UH-60 Black Hawk

(Dilencongkan daripada Sikorsky UH-60 Black Hawk)

UH-60 Black Hawk merupakan sebuah helikopter utiliti sederhana berenjin kembar yang dikeluarkan oleh Sikorsky Aircraft. Sikorsky telah menghantar rekabentuk S-70 dalam pertandingan Sistem Pesawat Pengangkut Taktikal Utiliti untuk Tentera Darat Amerika Syarikat pada 1972. Pihak tentera darat kemudian memberi designasi prototaip ini sebagai YUH-60A dan telah memilih Black Hawk sebagai pemenang program pada 1976, selepas bersaing dengan helikopter YUH-61 yang dicadangkan oleh Boeing Vertol. UH-60A telah mula berkhidmat dengan Tentera Darat A.S pada 1979, bagi mengantikan helikopter UH-1 Iroquois sebagai helikopter pengangkut taktikal.

UH-60 Black Hawk
Helikopter UH-60 Black Hawk
Peranan Helikopter utiliti
Pengeluar Sikorsky Aircraft Corporation
Penerbangan sulung 29 November 1974
Diperkenalkan 1979
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Darat Amerika Syarikat
Tentera Darat Australia
Tentera Darat Republik Korea
Angkatan Tentera Turki
Dikeluarkan 1974-kini
Jumlah dibina 2,600+
Kos seunit AS$5.9 juta
Kelainan SH-60 Seahawk
HH-60 Pave Hawk
HH-60 Jayhawk
Sikorsky S-70

Pembangunan

sunting

Pada akhir 1960-an, Tentera Darat Amerika Syarikat mula merangka keperluan untuk sebuah helikopter Sistem Pesawat Pengangkut Utiliti Taktikal (SPPUT) bagi mengantikan helikopter UH-1 Iroquois berdasarkan pengalaman Perang Vietnam. Tentera Darat A.S juga memulakan pembangunan enjin turbin General Electric T700 baru untuk helikopternya. Pihak tentera darat memerlukan peningkatan ketara pada keupayaan, ikhtiar hidup dan kebolehpercayaan daripada pesawat SPPUT dan janakuasa.[1] Pihak Tentera Darat A.S kemudian mengeluarkan "Permohonan Cadangan" bagi program SPPUT pada Januari 1972.[2] Empat buah prototaip kemudian telah dibina. Helikopter prototaip pertama (YUH-60) telah melakukan penerbangan sulung pada Oktober 1974, dan telah dinilai bersama-sama helikopter dari firma Boeing-Vertol, iaitu YUH-61A. Sebelum penghantaran prototaip kepada Tentera Darat A.S, a penilaian awal telah dilakukan pada November 1975 bagi memastikan boleh beroperasi dengan selamat semasa ujian.[3] Tiga buah prototaip lagi telah dihantar kepada Tentera Darat A.S pada Mac 1976, dan sebuah darinya telah disimpan oleh Sikorsky untuk tujuan penyelidikan sendiri. Black Hawk telah dipilih untuk pengeluarkan pada Disember 1976. Penghantaran helikopter UH-60A kepada Tentera Darat A.S bermula Oktober 1978 dan memasuki perkhidmatan pada Jun 1979.[4]

Pada akhir 1980-an, model ini telah dinaik taraf kepada UH-60L yang mana memiliki lebih kuasa dan beban muatan dengan pemasangan enjin GE baru model 701C. Pengeluaran model UH-60M pada masa ini akan memanjangkan jangka hayat perkhidmatan helikopter UH-60 sehingga tahun 2020.

Spesifikasi (UH-60L)

sunting
 
UH-60 Black Hawk yang dipersenjatai dengan mesingan M60 beroperasi berdekatan An Najaf, Iraq pada Mei 2005.
 
Orthographically projected diagram of the UH-60A Black Hawk.
 
Manual lukisan helikopter

Data dari Ensaiklopedia Pesawat Perang Moden,[5] US Army Fact File,[6] Frawley[7]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2 juruterbang
  • Kapasiti: 2,640 lb kargo di dalam, termasuk 14 tentera atau 6 pengusung, atau 8,000 lb (UH-60A) atau 9,000 lb (UH-60L) kargo di luar
  • Panjang: 64 kaki 10 in (19.76 m
  • Lebar fiuslaj: 7 kaki, 9 in (2.36m)
    • Rentang sayap: 53 kaki 8 in (16.36 m)
    • Tinggi: 16 kaki 10 in (5.13 m)
    • Sayap luas: 2,260 kaki² (210 m²)
    • Berat kosong: 10,624 lb (4,819 kg)
    • Berat berisi: 22,000 lb (9,980 kg)
    • Berat berlepas maksimum: 23,500 lb (10,660 kg)

    Prestasi

    Persenjataan

    [8]

    Lihat juga

    sunting

    Pembangunan berkaitan

    Pesawat setanding

    Senarai berkaitan

    Rujukan

    sunting
    1. ^ Leoni 2007, pp. 8-10.
    2. ^ Leoni 2007, m/s. 11, 39.
    3. ^ Leoni m/s. 165.
    4. ^ Eden, Paul. "Sikorsky H-60 Black Hawk/Seahawk", Encyclopedia of Modern Military Aircraft. Amber Books, 2004. ISBN 1-904687-84-9.
    5. ^ a b Gunston, Bill (1995). The Encyclopedia of Modern Warplanes. London: Aerospace Publishing Ltd. ISBN 1-56619-908-5.
    6. ^ fail fakta Black Hawk, Tentera Dara A.S.
    7. ^ Frawley, Gerald. The International Directory of Military Aircraft, 2002/2003. Aerospace Publications, 2002. ISBN 1-875671-55-2.
    8. ^ "M240H 7.62mm Machine Gun (Aviation Version)" (PDF). U.S. Army PEO Soldier. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-06-14. Dicapai pada 2007-04-08. External link in |publisher= (bantuan)

    Pautan luar

    sunting