Silat Bunga Kedah ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Kedah. Pengasas dan guru silat ini ialah allahyarham Haji Ismail yang lebil dikenali sebagai Pak Long Ismail. Beliau mengembangkan silat ini dengan dibantu rakannya iaitu Pak Mail Abu, allahyarham Pak Ma' Lim, Abang Lut, Abang Halim dan allahyarham Pakngah Alias. Perguruan ini diasaskan berdasarkan aliran silat yang Pak Long Ismail pelajari dari Pak Cik Yaakub seorang jurulatih tempur tanpa senjata tentera British di Singapura pada tahun 1954 dan Pak Cik Anuar di Teluk Rumunia, Johor.

Pelajaran silat ini terdiri daripada belebat, permainan tangan kosong , senjata keris/golok, rotan pendek/panjang,rantai dan sebagainya.Elakan, kuncian, tari seni bunga dan rancak/saparing.

Sukatan pelajaran sunting

Berikut merupakan sukatan pelajaran silat ini.

Peringkat Pelajaran
Pertama Belebat 16, Elak 3 & 4, Belebat 7, Elak dalam & luar
Kedua Belebat senjata, Elak 4, Permainan senjata - 6 jenis
Ketiga Belebat kayu, permainan kayu - 4 jenis, Jurus 16, Senjata - rotan
Keempat Elak 10, Sepak 13
Kelima Rancak

Rujukan sunting

  • Majalah Pendekar, November 1993, m/s 15-17
  • Majalah Pendekar, Januari 1994, m/s 22-24