pula yang turun melalui belakang mereka.

Dissendium sunting

Sebutan: dis-SEND-ee-um (IPA: /dɪ.'sɛn.di.əm/)
Gambaran: Menyebabkan patung ahli sihir yang bongkok untuk menyorokkan laluan rahsia ke Honeydukes.
Dilihat/Disebut: Pertama kali dilhat di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban.
Etimologi: Perkataan Bahasa Inggeris "dissident" bermaksud untuyk menyalahi undang-undang. Nama in juga mungkin bermaksud "descent", atau turun ke bawah. Mungkin juga berasal dari perkataan Latin discedo yang bermaksud "untuk bergerak".
Nota: Ini mungkin bukan sejenis sihir tetapi lebih kepada satu kata kunci seperti "Mimbulus Mimbletonia" (pernah digunakan sebagai kata kunci untuk memasuki Potret Perempuan Gemuk atau "Asid Pop" (salah satu kata kunci untuk memasuki pejabat Dumbledore melalui sebuah patung Gargoil di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan). Namun, ia juga telah disebut bahawa Harry telah mengetuk patung perempuan sambil menyebut perkataan tersebut dalam usaha untuk membukakannya.

Drought Charm (Sihir Kemarau) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Mengeringkan air dalam jumlah yang terhad.

Dumbledore's Charm (Sihir Dumbledore) sunting

Sebutan: Tidak diketahu.
Gambaran: Suatu sihir yang amat kuat sehingga ia menyebabkan rambut Harry untuk bergerbangan semasa ia berlalu yang menyebabkan Voldemort terpakasa menggunakan pelindung.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Dumbledore semasa pertarungannya bersama Voldemort di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix.
Nota:Menyebabkan Voldemort terpakasa mengeluarkan sejenis pelindung untuk melindungi dirinya. Namun, dikatakan bahawa sihir tersebut bukan bermaksud untuyk membunuh Voldemort. Apabila ditanyakan mengenainya terhadap J.K Rowling, dia enggan untuk menjawab persoalan tersebut.

Duro sunting

Sebutan: DOO-roh (IPA: /ˈdu.ɹəʊ/)
Gambaran: Menyebabkan sesuatu objek yang mengenai sihir ini menjadi batu.
Dilihat/Disebut: Dilihat di dalam Harry Potter dengan Azimat Maut, oleh Hermione Granger semasa cubaan beliau untuk melarikan diri daripada para Death Eater di Hogwarts.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Latin duro yang bermaksud "untuk mengeraskan".

E sunting

Enervate sunting

Sebutan: EN-er-VAH-tay
Gambaran: Shir untuk membangunkan semula seperti seseorang yang telah pengsan akibat tidak sedarkan diri.
Dilihat/Disebut: Di dalam Harry Potter dalam Piala Api, Amos Diggory telah menggunakanya untuk mengejutkan elf rumah, Winky, dan juga semasa Profesor Dumbledore menggunakannya untuk mengejutkan Viktor Krum. Dumbledore juga menggunakanya untuk mengejutkan Barty Crouch Jr. untuk menyiapkannya untuk soal jawab. Di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, Harry telah menggunakannya untuk mengejutkan Profesor Dumbledore, dan Tonks telah menggunakanya untuk mengejutkan Harry semasa di dalam Ekspres Hogwarts.
Etimologi: Berkemungkinan berasal daripada perkataan imbuhan Inggeris en- (seperti penggunaannya di dalam perkataan "in") dan sama ada perkataan Inggeris nerve atau Latin,nervus, yang kedua-duanya maksud "daya" atau "kuasa". Tidak ada perkataan Inggeris ataupun Latin yang mempunyai ejaan dan maksud yang sama, sungguhpun ia amat mirip kepada perkataan enervate, yang bermaksud lemah atau dilemahkan. Ia mungkin juga dirujuk kepada perkataan Inggeris, energise atupun bermaksud "bertenaga". Berkemungkinan juga gabungan perkataan energise dan rejuvenate yang bermaksud "mempermuda". Ia juga mungkun ada kaitan dengan perkataan Bahasa Perancis iaitu enerver yang bermaksud mengejutkan seseorang daripada kelesuan kepada satu tahap teruja dan hiperaktif.
Nota: Ia juga boleh digunakan sebagai sihir balas untuk Stupefy ataupun kadang-kadang dirujuk sebagai "Rennervate".
 
Penyamar Alastor Mood, Barty Crouch Jr. sedang menggunakan sihir Engorgio ke atas seekor labah-labah.

Engorgio sunting

Sebutan: en-GOR-jee-oh (IPA: /ɪn.'gɔɹ.dʒi.əʊ/)
Gamabaran: Menyebabkan sesuatu itu untuk membesar.
Dilihat/Disebut: Dilihat di dalam Harry Potter dalam Piala Api ketika penyamar Profesor Moody menggunakannya ke atas labah-labah untuk menggunakannya di dalam kelas semasa demonstrasi kesan Sihir Cruciatus. Hagrid juga mungkn pernah menggunakannya ke atas sebiji labu, dan telah dispekulasikan oleh Ron sama ada ia telah menyebabkan saiz Hagrid yang tidak normal sebelum didedahkan bahawa Hagrid berdarah separuh gergasi.
Etimologi: Perkataan Inggeris engorged bermaksud "kembang" atau "bengkak".

Episkey sunting

Sebutan: eh-PIS-key /ɛpɪ'ski/
Gambaran: Digunakan untuk menyembuhkan kecederaan relatif yang kecil.
Dilihat/Disebut: Digunakan di dalam Harry Potter dalam Piala Api selepas Tugasan Pertama di dalam Kejuaraan Ahli Sihir Trio. Di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, Nymphadora Tonks menggunakan sihir ini untuk membaki hidung Harry yang patah; juga digunakn Harry untuk membaiki mulut Demelza Robins.
Etimologi: Perkataan ni berasal daripada perkataan Greek iaitu "episkeui" ("επισκευή"), bermaksud "membaiki".
Nota: J. K. Rowling telah menulis di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan yang pengetahuan Harry memberitahunya bahawa sihir ini berkemungkinan berasal dari kumpulan Sihir Memulih.

Erecto sunting

Sebutan: ee-RECK-toh or eh-RECK-toh (IPA: /ɪ.ˈɹɛk.təʊ/ or /ə.ˈɹɛk.təʊ/)
Gambaran: Digunakan untuk menegakkan khemah atau struktur tertentu.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Hermione dan Harry Potter untuk membina tempat perlindungan untuk mereka dan juga Ronald Weasley dalam Harry Potter dengan Azimat Maut.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Latin erectus yang bermaksud "menegakkan, menaikkan".

Evanesco (Sihir Penghilang) sunting

Sebutan: eh-ven-ES-ko (IPA: /ɛ.vn̩.'ɛs.kəʊ/) or ee-vah-NESS-koh (IPA: /i.və.'nɛs.kəʊ/)
Gambaran: Membuatkan sesuatu itu hilang.
Dilihat/Disebut: Telah digunakan di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix ketika Profesor Snape menghilangkan posyen Harry dari kawahnya. Juga ketika Fred dan George Weasley yang memperkenalkan pastil muntah mereka dan Lee Jordan telah membersihkan bekas muntah dia dengan sihir ini.Bill juga menggunakan sihir untuk membersihkan meja makan Harry ketika malam pertamanya di Grimmauld Place.
Nota: Di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Bill Weasley telah menggunakan sihir ini untuk menyebabkan beberapa skrol milik Kumpulan Phoenix untuk hilang.Disebabkan itu,berkemungkinan juga objek yang telah disihir dengan sihir ini boleh dikembalikan semula, berkemungkinan sihir itu ialah Inanimatus Conjurus.
Etimologi: Berasal daripada perkataan "evanescence," bermaksud sesuatu yang menghilang dan perkataan Latinnya pula ialah evanesco, "disappear".
 
Sihir Patronus Harry yang berbentuk Prong (Rusa Jantan)

Expecto Patronum (Sihir Patronus) sunting

Sebutan: ek-SPEC-to pah-TRONE-um (IPA: /ɛks.'pɛk.təʊ pə.'trəʊ.nʌm/)
Gambaran: Sihir ini merupakan satu sihir pelindung ynag digunakn untuk mengeluarkan emosi yang paling positif dari dalam diri seseorang ahli sihir untuk digunakan sebagai satu pelindung.Ia juga boleh digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej.
Dilihat/Disebut: Pertama kali di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, ketika Remus Lupin telah membuatkan Dementor yang berada di dalam Keretapi Ekspress Hogwarts untuk hilang, sungguhpun tanpa sebutan. Dilihat buat kali kedua ketika beliau mengajar Harry bagaimana menggunakan sihir ini sebagai pelindung daripada Dementor.Juga pernah dilihat pada bahagian permulaan novel Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix ketika Harry menggunakannya ketika dia telah diserang oleh satu Dementor ketika dia bersama-sama dengan Dudley Dursley dan juga ketika Nymphadora Tonks menggunakan sihir ini buat sementara semasa menghantar Harry kembali ke Hogwarts, berkemungkinan untuk memaklumkan kepada Kumpulan Phoenix bahawa Harry telah tiba dengan selamat. Harry juga pernah menggunakannya untuk mengajar ahli-ahli Tentera Dumbledore.
Etimologi: Perkataan Latin patronus bermaksud "pelindung" atau "penjaga" ataupaun di dalam archaic Latin, "ayah". Kata jamak bagi patronus ialah patroni, tetapi kata jamak yang terdapat di dalam buku ialah Patronuses. Sihir ini digunakan dengan menyebutkan perkataan Expecto Patronum. Perkataan Latin exspecto, atau expecto, bermakasud "Saya memerhati", "Saya menunggu", "Saya berharap", atau (amat jarang digunakan) "Saya memerlukan". Bagi frasa Latin ex pecto, ia disebut dengan cara yang hampir sama yang bermaksud "keluar dari hati saya". Terjemahan ini bermaksud "Saya menyeru satu pelindung". Terdapat juga kata kerja latin expecto bermaksud "Saya seru ia keluar dari dada saya" kerana kebiasaanya seseorang itu akan menyerunya untuk keluar apabila diperlukan. Dalam versi Bahasa Perancis, sihir ini disebut sebagai "Spero Patronum". Spero kedengaran seperti satu kata yang telah ditakrif dari kata kerja "espérer" (untuk berharap, untuk menunggu) daripada "expecto" yang juga kedengaran seperti telah ditakrif dari sebagai "untuk berharap". Hal ini bermakna, sihir ini berdasarkan harapan dan kepercayaan.Hal ini dapat menerangkan alasan Harry yang tidak dapat melakukan sihir ini denagn sempurna ketika latihan ataupun ketika pertarungannya untuk menyelamatkan Sirius.
Nota: Di dalam permaianan video Harry Potter dengan Banduan Azkaban , hanya sihir ini yang boleh digunakan untuk menentang Dementor, dan merupakan salah satu sihir Harry yang unik.
Nota(2): Semua sihir ini selalunya dalam bentuk haiwan, selalunya yang berkaiatan dengan si penyihir. Contohnya, Patronus Harry berbentuk rusa jantan di mana ayahnya, James Potter merupakan seorang Animagus yang boleh bertukar menjadi seekor rusa jantan. Bentuk patronus juga boleh dipengaruhi sekiranya si penyihir berada dalam tekanan.
 
Profesor Severus Snape sedang menggunakan Sihir Expelliarmus ke atas Profesor Gilderoy Lockhart.

Expelliarmus (Sihir Pelucut Senjata) sunting

Sebutan: ex-PEL-lee-AR-mus (IPA: /ɛks.'pɛ.li.ˌaɹ.mɪs/) (British /ɛkspɛ'liarmʊs/)
Gambaran: Sihir ini digunakan untuk melucutkan tongkat sakti pihak lawan, menyebabkan tongkatnya melayang jauh dari jangkauannya dan jika sihir yang dikenakan kuat, maka pihak lawan boleh tercampak ke belakang beberapa kaki. Seperti di dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia, penggunaan sihir ini secara serentak oleh beberapa orang ke atas seorang individu akan menyebabkan dia untuk tercampak lebih jauh.
Dilihat/Disebut: Pertama kali dilihat di dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia, ketika Profesor Snape melucutkan tongkat sakti milik Profesor Lockhart semasa dalam Perang Tanding. Juga digunakan oleh Harry untuk mendapatkan semula diari Riddle dari Malfoy. Di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, Harry, Ron, dan Hermione telah menggunakan sihir ini secara serentak ke atas Severus Snape untuk melumpuhkannya buat sementara waktu. Di dalam filem Harry Potter dalam Piala Api, berkemungkinan Cedric Diggory pernah menggunakannya ke atas Viktor Krum yang telah dikenakan dengan Sihir Imperius semasa Tugasan Ketiga dan juga oleh Harry Potter semasa pertarungannya dengan Voldemort hingga berlakunya kesan Priori Incantatem. Juga pernah digunakan di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, ketika Draco Malfoy melucutkan tongkat sakti milik Profesor Dumbledore.
Etimologi: Berkemungkinan satu perkataan gabungan Latin iaitu expello, "untuk melucut/membuang," dan arma, "senjata" atau "alat", dan apabila digabungkan menjadi, "melucutkan senjata". Expellamus bermaksud "mari kita lucutkan".
Nota: Ketika pertarungan di dalam permainan video Harry Potter dengan Banduan Azkaban, Expelliarmus boleh digunakan sebagai pelindung sama seperti dengan Sihir Protego.Di dalam permainan video Harry Potter dan Bilik Rahsia , ia boleh digunakan untuk melantunkan semula serangan pihak lawan.

