Seni Silat Bongsu merupakan versi silat terakhir dalam rumpun Seni Silat bagi perguruan yang dikenali sebagai Pertubuhan Seni Silat Telapak Nusantara Malaysia. Ia sebagai kayu pengukur utama pesilat & menjadi kunci setiap peringkat gelanggang. Silat Bongsu mestilah dikuasai dan dijadikan pakaian diri, kebiasaan atau tabiat semulajadi ketika bersilat. Ini penting bagi menghayati kaedah lanjutan yang lebih halus dan rumit diperingkat yang berikutnya. Seni Silat Bongsu boleh diambil sebagai kaedah untuk senaman/regangan, asas bersilat, perubatan/kesihatan atau asas kesenian. Tekniknya bersifat sebagai 'Seni Silat', Sendi Silat', 'Ibu Silat', 'Ibu Gerak' atau 'Ibu Langkah'. Ia juga amat kaya dengan pelbagai falsafah pendekar yang mesti dihayati bagi meningkatkan kefahaman & kemahiran persilatan.

Kaedah sunting

Langkah dan buah disini masih telus dan lurus biar pun hakikatnya nama langkah bukan menunjukkan kegunaan sebenar kaedah. Keserasian langkah kanan dan kiri diasah dari awal untuk dilazimi. Terdapat dua teknik amalan langkah disini, kaedah bongsu yang ringkas dan kaedah tua yang rumit dan terperinci. Pada permulaannya kaedah asal Bongsu akan digunakan dan sampingannya nanti kaedah tua akan diajar. Kaedah tua dilengkapi dengan pelbagai teknik halus seperti pernafasan, gerak halus, penumpuan dan beberapa teknik seni halus yang lain. Walau pun Seni Silat Bongsu amat ringkas dari aspek tekniknya, namun ia penuh dengan pelbagai rahsia kependekaran yang ampuh.

Seni sunting

Terdapat Bunga Bongsu sebagai pelajaran terakhir dalam Seni Silat Bongsu yang berfungsi melatih kreativiti tetapi dalam masa yang sama mestilah mematuhi asas-asas wajibnya. Bunga Bongsu juga dipersembahkan sebagai pertunjukan Silat Pengantin untuk keramaian. Seni Bunga Bongsu mendidik pesilat agar tinggi disiplin tetapi tidak mati akal, pemula mendidik fikir pendekar; tidak mati arah, tindakan menepati matlamat; tidak mati langkah, rapi tidak sumbang pada sembah; tidak mati gerak, kepelbagaian berkesinambungan dan tidak mati gaya, indah tari tampak bersungguh. Semuanya ini mesti dihayati.

Pautan luar sunting