Pengenalan

Perguruan Silat Hidayah Melayu Sarawak merupakan salah satu sistem silat yang telah diasaskan oleh Allahyarham Guru Utama Tuan Haji Dahlan bin Ismail. Permainan silat ini berasal dari Sambas, Indonesia dan pada awal penubuhan nya ianya di kenali sebagai Silat Hidayah Islam Sarawak. Akan tetapi, oleh kerana pelbagai spekulasi telah timbul di sebabkan nama tersebut maka, nama Silat Hidayah Islam Sarawak telah di tukar kepada Perguruan Silat Hidayah Melayu Sarawak.

Latar Belakang Guru Utama

Allahyarham Tuan Haji Dahlan bin Ismail di lahirkan pada tahun 1923 di Sambas, Indonesia. Pada umurnya 9 tahun, beliau telah mula mempelajari seni silat "Mainan Pukulan 12" daripada seorang guru yang di kenali sebagai Panglima Daud selama 3 tahun. Setelah itu, beliau telah menyambung pembelajaran beliau dengan guru yang sama tetapi berlainan permainan silat iaitu "Spring Sendeng" dan "Pukulan Tujuh". Pada usia 15 tahun, beliau telah belajar dengan Cikgu Bujang (Orang Pemangkat Sambas, Indonesia) dengan mendalami permainan silat "Paris Dendam" dan Betawi.

Pada usia 17 tahun, Allahyarham Guru Dahlan telah mengikut ayahnya berserta keluarga untuk berhijrah ke Kuching, Sarawak. Pada mulanya, beliau sekeluarga telah menetap di Sungai Maong akan tetapi apabila Perang Dunia Kedua meletus, beliau sekeluarga telah berpindah ke Kampung Sambir, Asajaya. Di Kampung Sambir lah, beliau telah belajar seni silat "Mainan 12" daripada seorang guru yang di kenali sebagai Pak Seli. Setelah Perang Dunia Kedua tamat pada 1945, beliau telah kembali semula ke Kuching.

Allahyarham Guru Dahlan bin Ismail mula mengajar Silat Hidayah Melayu (Seni Mempertahankan Diri Orang Melayu/ Malay Inspiration Martial Art) pada tahun 1948 di Kampung Sungai Maong dan kemudian nya berpindah ke Kampung Bintangor, Kuching. Pada tahun 1980, Guru Dahlan telah melantik seorang jurulatih kanan pada masa itu, iaitu Guru Morshidi bin Maton untuk membantu beliau dalam melatih para pesilat Hidayah Melayu dan sebelum Allahyarham Guru Dahlan Bin Ismail meninggal dunia, beliau telah mengamanahkan Guru Morshidi bin Maton atau Guru Mawi untuk meneruskan perjuangan beliau dalam menyebarkan dan memartabatkan perguruan silat ini. Dengan itu, Guru Morshidi dengan rasmi nya merupakan Guru Utama Perguruan Silat Hidayah Melayu pada masa kini.

Perkembangan Silat Hidayah Melayu

Perguruan Silat Hidayah Melayu Sarawak telah di daftarkan di bawah Persatuan Seni Silat Bumiputera Sarawak yang pada masa itu di bawah naungan mantan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Rahman Yaakub. Pada tahun 1989, apabila Persatuan Seni Silat Bumiputera Sarawak telah di tukar kepada 'Rumpun Silat Sarawak' atau RSS, Perguruan Silat Hidayah Melayu telah sekali lagi berdaftar di bawah RSS demi memelihara dan mengembangkan seni ilmu mempertahankan diri orang Melayu.

Konsep Hidayah Melayu

Dalam mendalami Seni Silat Hidayah Melayu, ia amat menekankan pelbagai aspek termasuklah pembangunan fizikal, mental, emosi dan kerohanian/spiritual. Dalam aspek emosi dan kerohanian, ia amat menitik beratkan cara hidup yang di anjurkan di dalam ajaran Islam dalam membentuk peribadi seorang pesilat yang berkualiti.

Dalam aspek fizikal dan mental pula, ia amat mementingkan kecepatan, kemahiran, kejituan, kekuatan dan kebijaksanaan para pesilat dalam mengaplikasi segala pembelajaran yang telah di ajar di dalam silibus Silat Hidayah Melayu.