Expellimellius (Fire Spell) sunting

Sebutan: ex-PEL-li-MEL-li-us
Gambaran: Digunakan untuk memulakan satu nyalaan api.
Dilihat/Disebut: Pertama kali di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, ketika Cho Chang sedang berlatih Sihir Expelliarmus. Disebabkan sebutan yang salah, dia menyebabkan lengan baju kawannya,Mariett terbakar.
Nota: Sihir ini mungkin sihir yang telah dihasilkan secara tidak sengaja dan mungkin tidak praktikal bagi dunia sihir.

Expulso sunting

Sebutan: ecks-PUL-soh (IPA: /ɛks.ˈpʊl.səʊ/)
Gambaran: Sihir ini akan menyebakan sesuatu itu untuk meletup dengan amat kuat jika ada objek yang mengenainya dan sihir ini hampir sama dengan Sihir Confringo.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Death Eater dalam cubaan untuk menangkap Harry Potter dalam Harry Potter dengan Azimat Maut, dan mungkin merupakan sihir yang menyebabkan satu dinding yang jatuh ke atas Fred Weasley lalu menyebabkan kematiannya.

Entracing Enchantments (Mantera Mempersona) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menyebabkan mangsa untuk jatuh cinta kepada si penyihir.
Dilihat/Disebut: Telah disebut oleh Gilderoy Lockhart di Dewan Besar semasa Hari Kekasih di dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia dengan mengatakan bahawa "Profesor Flitwick lebih arif mengenai Mantera Mempersona berbanding semua ahli sihir yang saya pernah jumpa."

F sunting

False Memory Charm (Sihir Memori Palsu) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menambah ingatan palsu ke atas ingatan mangsa.
Dilihat/Disebut: Lord Voldemort telah menggunakan sihir ini ke atas Morfin Gaunt dan Hokey, elf rumah milik Hepzibah Smith di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan menyebabkan mereka mengaku ke atas pembunuhan yang telah dilakukan oleh Voldemort.

Featherweight Charm (Sihir Ringan) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menyebabkan sesuatu menjadi ringan.
Dilihat/Disebut: Harry menggunakannya di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban untuk meringankan seluarnya supaya dia boleh membawa penyapu terbangnya ke Gringotts di Diagon Alley. Walau bagaiamanapun, sebelum menggunakan sihir ini dia secara tidak sengaja telah menyeru Bas Knight.

Ferula sunting

Sebutan: fee-ROO-lah /fɛ'rulə/
Gambaran: Membentuk satu balutan luka.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Remus Lupin di dalan Harry Potter dengan Banduan Azkaban untuk membalut kaki Ron yang patah.
Etimologi: Maksud ferula daripada Bahasa Latin ialah, "kayu tompah".

Fidelius Charm (Mantera Fidelius) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Sihir yang kompleks ini membolehkan maklumat rahsia untuk disorok di sebalik jiwa penerima yang dikenali sebagai Penyimpan Rahsia. Informasi ini tidak boleh dikeluarkan semula hinggalah atau Penyimpan Rahsia itu sendiri membuat pilihan untuk menceritakannya; dan bagi mereka yang telah diceritakan dengan rahsia tersebut, dia tidak mampu untuk membongkarkannya ataupun menceritakannya kepada orang lain.
Dilihat/Disebut: Setakat ini, sihir ini pernah digunakan beberapa kali di dalam siri Novel Harry Potter:
Etimologi: Maksud perkataan Latin fidelis, ialah "amanah" atau "setia".
Nota: J. K. Rowling telah menyatakan bahawa apabila seseorang Penyimpan Rahsia itu mati, rahsia mereka akan terus terkubur bersama dan orang yang mengetahui tentang rahsia tersebut juga kekal untuk tidak berkemampuan untuk menceritakan rahsia itu kepada orang lain. Namun di dalam Harry Potter dengan Azimat Maut jika si Penyimpan Rahsia mati, segala rahsia yang telah diceritakan kepada orang lain masih mampu tersebar jika orang tersebut menceritan perihal rahsia tersebut kepada orang lain.
Nota (2): Sihir ini berkemungkinan tidak berhasil ke atas haiwan kerana burung hantu milik Harry, Hedwig masih mampu untuk menjumpai lokasi Kumpulan Phoenix, seperti yang telah diceritakan di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix (ataupun ia telah diberitahu oleh Dumbledore dengan cara tertentu).

Fiendfyre sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Fiendfyre kelihatan seperti sejenis sihir api yang tidak dapat dihalang, api ini mengambil bentuk makhluk-makhluk ajaib semasa membakar sesuatu. Ia juga boleh digunakan membakar Horcrux.
Dilihat/Disebut: Digunakan dalam Harry Potter dengan Azimat Maut ketika Crabbe, Goyle, dan Draco Malfoy mengepung Harry Potter dalam Bilik Tersembunyi yang merupakan salah satu bahagian Bilik Keperluan. Crabbe menghasilkan sihir ini yang membakar Harry, Ron, dan Hermione dan setiap objek di dalam bilik tersebut termasuk Crabbe sendiri dan Horcrux yang terdapat di dalam mahkota.
Nota: Hermione tahu bahawa Fiendfyre boleh memusnahkan Horcrux tapi beliau tidak pernah menggunaknnya kerana ia terlalu bahaya dan boleh menyebabkan kejadian yang sama seperti Crabbe.
Etimologi: Berasal dari perkataan Inggeris fiend yang bermaksud "musuh" dan fyre yang bermaksud "api".


 
Hermione menyelamatkan Harry dengan menggunakan Sihir Finite Incantatem.

Finite Incantatem sunting

Sebutan: fi-NEE-tay in-can-TAH-tem (IPA: /fɪ.'ni.teɪ ɪn.kn̩.'tæ.dm̩/)
Gambaran: Menepis sihir dan juga kesannya.
Dilihat/Disebut: Profesor Snape menggunakannya di dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia untuk menstabilkan semula situasi semasa semasa Perang Tanding antara Harry dan Draco. Remus Lupin menggunakan sihir ini tetapi disingkatkan menjadi "Finite" di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix Lupin telah menggunakannya untuk menghentikan kaki Neville yang terketar-ketar.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Latin iaitu finire, "untuk menghentikan". Incantatem bermaksud "seruan"; kata kerja Latin incantatum bermaksud "seseorang atau sesuatu dihilangkan kesan sihirnya".
Nota: Sihir ini adalah amat tidak berguna untuk menepis serangan Sumpahan Avada Kedavra. Di dalam filem Harry Potter dan Bilik Rahsia, Hermione telah menggunakannnya untuk meletupkan Bludger yang digunakan oleh Dobby daripada menyerang Harry.
Tambahan: Hanya terdapat dalam filem, dan tiada sebarang rujukan dari novel yang sebenar.

Flagrante Curse (Sumpahan Flagrate) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menyebabkan objek yang telah disihir dengan sihir ini akan menyebabkan kesan melecur kepada sesiapa yang menyentuhnya.
Dilihat/Disebut: Dilihat dalam bilik keselamatan milik Lestranges dalam Harry Potter dengan Azimat Maut, sebagai pencegah kecurian.
Etimologi: Berasal dari perkataan Latin flagrantia yang bermaksud "membakar,membara".
 
Tom Riddle mengukir namanya di udara dengan Sihir Flagrate.

Flagrate sunting

Sebutan: flag-RAH-tay /flagra'te/
Gambaran: Dengan sihir ini, tongkat sakti milik seseorang ahli sihir itu boleh meninggalkan kesan terbakar kepada sesutau objek.
Dilihat/Disebut: Hermione pernah menggunakannya di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix. Beliau menggunakan sihir ini untuk mengenal pasti pintu di Kementerian Sihir yang telah dibuka oleh ahli kumpulan Tentera Dumbledore, dengan menandakan "X" pada setiap pintu yang telah dibuka. Dipercayai juga semasa Tom Marvolo Riddle keluar dari diarinya telah menggunakan Mantera Tanpa Sebutan untuk sihir ini semasa melakar namanya iaitu "Tom Marvolo Riddle" di atas udara untuk membuktikan bahawa dialah sebenarnya Voldemort di dalam "Harry Potter dan Bilik Rahsia" .
Etimologi: Sebutan ini berasal daripada perkataan Latin iaitu flagrate, yang bermaksud "satu kesan bakar". Mungkin juga dari perkataan flagro yang bermaksud "bersinar".

Flame-Freezing Charm (Sihir Penyejuk Api) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menyebabkan sesuatu api untuk menjadi tidak berbahaya kepada mereka yang disambarnya, dan sekadar merasa sedikit sentuhan yang lembut dan rasa yang gatal-gatal daripada rasa seperti terbakar.
Dilihat/Disebut: Di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban ia telah digunakan para ahli sihir semasa zaman pertengahan. Tambahan pula, terdapat seorang ahli sihir bernama Wendelin Si Pelik yang amat menyukai rasa gatal-gatal tersebut hingga beliau membenarkan tubuhnya untuk ditangkap dan dibakar sebanyak 47 kali.
Nota: Ia mungkin telah digunakan oleh Albus Dumbledore di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan untuk menyebabkan kesan seperti dibakar kepada almari baju milik Tom Riddle sedangkan ia tidak menyebabkan sebarang kerosakan fizikal. Ia juga mungkin digunakan di dalam Rangkaian Floo kerana mereka menggunakan pendiangan untuk berkomunikasi antara satu sama lain tanpa tercedera kerana api.

Flying Charm (Sihir Terbang) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Berkemungkinan sihir ini digunakan ke atas penyapu terbang supaya ia berkebolehan untuk terbang.
Nota: Draco Malfoy bertanya kepada Ron Weasley dengan nada mencemuh mengapa ada orang yang ingin menyihir Sihir Terbang ke atas penyapu terbang milik Ron, yang dianggap sebagai sebatang kayu yang berlumut di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix ketika latihan Quidditch Ron yang pertama. Ia juga pernah disebut di dalam buku Quidditch Through the Ages / Quidditch Merentasi Zaman.

Freezing Charm (Sihir Pengeras) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Mengeraskan objek.
Dilihat/Disebut: Hermione menggunakannya di dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia ke atas pixie semasa sesi pembelajaran Pertahanan Ke Atas Ilmu Hitam.

Furnunculus sunting

Sebutan: fur-NUNG-cu-lus (IPA: [fɝɹ.'nʌŋ.kju.ˌlɪs])
Gamabaran: Menyebabkan bisul timbul ke atas mangsa.
Dilihat/Disebut: Digunakan di dalam Harry Potter dalam Piala Api ketika Harry dan Draco Malfoy sedang bergaduh, Harry secara tidak sengaja telah menggunakan sihir ini ke atas Gregory Goyle. Tidak lama kemudian, semasa di dalam perjalanan pulang di dalam Keretapi Hogwarts Ekspress, Harry telah menggunakan sihir ini ke atas Vincent Crabbe sementara George Weasley menggunakan Sihir Taratallegra (Sihir Kaki Jeli) secara serentak. Walau bagaimanapun, campuran sihir ini telah menyebabkan banyak tentakel kecil untuk tumbuh sepenuhnya dari muka Crabbe.
Etimologi: 'Furuncle' ialah kata perubatan bagi bisul.

G sunting

Geminio sunting

Sebutan: jeh-MIH-nee-oh atau geh-MIH-nee-oh (IPA: /dʒə.ˈmɪ.ni.əʊ/ or /ɡə.ˈmɪ.ni.əʊ/)
Gambaran: Menghasilkan satu salinan terhadap objek yang terkena dengan sihir ini.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Hermione dalam Harry Potter dengan Azimat Maut untuk membuat salinan loket milik Salazar Slytherin untuk menutup kesan laluan mereka daripada Dolores Umbridge.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Latin gemino yang bermaksud "menggandakan".

Gemino Curse (Sumpahan Gemino) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Ia menghasilkan salinan yang serupa namun tidak berguna yang bertujuan untuk menyembunyikan objek yang asal.
Dilihat/Disebut: Dalam Harry Potter dengan Azimat Maut ketika Harry Potter, Ron, Hermione, dan Griphook si goblin memecah masuk bilik keselamatan milik Bellatrix Lestrange di Gringotts.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Latin gemino yang bermaksud "menggandakan".

Glacius (Sihir Ais) sunting

Sebutan: gla^-shee-us
Gambaran: Mengeluarkan satu gelombang udara sejuk yang membekukan segala objek dan makluk hidup yang terkena pada laluannya.
Dilihat/Disebut: Di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan , Ron Weasley secara tidak sengaja telah menggunakan sihir ini dalam keadaan separa sedar dan menyebabkan salji untuk menimpa dirinya, Harry dan juga Hermione.
Nota Sihir ini digunakan di dalam permainan video Harry Potter dengan Banduan Azkaban oleh Hermione. Ia juga digunakan untuk mengugut kucing Argus Filch, Puan Norris di dalam Harry Potter dengan Batu Hikmat.

