Sikorsky S-61L dan S-61N merupakan helikopter versi kegunaan awam yang dibangunkan berasaskan helikopter SH-3 Sea King. Ia digunakan secara meluas sebagai helikopter pengangkut krew dan menyokong operasi ke pelantar minyak.[1]

Sikorsky S-61L/S-61N
Sebuah S-61N milik HeliJet di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver
Peranan Helikopter pengangkut / utiliti sederhana
Pengeluar Sikorsky Aircraft
Penerbangan sulung 11 Mac 1959
Mula digunakan September 1961
Status Aktif
Pengguna utama VIH Aviation Group
CHC Helicopter

Bristow Helicopters
HeliJet

Jumlah dibina 119[1]
Dibangunkan dari SH-3 Sea King
Kelainan Sikorsky S-61R
Sebuah S-61N milik Bristow Helicopters yang dioperasikan untuk HM Coastguard
Sebuah Fire King menjatuhkan air semasa kebakaran Kompleks Kilat WSA 2007.
Sebuah S-61N yang digunakan untuk Sociedad de Salvamento y Seguridad Marítima.
Sebuah S-61 menggunakan snorkel bagi mengisi semula tangki air dalaman.

Kelainan sunting

S-61L
Versi pengangkut bukan amfibia untuk kegunaan awam. Ia boleh mengangkut 30 orang penumpang (13 buah dibina).
S-61L Mk II
Versi tingkat upaya bagi helikopter S-61L, dipasang dengan bakul kargo.
S-61N
Versi pengangkut amfibia untuk kegunaan awam.
S-61N Mk II
Versi tingakt upaya bagi helikopter S-61N.
S-61 Payloader
Kebanyakan komponen ditanggalkan bagi memaksimakannua bagi kegunaan kerja-kerja angkatan melalui udara; memiliki ciri-ciri giar pendaratan tetap pada S-61L, tetapi berat kosongnya hampir 900kg (2000lb) kurang daripada versi standard S-61N.
S-61 Shortsky
Versi pendek bagi S-61L dan N, direka bagi meningkatkan prestasi enjin tunggal dan beban luaran.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Frawley, Gerard: The International Directiory of Civil Aircraft, 2003-2004, page 194. Aerospace Publications Pty Ltd, 2003. ISBN 1-875671-58-7

Pautan luar sunting