Silat Penghulu Hassan

Silat Penghulu Hassan ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Negeri Perak. Silat ini mula berkembang pada awal tahun 1960-an. Silat ini dikembangkan oleh Penghulu Hassan yang berasal dari daerah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Silat ini mempunyai kaedah pembelajaran silat aliran Gayong, Minang dan Bugis. Sukatan pelajaran silat ini termasuk langkah 'Lam alif', langkah 3, langkah 2, langkah 1, segerak, setengah gerak, dahulu gerak dan buah 7.

Rujukan sunting

  • Majalah Pendekar, Ogos 1993, m/s 30-31