Glisseo sunting

Sebutan: GLISS-see-oh or gliss-SAY-oh (IPA: /ˈɡlɪs.si.əʊ/ or /ɡlɪs.ˈse.əʊ/)
Gambaran: Menyebabkan anak tangga untuk menjadi rata dan membentuk satu gelungsur.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Hermione untuk melarikan diri daripada para Death Eater dalam Harry Potter dengan Azimat Maut.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Perancis glisser yang bermaksud "gelungsur".

Gripping Charm (Sihir Mencengkam) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Digunakan untuk mencengkam sesuatu dengan lebih berkesan. Sihir ini digunakan ke atas bola Quaffle untuk memudahkan Chaser untuk memegang bola tersebut sambil sebelah tanggannya memegang penyapu terbang.
Disebut/Dilihat: Telah disebut dalam buku Quidditch Through the Ages / Quidditch Merentas Zaman.

H sunting

Hair-Thickening Charm (Sihir Menebalkan Rambut) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menebalkan rambut seseorang.
Dilihat/Disebut: Di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Severus Snape menyatakan bahawa Alicia Spinnet telah menggunakan sihir ini ke atas dirinya sendiri walaupun terdapat 14 orang saksi yang mengatakan bahawa Keeper Slytherin, Miles Bletchley telah menyerang beliau dari belakang semasa di dalam perpustakaan. Ia berlaku semasa tempoh persediaan perlawanan Quidditch yang pertama pada musim itu, iaitu di antara Gryffindor dan Slytherin.

Hex Deflection (Pembalik Sihir) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Membalikkan semula sihir. Ia kelihatan serupa seperti Sihir Pelindung, walaupun sihir yang dibalikkan tidak mengenai semula kepada si penyerang.
Seen/Mentioned: Profesor Moody pernah disebut bahawa beliau pernah mengajarnya di dalam Harry Potter dalam Piala Api. Namun, Pembalik Sihir ini berkemungkinan bukanlah satu sihir, sebaliknya merujuk kepada ssesuatu subjek atau cara si penyihir untuk menghentikan sihir dengan pelbagai cara.

Homenum Revelio sunting

Sebutan: HOM-eh-num reh-VEH-lee-oh (IPA: /ˈhɔ.mɛ.nʌm ɹə.ˈvɛ.li.əʊ/
Gambaran: Mendedahkan manusia yang berada hampir dengan si penyihir.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Dumbledore untuk mengesan Harry yang berada di bawah Jubah Halimunanya, tapi mula dinamakan setelah beberapa watak di dalam siri ini menggunakannya dalam Harry Potter dengan Azimat Maut. [1].
Etimologi: Berasal daripada perkataan Latin homo/hominis yang bermaksud "manusia" dan revelo yang bermaksud "menunjukkan,memperlihatkan".

Homorphus Charm (Sihir Homorphus) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menyebabkan Animagus atau objek yang telah disihir untuk menjadi objek lain kembali kepada bentuk asal.
Dilihat/Disebut: Mengikut Gilderoy Lockhart, beliau telah menggunakan sihir ini untuk memaksa Wagga Wagga Werewolf untuk kembali kepada bentuk manusia normal di dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia. Walaubagaimanapun, sihir ini berkemungkinan tidak pernah wujud; jika benar, sudah tentu sihir ini akan digunakan ke atas Remus Lupin semasa beliau berubah menjadi Serigala Jadian. Ia juga mungkin akan digunakan ke atas Peter Pettigrew oleh Sirius Black dan juga Remus Lupin di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban dengan penggunaan Mantera Tanpa Sebutan untuk memaksanya untuk kembali kepada bentuk manusia. Di dalam Harry Potter dalam Piala Api , sihir ini digunakan sebagai sihir serangan balas terhadap Sihir Transfigurasi.
Etimologi: Berkemungkinan berasal daripada perkataan Latin homo, "seorang manusia", (atau Greek homos, "sama") dan juga Greek morphê (μορφή), "bentuk".

Horcrux Spell (Sihir Horcrux) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Sihir ini membenarkan jiwa seseorang ahli sihir itu untuk menembusi sesuatu objek lantas memanipulasikannya sebagai satu Horcrux. Seseorang itu perlu melakukan jenayah berat seperti membunuh dan mengambil kesempatan ketika "saat pemisahan" dengan menggunakan sihir yang kejam ini andainya seseorang itu ingin melakukan sihir ini dengan sempurna. Berkemungkinan sihir ini amat sukar dimahiri kerana ia amat sukar dan kompleks untuk dimahiri.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Lord Voldemort ketika mencipta Horcrux-horcruxnya. Pertama kali disebut di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan.

Horton-Keitch Braking Charm (Sihir Membrek Horton-Keitch) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Sihir ini pertama kali digunakan ke atas penyapu terbang Comet 140 untuk menghalang para pemain Quidditch daripada tersasar semasa bermain.
Dilihat/Disebut: Disebut di dalam buku Quidditch Through the Ages / Quidditch Merentas Zaman sebagai sihir yang memberi kelebihan kepada penyapu terbang Comet 140 berbanding penyapu terbang Cleansweep/Sapu Bersih.

Hot Air Charm (Sihir Udara Panas) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menyebabkan udara yang panas keluar dari tongkat si penyihir.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Hermione Granger di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix untuk mengeringkan jubahnya. Boleh juga digunakan untuk mencairkan salji.
Nota:Di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan sihir ini berkemungkinan boleh digunakan dengan cara Mantera Tanpa Sebutan, dan hanya memerlukan seseorang itu untuk melakukan gerakan tongkat sakti yang agak rumit untuk menjayakannya.

Hover Charm (Sihir Mengapung) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Objek yang ditala dengan tongkat sihir akan terapung dan bergerak mengikut arah tongkat sakti.
Dilihat'/Disebut: Digunakan oleh Dobby dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia. Juga telah digunakan oleh Xenophilius Lovegood untuk membersihkan kawasan anak tangganya daripada kesan runtuhan.

Hurling Hex (Sihir Menghumban/Menjatuhkan) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menyebabkan penyapu terbang untuk bergoncang dengan kuat dan cuba untuk mejatuhkan si penunggangnya.
Dilihat/Disebut: Profesor Quirrell telah menggunakan sihir dengan cara Mantera Tanpa Sebutan ke atas penyapu terbang Harry semasa perlawanan Qudditch di dalam Harry Potter dengan Batu Hikmat. Profesor Flitwick dapat menganggak bahawa penyapu terbang tersebut telah dikenakan dengan sihir ini.

I sunting

Impedimenta (Sihir Penghalang Pembawa Sial) sunting

Sebutan: im-PED-a-menta [ˌɪmpeɪdɪ'mɛnta]
Gambaran: Sihir ini berkebolehan untuk menjatuhkan, mengeraskan, mengikat, memukul mangsa dari belakang dan secara umumnya ia digunakan untuk meghalang si penyihir daripada diserang. Cara penggunaan yang spesifik untuk menggunakanya masih tidak diketahui.
Dilihat/Disebut: Dalam Harry Potter dalam Piala Api Harry telah dilihat berlatih menggunakan sihir ini. Juga dilihat di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix semasa bahagian cerita yang terakhir ketika Harry menentang para Death Eater. Penggunaan sihir ini yang lebih kuat boleh menyebabkan mangsa terpelanting dalam jarak yang amat jauh: di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix ketika perjumpaan kumpulan Tentera Dumbledore dan juga ketika pergaduhan antara Malfoy dan Harry selepas perlawanan Quidditch oleh Madam Hooch untuk meleraikan pergaduhan mereka.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Latin iaitu impedimentum (kata jamak impedimenta), "rintangan" atau "penghalang".
 
Victor Krum di bawah pengaruh Sihir Imperius.

Imperio (Sumpahan Imperius) sunting

Sebutan: im-PEER-ee-oh (IPA: [ɪm.'piɹ.i.ˌəʊ]) (Latin Klasik: eem-PEHR-ee-oh (IPA: [im.ˈpɛɾ.i.ˌɔ])
Gambaran: Merupakan salah satu daripada Sumpahan Yang Tidak Terampun. Ia membuatkan mangsa berada dalam keadaan separa sedar atau seperti sedang bermimpi dan membuatkan mereka akan mengikuti segala kehendak si penyihir. Walaubagaimanapun, mangsa yang mempunyai semangat yang kuat kadang-kala mampu mengatasi sihir ini.
Etimologi: Daripada perkataan Latin impero, Saya perintah, dan daripada perkataan Bahasa Inggeris "imperious".
Dilihat/Disebut: Di dalam Harry Potter dalam Piala Api , ketika Barty Crouch Jr, yang sedang menyamar sebagai bekas Auror , Alastor "Mad-Eye" Moody, telah menyihirkan seekor labah-labah dengan sihir ini sebagai satu demonstrasi kelas semasa sedang mengajar subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Madam Rosemerta dan Katie Bell juga pernah dikenakan sihir ini di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan.

Imperturbable Charm (Sihir Penenang) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menjadikan sesuatu objek itu tidak dapat ditembusi (oleh kesemuanya, termasuklah bunyi dan objek).
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Mrs Weasley di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix ke atas pintu di mana mesyuarat Kumpulan Phoenix sedang dijalankan, bagi memastikan anak-anaknya, Fred dan juga George daripada memasang telinga. Dalam Harry Potter dalam Piala Api , Hermione telah menggunakan sihir ini untuk memerangkap Rita Skeeter di dalam botol semasa beliau berada di dalam bentuk seekor kumbang.
Nota:Sihir ini berkemungkinan juga merupakan sihir yang sama dengan Sihir Impervius; kedua-duanya kelihatan mempunyai kesan sihir yang sama.

Impervius sunting

Sebutan: im-PER-vi-ous (IPA: [ɪm.'pɝ.vi.ˌɛs])
Gambaran: Sihir ini membuatkan sesuatu itu menjadi kalis atau kebal (secara harfiahnya, menjadi kalis terhadap) sesuatu termasuklah air dan juga bunyi.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Hermione Granger di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban ke atas kaca mata milik Harry semasa perlawanan Quidditch dan juga ke atas pasukan Quidditch Gryffindor yang lain di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix , supaya membolehkan mereka untuk menunggang penyapu terbang mereka di dalam keadaan hujan yang amat lebat dan juga ke atas bilik di mana perjumpaan Kumpulan Phoenix sedang dijalankan supaya bilik tersebut menjadi kalis bunyi.
Etimologi: Ia berkemungkinan berasal daripada perkataan Latin impervius yang bermaksud dan (mungkin juga asal) bagi perkataan "impervious"; tanpa mengira asal-usul perkataan ini, adalah lebih baik ia diterjemahkan sebagai puncak gunung.

Inanimatus Conjurus sunting

Sebutan: in-AN-im-AH-tus con-JUHR-us
Gambaran: Digunakan untuk menebus semula objek yang telah hilang akibat dikenakan Sihir Evanesco.
Dilihat/Disebut: Di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix

Incarcerous sunting

Sebutan: in-CAR-ser-us (IPA: [ɪn.'kaɹ.sɝ.ˌɪs])
Gambaran: Mengikat seseorang atau sesuatu dengan tali.
Dilihat/Disebut: Pertama kali dilihat dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, ketika Dolores Umbridge terlibat di dalam pertarungan antara Sentora. Juga digunakan oleh Harry ke atas Inferi semasa di dalam gua di mana Horcux milik Lord Volfemort berada ketika dia telah berada di kawasan penguasaan mereka di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan.
Etimologi: Berkemungkinan berasal daripada perkataan bahasa Inggeris incarcerate, "untuk memenjara". Berkemungkinan mempunyai kaitan dengan perkataan Latin in carcerem, "untuk(ke) penjara"
Nota: Versi Mantera Tanpa Sebutan mungkin pernah digunakan untuk mengikat Peter Pettigrew di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban. Ia juga mungkin pernah digunakan oleh Profesor Quirrell semasa hampir penamat Harry Potter dengan Batu Hikmat, sungguhpun beliau hanya perlu memetikkan jarinya sahaja. Juga, Dolores Umbridge pernah menggunakan sihir ini ke atas Sentora-Sentora.

Incendio sunting

Sebutan: in-SEND-ee-oh (IPA: [ɪn.'sɛn.di.ˌəʊ])
Gambaran: Menghasilkan api (atau gambaran kebiasaanya sebagai nyalaan biru).
Dilihat/Disebut: Digunakan di dalam Harry Potter dalam Piala Api oleh Arthur Weasley untuk menghasilkan api ke atas pendiangan di rumah Dursley supaya membolehkan mereka untuk meggunakan Rangkaian Floo. Semasa di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, sihir ini telah digunakan untuk beberapa kali semasa pertarungan.
Nota: Di dalam permainan video Harry Potter dengan Batu Hikmat, sihir ini telah digunakan untuk untuk melumpuhkan sementara tumbuhan yang berbahaya.

Inflation Charm (Sihir Pengembung) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menyebabkan seseorang itu untuk mengembang seperi balon sebelum terapung pergi.
Dilihat/Disebut: Di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, Harry secara tidak sengaja telah menggunakan sihir ini lalu menyebabkan Makcik Marge untuk mengembung dan terpaung ke atas siling.
Etimologi: Perkataan Bahasa Inggeris "inflate", untuk mengembang.
Nota: Di dalam permainan video Harry Potter dalam Piala Api sihir yang serupa telah digunakan dengan nama (Inflatus).

