Perguruan Silat ini mengembangkan silat yang telah dilhamkan oleh Tok Said. Sebelum beliau meninggal dunia, silat ini telah diturunkan kepada anak beliau, Lebai Din dan seterusnya diturunkan kepada anak Lebai Din, Hj Mohd Said. Silat ini seterusnya telah dikembangkan oleh Mokhtaruddin, anak Hj Mohd Said.

Pancang bermaksud penahan atau pelindung dan dalam silat ini bermaksud ilmu yang boleh menahan atau menangkis serangan lawan. Angka 12 bermaksud pukulan-pukulan atau teknik termasuk elak, tangkis dan cara menyerang. Ia juga adalah kunci untuk hidup gerak.

RujukanSunting

  • Majalah Seni Beladiri, Mei 1998, m/s 24-25