Ribut Siklon Kencang Jal (IMD:BOB 05, JTWC:05B) merupakan ribut siklon bernama yang kelima dan Ribut Siklon Kencang keempat dalam musim siklon Lautan Hindi Utara 2010. Jal berkembang dari suatu kawasan tekanan rendah di Laut China Selatan sehingga menjadi Tekanan Rendah Tropika pada 28 Oktober. Nama Jal berasal dari bahasa Sanskrit, bererti air. Sekurang-kurangnya 54 orang disahkan terkorban di India.[1] Sebagai tekanan rendah tropika, Jal menyebabkan hujan mencurah di sebahagian Thailand dan Malaysia, mengakibatkan banjir besar yang meragut 59 dan empat orang di negara masing-masing.[2] Di Sri Lanka, hujan lebat diiringi angin kencang telah mengakibatkan banjir yang menjejaskan sekitar 80,000 orang.

Ribut Siklon Jal (05B)
Ribut siklon kencang (skala IMD)
Siklon tropika kategori 1 (SSHWS)
Ribut Siklon Kencang Jal berhampiran Chennai, Tamil Nadu, India, pada keamatan puncak pada 7 November 2010
Terbentuk31 Oktober 2010
Reda8 November 2010
Angin terkuat3 minit berterusan: 110 km/j (70 bpj)
1 minit berterusan: 130 km/j (80 bpj)
Gusts: 155 km/j (100 bpj)
Tekanan terendah988 hPa (mbar); 29.18 inHg
Kematiansekurang-kurangnya 261 mati, 12 hilang
Kerosakan$391.55 juta (2010 USD)
Kawasan terjejasSemenanjung Melayu, Sri Lanka, India
Sebahagian daripada Musim taufan Pasifik 2010
&
Musim siklon Lautan Hindi Utara 2010

Persediaan dan impak sunting

Jumlah kematian
Malaysia 4 [3]
Thailand 203 [4]
India 54[2]
Jumlah (pada 9 November 2010) 261

Thailand sunting

Apabila Jal sekadar kawasan tekanan rendah, ia melanda Thailand lalu bertambah kuat menjadi tekanan rendah. Akibatnya, hujan amat lebat mencurahi negara ini sehingga menyebabkan banjir besar yang meragut 59 nyawa. Kerajaan Thailand juga menganggarkan jumlah kerugian sekitar AS$338 juta.[5]

Malaysia sunting

Sebagai tekanan rendah tropika, Jal menyebabkan hujan lebat di sekitar Malaysia utara,[6] menyebabkan banjir besar yang mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang. Hampir 50,000 orang terpaksa meninggalkan tempat tinggal mereka akibat paras air banjir yang makin pasang. Kerosakan yang teruk juga memaksa penutupan sebuah lapangan terbang dan lebuh raya utama di negara.[3]

Banjir ini menjejaskan pengangkutan di sekitar negeri Kedah dan Perlis, kerana landasan keretapi dan jalan raya di sini terpaksa ditutup, termasuk sekali Lebuhraya Utara-Selatan.[7] Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar juga terpaksa ditutup setelah landasannya dilanda banjir, maka tinggal helikopter sahaja sebagai kaedah pengangkutan utara ke Kedah dan Perlis.[8] Banjir ini juga mencemari bekalan air di Kedah dan Perlis, maka negeri-negeri tersebut terpaksa menerima bekalan dari negeri Perak.[9]

Penanaman padi yang menjadi sektor penting di Kedah dan Perlis, juga teruk terjejas oleh banjir. Menurut kerajaan persekutuan, sawah padi seluas lebih 45,000 hektar di Kedah sahaja rosak akibat banjir. Kerajaan menjanjikan bantuan RM 26 juta kepada para petani di kedua-dua negeri.[10] Di Perlis, banjir menenggelami lebih dua pertiga seluruh wilayah negeri.[11] Negeri Kelantan juga terjejas oleh banjir sehingga beberapa sekolah terpaksa ditutup.[12]

India sunting

 
Peta yang menunjukkan jumlah turunan hujan kesan Siklon Jal di India

Amaran siklon dikeluarkan ke pantai timur India yang sudah dilanda gangguan tekanan monsun yang kuat yang menyebabkan banjir teruk, meragut ratusan nyawa dan menyebabkan ramai lagi kehilangan tempat tinggal. Isyarat amaran ribut dinaikkan di daerah Ganjam dan Jagatsinghpur di negeri Odisha.[13] Lebih 70,000 orang mengosongkan empat daerah di negeri Andhra Pradesh; pihak berkuasa membuka perkhemahan berteduh di merata pedalaman Andhra Pradesh.[14] Seramai 40–50 orang penyelamat tiba di kawasan pamah yang sudah dibanjiri di Andhra Pradesh di mana impak sistem amaran dijangka kurang berkesan.[15]

Apabila siklon bertemu daratan, hujan lebat menyebabkan gelongsoran lumpur dan banjir. Pada 9 November, ketua menteri Andhra Pradesh, Konijeti Rosaiah berkata, sekita 54 orang terkorban di India akibat ribut ini.[2] Angkatan Tindakan Bencana Negara di Arakkonam, Tamil Nadu, memindahkan kakitangannya ke Nellore untuk menyelia operasi menyelamat dan bantuan.[16]