Intruder Charm (Sihir Penceroboh) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Mengesan penceroboh dan membunyikan amaran.
Dilihat/Disebut: Di dalam Harry Potter dalam Piala Api , Profesor Umbridge menggunakan sihir ini mengelilingi pejabatnya. Horace Slughorn juga menggunakannya ke atas rumah muggle yang ditumpanginya buat sementara waktu, lalu membenarkannya untuk mengesan kehadiran Albus Dumbledore dan Harry Potter yang datang di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan.

J sunting

Jelly-Legs Jinx (Sihir Kaki Jeli) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menyebabkan kaki mangsa untuk bergoncang dengan teruk tanpa kawalannya.
Dilihat/Disebut: Banyak kali di dalam buku, terutamanya di dalam Harry Potter dalam Piala Api di mana kehadiran sihir balas untuk sihir ini dapat dibuktikan. Di dalam buku tersebut, Fred dan George Weasley telah menggunakan sihir ini ke atas Draco Malfoy.

Jelly-Brain Jinx (Sumpahan Otak Jeli) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Mungkin menyebabkan gangguan minda kepada mangsa.
Dilihat/Disebut: Semasa kekecohan semasa permainan Quidditch Puddlemere/Holyhead pada September 1999 , banyak penyokong pasukan Harpy menggunakan sumpahan ini.

Jelly-Fingers Curse (Sumpahan Jari Jeli) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menyebabkan jari mangsa seperti jeli dan menyukarkan mangsa untuk memegang sesuatu objek.
Dilihat/Disebut: Selepas permainan Quidditch Portree/Arrows pada Jun 1999 , Seeker yang telah kalah menggunakan sihir ini kepada Seeker pihak lawan semasa mereka sedang hampir-hampir untuk mendapatkan bola Snitch.

K sunting

Knee-Reversal Hex (Sumpahan Pembalik Lutut) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menyebabkan lutut mangsa seperti berpusing ke arah yang bertentangan.
Dilihat/Disebut: Dalam buku Quidditch Merentas Zaman, Gertie Keddle telah menggunakan sihir ini ke atas pemain Qudditch semasa permainan tersebut baru lagi dicipta yang cuba untuk mendapatkan bolanya dari kebun beliau.

L sunting

Langlock sunting

Sebutan: LANG-lock (IPA: ['leɪŋ.lak])
Gambaran: Melekatkan lidah mangsa kepada lelangit mulutnya. Dicipta oleh 'Putera Berdarah Kacukan' ataupun dikenali sebagai Severus Snape.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Harry ke atas Peeves di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan dan juga ke atas Argus Filch .
Etimologi: Berkemungkinan berasal daripada perkataan Perancis langue ("lidah") dan perkataan bahasa Inggeris lock ("kunci").
Nota: Rowling mengatakan bahawa Peeves ialah hantu Poltergeist dan merupakan hantu yang berbentuk zahir kerana ia berkebolehan untuk mengunyah gula-gula getah dan juga (menyusahkan orang lain). Disebabkan itu,sihir ini boleh digunakan ke atas entiti atau objek yang mempunyai alat atau organ untuk berkata-kata yang zahir.

Legilimens (Sihir Legilimency) sunting

Sebutan: Leg-IL-im-ens (IPA: [lɛ.'dʒɪl.ɪ.ˌmɛnz])
Gambaran: Membenarkan si penyihir untuk memasuki minda mangsa, lalu membenarkan dirinya untuk melihat memori dan emosi mangsa.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Snape ke atas Harry semasa sesi pembelajaran Oklumesi di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix. Juga pernah digunakan oleh Snape dengan cara Mantera Tanpa Sebutan ke atas Harry di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan lalu membenarkan dirinya untuk mengetahui dari mana Harry telah belajar Sihir Sektumsempra.
Etimologi: Bersala daripada perkataan Latin mens ("minda") dan legere ("untuk membaca").

Levicorpus sunting

Sebutan: Lev-i-CORE-pus (IPA: [lɛ.vɪ.'kɔɹ.pɪs])
Gambaran: Mangsa akan tergantung secara terbalik dari posisi kaki ke atas dari bahagian buku lali mereka dan kadangkala disertai dengan pancaran cahaya (berkemungkinan sihir ini terdapat di dalam bentuk yang pelbagai).
Dilihat/Disebut: Ia telah dicipta oleh 'Putera Berdarah Kacukan' (Severus Snape) dan terdapat di dalam bentuk Mantera Tanpa Sebutan. Harry Potter mempelajarinya dengan membaca nota yang ditulis oleh 'Putera Berdarah Kacukan'. Di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix , Harry pernah melihat Severus Snape dan juga James Potter (musuh Severus Snape) menggunakan sihir ini ke atas lawan masing-masing. Ia juga pernah digunakan di dalam Harry Potter dalam Piala Api ketika perlawanan Piala Dunia Quidditch.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Latin levare, "mengapung" dan corpus, "badan".

Liberacorpus sunting

Sebutan: LI-beer-a-CORE-pus
Gambaran: Merupakan sihir serangan balas Levicorpus.
Dilihat/Disebut: Harry menggunakan sihir ini di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan untuk membalas semula sihir Levicorpus yang secara tidak sengaja telah digunakan ke atas Ron. Ia mungkin juga pernah digunakan terlebih dahulu oleh Nymphadora Tonks untuk melepaskan Harry dari sihir Draco Malfoy iaitu sihir Petrificus Totalus semasa berada di dalam Ekspress Hogwarts. Ia juga mungkin pernah digunakan oleh pekerja Kementerian Sihir di dalam Harry Potter dalam Piala Api untuk membebaskan Muggle yang telah dikenakan sihir Levicorpus oleh Death Eater.
Etimologi: Perkataan Latin liberare, "untuk membebaskan", dan corpus, "badan".
Nota: Ia tidak dapat dikenalpasti alasan kenapa hanya sihir Levicorpus mempunyai sihir balas yang khusus dan bukannya dengan sihir Finite Incantatem.

Lockhart's Bone Removing Spell (Sihir Pembuang Tulang Lockhart) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Mengeluarkan semua tulang dari bahagian yang spesifik, atau terutamanya di kawasan tangan. Ia memerlukan sedikit putaran tongkat sakti untuk melaksanakannya.
Dilihat/Disebut: Di dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia Lockhart telah menggunakannya dalam usaha beliau untuk membetulkan tangan Harry setelah dipatahkan oleh Bludger yang sedang meta (mengamuk). Namun, sebaliknya tulang Harry pula yang telah dibuang. Di dalam filemnya, Lockhart telah menggunakan sihir ini dengan menyebut Brackium Emendo!

Locomotor sunting

Sebutan: LOW-co-MOW-tor /loˌkomoˈtr̩/
Gambaran: Sihir ini selalu digunakan berserta dengan nama objek yang diseru seperti ("Locomotor Peti!"). Sihir ini menyebabkan objek yang diseru untuk terapung lalu mengelilingi si penyihir.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Nymphadora Tonks di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix untuk mengeluarkan peti Harry dari bilik Harry. Profesor Flitwick juga pernah menggunaknnya untuk membawa keluar peti Profesor Sybill Trelawney setelah beliau dipecat oleh Dolores Umbridge. Parvati dan Padma Patil telah menggunakan sihir ini untuk melakukan satu perlumbaan dengan pensil mereka di sekeliling meja.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Latin locus (tempat) dan moto, "mengerakkan" (bentuk kata pasif ialah motor).

Locomotor Mortis (Sihir Pengunci Kaki) sunting

Sebutan: LOW-co-MOW-tor MORE-tis /loˌkomoˈtr̩ moʴˈtɪs/
Gambaran: Mengunci kedua-dua kaki bersama, lalu menghalang mangsa daripada mengerakkan kakinya.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Draco Malfoy ke atas Neville Longbottom di dalam Harry Potter dengan Batu Hikmat.
Etimologi: Berasal daripada perkataan bahasa Inggeris locomotion, "pergerakan" dan perkataan Latin mortis, "maut".
Nota: Tidak dapat dikenal pasti hubung kait antara sihir ini dengan sihir Lokomotor di atas. Berkemungkinan juga ia mengunci bahagian tertentu tubuh badan bergantung arah tongkat sakti yang dituju atau mengikut pilihan si penyihir seperti meletakkan mangsa dalam keadaan rigor mortis. Berkemungkinan juga yang Draco telah mengarahkan tongkat saktinya ke arah neville da sihir tersebut mengunci kakinya.
Nota (2): Di dalam permainan video Harry Potter dengan Batu Hikmat , sihir ini digunakan untuk melumpuhkan mangsa buat sementara waktu. Di dalam permainan video Harry Potter dan Bilik Rahsia, sihir ini digunakan oleh para pengawas dan juga Percy Weasley untuk menangkap mereka yang merayau pada waktu malam, namun ia boleh dihalang dengan penggunaan Sihir Expelliarmus.
 
Sihir Lumos

Lumos sunting

Sebutan: LOO-moss (IPA: ['lu.məʊs])
Gambaran: Menghasilkan satu sinaran cahaya yang lurus dari tongkat sakti seperti lampu suluh. Remus Lupin pernah menggunakannya di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix untuk menghasilkan satu api yang kecil (cukup besar untuk membakar sehelai kertas).
Dilihat/Disebut: Sepanjang siri.
Etimologi: Berasal dari perkataan Latin lumen, "cahaya".
Nota: Di dalam filem, terdapat beberapa cara pengunaanya termasuklah Lumos Solem dan Lumos Maxima. Di dalam filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban , Profesor Snape telah menghasilkan satu bebola cahaya berbanding bentuk konvensionalnya iaitu seperti lampu suluh. Sihir balas bagi sihir ini ialah Nox. Ia juga berkemungkianan tidak dapat dikesan oleh Kementerian Sihir ataupun diabaikan kerana Harry pernah menggunakannya seperti di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban , Harry Potter dalam Piala Api dan juga Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, semasa berada di luar kawasan sekolah, tanpa ditahan. Sihir ini juga boleh digunakan sungguhpun tongkat sakti si penyihir tidak berada di dalam gengaman tangannya : Harry dengan berjayanya telah menggunakan sihir ini semasa beliau telah terjatuhkan tongkat saktinya di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix , kerana sebelum itu dia pernah menggunakan tongkatnya semasa menggunakan sihir ini.

Lupin's Light sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Api yang kecil dan boleh diletakkan di dalam tangan.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Lupin di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban. Ia digunakan secara Mantera Tanpa Sebutan dan berkemungkinan juga tanpa tongkat sihir. Berkemungkinan juga ia merupakan satu objek sihir dan bukannya satu sihir.

M sunting

Meteolojinx Recanto sunting

Sebutan: mee-tee-OH-loh-jincks reh-CAN-toh.
Gambaran: Menyebabkan kesan cuaca akibat sihir dihapuskan.
Dilihat/Disebut: Telah dicadangkan dalam Harry Potter dengan Azimat Maut oleh Arthur Weasley kepada Ron (yang menyamar menggunakan Posyen Polijus sebagai Reginald 'Reg' Cattermole dari bahagian Pembaikan Kementerian) sebagai cara yang terbaik untuk menghapuskan hujan dalam pejabat Yaxley di Kementerian Sihir.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Greek meteôrologia yang bermaksud "meteorologi" (ilmu kaji cuaca), perkataan jinx yang bermaksud "sumpahan" dan perkataan Latin recanto yang bermaksud "menyihir pergi".

Mobiliarbus sunting

Sebutan: Mow-BILL-ee-ARE-bus (IPA: [məʊ.ˌbɪl.i.'aɹ.bɪs])
Gambaran: Memindahkan pokok-pokok .
Dilihat/Disebut:Di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, Hermione Granger telah mengunakan sihir ini untuk memindahkan pokok Krismas bersebelahan mejanya untuk menyorokkan Harry yang telah menyusup masuk ke sana tanpa kebenaran dengan menggunakan Peta Penjarah semasa berada di dalam Kedai Tiga Batang Penyapu di Hogsmeade
Etimologi: Berasal daripada perkatan Latin mobilis, "boleh bergerak" atau "fleksibel/boleh dilentur", dan arbor , "pokok".

Mobilicorpus sunting

Sebutan: Mow-BILL-i-CORE-pus /mobɪˌlikoʴˈpʌs/
Gambaran: Mengapung dan memindahkan tubuh badan seseorang.
Dilihat/Disebut: Sirius Black telah menggunakannya ke atas Profesor Snape di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban. Berkemungkinan juga digunakan ke atas Peter Pettigrew oleh Voldemort semasa di kawasan perkuburan untuk membolehkan Peter untuk bergerak ke hadapan.
Etimologi: Berasal daripada perkatan Latin mobilis, "boleh bergerak" dan corpus, "badan".
Nota: Berkemungkian Sihir Mobiliarbus dan Sihir Mobilicorpus adalah variasi daripada sihir yang sama, kerana kedua-duanya mempunyai kata dasar "Mobili-" .

Morfin Gaunt's Spell (Sihir Morfin Gaunt) sunting

Sebutan: Tidak diketahui; hanya pernah ditunjukkan di dalam bentuk Mantera Tanpa Sebutan.
Gambaran: Sihir ini akan menyebabkan mangsa untuk merembes keluar (dengan penuh kesakitan) nanah yang kekuningan, berkemungkinan akibat bukaan luka.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Morfin Gaunt untuk menyerang Pegawai Kementerian Sihir, Bob Ogden di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan . Berkemungkinan telah dicipta oleh Morfin sendiri yang telah diubahsuai dari Sihir Furnunkulus.
 
