Silat Sendeng Tujuh

Silat Sendeng Tujuh ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Pahang dan Perak.

Silat Sendeng Tujuh di Pahang sunting

Silat ini dikatakan berasal dari Bukit Siguntang, Sumatera, Indonesia dan dibawa ke Kedah oleh Datuk Saman. Di antara anak murid Datuk Saman ialah Salleh bin Dahalan yang telah mengembangkan silat ini di Pahang.

Perguruan ini mengandungi tujuh jenis Sendeng iaitu Sendeng Seturut, Sendeng Kecoh, Sendeng Senggiling, Sendeng Silat Setapak, Sendeng Gantung, Sendeng Jerat dan Sendeng Harimau Main Daun. Tari sembahnya ialah Bunga Sembah Kalimah, Bunga Sembah Jerat, Lang Sewah, Belalai Gajah, Lela Manja, Nasi Hangit, Bunga Sembah Sendeng Senggiling dan Tari Kalong. Buah-buah serta kuncian silat ini termasuk Selak Setapak, Hariamu Mengaum, Sekepit Monyet, Carik Kapan, Musang Terjun, Sawa Berendam, Harimau Menolak Bangkai dan Pelanduk Tidur.

Silat Sendeng Tujuh di Perak sunting

Silat ini dikatakan berasal dari Pulau Jawa, Indonesia dan dibawa ke Kedah oleh tujuh orang sahabat. Silat ini dinamakan 'Sendeng Tujuh' berdasarkan gabungan silat tujuh orang sahabat tersebut. Guru pertama dan pengasas silat ini di Kedah dikenali sebagai Hulubalang Panglima Datuk Kohol Hailam. Silat ini telah dibawa ke Perak oleh Mat Saleh bin Abdullah yang telah mewariskan silat ini kepada Saedin bin Kamarudin.

Antara pelajaran silat ini termasuk jurus, 20 buah tangan kosong, permainan senjata tradisional seperti keris, pisau dan rotan. Di antara buah silat ini termasuk Langkah Hulubalang, Tangkap Orang Gila, Pecah Buah Kelapa, Harimau Mengeram, Tumpang Lalu, Tengok Bulan, Menyusul Lalu dan Datang Lagi, Badak Berendam dan Kelipak Batang.

Rujukan sunting