Siklon Tropika Kencang Pam merupakan salah satu bencana alam yang paling dahsyat dalam sejarah negara Vanuatu.[2] Sekurang-kurangnya 7 orang diketahui terkorban dalam negara kepulauan ini menurut pemerintah Vanuatu; sedangkan pihak Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa 16 orang terbunuh.[3][4] Kesan daripada ribut ini turut terasa sedikit sebanyak di pulau-pulau Pasifik Selatan yang lain, terutamanya Kepulauan Solomon, Tuvalu, dan New Zealand. Pam merupakan ribut kedua paling kencang di Lautan Pasifik Selatan dari segi tekanan, mengekori Zoe pada tahun 2002; Pam juga merupakan ribut ketiga paling kencang di Hemisfera Selatan atas ukuran yang sama, hanya mengekori Zoe daru 2002 dan Gafilo pada 2004. Selain itu, Pam mencacatkan kelajuan angin berterusan 10 minit yang tertinggi daripada semua Siklon tropika Pasifik Selatan; ia menyamai Siklon Orson dan Siklon Monica dengan mencatatkan angin paling kencang daripada sebarang siklon di Hemisfera Selatan.

Siklon Tropika Kencang Pam
Pembentukan 6 Mac 2015 (6 Mac 2015)
Pelesapan 22 Mac 2015 (22 Mac 2015)
Angin
Tekanan
paling rendah
Kemusnahan Besar
Kematian 16 disahkan[1]
Kawasan
terganggu
Sebahagian daripada
Musim siklon Pasifik Selatan 2014–15

Pam terbentuk pada 6 Mac di sebelah timur Kepulaaun Solomon dan menuju ke arah selatan dengan perlahan sambil beransur-ansur mengencang. Dua hari kemudian, kekencangannya mencapai keamatan siklon tropika. Pada hari-hari berikutnya, Pam beransur kencang sebelum mencapai tahap Kategori 5 mengikut skala-skala Australian dan skala Saffir–Simpson pada 12 Mac. Keesokan harinya, angin berterusan Pam memuncak pada 250 km/h (155 bsj) apabila ributnya menuju ke arah negara Vanuatu, melewati sesetengah pulau anggotanya sambil terus melanda pulau-pulau lain. Pada 14 Mac, angin-angin Pam mula melemah tetapi tekanannya menjunam kepada minimun 896 mbar (hPa; 26.46 inHg) dan sejurus kemudian meningkat semula. Dalam beberapa hari kemudian, pelemahan siklon ini memecut sementara ribut menuju ke arah kutub. Pada 15 Mac, Pam melewati timur laut New Zealand lalu beralih menjadi siklon luar tropika.

Pada awal sejarah Pam, pusuan ribut pemusnah melanda Tuvalu hingga memaksa darurat setelah 45 peratus penduduk negara kehilangan tempat tinggal. Hujan mencurah-curah di bahagian tenggara Kepulauan Solomon, terutamanya di Kepulauan Santa Cruz. Di Vanuatu, semua pusat kecemasan dihidupkan sementara pasukan penyelamat dipersiapkan apabila Pam didapati berkemungkinan membawakan siklon tropika yang paling dahsyat hendak dialami oleh negara terbabit. Kemusnahan bencana berlaku apabila ribut ini melanda kepulauan tersebut, terutamanya di Efate, iaitu tempat letaknya ibu kota Ni-Vanuatu iaitu Port Vila; serta pulau-pulau Tafea iaitu Erromango dan Tanna. Siklon ini turut meruntuhkan prasarana Vanuatu apabila kira-kira 90 peratus bangunan di negara terjejas oleh kesan daripada ribut, telekomunikasi lumpuh, dan kekurangan air terus mencengkam negara kecil itu. Kemudian Pam membawakan angin kencang dan ombak bergelora kepada Pulau Utara New Zealand ketika ia sedang melemah.

Rujukan sunting

  1. ^ "Tropical Cyclone Pam: Vanuatu death toll rises to 16 as relief effort continues". Australian Broadcasting Corporation. Dicapai pada 22 March 2015.
  2. ^ Joshua Robertson (March 15, 2015). "Cyclone Pam: Vanuatu awaits first wave of relief and news from worst-hit islands". The Guardian. Dicapai pada March 15, 2015.
  3. ^ Stephen Coates (March 17, 2015). "Rescue teams reach cyclone-hit Vanuatu islands, official toll lowered". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-17. Dicapai pada March 17, 2015.
  4. ^ http://www.abc.net.au/news/2015-03-19/vanuatu-criticises-lack-of-aid-coordination-after-cyclone-pam/6333676