Tanda Kuasa Jahat

Morsmordre sunting

Sebutan: Mors-MORE-dreh /moʴzmoʴˈdrʌ/
Gambaran: Menghasilkan Tanda Kuasa Raja Jahat .
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Barty Crouch Jr dalam Harry Potter dalam Piala Api. Juga dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan di bahagian langit di atas menara untuk mengumpan Dumbledore hingga menyebabkan kematiannya. Ia berkemungkinan telah dicipta oleh Voldemort.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Latin mors, "kematian", dan mordere, bermaksud "untuk menggigit"; secara terang-terangan ia mempunyai kaitan dengan pengikut setia Voldemort, Death Eater / Pemakan Kematian. Perkataan Bahasa Inggeris murder yang bermaksud "pembunuhan" , atau asalannya daripada perkatan Bahasa Perancis lama juga mungkin turut menyumbang asal nama perkataan ini.
Nota: Satu translasi yang mungkin agak sesuai ialah "menggigit keluar kematian" ; satu frasa yang agak sesuai untuk para Death Eater / Pemakan Kematian . Anehnya, perkataan Morsmordre hanya boleh diterjemah sebagai "mother's murderers" dalam Bahasa Norwegia atau dalam Bahasa Malaysia nya "Pembunuh Kaum Ibu" , yang amat tidak masuk akal kerana Lord Voldemort atau sekurang-kurangnya pengikutnya pernah membunuh ibu mereka (kecuali bagi para bapa). Tetapi, belum pernah lagi disebut sama ada para Death Eater pernah membunuh ibu mereka sendiri. Namun jika dimaksudkan kaum wanita, Voldemort pernah membunuh ibu Harry, Lily Potter sebelum zaman kejatuhannya.

Muffliato sunting

Sebutan: Muff-lee-AH-toe (IPA: [mə.fli.'a.təʊ])
Gambaran: Sihir ini akan menyebabkan telinga seseorang itu untuk dipenuhi dangan bunyi bising, iaitu untuk menghalang mereka daripada mendengar perbualan yang berlaku berdekatan.
Dilihat/Disebut: Digunakan di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan oleh Harry dan Ron ke atas ramai guru (berasingan) dan orang seperti Puan Pomfrey. Ia telah dicipta oleh Putera Berdarah Kacukan atau lebih dikenali sebagai Severus Snape. Seperti yang pernah dikatakan oleh Hermione, sihir ini berkemungkinan tidak pernah mendapat kebenaran pihak kementerian.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris muffle, "untuk mensenyapkan", dengan kata imbuhan seakan-akan Bahasa Latin atau Bahasa Itali.

N sunting

Nox sunting

Sebutan: Noks (IPA: ['naks])
Gambaran: Memadamkan cahaya yang dihasilkan dengan Sihir Lumos.
Dilihat/Disebut: Di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, Harry Potter dan Hermione menggunakan sihir ini untuk memadamkan cahaya dari tongkat mereka semasa berada di dalam Gubuk Menjerit.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Latin nox, "malam".

O sunting

Obliteration Charm sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menghapuskan sesuatu yang tidak diingini tanpa niat untuk mendapatkannya semula.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Hermione Granger di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix untuk menghapuskan kesan tapak kaki yang dihasilkan oleh dirinya, Harry, dan Ron yang terdapat di atas salji.
Nota: Contoh di atas menerangkan yang sihir ini boleh menghapuskan kesan tapak kaki. Namun, tiada penerangan kesan sihir ini ke atas objek lain (berkemungkinan menghapuskan objek mengikut nama objek tersebut).
 
Gilderoy Lockhart cuba menyihir Harry dan Ron dengan Sihir Obliviate dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets.

Obliviate (Sihir Ingatan) sunting

Sebutan: oh-BLIV-ee-ate or o-bliv-ee-AH-tay (IPA: [əʊ.ˌblɪ.vi.'a.teɪ])
Gambaran: Digunakan untuk merubah atau menghapuskan memori sesuatu objek atau manusia selepas sesuatu kejadian.
Dilihat/Disebut: Pertama kali digunakan dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia oleh Gilderoy Lockhart ke atas Harry dan Ron; sihir itu telah melantun semula akibat tongkat sakti Ron yang rosak, menyebabkan dirinya sendiri untuk kehilangan memori. Juga sihir ini akan digunakan ke atas para Muggle yang pernah terlihat sesuatu yang berkaitan dengan dunia sihir.
Etimologi: Berasal daripada perkataan bahasa Latin oblivisci, "lupa".
Nota: Para pegawai Kementerian Sihir yang ditugaskan untuk mengubah memori bagi Muggle dikenali sebagai Obliviator. Sihir ini boleh dipatahkan dengan sihir yang amat kuat, atau tekanan yang amat tinggi, seperti Lord Voldemort yang berjaya memaksa pegawai kementerian, Bertha Jorkins untuk mengingat semula segala maklumat yang Barty Crouch Sr telah memaksanya untuk melupakan maklumat tersebut dengan menggunakan sihir ini.

Obscuro sunting

Sebutan: ob-SK(Y)OOR-oh (IPA: /ɔb.ˈsk(j)u.ɹəʊ/)
Gambaran: Menyebabkan penglihatan mangsa dihalang dari kawasan sekeliling.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Hermione dalam Harry Potter dengan Azimat Maut untuk menghalang pemandangan potret Phineas Nigellus dari lokasi beliau di Hutan Dean.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Ltin obscuro yang bermaksud melindungi".

Oppugno sunting

Sebutan: oh-PUG-no /ɒpʊˈgno/
Gambaran: Menyebabkan sesuatu haiwan atau manusia yang agak kurang pandai untuk meyerang seseorang.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Hermione Granger dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, untuk menyerang Ron Weasley dengan menyeru sekumpulan Burung Kenari ketika suatu pergaduhan.
Etimologi:Berasal daripada perkataan Latin oppugno , "Saya serang" .

Orchideous sunting

Sebutan: or-KID-ee-us /oʴkɪˈdiəs/
Gambaran: Membuat satu jambangan bunga keluar dari tongkat sakti.
Dilihat/Disebut: Dalam Harry Potter dalam Piala Api oleh Encik Ollivander untuk menguji tongkat sakti milik Fleur Delacour .
Nota: Juga digunakan di dalam permainan video Harry Potter dalam Piala Api sebagai suatu sihir yang nakal (merubah sekumpulan musuh untuk menjadi jambangan bunga).
Etimologi: Berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris orchid , "bunga orkid" dan kata imbuhan Bahasa Latin -eous, . Berkemungkinan juga merupakan satu kata lakur orchid , "orkid" dan hideous.

P sunting

Pack sunting

Sebutan: Seperti sebutan di dalam Bahasa Inggeris /pæk/.
Gambaran: Mengemaskan peti ataupun bagasi.
Dilihat/Disebut: Di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, oleh Nymphadora Tonks, secara Mantera Tanpa Sebutan. Dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban , Remus Lupin telah menggunakannya di dalam pejabat beliau.
Nota: Kekemasan bagasi itu bergantung kepada niat dan kebolehan sihir si penyihir.
Nota (2): Berkemungkinan juga "pack" bukanlah mantera yang sebenar keranan berkemungkian ayat itu telah ditambah kepada Mantera Tanpa Sebutan sebelum itu.

Permanent Sticking Charm (Sihir Kekal Melekat/Sihir Pelekat Kekal) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Membuatkan sesuatu objek itu kekal melekat di tempatnya.
Dilihat/Disebut: Pertama kali disebut di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, ketika Sirius mengagak bahawa lukisan ibunya telah melekat di dinding akibat sihir ini. Dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan , Fred dan George telah menggunakan sihir ini untuk melekatkan lencana pengawas Ron di dahi beliau pada permulaan cerita Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan , potret yang berada di dalam pejabat Perdana Menteri Muggle juga telah dikenakan dengan sihir ini.
Nota: Ia mungkin merupakan Sihir Epoximise yang digunakan di dalam permainan "Trading Card" yang melekatkan objek di tempatnya dengan perekat yang kuat.

Peskipiksi Pesternomi sunting

Sebutan: "Pesky Pixie, pester no me! / Pixie yang bedebah, jangan ganggu saya!" /ˈpɛskiˌpɪksi ˌpɛstɹ̩ˈnoʊmi/
Gambaran: Menyebabkan Pixie untuk menghilang ataupun sekurang-kurangnya berhenti daripada membuat kacau.
Dilihat/Disebut: Hanya dilihat di dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia, oleh Gilderoy Lockhart setelah beliau melepaskan sekumpulan Pixie dari sebuah sangkar di dalam kelasnya.
Nota: Lockhart mengaku bahawa beliau memang agak lemah dalam bidang sihir tertentu, namun, beliau sanggup membuat apa sahaja dalam usaha untuk membuktikan dirinya. Maka, Peskipiksi Pesternomi mungkin telah direka di tempat kejadian sebagai satu langkah yang agak terdesak. Ia mungkin berlaku kerana dalam posisi beliau sebagai seorang guru, beliau menganggak bahawa dia sepatutnya tahu Sihir Menghilangkan Pixie. Walau bagaimanapun, mungkin beliau telah terlupa (atau cuai) dalam mengingat frasa Latin yang betul seperti Pestis Piksi vexe neme ataupun frasa lain yang lebih bersesuaian.
 
Neville yang telah dikenakan dengan Sihir Pengikat Seluruh Badan oleh Hermione.

Petrificus Totalus (Sihir Pengikat Seluruh Badan) sunting

Sebutan: puh-TRIH-fuh-cus TOH-tle-us (or toh-TAH-lus, /pəˈtrɪfəkəs ˈtoʊtl̩.əs/
Gambaran: Diunakan untuk memegunkan mangsa buat sementara di dalam posisi seperti seorang askar yang tegak berdiri untuk menerima sebarang arahan; kebiasaannya mangsa akan jatuh (dalam posisi tersebut).
Dilihat/Disebut: Pertama kali digunakan di dalam Harry Potter dengan Batu Hikmat oleh Hermione, yang cuba untuk menghalang Neville daripada menghalang beliau, Ron dan juga Harry dari meningalkan bilik umum untuk memburu Batu Hikmat. Harry juga pernah menggunakannya ke atas Jugson dan Antonin Dolohov dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix. Draco Malfoy pernah menggunakannya dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan untuk memegunkan Harry semasa Harry sedang menyorok di sebalik peti milik Draco. Harry juga pernah menggunakannya ke atas Inferi semasa beliau sedang mencedukkan piala ke dalam air di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Albus Dumbledore mungkin juga pernah mengunakan sihir ini dengan cara Mantera Tanpa Sebutan untuk mengikat tubuh Harry daripada masuk campur semasa perbualan beliau bersama Draco ketika pertarungan di Hogwarts.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Latin petra, "batu" dan fieri "untuk menjadi"; dan totalus yang berasal daripada perkataan Latin "totus", bermaksud "lengkap".

Piertotum Locomotor sunting

Sebutan: pee-ayr-TOH-tum (or peer-TOH-tum) loh-koh-MOH-tor (IPA: [pɪɛ˞.ˈtoʊ.təm] (or pɪə.ˈtoʊ.təm) lo.ko.ˈmoʊ.tɚ])
Gambaran: Sihir ini digunakan untuk mengerakkan patung dan pakaian perang mengikut kehendak si penyihir.
Dilihat/Disebut: Dalam Harry Potter dengan Azimat Maut, Profesor McGonagall menggunakan sihir ini untuk mengerakkan patung-patung dan pakaian perang untuk melindungi Hogwarts.[2]

Point Me (Mantera Empat Arah) sunting

Sebutan: Sama seperti sebutan dalam Bahasa Inggeris./'pɔɪnt 'mi/ Kecuali dalam buku Harry Potter versi bahasa Malaysia, mantera yang digunakan ialah "Tunjukkan arah".
Gambaran: Sihir ini akan membuatkan tongkat sakti si penyihir untuk membidik ke arah mata angin utara (seperti sebuah kompas).
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Harry ketika Tugasan Ketiga dalam Kejohanan Ahli Sihir Trio dalam Harry Potter dalam Piala Api.

Portus sunting

Sebutan: POUR-tuss (IPA: ['pɔɹ.dɪs])
Gambaran: Menjadikan sesebuah objek itu menjadi sebuah Portkey atupun lebih dikenali sebagai Kunci Gerbang, sebuah alat yang menghantar seorang itu mengikut destinasi pilihannya (dengan sedikit kilauan cahaya biru).
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Albus Dumbledore dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix.
Etimologi: Berasal daripad perkataan Latin porta, "pintu/pagar". Perkataan Latin: "portare" bermakusd "untuk membawa" . Terdapat juga perkataan Latin portus, bermaksud pelabuhan, namun dalam konteks ayat ini ia adalah tidak bersesuian.
Nota: Kunci Gerbang pertama kali dilihat dalam Harry Potter dalam Piala Api sebagai satu bentuk pengangkutan untuk Harry, Hermione, dan juga keluarga Weasley untuk mengembara pergi dan balik semasa Piala Dunia Quidditch .
 
Pertarungan antara Harry dan Voldemort yang mencetuskan Incantatem Terdahulu.

