Sikorsky CH-53K King Stallion adalah sebuah helikopter kargo yang besar dan berkelas berat. Apabila memasuki perkhidmatan nanti, helikopter ini merupakan helikopter yang terbesar dan terberat yang dioperasikan oleh Angkatan Tentera Amerika Syarikat. CH-53K kini sedang dibangunkan oleh Sikorsky Aircraft untuk Kor Marin Amerika Syarikat. Ia akan dipasang dengan tiga enjin berkuasa 7,500 shp (5,590 kW), bilah-bilah rotor komposit baru dan kabin yang lebih lebar.

CH-53K King Stallion
CH-53K King Stallion
Peranan Helikopter kargo kelas berat
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar Sikorsky Aircraft
Diperkenalkan 2015 (dijangka)
Status Sedang dibangunkan
Pengguna utama Kor Marin Amerika Syarikat
Dibangunkan dari CH-53E Super Stallion

Rujukan sunting

Pautan luar sunting