Silat Gerak Lintar Sari

Silat ini didaftarkan di bawah Angkatan Seni Silat Melaka dengan nama Seni Silat Gerak Lintar Sari. Silat ini dikembangkan oleh Hussin Baba yang mewarisinya daripada Panglima Haji Karim di Batu Pahat, Johor.

Silat ini pernah mempunyai gelanggang di Kampong Chen dan Alor Gajah di Melaka, Pantai Dalam dan Sentul di Kuala Lumpur, Pelabuhan Kelang dan Banting di Selangor.

Silat ini tergolong di dalam kategori silat gerak sendiri yang mana murid-murid yang telah diijazahkan boleh bersilat dengan apa sahaja gerak yang mereka minta. Selain daripada dapat membaca gerak atau langkah musuh, ahli silat ini juga boleh mengkaji apa yang tergerak di hati musuh.

Sistem Pelajaran sunting

Sebelum mempelajari silat ini, murid dikehendaki meminum teh yang telah ditawarkan. Murid disyaratkan berpuasa tiga hari berturut-turut dan pada hari ketiga mereka tidak dibenarkan tidur atau makan langsung serta melaksanakan amalan yang telah diberikan. Murid juga akan diberi amalan yang dinamakan Ayat Tiga yang dengan izin Allah jika seseorang beramal dengannya dikatakan boleh beroleh kebal, ghaib atau tembak tidak lut.

Syarat meminum teh terbahagi kepada tujuh peringkat atau tujuh kali di mana setiap peringkat disertakan dengan syarat dan amalan tersendiri. Selesai peringkat ke tujuh, murid dikenakan ujian seperti mandi minyak dan ditetak dengan parang. Selepas itu murid akan diajar ilmu ‘kaji Haq’ yang memakan masa tujuh tahun untuk tamat.