Prior Incantato sunting

Sebutan: PRI-or In-can-TAH-toe
Gambaran: Ia membentuk imej seperti bayang-bayang sihir yang telah dihasilkan sebelum ini dengan tongkat yang sama. Ia dikatakan sebagai satu "gema" sihir tersebut.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Amos Diggory dalam Harry Potter dalam Piala Api untuk mengkaji sihir terakhir yang telah dihasilkan dari tongkat sakti milik Harry.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Latin prior, "sebelum ini", dan incantare, "untuk mengucapkan satu sihir" .
Nota: Keadaan "gema" ini bergantung kepada sihir yang telah dihasilkan sebelum ini. Gema daripada sihir untuk menjelma adalah dalam bentuk objek yang dijelmakan. Namun, bagi gema Sihir Cruciatus adalah jeritan mansa; dan gema bagi Sihir Avada Kedavra adalah bayangan mangsa yang telah mati.
Nota (2): Apabila dua tongkat sakti yang mempunyai bahan dalaman yang berasal dari individu yang sama bertarung, satu sihir balas yang berterusan menghasilkan kesan sihir yang dinamakan sebagai Priori Incantatem atau Incantatem Terdahulu . Kesan ini dapat dilihat semasa pertarungan antara Voldemort dan juga Harry dalam Harry Potter dalam Piala Api .

Protean Charm sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menyebabkan salinan sesuatu objek berubah sedikit daripada yang asal.
Dilihat/Disebut: Pertama kali digunakan dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix. Hermione Granger telah menggunakan sihir ini ke atas galleon yang palsu untuk mengubah nombor siri yang berada di tepi syiling tersebut kepada tarikh dan masa perjumpaan Tentera Dumbledore untuk mengelakkan daripada diketahui oleh Dolores Umbridge. Hermione memberitahu Harry bahawa beliau telah mendapat idea ini daripada Voldemort yang akan menyebabkan tanda kuasa Raja Jahat di tangan para Death Eater menjadi panas; memberitahu mereka bahawa mereka perlu datang untuk berjumpa dengannya. Juga telah digunakan Draco Malfoy ke atas duit untuk menghubungi Madam Rosmerta dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan.
Etimologi: Berkemungkinan berasal daripad perkataan Bahasa Greek Proteus (Προτευς),yang bermaksud tuhan yang boleh berubah-ubah.
Nota: Dalam sihir Hermione, syiling mereka akan menjadi panas supaya dapat memberitahu ahli Tentera Dumbledore untuk melihat galleon masing-masing.
Nota (2): Sihir Protean merupakan sihir piawai untuk (N.E.W.T.) ataupun dikenali sebagai Ujian Sihir yang Sangat Meletihkan (U.S.S.M) mengikut Terry Boot, yang seolah-olah tidak percaya bahawa Hermione telah pun berjaya melakukannya.

Protego (Sihir Perisai/Pelindung) sunting

Sebutan: Pro-TAY-go (IPA: [pɹəʊ.'teɪ.gəʊ])
Gambaran: Sihir ini membuatkan sebarang bentuk sihir untuk melantun semula ke arah penyerang.
Dilihat/Disebut: Pertama kali dalam Harry Potter dalam Piala Api ketika Harry telah diajarkan oleh Hermione akan sihir ini sebagai satu bentuk persediaan utuk Tugasan Ketiga dalam Kejohanan Ahli Sihir Trio. Harry juga telah menggunakan sihir ini di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix untuk mengatasi Sihir Legilimensi Snape, dan juga telah digunakan untuk melantunkan semula Sihir Seruan Bellatrix. Ia juga telah digunakan oleh Harry dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan untuk melantunkan semula sihir yang telah dilancarkan oleh Snape.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Latin protego, "Saya lindung" .
Nota: Dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Lord Voldemort telah melancarkan satu pelindung untuk melindungi dirinya sendiri ketika beliau telah diserang oleh Profesor Dumbledore. Sihir itu mungkin merupakan salah satu variasi daripada Sihir Protego. Gambaran asal sihir ini menyatakan yang sihir ini mampu untuk melantunkan sihir-sihir yang lemah ke arah penyihir. Namun, terdapat bukti-bukti dari dalam buku yang menyatakan bahawa sihir ini mampu untuk melantunkan sihir yang lebih berkuasa dan bergantung kepada kemahiran si penyihir.

Protego Horribilis sunting

Sebutan: pro-TAY-goh horr-uh-BIL-lis (IPA: [pɹəʊ.'teɪ.gəʊ ˌhɔɹ.ɚ.ˈbɪ.lɪs])
Gambaran: Memberikan sedikit perlindungan terhadap ilmu sihir hitam.
Dilihat/Disebut: Telah digunakan oleh Profesor Flitwick dalam cubaan beliau untuk mengukuhkan lagi pertahan Hogwarts dalam Harry Potter dengan Azimat Maut
Etimologi: Dari perkataan bahasa Latin Protego, "Saya lindungi" dan horribilis yang bermaksud "sesuatu yang teruk".[3]

Protego Totalum sunting

Sebutan: pro-TAY-go/prah-TEH-go toh-TAH-lum (IPA: [pɹəʊ.'teɪ.gəʊ toʊ.ˈtæ.lm̩])
Gambaran: Membekalkan perlindungan terhadap sesuatu kawasan daripada penceroboh.
Dilihat/Disebut: Dalam Harry Potter dengan Azimat Maut, ini merupakan salah satu sihir yang digunakan oleh Hermione dan Harry Potter untuk melindungi kawasan perkhemahan mereka daripada tetamu yang tidak diundang.
Etimologi: Dari perkataan bahasa Latin Protego, "Saya lindungi" dan totalum yang bermaksud "keseluruhan".

Q sunting

Quietus sunting

Sebutan: Quee-AY-tuss (IPA: [kwi.'eɪ.dɪs])
Gambaran: Mengembalikan suara yang telah disihir untuk menjadi besar kembali kepada suara asal. Ia merupakan sihir balas bagi Sihir Sonorus.
Dilihat/Disebut: Digunakan dalam Harry Potter dalam Piala Api oleh Ludo Bagman.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Latin quietus, "tenang" atau "sunyi".
Nota: Tidak dapat dipastikan sama ada sihir ini hanya mampu untuk menawarkan Sihir Sonorus ataupun ia sememangnya mampu untuk mendiamkan seseorang itu tanpa sesorang itu menggunakan Sihir Sonorus terlebih dahulu.

R sunting

Reducio sunting

Sebutan: Red-DUE-see-oh (IPA: [ɹɛ.'du.si.ˌəʊ])
Gambaran: Menjadikan objek yang telah dibesarkan kembali kepada saiz asal. Ia merupakan sihir balas untuk Sihir Engorgio.
Etimologi: Berasal daripada perkataan bahasa Inggeris reduce, "untuk mengecutkan".
Nota: Sama ada sihir ini boleh digunakan secara sendirian tanpa perlu menawarkan kesan Sihir Engorgio adalah tidak diketahui. Jika benar, ia mungkin mampu untuk mengecilkan objek daripada saiz sebenar kepada saiz yang lebih kecil. Hal ini kerana dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia , Arthur Weasley pernah membuat kenyataan iaitu untuk "shrinking door keys" ataupun setelah ditranslasi sebagai untuk "mengecilkan kunci pintu".

Reducto (Sumpahan Pemecah) sunting

Sebutan: Re-DUCK-toe (IPA: [ɹɛ.'dʌk.təʊ])
Gambaran: Menceraikan atau menghancurkan objek yang berada dalam laluan si penyihir. Sihir ini dikatakan biasanya berbentuk halimunan dan juga tidak meghasilkan sebarang bunyi, walaupun pernah digunakan secara Mantera Tanpa Sebutan dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan.
Dilihat/Disebut: Dalam Harry Potter dalam Piala Api, Harry pernah sekali menggunakannya ke atas pagar pokok-pokok dalam laluan sesat Kejohanan Ahli Sihir Trio namun hanya mampu untuk menghasilkan satu lubang terbakar yang kecil. Dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Parvati Patil dikatakan telah berjaya untuk memusnahkan satu meja yang penuh dengan alat pengesan kejahatan kepada abu sebelum sihir itu digunakan sekali lagi oleh Tentera Dumbledore untuk memusnahkan objek-objek yang berada di dalam Pejabat Kementerian Sihir. Dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan ia pernah digunakan untuk memusnahkan satu halangan yang halimunan yang hanya mampu dilalui oleh para Death Eater namun usaha mereka tidak mendatangkan sebarang hasil.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris reduce, "untuk memusnahkan/menyusutkan".
Nota: Sihir ini mungkin dapat ditingkatkan lagi kuasanya dan menghasilkan beberapa peringkat kekuasaannya. Hal ini kerana dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, Harry secara tidak sengaja telah menghasilkan Sihir Gembira yang tidak dapat dikawal ke atas Ron yang mengakibatnya untuk gelak tanpa henti. Juga dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, Snape pernah mencuba untuk menyihir Harry dengan cara Mantera Tanpa Sebutan, namun beliau telah hilang keseimbangan lalu terpelanting ke sebuah meja akibat Harry telah menggunakan Sihir Pelindung yang terlalu kuat. Tambahan pula, dalam Harry Potter dalam Piala Api , Mad-eye Moody pernah menerangkan bahawa Sumpahan Avada Kedavra tidak dapat dilakukan dengan berkesan sekiranya seseorang itu tidak mempunyai kemahiran sihir yang agak tinggi.

Refilling Charm (Sihir Isian Semula) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Mengisi semula semua minuman atau cecair yang pada asalnya berada di dalam bekas minuman atau cecair itu. Contohnya mengisi semula sebuah tong dengan bir kegemaran seseorang.
Dilihat/Disebut: Digunakan dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, ketuka Harry menyedari bahawa mereka sedang kehabisan air untuk diminum.
Nota: Digunakan secara Mantera Tanpa Sebutan oleh Harry ketika mengisi semula air minuman mereka.

Relashio sunting

Sebutan: Re-LASH-ee-oh (IPA: [ɹɛ.'læ.ʃi.ˌəʊ])
Gambaran: Digunakan untuk melancarkan sesuatu ataupun digunakan di dalam air untuk melancarkan satu aliran air yang panas.
Dilihat/Disebuta: Digunakan oleh Harry ke atas Grindylow semasa Tugasan Kedua dalam Kejohanan Ahli Sihir Trio dalam Harry Potter dalam Piala Api . Di atas darat, ia mengeluarkan percikan dari tongkat sakti Harry, namun ketika berada di dalam air, ia menghasilkan aliran air yang mendidih dari tongkat sakti. Jika digunakan oleh orang yang lebih mahir seperti Bob Ogden, seorang Pegawai Kementerian, ia mampu mencampakkan seseorang seperti Marvolo Gaunt yang telah menyerangnya.
Etimologi: Berkemungkinan berasal daripada imbuhan Bahasa Latin re-, "kembali" atau "sebagai balasan", dan perkatan bahasa Inggeris lash, "serang", atau daripada kata kerja bahasa Perancis iaitu "relâcher" yang bermaksud "untuk melepaskan".
Nota: Sihir ini juga mungkin mampu untuk melepaskan tubuh si penyihir daripada gengaman fizikal seseorang supaya melepaskan penyihir. Hal ini mungkin dapat menerangkan kejadian Harry untuk terlepaskan genggaman tangannya dari tengkuk Mundungus Fletcher yang telah mencuri barang-barangan milik Sirius Black dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan .

Renervate sunting

Sebutan: Ren-ner-VAH-tay
Gambaran: Untuk membuatkan seseorang itu sedarkan diri setelah pengsan.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Harry dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan untuk mengejutkan semula Albus Dumbledore . Berkemungkinan salah satu variasi daripada Sihir Enervate.
Etimologi: Jika agakan tentang asal perkataan Renervate/Enervate adalah benar, maka imbuhan "re-" yang ditambah kepada perkatan Enervate adalah berasal daripada imbuhan Bahasa Latin re-, "sekali lagi".

Reparo sunting

Sebutan: Re-PAR-oh (IPA: [ɹɛ.'pa.ɹəʊ])
Gambaran: Digunakan untuk mebaiki sesuatu.
Dilihat/Disebut: Banyak kali. Objek yang telah pecah dikatakan telah terbang semula untuk bercantum kembali. Namun, bahan yang pernah berada dalamya sebelum ini tidak dapat dikembalikan semula. Dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix Harry telah memecahkan satu mangkuk esen Murtlap untuk merawat luka akibat hukuman Dolores Umbridge , dan telah mengunakan sihir ini untuk membaiki semula mangkuk tersebut. Namun, cecair Murtlap itu masih berada di atas lantai.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Bahasa Latin reparare, "untuk membaiki".

Repello Muggletum (Sihir Pembalik Muggle) sunting

Sebutan: reh-PELL-loh MUG-ul-tum or MUGG-gleh-tum or mugg-GLEE-tum (IPA: /ɹə.ˈpɛl.əʊ ˈmʊ.ɡl.ˌtʌm/ or /ˈmʊ.ɡlə.tʌm/ or /mʊ.ˈɡli.tʌm/)
Gambaran: Mengalang para Muggle jauh dari kawasan sihir dengan menyebabkan mereka untuk mengingatkan satu mesyuarat penting yang mereka telah terlepas dan menyebabkan mereka untuk tertanya-tanya tentang perkara yang mereka sedang jalankan.
Dilihat/Disebut: Telah disebut di dalam buku Quidditch Merentas Zaman untuk digunakan ke atas para Muggle untuk menjauhi kawasan Piala Dunia Quidditch. Hogwarts juga dikatakan juga menggunakan sihir ini. Ia juga turut digunakan oleh Harry dan Hermione berulang kali termasuk sihir-sihir lain untuk melindungi kawasan perkhemahan mereka dalam Harry Potter dengan Azimat Maut.

