Sijil Pelajaran Malaysia
Rencana ini nampaknya ditulis seperti menggalakkan penunjukan prestasi kedudukan sekolah-sekolah di Malaysia. (Jun 2023) |
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM ialah sejenis peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa di Tingkatan 5. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan menengah atas.




SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM, Matrikulasi atau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.
Untuk peperiksaan SPM mulai tahun 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia mula menggunakan format baharu KSSM menggantikan format lama KBSM. Bagi kertas Bahasa Inggeris pula, Kementerian Pendidikan mula menjajarkan format peperiksaan Bahasa Inggeris agar sejajar dengan Common European Framework of Reference (CEFR) yang digunakan diperingkat antarabangsa.
Senarai subjek
Subjek teras
Subjek-subjek tertentu adalah wajib. Antaranya ialah:
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan | Syarat Khas |
---|---|---|---|
1103 | Bahasa Melayu | Bahasa Melayu | |
1119 | Bahasa Inggeris | Bahasa Inggeris | |
1223 | Pendidikan Islam | Bahasa Melayu | Diambil oleh pelajar beragama Islam sahaja |
1225 | Pendidikan Moral | Bahasa Melayu | Diambil oleh pelajar bukan Islam |
1249 | Sejarah | Bahasa Melayu | |
1449 | Mathematics | Bahasa Melayu dan Inggeris | |
1511 | Science | Bahasa Melayu dan Inggeris |
*Kemas kini pada 3 November 2015
**Subjek Pendidikan Islam tidak wajib diambil bagi pelajar Aliran Sains Agama atau Aliran Agama Tulen. Pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan subjek elektif bagi aliran mereka.
Subjek elektif
Para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM boleh memilih untuk mengambil subjek-subjek elektif seperti di bawah. Namun begitu, ia perlu bersesuaian dengan kerjaya yang ingin diceburi selepas tamat pendidikan menengah[1]. Ada juga beberapa subjek yang tidak boleh diambil kerana waktu peperiksaan yang berlaku serentak seperti subjek-subjek dalam bidang kesusasteraan.
Bahasa dan Kesusasteraan
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan | Syarat Khas |
---|---|---|---|
2205 | Literature in English | Bahasa Inggeris | |
2215 | Kesusasteraan Melayu | Bahasa Melayu | |
2361 | Bahasa Arab Tinggi | Bahasa Arab | |
6351 | Bahasa Cina | Bahasa Cina | |
6354 | Bahasa Tamil | Bahasa Tamil | |
6355 | English for Science and Technology | Bahasa Inggeris | |
6356 | Bahasa Iban | Bahasa Iban | |
6357 | Bahasa Kadazandusun | Bahasa Kadazandusun | |
6358 | Bahasa Semai | Bahasa Semai | |
6362 | Bahasa Arab Komunikasi | Bahasa Arab | |
9216 | Kesusasteraan Cina | Bahasa Cina | |
9217 | Kesusasteraan Tamil | Bahasa Tamil | |
9378 | Bahasa Punjabi | Bahasa Punjabi |
Sains dan Matematik
Subjek-subjek dalam bidang ini termasuk dalam pembelajaran Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Para pelajar yang mengambil subjek-subjek di bawah boleh menjawab sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Namun begitu, polisi ini bakal dimansuhkan menerusi permansuhan PPSMI yang dijadualkan pada tahun 2021[2].
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan | Syarat Khas |
---|---|---|---|
3472 | Additional Mathematics | Bahasa Melayu dan Inggeris | |
3765 | Information and Communication Technology | Bahasa Melayu dan Inggeris | |
4531 | Physics | Bahasa Melayu dan Inggeris | |
4541 | Chemistry | Bahasa Melayu dan Inggeris | |
4551 | Biology | Bahasa Melayu dan Inggeris | |
4561 | Additional Science | Bahasa Melayu dan Inggeris | |
4581 | Applied Science | Bahasa Melayu dan Inggeris |
Sains Sosial dan Keagamaan
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan | Syarat Khas |
---|---|---|---|
2280 | Geografi | Bahasa Melayu | |
3754 | Pengajian Keusahawanan | Bahasa Melayu | |
3755 | Perdagangan | Bahasa Melayu | |
3756 | Prinsip Perakaunan | Bahasa Melayu | |
3757 | Ekonomi Asas | Bahasa Melayu | |
5226 | Tasawwur Islam | Bahasa Melayu | |
5227 | Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah | Bahasa Melayu | |
5228 | Pendidikan Syariah Islamiah | Bahasa Melayu | |
8702 | Perakaunan Perniagaan | Bahasa Melayu | |
9221 | Bible Knowledge | Bahasa Inggeris |
Kesenian dan Kesihatan
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan | Syarat Khas |
---|---|---|---|
2611 | Pendidikan Seni Visual | Bahasa Melayu | |
2621 | Pendidikan Muzik | Bahasa Melayu | |
4571 | Pengetahuan Sains Sukan | Bahasa Melayu |
Kejuruteraan
Kebiasaannya, subjek-subjek dalam bidang ini ditawarkan kepada para pelajar yang mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional[3].
