Paperplane Pursuit

(Dilencongkan dari SilentScream)

Paperplane Pursuit, sebelum ini SilentScream, ialah nama bagi sebuah kumpulan muzik rock bebas Malaysia yang terdiri kebanyakannya daripada seorang pensyarah (John Oommen), seorang jurutera (Irwan Haadi) dan tiga orang pelajar, yang mengaku diri mereka menginovasi sejenis muzik "Rock Fusion" yang menerapkan unsur-unsur muzik elektronik dalam muzik mereka.[1]

Paperplane Pursuit
Berasal dariMalaysia
GenreRock fusion
Tahun aktif2006—
Pengkarya berkait
Reshmonu
Laman sesawang
SilentScream.biz
AhliJohn Oommen (vokal, gitar)
Andrew Yap (dram)
Tan Hiang Liang (gitar bes)
Yam Wern-Jhien (papan nada)
Irwan Haadi (gitar)

Biografi sunting

Setelah bertungkus-lumus untuk mencari label rakaman muzik yang mampu membiayai kerjaya mereka, akhirnya kumpulan SilentScream menerima bantuan daripada seorang penyanyi dan penggubah lagu R&B tempatan bernama Reshmonu memeranjatkan industri apabila tampil untuk menerbit album sulung mereka, namun kumpulan tersebut tidak terus menganggotai label rakaman Reshmonu.

Pada tahun 2006, single pertama bertajuk Unspoken diputarkan di Xfresh FM dan hitz.fm pada tahun 2006. Bagaimanapun, perkembangan SilentScream hampir terbantut beberapa tahun kemudian, apabila penyanyi utamanya John Oommen diserang dan hampir dibunuh.[2]

Kumpulan SilentScream telah lama meminggirkan diri daripada membuat persembahan live untuk menumpu perhatian kepada album mereka yang akhirnya siap dan dikeluarkan pada tahun 2007. Album ini terdiri daripada 11 runut; iaitu dua lagu dalam Bahasa Malaysia dan selebihnya dalam bahasa Inggeris.

Single pertama tahun 2007 dan yang kedua daripada album tersebut, berjudul Revolution. Dalm temu ramah mereka di Fly FM Campur Chart (disiarkan 14 Oktober 2007), John menyatakan bahawa Revolution menyahut para muda-mudi agar menyedari hak mereka dan berusaha membawa arus perubahan.

Diskografi sunting

Album sunting

Single sunting

Anugerah sunting

Anugerah MACP 2008[3]
  • Lirik Terbaik (Revolution)
  • Vokal Terbaik
  • Persembahan Terbaik

Rujukan sunting

  1. ^ http://silentscream.biz/silentscream.htm Diarkibkan 2007-10-13 di Wayback Machine, SilentScream: About – Sounds Like
  2. ^ http://silentscream.biz/silentscream.htm Diarkibkan 2007-10-13 di Wayback Machine SilentScream: Album
  3. ^ "Senarai Penuh Keputusan Anugerah MACP 2008". Sensasi Selebriti. 2008-04-19. Dicapai pada 2008-04-25.

Pautan luar sunting