 
Tinggalan bekas ribut tropika Jal (05B) di Gujarat, India

Lebih 16 peberbangan yang dijadualkan mendarat di Chennai terpaksa dilencongkan le Bangalore kerana darjah kebolehlihatan yang tidak memuaskan.[17] Dilaporkan bahawa kawasan tanaman sekitar 300 ribu hektar dimusnahkan oleh siklon ini.[18] Gangguan bekalan elektrik berlaku di merata negeri Tamil Nadu dan Andhra Pradesh sepanjang hari Ahad.[19] Kerajaan India berkata pihaknya akan membekalkan beras 20 kg dan kerosin 5 liter kepada setiap keluarga dari kawasan banjir, dan juga ganti rugi   200,000 kepada kaum keluarga setiap mangsa.[20] Jumlah kerugian yang dianggarkan oleh kerajaan India adalah AS$53.55 juta, termasuk daerah Visakhapatnam sahaja yang mengalami kerugian AS$18.53 juta, daerah Nellore AS$22.59 juta dan daerah Prakasam AS$12.43 juta.[21][22]

Apabila sisa-sisa Siklon Jal beralih ke arah barat laut, ia membawa hujan ringan atau sederhana kepada negeri Rajasthan, diikuti negeri Gujarat.[23]

Sri Lanka sunting

Siklon Jal terletak 400 km jauhnya dari Trincomalee, tetapi ia bergerak ke arah India Selatan untuk bertemu daratan di situ. Walau bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Sri Lanka sempat mengeluarkan amaran hujan lebat dan keadaan laut bergelora.[24]

Hujan petir yang lebat berlaku di hampir seluruh Sri Lanka pada 10 November, dan pada 8:30 pagi 11 November, Colombo menerima curahan hujan sebanyak 443mm dalam masa 24 jam lalu. Inilah curahan hujan terbesar yang diterima di Colombo dalam sehari selepas 18 tahun. Kebanyakan kawasan pamah di dalam dan sekitar Colombo mengalami banjir. Pihak berkuasa menganggarkan 80,000 orang terjejas oleh banjir di daerah Colombo. Perahu tentera laut dan helikopter tentera udara dikerah untuk operasi bantuan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.fullhyderabad.com/hyderabad-news/jal-cyclone-status-death-toll-in-andhra-pradesh-put-at-54-2432
  2. ^ a b c "Cyclone Jal's Death Toll Put At 54". Fully Hyderabad. Dicapai pada 9 November 2010.
  3. ^ a b Staff Writer (6 November 2010). "Four dead, 50,000 displaced in Malaysia floods". Agence-France-Presse. Dicapai pada 6 November 2010.
  4. ^ http://www.straitstimes.com/BreakingNews/SEAsia/Story/STIStory_601973.html
  5. ^ "Songkhla damage bill could top B10 billion". Bangkok Post. Dicapai pada 10 November 2010.
  6. ^ "Press Statement: Tropical Depression Warning" (PDF). Malaysian Meteorological Department. 1 November 2010. Dicapai pada 6 November 2010.
  7. ^ "Kedah and Perlis scramble to send aid to 19,000 hit by floodwaters". The Star. Star Publications. 3 November 2010. Dicapai pada 5 November 2010.
  8. ^ "Inundated Alor Setar airport remains closed". The Star. Star Publications. 4 November 2010. Dicapai pada 5 November 2010.
  9. ^ "Floods: Perak Sends Clean Water Supply To Kedah, Perlis". Bernama. 5 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-22. Dicapai pada 5 November 2010.
  10. ^ "Aid For Farmers Affected By Floods In Kedah, Perlis". Bernama. 6 November 2010. Dicapai pada 6 November 2010.
  11. ^ "33,000 in shelters: Flood situation 'very bad' in Kedah, 'precarious' in Perlis". New Straits Times. New Straits Times Press. 4 November 2010. Dicapai pada 5 November 2010.
  12. ^ "13 Kelantan Schools To Reopen Tomorrow". Bernama. 6 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-22. Dicapai pada 6 November 2010.
  13. ^ "Two Odisha ports on alert over cyclone 'Jal'". Sify News. Dicapai pada 6 November 2010.
  14. ^ "Jal set to hit AP coast today, 70K evacuated". The Times of India. Dicapai pada 7 November 2010.
  15. ^ "Five evacuation teams deployed in Andhra". Sify News. Dicapai pada 6 November 2010.
  16. ^ "Alert sounds for Cyclone 'Jal' in Tamil Nadu and Andhra Pradesh". Kalugu Media. Dicapai pada 7 November 2010.
  17. ^ "Cyclone 'Jal' weakening, says weathermen". The Times of India. Dicapai pada 7 November 2010.
  18. ^ "Politicos Bicker Amidst Jal Damage". Fully Hyderabad. Dicapai pada 7 November 2010.
  19. ^ "Jal weakens, fishermen bear the brunt". Express Buzz. Dicapai pada 8 November 2010.
  20. ^ "Cyclone Jal victims are yet to be ascertained". Fully Hyderabad. Dicapai pada 8 November 2010.
  21. ^ "Jal's wrath causes Rs. 82 crore damage". Chitramala. Dicapai pada 9 November 2010.
  22. ^ "Damage put at Rs 100cr in Nellore". Deccan Chornicle. Dicapai pada 9 November 2010.
  23. ^ "'Jal' brings Gujarat rain". DNA India. Dicapai pada 10 November 2010.
  24. ^ http://www.adaderana.lk/news.php?nid=10491

Pautan luar sunting

Templat:2010 North Indian Ocean cyclone season buttons