Silat Gegaran Petani ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Pulau Pinang. Perguruan ini adalah gabungan aliran silat yang diwarisi oleh Abu Bakar bin Hj Muradi yang berasal dari Bandung, Indonesia dan Silat Langkah yang dipelajari oleh Mohd Noor Yusoff yang berasal dari Kedah. Nama silat ini menggambarkan kegigihan semangat seorang petani akan memperolehi hasil yang lumayan. Pelajaran silat ini terbahagi kepada 4 peringkat. Senjata tradisional yang diajar adalah kayu panjang, parang, Lading, keris, tekpi dan tongkat.

RujukanSunting

  • Majalah Pendekar, Mac 1993, m/s 16-19