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan | Syarat Khas |
---|---|---|---|
3759 | Lukisan Kejuruteraan | Bahasa Inggeris | |
3760 | Pengajian Kejuruteraan Mekanikal | Bahasa Inggeris | |
3761 | Pengajian Kejuruteraan Awam | Bahasa Inggeris | |
3762 | Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik | Bahasa Inggeris | |
3763 | Rekacipta | Bahasa Melayu | |
3764 | Teknologi Kejuruteraan | Bahasa Inggeris |
Gred dan pencapaian
Mulai pada tahun 2015:
Gred | Pencapaian | Purata | Markah |
---|---|---|---|
A+ | Cemerlang Tertinggi | 0 | 90 - 100 |
A | Cemerlang Tinggi | 1 | 80 -89 |
A- | Cemerlang | 2 | 70 - 79 |
B+ | Kepujian Tertinggi | 3 | 65 - 69 |
B | Kepujian Tinggi | 4 | 60 - 64 |
C+ | Kepujian Atas | 5 | 55 - 59 |
C | Kepujian | 6 | 50 - 54 |
D | Lulus Atas | 7 | 45 - 49 |
E | Lulus | 8 | 40 - 44 |
G | Gagal | 9 | 0 - 39 |
Senarai pelajar terbaik SPM
Tahun | Nama | Sekolah | Keputusan SPM |
---|---|---|---|
2000 | Ong Jin Hock | SMK Ibrahim | 12 1A |
2001 | Alvin Choong Ching Yek
Lee Shen Han Joy Wee Xin Ning |
SMK Penang Free
SMK Ibrahim SMK Convent |
12 1A
12 1A 12 1A |
2002 | Yap Sui Lin | SM (P) Kuen Cheng | 14 1A, 1 2A |
2003 | Ahmad Atiq Abdul Hamid | SMK La Salle Klang, Klang | 14 1A, 1 2A |
2004 | Nur Amalina Che Bakri
Anushree Lalitha A/P Subramaniam |
SMK Ulu Tiram, Johor
SMK Perempuan Sri Aman |
17 1A
14 1A |
2005 | Chong Huey Ee | SMK (P) Treacher Methodist, Taiping
Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu SMK Raja Lumu, Klang |
15 1A. 1 2A
15 1A 15 1A |
2006 | Siti Fatimah Mukhtar
Yeo Jie Ming Melissa Sia Yin Ying |
Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu
SMK Bukit Mertajam SM Kian Kok, Kota Kinabalu |
17 1A, 1 2A
16 1A 16 1A |
2007 | Azali Azlan
Quek Khai Ren |
SMK Agama Yan
SMJK Hwa Lian, Mentakab |
20 1A, 1 2A
16 1A |
2008 | Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal
Lim Shu Yong Tan Chin Huat Akira Wong Neng Chun |
SMA (Ugama) Maahad Muhammadi (Perempuan)
SMJK Yoke Kuan, Sekinchan SMJK Yoke Kuan, Sekinchan SMK Tung Hua, Sibu |
19 1A, 1 2A
16 1A 16 1A 16 1A |
2009 | Grace Kiew Sze-Ern
Gladys Tan Yee Kim |
SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya
SMK Green Road |
15 A+
10 A+ |
2010 | Muhammad Putera Farid Iskandar | SMS Tuanku Munawir | 10 A+ |
Bermula SPM 2011, tiada pengumuman pelajar terbaik dibuat. Bagi SPM 2010-2014, seramai 30 pelajar (SPM 2009,2010) dan 50 pelajar (SPM 2011-2014) paling cemerlang (semua A+) dalam SPM diberikan Biasiswa Nasional secara automatik.
