Silat Wira Melayu ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Melaka. Perguruan ini diasaskan oleh Allahyarham Baba bin Zainuddin di Durian Daun, Melaka. Seterusnya, perguruan ini telah dipimpin oleh anak beliau iaitu Zainun bin Baba. Pelajaran silat ini menekankan kaedah 'Lian'. Sukatan pelajaran mengandungi latihan kuda-kuda, kaedah buang dan pukul, latihan 'bertinju', dan latihan kuncian. Pesilat juga akan mempelajari langkah pecahan empat, pelebat dan sisip. Senjata tradisional yang diajar termasuk keris, rotan, tekpi, parang dan cindai.

RujukanSunting

  • Majalah Pendekar, Februari 1995, ms 17-19