Silat Terlak telah dibawa ke Hulu Langat, Selangor oleh Ali Ahmad bin Yusof pada tahun 1932 semasa beliau berumur 18 tahun daripada sebuah kampong bernama Tuyek yang terletak di Sumatera Barat, Indonesia. Setelah Ali Ahmad kembali ke rahmatullah pada taun 1986, perkembangan silat ini telah diteruskan oleh Ibrahim bin Jusan, Adnan bin Ali Ahmad, dan Zakaria bin Ismail.

Pada mulanya, Silat Terlak diajar kepada beberapa orang murid yang berasal dari Minangkabau di gelanggang pertamanaya di Kampung Bukit Raya, Hulu Langat, dan pada tahun 1974, kelas silat ini mula dibuka kepada umum. Pada hari ini gelanggang utama silat ini terletak di balairaya Kampung Sungai Raya, Hulu Langat.

Peringkat PelajaranSunting

Latihan Silat Terlak sehingga tamat memakan masa 1 hingga 2 tahun dan mengandungi 4 peringkat:-

  1. Perinkat Asas
  2. Peringkat Kedua (Bengkung Hijau)
  3. Peringakat Ketiga (Bengkung Kuning)
  4. Peringkat Keempat (Bengkung Merah)

Peringkat AsasSunting

Pada peringkat ini murid akan dilatih selama tujuh hari berterusan. Murid akan diajar jurus disamping falsafah dan kegunaan praktikal pelajaran. Pada hari ketujuh, murid akan diuji. Murid yang berjaya melepasi ujian tersebut akan dianugerahkan gelaran Ahli Pewaris oleh Majlis Gurulatih. Hanya murid yang lulus sahaja layak untuk meneruskan ke Peringkat Kedua.

Peringkat KeduaSunting

Peringkat ini mengambil masa tiga bulan untuk tamat. Murid akan diajar teori dan praktikal Silat Terlak dari segi asas silat, buah silat, seni, jurus dan asas permainan senjata. Selepas di ajar langkah, tepisan, elakan dan buah pukul tangan dan kakai, murid akan diajar permainan senjata pisau, tongkat, parang dan keris.

Ujian akan dijalankan selepas tiga bulan dan murid yang lulus akan menerima bengkung hijau dan layak untuk meneruskan ke peringkat ketiga.

Peringkat KetigaSunting

Peringkat ini adalah sambungan peringkat kedua dan murid penekanan diberikan kepada kemahiran pelajaran terdahulu seperti jurus tangan dan kaki serta kepimpinan. Murid akan dilatih untuk memimpin kelas. Pada kebiasaanya latihan pada peringkat ini akan mengambil masa 4 bulan. Selepas ujian, murid yang lulus akan menerima bengkung kuning.

Peringkat KeempatSunting

Ini adalah peringkat terakhir latihan. Pada peringkat ini murid akan diajar 44 buah yang berkait dengan 4 unusr iaitu, angina, api, air dan tanah. Pada peringkat ini aspek kerohanian juga ditekankan. Selepas ujian dijalankan, murid yang berjaya akan menerima bengkung merah dan pada murid yang layak menjadi jurulatih akan menerima bengkung hitam.

RujukanSunting

  • Majalah Pendekar, Januari 1993, ms 22-24