Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Malaysian Higher School Certificate dalam bahasa Inggeris merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. Peperiksaan ini dulu dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2020

STPM disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET), berbeza dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Walau bagaimanapun, kedua-dua LPM dan MPM adalah terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

STPM adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia. Sistem yang lain pula adalah Program Matrikulasi yang dianjurkan oleh KPM.

STPM diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat ,Ireland dan Australia. Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.

Mulai tahun 2012 dan seterusnya, sistem modular baru akan menggantikan sistem terminal yang sedia ada untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).[1] Selain itu, keputusan peperiksaan di bawah sistem penilaian baru STPM akan dipantau oleh wakil dari Cambridge Examination Syndicate untuk mengekalkan kualiti dan piawaian [2]

Tingkatan enam

Walaupun pendidikan sekolah menengah kebangsaan terdiri daripada 5 tingkatan, "Tingkatan Enam" digunakan untuk menamakan program prauniversiti STPM. Kementerian Pendidikan memilih Sekolah Menengah yang mempunyai kebolehan untuk menawarkan Tingkatan 6 sehingga tahun 2015 di mana terdapat tiga mod iaitu Mod 1 (Kolej Tingkatan Enam), Mod 2 dan 3 (Pusat Tingkatan Enam di Sekolah Menengah)

Tingkatan 6 bertempoh setahun setengah iaitu tiga semester.

Pelajar Tingkatan 6 di Mod 2 berkongsi bangunan sekolah yang sama dengan pelajar sekolah arus perdana dan mempunyai bilangan kelas melebihi 12 kelas bagi setiap tingkatan manakala pelajar Tingkatan 6 di Mod 3 mempunyai bilangan kelas kurang daripada 12 kelas dan turut berkongsi bangunan sekolah dengan pelajar menengah arus perdana.[3] Pelajar Tingkatan 6 berpakaian formal dan dapat membawa gajet(atas peraturan pengetua kolej) seperti pelajar di kolej swasta. Seterusnya, mereka diberi jawatan yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum dalam persatuan dan terdapat juga pelajar di sekolah tertentu menghadiri perhimpunan dan mempunyai tempoh rehat yang berlainan dengan sekolah lain.

Mata pelajaran

Calon STPM menduduki maksimum 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi mata pelajaran sains dan matematik seperti Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Perkomputeran (Computering), Fizik (Physics), Kimia (Chemistry) dan Biologi (Biology) ditawarkan dalam dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sehingga kini dimana calon STPM boleh memilih sama ada hendak menjawabnya dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Bagi mata pelajaran yang lain, kertas peperiksaan masih disediakan dalam bahasa Melayu atau bahasa masing-masing.

Bagi peperiksaan STPM, pengambilan sebarang kombinasi mata pelajaran adalah dibenarkan iaitu pengambilan apa-apa mata pelajaran adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar yang memohon universiti tempatan diwajibkan mengambil Pengajian Am. Kebanyakan sekolah atau kolej menawarkan kombinasi mata pelajaran berdasarkan aliran sains atau kemanusiaan.

Senarai mata pelajaran yang ditawarkan:

  • 900 Pengajian Am
  • 910 Bahasa Melayu
  • 911 Bahasa Cina
  • 912 Bahasa Tamil
  • 913 Bahasa Arab
  • 920 Literature in English (Sastera Bahasa Inggeris)
  • 922 Kesusasteraan Melayu
  • 930 Syariah
  • 931 Usuluddin
  • 932 Tahfiz Al-Quran
  • 940 Sejarah
  • 942 Geografi
  • 944 Ekonomi
  • 946 Pengajian Perniagaan
  • 948 Perakaunan
  • 950 Mathematics S
  • 954 Mathematics T
  • 956 Further Mathematics T
  • 958 Computing
  • 960 Physics (Fizik)
  • 962 Chemistry (Kimia)
  • 964 Biology (Biologi)
  • 966 Sains Sukan
  • 970 Seni Visual

Pertukaran format

Mathematics S (bermaksud Matematik gunaan) dan Mathematics T (bermaksud Matematik tulen) dalam format lama STPM (sebelum tahun 2012) akan disemak semula untuk Mathematics M (Pengurusan) dan Mathematics T (Teknologi) masing-masing.

Sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran Matematik akan dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan bidang topik.

Mathematics M

  • Algebra and Calculus
  • Statistics
  • Financial and Decision Mathematics

Mathematics T

  • Algebra and Geometry
  • Calculus
  • Statistics

Further Mathematics

  • Discrete Mathematics
  • Alegebra and Geometry
  • Calculus


Semua mata pelajaran Matematik (tidak termasuk Further Mathematics) berkongsi sukatan pelajaran yang sama untuk bahagian "Algebra" tetapi sukatan pelajaran yang berbeza bagi bahagian "Statistics" walaupun tajuk yang sama.

Namun, mata pelajaran Futher Mathematics dimansuhkan dan tidak lagi ditawarkan dalam STPM pada tahun 2014. Mulai tahun 2019, Majlis Peperiksaan Malaysia telah memperkenalkan mata pelajaran baharu iaitu Tahfiz Al Quran. [4]

Gred

STPM menggunakan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sistem.Terdapat 11 gred, yang A, A-, B +, B, B-, C +, C, C-, D + dan D, manakala F sebagai gred gagal.Mata gred bagi setiap gred ini adalah antara 4.0 dan 1.0, A menjadi 4.0 dan D-menjadi 1.0. Gred F memberikan satu titik gred 0. Mulai tahun 2012 dan seterusnya, titik PNGK bagi setiap subjek dikenali sebagai Point Pelajaran Gred (SGP) manakala titik PNGK keseluruhan untuk semua subjek akan dikenali sebagai "Gred Subjek Keseluruhan".[5]

Selaras dengan pelaksanaan sistem modular STPM mulai tahun 2012, MEC akan melaksanakan sistem taksiran baru bagi setiap mata pelajaran STPM.[6] Dipetik maklumat dari laman web seorang guru STPM yang berpengalaman, markah di bawah 40% (gred kurang daripada C) dianggap sebagai gagal. Walau bagaimanapun, MEC mengumumkan bahawa gred kurang daripada C adalah dianggap sebagai "Lulus sebahagian".[7]

Gred kertas Gred mata pelajaran Nilai gred subjek (SGP) Markah (%)[8] Status
A A 4.00 80 - 100 Lulus penuh
A- A- 3.67 73 - 79 Lulus penuh
B+ B+ 3.33 67 - 72 Lulus penuh
B B 3.00 60 - 66 Lulus penuh
B- B- 2.67 53 - 59 Lulus penuh
C+ C+ 2.33 47 - 52 Lulus penuh
C C 2.00 40 - 46 Lulus penuh
C- C- 1.67 37 - 39 Lulus sebahagian
D+ D+ 1.33 33 - 36 Lulus sebahagian
D D 1.00 30 - 32 Lulus sebahagian
F F 0.00 0 - 29 Gagal

Gred setiap kertas peperiksaan dinyatakan dalam slip keputusan dan juga sijil.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "New Format & Free Syllabus for STPM & MUET in 2012". Malaysia Students Blog. Dicapai pada 4 Mac 2012.
  2. ^ "Cambridge rep to monitor new STPM system". Dicapai pada 24 Mac 2012.
  3. ^ KPM tingkatan 6
  4. ^ Subjek Tahfiz Al-Quran
  5. ^ "New assessment system for STPM". Dicapai pada 3 Jun 2012.
  6. ^ "New assessment system for STPM". Dicapai pada 3 Jun 2012.
  7. ^ "STPM Form 6 Academic Grading System 2012". Dicapai pada 16 Jun 2012.
  8. ^ "STPM Form 6 Academic Grading System 2012". Dicapai pada 16 Jun 2012.

Pautan luar