Dalam mempelajari Permainan Silat Hidayah Melayu, para pesilat haruslah mempunyai kemahiran untuk mengguna pakai segala teknik bagi mempertahankan diri selaras seperti yang telah di ajar oleh Guru Utama, Jurulatih Kanan dan Para Jurulatih. Aspek hormat dan disiplin amatlah di titik beratkan di dalam Perguruan Silat Hidayah Melayu terhadap sesiapa yang ingin mempelajari nya.

Mainan Silat ini (fighting style), merangkumi seluruh pergerakkan badan dan ia amat mementingkan pergerakkan, kehalusan gerak, kejituan tumbukan dan kecepatan dalam bertindak balas (quick response). Permainan silat ini lebih kepada mengikut gerak lawan iaitu semakin laju lawan itu memukul, semakin laju kita membalas nya. Berpandukan dengan falsafah utama "Depan Makan, Undur Makan" iaitu bermaksud bergerak kehadapan pun boleh memukul dan berundur pun boleh memukul. Seni Silat Hidayah Melayu adalah terbuka kepada sesiapa juga yang ingin mempelajari nya tanpa mengira bangsa dan agama.


Sukatan pelajaranSunting

Berikut merupakan sukatan pelajaran silat ini.

Peringkat Pelajaran
Pertama Sembah Perguruan dan mengenali 7 jenis tumbukan/pukulan dan sepakan di dalam sistem silat Hidayah Melayu.
Kedua Pelampas jalan (footwork) atau cara pergerakan dalam sistem silat Hidayah Melayu berserta drill tumbukan dan latihan menyesuaikan diri dengan gerakan memukul semasa bergerak.
Ketiga Mengenal dan berlatih Pelampas (1-12) - ada 12 gaya pergerakan pelampas dan ia merupakan gabungan buah dan lapis di dalam sistem Hidayah Melayu (pelampas merupakan gerakan yang melatih para pesilat PSHM untuk membiasakn diri dengan pergerakan Hidayah Melayu / shadow boxing). Ia boleh di ubah dan di tambah berdasarkan kehendak Guru Utama.
Keempat Latihan Pecah 4 - ada 6 jenis pergerakan pecah 4 (pecah 4 a,b,c,d,e dan f). pecah 4 merupakan gerakan yang hampir sama dengan pelampas tetapi pergerakkan nya memfokuskan empat arah (depan, belakang, kanan dan kiri).
Kelima Buah Silat (1-12) - buah silat Hidayah Melayu merupakan teras/core dalam Hidayah Melayu. Ianya tidak boleh di ubah atau di tambah.
Keenam Pergerakan Lapis (counter attack) dan Lapis atas lapis (countering the counter attack) - merupakan pembelajaran rahsia dalam sistem Hidayah Melayu. Pembelajaran nya tidak mengikut silibus. Pesilat akan di ajar cara melapis apabila Guru Utama merasakan pesilat tersebut sudah mahir dengan sistem pukulan PSHM dan bersedia untuk 'bermain' lapis.
Ketujuh Pecah 7 - Pergerakkan asas dalam melapis.
Kelapan Permainan Senjata - Tiada sistem yang khusus untuk mainan senjata akan tetapi, disebabkan pergerakkan silat Hidayah Melayu lebih mementingkan penggunaan tangan untuk menyerang dan kaki sebagai kemudi, penggunaan senjata adalah sama seperti gerakkan tangan kosong.
Akhir Tiada istilah tamat dalam Perguruan Silat Hidayah Melayu. Pemahaman dan kematangan pesilat dalam memahami pergerakan dalam sistem Hidayah Melayu hanya boleh di peroleh secara kendiri berdasarkan latihan yang berterusan mengikut tunjuk ajar Guru Utama dan para jurulatih.

(TIADA DAYA UPAYA KAMI MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH S.W.T)

- IKUTILAH RESMI PADI; SEMAKIN BERISI, SEMAKIN TUNDUK

RujukanSunting

  • Majalah Pendekar, Februari 1994, m/s 14-17.