Rictusempra (Sihir Menggeletek) sunting

Sebutan: RIK-too-SEM-pra
Gambaran: Menggeletek seseorang .
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Harry ke atas Draco Malfoy semasa Perang Tanding dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia .
Etimologi: Berasal daripada perkataan bahasa Latin rictus, "(mulut terbuka) akibat ketawa ataupun sengihan" dan semper, "sentiasa".
Nota: Dalam filem Harry Potter dan Bilik Rahsia , Harry menggunakan sihir ini untuk mencampakkan Malfoy ke udara. Namun dalam permainan video filem ini, sihir ini digunakan untuk memegunkan orang atupun haiwan. Alasannya tidak dapat diketahui, namun disebabkan alasan yang estetik, sihir ini digunakan untuk menyakitkan hati sesorang dengan menjatuhkannya ataupun memegunkannya adalah lebih bersesuaian dengan latar ketika itu.

Riddikulus (Sihir Menghapuskan Boggart) sunting

 
Parvati yang sedang berhadapan Boggart yang telah menjelma menjadi ular.
Sebutan: Ri-DIK-uh-lous
Gambaran: Ia digunakan untuk melawan Boggart. "Riddikulus" memaksa Boggart untuk berubah menjadi satu objek yang si penyihir rasakan lucu, kerana keinginan untuk gelak dapat melemahkan Boggart.
Dilihat/Disebut: Pertama kali dilihat dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, ketika Remus Lupin menggunakannya untuk mengajar para pelajarnya. Dilihat juga dalam Harry Potter dalam Piala Api ke atas Boggart yang berada di dalam laluan sesat semasa Tugasan Ketiga selain pernah digunakan oleh Molly Weasley dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix.
Etimologi: Berasal daripada perkataan bahasa Latin ridiculus, "boleh ditertawakan".
Nota: Kesan sihir ini amat bergantung kepada keadaan minda si penyihir ketika itu. Ia sebenarnya tidak secara langung mengubah bentuk Boggart kepada bentuk lain, kerana ia lebih bergantung kepada perkara yang sedang difikirkan si penyihir ketika itu.

S sunting

Salvio Hexia sunting

Sebutan: SAL-vee-oh HECKS-ee-ah
Gambaran: Membekalkan sedikit perlindungan terhadap beberapa sumpahan.
Dilihat/Disebut: Harry dan Hermione menggunakan sihir ini untuk memperkuat pertahanan kawasan perkhemahan mereka terhadap penceroboh dalam Harry Potter dengan Azimat Maut.
Etimologi: Daripada perkataan bahasa Latin salvus yang bermaksud "selamat" dan perkataan Inggeris "hex" yang bermaksud sihir.

Scourgify (Sihir Menyental) sunting

Sebutan: Tidak dapat dipastikan; berkemungkinan [ˈskoɹdʒɪˌfaɪ] atau [ˈskɝdʒɪˌfaɪ].
Gambaran: Digunakan untuk membersihkan sesuatu.
Dilihat/Disebut: Pertama kali digunakan oleh Nymphadora Tonks untuk membersihkan sangkar Hedwig dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix. Kemudian, Ginny Weasley telah menggunakannya untuk membersihkan kesan Stinksap di dalam Ekspress Hogwarts.Dalam bab Ingatan Paling Pahit Snape, telah ditunjukkan bahawa sihir ini boleh digunakan untuk membersihkan mulut seseorang dengan sabun (akibat sesuatu).
Etimologi: Berkemungkinan perkataan ini berkait-rapat dengan perkataan Bahasa Inggeris scour, "bersih" dan imbuhan -ify yang biasa dalam penggunaan Bahasa Inggeris yang membawa maksud "membuatkan sesuatu ...". Oleh itu, scourgify bermaksud "membuatkan sesuatu bersih".
Nota:Terdapat satu sihir yang agak mirip dengan sihir ini iaitu, skurge, yang digunakan dalam permainan video Harry Potter dan Bilik Rahsia .
 
Draco Malfoy yang mengalami pendarahan yang dahsyat akibat terkena Sihir Sectumsempra oleh Harry.

Sectumsempra sunting

Sebutan: SEC-tum-SEMP-ra [ˌsɛktəm'sɛmpɹa]
Gambaran: Sihir ini mebuatkan satu selaran yang besar ke atas sesuatu objek berdasarkan bentuk pergerakan tongkat sakti. Ia telah dicipta oleh Putera Berdarah Kacukan (Severus Snape) .
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Severus Snape untuk menentang James dan Lily Potter dalam ingatan Snape yang telah disaksikan oleh Harry melalui sebuah Pensieve dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan . Ia juga pernah digunakan oleh Harry untuk menentang Draco Malfoy dan juga ke atas para Inferi juga dalam buku yang sama. Sihir ini telah dipelajari oleh Harry melalui sebuah buku posyen Snape yang lama.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Bahasa Latin sectum, "potong/melukakan", dan semper, "sentiasa".
Nota: Sihir ini kelihatan boleh digunakan ke atas hampir semua objek. Tetapi ia tidak berkesan ke atas makhluk yang tidak dapat merasakan kesakitan seperti Inferi. Ia berkemungkinan dihasilkan melalui suatu bentuk sihir yang keluar dari hujung bahagian tongkat sakti si penyihir, satu hipotesis yang disokong dengan pelbagai bentuk luka yang terhasil dari dada dan muka Malfoy.


 
Ular yang telah terhasil dari Sihir Serpensortia Draco Malfoy.

Serpensortia sunting

Sebutan: SER-pen-SORT-ia [ˌsɛɹpən'sɒɹtʃa]
Gambaran: Menghasilkan seekor ular dari tongkat si penyihir.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Draco Malfoy ketika bertarung dengan Harry Potter dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia.
Etoimologi: Berasal daripada bahasa Latin serpens, "ular"; dan perkataan bahasa Perancis sortir, "untuk dikeluarkan/keluar dari".

Silencio (Mantera Penyeyap) sunting

Sebutan: [si'lɛnsiˌo]
Gambaran: Menjadikan sesuatu itu untuk senyap.
Dlihat/Disebut: Pertama kali digunakan oleh Hermione di dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix.
Etmologi: Berkemungkinan berasal daripada perkataan Latin silentium, "senyap". Juga, silencio dan silêncio (mirip dengan sebutan di dalam bahasa Inggeris) yang bermaksud "diam/senyap" di dalam bahasa Sepanyol dan Portugis.

Slowing Spell (Sihir Memperlahan) sunting

Sebutan: Tidak diketahui. Ia hanya pernah disebutkan dan tidak pernah lagi terdapat catatan lain mengenaiya.
Gambaran: Memperlahan seseorang atau objek yang sedang jatuh.
Dilihat/Disebut: Dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, Harry telah jatuh dari penyapu terbangya dari satu ketinggian yang agak tinggi ; Dumbledore telah menyelamatkan Harry daripada mengalami kecederaan yang teruk dengan menggunakan sihir ini.
Nota: Dalam filem Harry Potter dengan Banduan Azkaban , Dumbledore telah menyelamatkan Harry dengan menghasilkan satu sihir yang dengan sebutan manteranya , Arresto Momentum. Sihir ini agak berbeza berbanding yang pernah disebut di dalam buku: dalam filem, Harry telah terjatuh terus ke atas tanah. Juga, sihir ini menghasilkan kesan yang agak sama ke atas Bola Quaffle dalam permainan Quidditch dengan memperlahankannya. Adalah tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua sihir ini mempunyai kaitan yang sama.

Slug-Vomiting Jinx (Sumpahan Memuntahkan Lintah) sunting

 
Ron yang sedang memuntahkan lintah dan ditemani oleh Harry dan Hermione
Sebutan: Tidak diketahui. Malah tidak terdapat sebarang sebutan sihir langsung dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia , di mana Ron telah menengking kepada Malfoy dengan berkata "Kau akan menerima balasan, Malfoy!" sebelum mensasarkan tongkat sakti miliknya ke arah Malfoy. Hal ini tidak dapat dijelaskan kerana ia adalah tidak diketahui sama ada sihir ini mempunyai sebutan untuk melaksanakannya (melainkan ia merupakan sihir yang boleh dilakukan secara Mantera Tanpa Sebutan) ataupun memang ia tidak mempunyai sebarang sebutan sihir langsung. Ia boleh dikatakan sebagai satu sihir yang agak sukar dilakukan pada masa yang diperlukan. Seseorang yang telah terkena sihir ini memerlukan masa untuk sembuh ataupun sehingga kesan sihir ini luput. Dalam filem Harry Potter dan Bilik Rahsia Ron telah mengungkapkan ayat "eat slugs" yang bermaksud "makan lintah" sebagai ayat sihir ataupun perbuatan beliau itu sekadar satu lakonan yang menunjukkan dia sebenarnya berani.
Gambaran: Satu jaluran cahaya berwarna hijau akan menyerang mangsa yang kemudiannya akan memuntahkan lintah.
Dilihat/Disebut: Dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia, Ron Weasley telah menggunakannya ke atas Draco Malfoy; namun disebabkan tongkat saktinya yang rosak akibat patah, sihir itu terkena Ron pula.
 
Albus Dumbldore yang sedang menggunakan Sihir Sonorus.

Sonorus sunting

Sebutan: [so'noɹəs]
Gambaran: Memperbesar suara si penyihir.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Ludo Bagman dalam Harry Potter dalam Piala Api untuk berucap pada sesebuah majlis tanpa menggunakan sebuah pembesar suara ; selain digunakan oleh Cornelius Fudge , Menteri Sihir pada permulaan Perlawanan Quidditch Dunia. Ia juga telah digunakan oleh Profesor Dumbledore untuk menguatkan suaranya ketika berada di dalam Dewan Besar yang ramai dengan pelajar dan guru dalam Harry Potter dalam Piala Api.
Etimologi: Berasal daripada perkataan Latin sonorus, "kuat; bising".
Nota: Sihir balas untuk sihir ini ialah Sihir Quietus.

Specialis Revelio (Scarpin's Revelaspell) sunting

Sebutan: [speɪ'ʃalɪs ɾeɪ'veɪlio]
Gambaran: Menyebabkan sesuatu objek itu untuk mendedahkan rahsia tersembunyi ataupun sifat-sifat sihirnya.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Hermione Granger untuk mengetahui dengtan lebih dekat lagi tentang buku posyen milik Harry dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan . Ia turut digunakan oleh Ernie MacMillan untuk mengkaji sejenis bahan dari sejenis posyen.
Etimologi: Berasal daripada perkataan bahasa Latin specialis, "tertentu;individu" dan revelare, "mendedahkan".
Nota: Dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, Severus Snape telah menghasilkan sejenis sihir yang agak serupa dengan menyebut ("Reveal your secrets!") yang bermaksud "Dedahkan rahsia anda!" ke atas Peta Penjarah , sungguhpun dia mungkin hanya menggunakan ayat tersebut untuk mengaburi sihir sebenar yang digunakan secara Mantera Tanpa Sebutan. Sihir ini mungkin juga mampu untuk membezakan bahan-bahan yang terdapat di dalam sesuatu posyen.

Stealth Sensoring Spell (Sihir Pengesan Senyap-Senyap) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Mengesan sebarang bentuk objek atau sesuatu yang berada di bawah pengaruh sihir.
Dilihat/Disebut: Dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, di mana Profesor Umbridge menggunakan sihir ini semasa berada di dalam pejabatnya.

Stinging Hex (Sihir Menyengat) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menyebabkan mangsa merasakan kesakitan seperti disengat di bahagian tengkuk.
Dilihat/Disebut: Harry Potter secara tidak sengaja telah menggunakannya ke atas Severus Snape ketika latihan Oklumensi dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix. Ia mungkin tidak menyebabkan kesakitan kepada Snape ketika terkena sihir tersebut, namun kekuatannya mungkin agak berbeza ataupun lebih kuat jika dihasilkan secara sengaja.

Stretching Jinx (Sumpahan Memanjang) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Memanjangkan objek.
Dilihat/Disebut: Pertama kali didengari di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan ketika Puan Weasley menyebut tentang Harry dan Ron yang kini telah menjadi tinggi lampai setelah cuti musim panas.
 
Ahli Kementerian Sihir menggunakan Sihir Memegun dalam usaha untuk menangkap mereka yang telah menghasilkan Tanda Raja Jahat ketika pertandingan Quidditch antarabangsa.