Sekolah terbaik SPM
Tahun | Sekolah SBP KPM | GPS | MRSM | GPS | Sekolah Swasta | GPS | Sekolah Harian KPM | GPS | Sekolah Agama Negeri | GPS | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1997 | Kolej Yayasan Saad | 2.06 | |||||||||
1998 | Kolej Yayasan Saad | 2.18 | |||||||||
1999 | Kolej Yayasan Saad | 2.29 | |||||||||
2000 | Kolej Yayasan Saad | 2.48 | |||||||||
2001 | Sekolah Sultan Alam Shah | 2.09 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.80 | Kolej Yayasan Saad | 2.04 | |||||
2002 | Sekolah Sultan Alam Shah | MRSM Langkawi | 1.83 | Kolej Yayasan Saad | 1.43 | SMK Sultanah Asma | |||||
2003 | Kolej Tunku Kurshiah | 1.63 | MRSM Langkawi | Kolej Yayasan Saad | 1.52 | ||||||
2004 | Kolej Islam Sultan Alam Shah | 1.61 | MRSM Beseri | 1.705 | Kolej Yayasan Saad | 1.43 | |||||
2005 | Kolej Islam Sultan Alam Shah | 1.74 | MRSM Tun Ghafar Baba | Kolej Yayasan Saad | 1.50 | ||||||
2006 | SMS Tuanku Munawir | 1.62 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.4328 | Kolej Yayasan Saad | 1.33 | |||||
2007 | SMS Tuanku Munawir | 1.562 | MRSM Langkawi | 1.4457 | Kolej Yayasan Saad | 1.43 | |||||
2008 | SMS Tuanku Munawir | 1.612 | MRSM Langkawi | 1.4041 | Kolej Yayasan Saad | 1.33 | |||||
2009 | SMS Tuanku Munawir | 0.97 | MRSM Taiping | 1.1052 | Kolej Yayasan Saad | 0.58 | SMK Infant Jesus Convent,JB | ||||
2010 | SMS Tuanku Munawir | 0.8874 | MRSM Pengkalan Chepa | 0.83 | Kolej Yayasan Saad | 0.66 | |||||
2011 | Kolej Tunku Kurshiah | 0.9230 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.00 | Kolej Yayasan Saad | 0.85 | |||||
2012 | Sekolah Seri Puteri | 1.0422 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.039 | Kolej Yayasan Saad | 1.18 | SMK Sultan Ismail, JB | ||||
2013 | Sekolah Tun Fatimah | 0.8410 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.1329 | Kolej Yayasan Saad | 1.00 | |||||
2014 | SMS Tuanku Munawir | 1.1568 | MRSM Taiping | 1.0681 | Kolej Yayasan Saad | 0.94 | SMK Infant Jesus Convent,JB | 1.16 | |||
2015 | SMS Tuanku Munawir | 1.4029 | MRSM Taiping | 1.436 | Kolej Yayasan Saad | 1.15 | SMK Infant Jesus Convent,JB | 1.56 | |||
2016 | Kolej Tunku Kurshiah | 1.31 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.22 | Kolej Yayasan Saad | 1.59 | |||||
2017 | Sekolah Tun Fatimah | 1.109 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.436 | Kolej Yayasan Saad | 1.20 | |||||
2018 | Sekolah Tun Fatimah | 1.31 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.48 | Kolej Yayasan Saad | 1.24 | |||||
2019 | Sekolah Tun Fatimah | 0.784 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.37 | Kolej Yayasan Saad | [4] | |||||
2020 | SBP Integrasi Gombak | 1.00 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.36 | Kolej Yayasan Saad | 1.14 | |||||
2021 | Sekolah Tun Fatimah | 0.84 | MRSM Taiping | 1.510 | Kolej Yayasan Saad | 0.88 | SMKA Kerian | 1.57 | SM Imtiaz Kuala Terengganu | 1.57 | |
2022 | SBP Integrasi Gombak | 1.05 | MRSM Kepala Batas | 1.656 | Kolej Yayasan Saad |
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Menghadkan 10 Subjek Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2010 : Impak Dan Pendapat Yang Berbeza.". Portal 1Klik. Dicapai pada 3 November 2015.
- ^ "Final PPSMI batch to continue in English". Free Malaysia Today. 4 November 2011. Dicapai pada 3 November 2015.
- ^ "Teknik & Vokasional". Kementerian Pendidikan Malaysia. Dicapai pada 3 November 2015.
- ^ "Senarai Ranking Sekolah SBP Terbaik SPM 2019". Sistem Guru Online. Dicapai pada 31 Mac 2020.