Silat Al-Ma'unah dikaitkan dengan pertubuhan Al-Ma'unah di Malaysia, di mana ahli-ahli telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memberontak menentang Yang di-Pertuan Agong.

Pertubuhan Al-Ma’unah bermula di Malaysia pada September 1998 dan diketuai oleh Syeikh Mohd. Amin Mohd. Razali yang juga merupakan Guru Utama kepada Silat Al-Ma'unah yang dikembangkannya.

Ketika beliau merantau ke Indonesia, beliau bertemu Ibnu Abbas, Pemimpin Al-Ma’unah. Selepas melalui latihan dia diberi tauliah bagi mengembangkan silat Al-Ma'unah di seluruh Malaysia.

Pautan luarSunting