Stupefy (Sihir Memegun) sunting

Sebutan: ['stupəˌfaɪ]
Gambaran: Menyebabkan mangsa untuk tidak sedarkan diri.
Dilihat/Disebut: Amat kerap; terutamanya oleh Profesor Dolores Umbridge , Profesor Profesor McGonagall dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix.
Etimologi: Berasal daripada perkataan bahasa Inggeris stupefy, yang bermaksud 'untuk meletakkan seseorang dalam keadaan pegun', untuk tempoh masa yang tertentu.
Nota: Keadaan fizikal sihir ini ialah satu jaluran chaya berwarna merah yang keluar dari tongkat si penyihir. Sihir ini akan terurai setelah tamat tempohnya dan boleh dibalas semula dengan sihir balas Sihir Enervate.Sihir ini hampir tidak berguna melainkan jika dilakukan secara berulang kali jika digunakan ke atas makhluk yang kebal daripada serangan sihir seperti naga dan golongan gergasi seperti Hagrid . Sihir ini mungkin akan menjadi lebih berbahaya dan boleh mendatangkan kecederaan kepada mereka yang tidak mempunyai ketahanan tubuh terhadap sihir ini seperti yang telah terjadi kepada Profesor McGonagall dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix .
Nota: (2) Bentuk yang lebih berbahaya mungkin telah digunakan secara Mantera Tanpa Sebutan seperti yang telah digunakan oleh Profesor Albus Dumbledore ke atas Pegawai-pegawai Kementerian Sihir seperti Dawlish, Dolores Umbridge , Kingsley Shacklebolt dan Cornelius Fudge .

Supersensory Charm (Sihir Superderia) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Membolehkan si penyihir untuk mempunyai deria yang lebih tajam.
Dilihat/Disebut: Telah disebut oleh Ron di luar kawansan Ekspres Hogwarts dalam epilog Harry Potter dengan Azimat Maut sebagai pengganti cermin yang sesuai semasa memandu kereta buatan Muggle.

Switching Spell (Sihir Penukar) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Mengikut peraturan Permainan "Trading Card" Harry Potter, ia digunakan untuk mengubah dua lokasi sesuatu objek . Harry telah menggunakan sihir ini ke atas naganya semasa Tugasan Pertama dalam Kejohanan Ahli Sihir Trio dalam Harry Potter dalam Piala Api. Sebelum ketibaan pelajar-pelajar Beauxbaxtons dan Durmstrang, Neville secara tidak sengaja telah meletakkan cuping telinganya ke atas sebuah pokok kaktus sebelum ditegur oleh Profesor McGonagall yang berkata "Longbottom, sila jangan tunjukkan yang kamu tidak mampu untuk melakukan Sihir Penukar yang mudah kepada wakil daripada Durmstrang!" Namun, sebenarnya tida sebarang bahagian kaktus yang telah tertukar dengan telinga Neville, kerana yang sebenarya sihir ini lebih kepada satu bentuk transplan daripada benar-benar menukarkan lokasinya; namun ia juga mungkin disebabkan sihir Neville yang agak kelam-kabut. Di dalam buku pertama,Hermione pernah menyebut tentangnya dalam bab sembilan yang sekiranya Harry dan Ron berperang tanding dengan Malfoy, mereka akan kehilangan segala markah yang mereka pernah dapat dari Profesor McGonagall setelah beliau mendapat tahu tentang sihir ini. Hal ini bermakna, mereka telah mengetahui tentang sihir ini sejak tahun pertama lagi.

T sunting

Taboo (Pantang) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gmabaran: Satu sumpahan boleh digunakan ke atas perkataan atau nama, supaya apabila ia disebut, satu gangguan sihir akan tercipta dan memberi amaran kepada si penyihir tentang lokasi si penyebut perkataan itu tadi.
Dilihat/Disebut: Dalam Harry Potter dengan Azimat Maut, sihir ini digunakan ke atas perkataan "Voldemort"; Ron Wealey mendapat tahu tentang ini dan telah memberi amaran kepada Harry dan Hermione dari menyebut nama Voldemort. Namun, Harry secara tidak sengaja telah menyebutnya lalu menyebabkan ketiga-tiga mereka untuk ditangkap dan dibawa ke rumah besar milik keluarga Malfoy.

Tarantallegra sunting

Sebutan: Ta-RAN-ta-LEG-rah
Gambaran: Membuatkan kaki mangsa untuk bergerak seperti menarikan tarian Tarantella.
Dilihat/Disebut: Digunakan oleh Draco Malfoy dalam Kelab Perang Tanding dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia. Salah seorang Death Eater juga pernah menggunakan sihir ini ke atas Neville Longbottom dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix.
Etimologi: Berasal daripada perkataan bahasa Itali tarantella, iaitu sejenis tarian desa yang lincah dan pernah terkenal di sesetengah kawasan Itali; dan allegro, satu terma muzikal yang bermaksud "pantas".

Tergeo (Sihir Menyedut) sunting

Sebutan: TUR-jee-oh (IPA: ['tɝ.dʒi.əʊ])
Gambaran: Sejenis sihir yang digunakan untuk membersihkan sesuatu cecair daripada permukaan.
Dilihat/Disebut: Hermione Granger pernah menggunakan sihir ini dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan untuk membuang darah yang melekat di muka Harry. Kemudian sihir ini pernah digunakan untuk membersihkan dakwat yang tumpah.
Etimologi: Berasal daripada bahasa Latin tergere, yang bermaksud "membersihkan" atau perkataan tergeo yang bermaksud "mencuci".

Tongue-Tying Curse (Sumpahan Pengikat Lidah) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Sihir ini digunakan unbtuk menghalang maklumat tertentu daripada dibocorkan oleh individu yang telah dikenakan dengan sihir ini. Sihir ini bertindak dengan menyebabkan lidah mengsa untuk terbelit ke belakang buat sementara waktu.
Dilihat/Disebut: Pertama kali disebut dalam Sumpahan dan Pembalik Sumpahan. Digunakan di dalam Harry Potter dengan Azimat Maut sebagai pencegah kepada Severus Snape, atau mana-mana tetamu yang tidak diundang di Nombor 12 Grimmauld Place, dari mendedahkan lokasi persembunyian daripada diketahui oleh orang lain.

Transmogrifian Torture (Seksaan Perubahan Sama Sekali) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Mengikut Gilderoy Lockhart, ia merupakan sejenis sihir pembunuh dan hanya beliau sahaja tahu akan cara sihir balasnya.
Dilihat/Disebut: Oleh Profesor Lockhart, semasa membincangkan kejadian buruk yang telah berlaku terhadap Puan Norris dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia. Maksud "to transmogrify" ialah untuk berubah bentuk. Namun, sihir ini mungkin rekaan Gilderoy Lockhart yang bertujuan untuk menunjukkan kehebatannya semata-mata.

Trip Jinx (Sihir Menjatuhkan) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Pernah digunakan sekali sahaja, iaitu untuk membuatkan sesuatu objek atau tongkat sakti mangsa jatuh.
Dilihat/Disebut: Malfoy pernah menggunakan sihir ini ke atas Harry untuk menjatuhkannya dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix untuk menangkapnya semasa Harry cuba lari daripada tempat perjumpaan Tentera Dumbledore.

U sunting

 
Jabatan tangan antara Narcissa Malfoy dan Severus Snape yang disaksikan oleh Bellatrix Lestrange dengan menggunakan Sihir Ikatan Tidak Terlerai.

Unbreakable Vow (Ikatan Tidak Terlerai) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menyebabkan satu perjanjian yang dibuat oleh seorang ahli sihir itu tidak boleh dimungkiri dan jika dimungkiri, akibatnya ialah maut.
Dilihat/Disebut: Severus Snape menggunakan sihir ini dengan Narcissa Malfoy pada permulaan Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, dengan berjanji akan membantu anak Narcissa, Draco Malfoy dengan tugasan yang telah diberikan oleh Voldemort dan menyudahkan tugasan tersebut jika Draco tidak mampu menyudahkannya. Fred dan George Weasley pernah cuba untuk menggunakan sihir ini ke atas adik mereka Ron Weasley sebelum dihukum oleh Arthur Weasley dengan teruknya.

Undetectable Extension Charm (Sihir Pemanjangan yang Tidak Dapat Dikesan) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menyebabkan isipadu sesuatu objek itu untuk bertambah tanpa mengubah bentuk luaran objek tersebut.
Dilihat/Disebut: Sihir ini digunakan oleh Arthur Weasley untuk memuatkan lapan orang, enam bagasi yang besar, dua burung hantu, dan seekor tikus untuk muat (dengan selesa) di dalam sebuah kereta Ford Anglia dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia. Hermione juga pernah menggunakan sihir ini ke atas beg bermanik kecil beliau dalam Harry Potter dengan Azimat Maut.

Unplottable Charm (Sihir Tidak Terplot) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gambaran: Menyebabkan sesuatu bangunan atau lokasi tidak terplot dalam sesebuah peta.
Dilihat/Disebut: Pertama kali disebut oleh Hermione ketika beliau tertanya-tanya jika sekolah sihir seperti Durmstrang dan Beauxbatons tidak dapat diplotkan dalam Harry Potter dalam Piala Api. Dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix , dinyatakan bahawa Nombor 12, Grimmauld Place juga Tidak Terplot.

V sunting

Lord Voldemort's Shield (Perisai Voldemort) sunting

Sebutan: Tidak diketahui.
Gamabaran: Digunakan di dalam buku Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix oleh Voldemort, dalam bab "The Only One He Ever Feared" ataupun "Satu-satunya Yang Ditakuti". Ia mempunyai bentuk fizikal yang agak keperakkan. Voldemort menggunakan sihir ini untuk melindungi dirinya daripada sihir Dumbledore yang membuatkan bulu roma tengkuk Harry untuk berdiri. Apabila sihir Dumbledore mengenai perisai ini, satu bunyi seperti gong dihasilkan dan bunyinya sama seperti bunyi yang dihasilkan oleh perisai yang diperbuat daripada besi.

W sunting

Waddiwasi sunting

Sebutan: WAD-ee-WAH-see
Gambaran: Kelihatan seperti melancarkan satu objek kecil ke udara.
Dilihat/Disebut: Hanya pernah digunakan sekali sahaja iaitu oleh Remus Lupin dalan Harry Potter dengan Banduan Azkaban untuk membuang gula-gula getah dalam lubang kunci yang dilakukan oleh Peeves untuk terus masuk ke dalam lubang hidung Peeves.
Etimologi: Berasal daripada bahasa Latin vade, "pergi; mengembara", dan mungkin juga vasa, "menyudahkan, terowong"; tetapi bahagian ini sedikit menyulitkan kerana aksara "V" dalam bahasa Latin juga ditulis sebagai aksara "U", dan disebut sama seperti sebutan bahas Inggeris untuk akasara "W". Ia juga mungkin berasal daripada perkataan bahasa Sweden vadd, yang bermaksud "jisim lembut" (dalam kes ini ia merujuk kepada gula-gula getah tersebut) dan perkataan bahasa Perancis vas y, "pergi ke", sama seperti tindakan Lupin yang membuatkan gula-gula getah tersebut melayang keluar dari lubang kunci untuk terus masuk ke dalam lubang hidung Peeves . Ia juga mungkin berasal daripada perkataan bahasa Inggeris wad, sama seperti "a wad of gum" ataupun sebungkus gula-gula getah.
 
Hermione mengajar Ronald cara menggunakan Sihir Mengapung.

Wingardium Leviosa (Sihir Mengapung) sunting

Sebutan: Win-GUARD-ee-um Le-vee-OH-sah (IPA: [wɪn.'gaɹ.di.ˌʌm lɛ.vi.'əʊ.sə])
Gambaran: Mengapungkan objek.
Dilihat/Disebut: Pertama kali dalam Harry Potter dengan Batu Hikmat, ketika kelas tahun pertama Profesor Flitwick, kemudian di dalam buku yang sama Ron Weasley telah menggunakan sihir ini ke atas sebatang kayu pemukul ke atas seekor trol gunung. Ia juga pernah digunakan untuk mengapungkan kek yang mengandungi ubat tidur dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia. Harry juga pernah menggunakan sihir ini dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix untuk mengubah otak-otak yang menghalang laluannya semasa beliau mengejar Bellatrix Lestrange dalam pejabat Kementerian Sihir.
Etimologi: "Wingardium" mempunyai gabungan kata bahasa Inggeris wing yang bermaksud sayap, dan perkataan bahasa Latin arduus, "dalam"; atupun mungkin elemen kedua perkataan tersebut hanya mepunyai perkataan ala Latin. "Leviosa" mungkin berasal daripada perkataan bahasa Latin levis, "ringan", tetapi sihir tersebut mempunyai perkataan "levi", yang merupakan imbuhan yang membawa maksud 'untuk menaikkan.'
Nota: Dobby, si elf rumah juga pernah menggunakan sihir yang agak serupa dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia, yang mengapungkan lalu menghempaskan puding di dapur rumah Dursley. Sihir ini dilakukan dengan memusingkan tongkat sakti lalu menghayunkannya sebelum mengucapkan "Wingardium Leviosa!" .

Rujukan sunting

  1. ^ J.K. Rowling Web Chat Transcript - The Leaky Cauldron
  2. ^ Rowling, J. K. (2007). Harry Potter and the Deathly Hallows. Bloomsbury Publishing. m/s. 484. ISBN 9780747591061.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SCL tidak disediakan

Pautan luar sunting

Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

The Sorcerer's/Philosopher's Stone buku filem
The Chamber of Secrets buku filem
The Prisoner of Azkaban buku filem
The Goblet of Fire buku filem
Order of the Phoenix buku filem  
The Half-Blood Prince buku filem  
The Deathly Hallows buku filem pertama dan kedua  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku