Silat Terlak Empat

Silat Terlak Empat adalah nama sejenis silat. Bentuk silat ini telah dibawa ke Kelantan oleh Abutamam bin Enderamuda Nasution dari Hutarim Baru, Padang Sidimpuan yang disebut Mandahiling.

Allahyarham berhijrah dari negara asal ke Singapura, Brunei dan berakhir di Kg Laut/Sg. Pinang, Kelantan. Abutamam bekerja di bahagian tukang sukat (surveyor). Allahyarham meninggalkan 3 orang anak di Kelantan dan seorang di Brunei:

  • Alimuda bin Abutamam Nstn [Kelantan];
  • Pn Siti Hasnah@Saanah bt Abutamam Nstn [Kelantan];
  • Pn Siti Zaharah bt Abutamam Nstn [Kelantan], dan;
  • Pn Siti Indariah bt Abutamam Nstn [Brunei].

Rujukkan: Salsilah keluarga Alimuda bin Abutamam bin Endaramuda.

Sepertimana yang telah difahamkan oleh media cetak, beliau telah menurunkan silat ini kepada Harun bin Daud yang berasal dari Kampung Puteh, Kelantan. Harun telah mewariskan silat ini kepada Haji Ismail bin Yusof yang dikenali sebagai Pak Mail Ayer Lanas dan Mohamad Yusof yang dikenali sebagai Pak Mat Ayer Puteh.

Silat ini kemudiannya dipimpin oleh Mat Noor bin Mahmood atau lebih dikenali sebagai Pak Su Noor. Perguruan silat ini telah didaftarkan pada tahun 1977 dan diberi nama Pertubuhan Seni Silat Terlak Empat sempena nama kampung Pendekar Abu Tamam.

Gelanggang utama semasa di bawah Pak Su Noor terletak di Jalan Berek 12, Kota Bharu (berhampiran tapak hotel Renaissance KB) sehingga tahun awal 2000 sebelum hotel dibina. Sekarang gelanggang telah berpindah ke Kampung Tunjung, Jalan Kuala Krai, KBharu. Keahlian perguruan ini telah menjangkau 10,000 murid. Pak Su Noor juga pernah dipilih sebagai Ketua Jurulatih Silat Olahraga Malaysia (1987-1997).

~ Peringkat perguruan http://terlak4.blogspot.com/search/label/Peringkat

Kejuaraan dan Anugerah

Perguruan ini telah melahirkan beberapa Jaguh Silat Kebangsaan dan Antarabangsa. Antaranya jaguh ;

1-Kejuaraan Silat Olahraga Dunia ke 3, 1986 Vienna, Austria (Abdullah Mohamed - Gangsa)

2-Kejuaraan Silat Olahraga Dunia ke 4, 1987 Kuala Lumpur, Malaysia (Azam Hj Abas - Gangsa)

3-Kejuaraan Silat Olahraga Jemputan Sedunia,1988, Singapura (Mohd Basri Abd Rahman - Emas),

4-Kejuaraan Silat Olahraga Jemputan Sedunia, 1990, Malaysia (Dalam kelas masing-masing: Shairudin Mohamad Nor - Emas, Mohd Basri Abd Rahman - Perak, Azam Haji Abas -Perak dan Wan Amizah Wan Ahmad -Gangsa)

5- Kejuaraan Kebangsaan http://terlak4.blogspot.com/search/label/Kejuaraan%20Kebangsaan

6- Sukan SEA , 1987, Jakarta (Azam Hj Abas - Perak)

7- Sukan SEA , 1991, Manila (Shairudin Mohamad Nor - Emas, Mohd Basri Abd Rahman - Perak)

8- SUKMA , KL 1988 (Kamaral Zaman Yaacob (Emas), Sezali Said (Gangsa), Ramizu Othman(Gangsa), Zulkiflee Hj. Shafie(Gangsa) Che Mohammed Che Hassan (Gangsa)

-anugerah dan kejuaraan terkini akan dikemaskini-