Silat Gayang Lima merupakan salah satu cabang dari silat Lian sebelum didaftarkan pada 17 hb. Ogos 2007 sebagai Persatuan Seni Silat Gayang Lima di cawangan Parit Raja, Johor. Silat Gayang Lima pada awalnya diterajui oleh saudara Subarjo Hj. Sukardi serta ahli jawatan kuasa, terbuka dari peringkat sekolah dari berumur 7 tahun sehingga 21 tahun.

Ia merupakan salah satu Perguruan Silat yang aktif bergerak di Johor.

Silat ini tidak menangkap, hanya memukul tidak kira dimana sahaja yang hendak dipukul. Pelajaran silat ini termasuk pergerakan lian 1 hingga 12. Lian adalah gabungan pergerakan berbentuk kaedah menggunakan senjata lapan iaitu dua tangan, dua siku, dua lutut dan dua kaki. Latihan lian akan menerbitkan buah pukul yang berasaskan kaedah seperti gayang, tekan, kebas, cincang dan sisip.

Dalam Silat Gayang Lima ini merupakan Seni Silat Pertempuran, Gayang bermakna bergelek, berayun dan Lima merupakan Rukun Islam yang lima. Gabungan buah pukul Mersing, buah Pukul bermakna menetak atau memukul Senjata pada diri kita ada 8 terdiri dari 2 kaki , 2 lutut , 2 siku dan 2 buku lali. Ahli-ahli pesilat baru akan diajar cara melangkah 4 penjuru alam, menetak , memukul dan mengiku dan menendang, Jika dapat menguasai kesemua itu baru diajar Lian 1. Lian 1 jika ingin menguasai memakan masa 1- 3 bulan. Jika pada zaman Sholin di negeri Cina Lian 1 memakan masa setahun untuk memahirkannya, kerana Lian 1 merupakan Ibu Lian.

Silat Gayang Lima juga mempunyai langkah Belebat seperti Belebat Kasar, Pukul dan Pecah 4 dan senjata utama dalam silat ini adalah tekpi.

Sejarah sunting

Silat Gayang Lima berasal daripada Silat Lian. Pada 17 hb. Ogos 2007 tertubuhnya Persatuan Seni Silat Gayang Lima di cawangan Parit Raja, Johor. Dengan diterajui oleh saudara Subarjo Hj. Sukardi serta ahli jawatan kuasa, pengambilan ahli dijalankan dengan sambutan yang menggalakan, pesilat-pesilat terdiri daripada kalangan kakitangan kerajaan, dokter serta para peniaga di sekitar pekan Parit Raja dan peringkat sekolah.[perlu rujukan]

Mengikut keturunan Perguruan atau salasilah Silat Gayang Lima ini, pengasas Tuan Hj. Raja Ali bin Raja Salleh merupakan generasi ke-12 selepas Abdul Rahman bin Abdul Majid alias Pak Atan Air Batu.[perlu rujukan]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting